Tak tahu selama ni aku bercinta dengan suami orang. Aku siasat pergi rumah ‘bujang’ dia, sekali selisih dgn bini dia

Selang 2 hari, dia jumpa aku. Katanya nak ke Penang, ada program tabilgh dan tidur masjid. Aku nak tergelak je rasa. Lepas 3 hari tu dia mesej. Kami mesej macam biasa, cehh konon cakap kat aku bangun pagi sambil dengar ceramah. T4hikkk kau lah! Ingat aku tak tahu dia pergi bercuti dengan isteri dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku ada terbaca post pasal sorang perempuan ni bercinta dengan laki orang. Aku ada nak luah sikit sebab aku pun pernah bercinta dengan suami  orang.

Aku minta maaf untuk semua yang bergelar isteri. Aku tahu kalau topik macam ni, semua isteri akan turut terasa s4kitnya. Pada mulanya aku aku kerja part time dan lelaki tu supervisor aku.

Lelaki tu aku bagi nama Azam (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun manakala bini dia pula nama Nurul (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Umur aku pun 23 tahun juga. Sebelum tu nak minta maaf sebab kisah aku ni agak panjang.

Terima kasih kalau ada yang sudi baca dan bagi pendapat yang bernas. Aku budak baru di situ dan aku sorang saja perempuan, yang lain semua lelaki, dispatcher. Awalnya demi Allah memang aku tah tahu si azam ni suami orang sebab tak nampak.

Jujur aku cakap, dia yang mulakan dulu, asyik mesej aku saja. Tanya aku dekat mana, buat apa, dah habis hantar barang ke, mesej punya mesej akhirnya sangkut. Aku ni hari – hari bukak HP dia, memang takde mesej bini dia.

Sebab tu aku cakap, aku tak tahu yang dia laki orang. Dah bercinta dalam sebulan tak silap aku, aku dapat banyak panggiIan dan sekali tu aku dapat mesej. Nombor tu mesej aku, “ni siapa ya? Ada apa kene mengena dengan Azam ya? Aku ni bini dia, aku tengah sarat mengandung. Tak eloklah kacau laki orang dalam bini tengah sarat.”

Aku sangat terk3ut masa tu dan aku terus minta maaf dekat bini dia. Aku cakap Azam tak bagitahu apa – apa pun yang dia dah kahwin semua. Jantung aku berdebar nak menangis. Yela sebab dah sayang dah cintakan.

Aku pun m4ki hamun lah si Azam ni, beng4nglah kena tipu. Kemudian Azam datang rumah aku masa tu jugak. Aku cakap aku taknak cakap apa – apa, kalau ada benda nak cakap kena ada ibu sekali.

Jadi, petang tu aku, ibu aku dan Azam pun berjumpa. Azam kata itu bekas kekasih dia. Kami  macam tak percaya tapi dia confident bercerita suruh percaya cakap dia. Azam kata bekas kekasih dia memang macam tu, suka buat cerita kat dia.

Aku pun nak siasat sendiri, jadi aku kata aku percaya. Aku saja je sebab nak siasat, aku geram. Dah  panas hati orang menipu macam ni. Esoknya kami mesej macam biasa tapi tak macam mula – mula kenal. Kejap mesej, kejap tak.

Kemudian lepas pada tu, tiba – tiba je dia senyap 1 hari. Esok pagi tu, dia call aku kata demam panas tu yang tak on HP. Aku pon ok je lah, ingat aku nak percaya ke. Selang 2 hari, dia jumpa aku.

Katanya nak ke Penang, ada program tabilgh dan kena tido masjid. Aku nak tergelak je rasa sebab masa tu PKP ada lagi, masjid semua tak boleh bukak. Aku ok kan je. 3 hari tu dia Off HP dan delete mesej ye, padahal pergi bercuti dengan isteri dia.

Aku tahu tapi aku biarkan. Lepas 3 hari tu Azam on balik mesej. Kami mesej macam biasa, cehh konon cakap kat aku bangun pagi – pagi sambil dengar ceramah. T4hikkk kau lah! Dah sebulan macam tu dalam bulan 11 kot, aku mula dapat caci m4ki dari pihak sana, adik ipar Azam, bini azam.

Tapi masa tu aku tak serius dengan Azam pun, hanya mesej biasa – biasa. Yelah sebab dia kata Nurul tu bekas kekasih dia kan.. Rupanya dia delete mesej bini dia, dia sorokkan segala file gambar kahwin dorang.

Masa tu aku rasa nak kenakan dia balik. Habis aku m4ki dia. Aku suruh dia jujur. Malam tu aku ajak ibu sekali jumpa dengan Azam, aku tak nak berdua, aku kena ada saksi. Nak plak berdepan dengan lelaki lidah bercabang macam dia.

Azam pun dengan penuh confident cerita. Akhirnya Azam mengaku dia dah ada bini. Aku ingat ye sebijik – sebijik apa yang dia cakap dekat ibu aku. ” Ye ibu, Azam ada bini, tapi dia tak sarat mengandung pun, dia tipu. Lagipun kami dah bercerai ibu sebab bini saya kene tangkap basah tidur dengan lelaki lain, saya ada simpan video tu.”

Aku dengan ibu terk3jut sangat. Entah nak percaya atau tak. Lebih 5 kali dia kata dah cerai, dah lafaz cerai, memang dah tak duduk skali. Tapi ibu mintak aku siasat betul – betul sebab kami dah plan nak nikah bulan 12 tahun lepas ya.

Aku minta tangguh dulu untuk siasat lagi. Kami mintak video tu tapi macam – macam alasan si Azam ni bagi. Kena tunggu kes makhamah lah, kena tunggu tarikh ni lah, video takde kat dia lah, ada dekat kawan lah.

Dari situ kami dah pelik, dia macam takot sangat. Aku setiap kali solat malam minta dekat Allah, kalau dia berniat jahat pada isteri dia, moga Allah tunjuk dekat aku. Jauhkan dia dari aku. Pagi tu aku bangun nak pergi kerja, tergerak hati nak tengok rumah dia, konon katanya rumah bujang.

Terk3jut aku bila nak masuk simpang selisih dengan kereta dia. Aku nampak dia dengan bini dia. Ya.. jangkaan aku betul. Kemudian aku buat tak tahu terus jalan. Dia call aku banyak kali, dalam 5 kali aku pun angkat sebab nak dengar penipuan si Azam ni.

Azam pun cakap, “kenapa tak turun kereta tegur.” Aku baIas, “kau dengan bini kau kan. kau nak tipu apa lagi?” Si Azam ni baIas, “tu adik saya, saya bawak gi kIinik tak sehat.” Aku pun macam ouh, okey! Hati ni tak tahu kenapa nak jugak siasat sampai habis.

Ada satu hari hati terdetik nak buat mesej web, aku pun ajak Azam jumpa sebab aku nak buat whatsapp web. Lepas jumpa tu, aku berjaya buat, Allah permudahkan segalanya. Aku terlupa yang HP takde internet tapi waktu tu laju je download mesej web tu dan aku scan code dia. Aku off notification.

Allah apa yang aku nampak, aku terduduk jantung berdebar, marah, geram, rasa nak bvnvh je dia. Dia burukkn aku dekat bini dia. dia cakap dekat bini dia “sabar lah, memang nak tinggal perempuan tu. bagi masa lah. Perempuan tu hutang dengan abang. Satgi dia lari. Sayang jangan lah ser4ng dia.”

Ni aku bagitahu ye apa isi kandungan whatsapp dia dengan bini dia. “sabar boleh tak? Abang tak mau lah nikah dengan perempuan macam tu!” Fuhh berder4uu d4rah nih semua. Dekat aku, bukan main kau kutuk bini kau.

Konon kata anak dalam perut bini kau tu bukan anak kau, bini jenis apa macam tu. Dekat bini kau, kau kutuk aku. Maaf ye pembaca semua, aku memang nak jumpa sangat dengan bini dia nak tunjuk chat dan voice tu.

Aku ada bukti – bukti tu. Voide yang dia cakap tak nak ada dalam perut tu hidup, tapi aku takde kekuatan nak jumpa. Aku redha je lah bila beIah sana nak caci m4ki aku. Akhirnya aku pun tinggalkan dia macam tu je.

Semua aku block, dia cari aku sampai ke rumah. Aku tengah buat kerja pun dia kacau. Dia burukkan aku dekat tempat kerja, kata aku yang kacau dia dulu. Sampai semua pekerja ingat aku gatal nak r4mpas laki orang. Perit betul masa tu.

Sekarang Alhmdulillah, aku dah bertunang dengan staff di situ jugak bulan 12 ni nak nikah dan dia banyak tolong aku perbetulkan semua tuduhan tu dan dia jugak tolong aku dari kene kacau dengan si Azam tu.

Kali ni aku betul – betul dah siasat, tunang aku ni bukan suami orang. Aku sampai sekarang pikir, salah aku ke semua nih. Maafkan kecuaian aku.

Komen Warganet :

Iman Balqis Jannah : Alhamdulillah. Pengalaman mengajar Kita. Selalunya laki orang ni dia ngorat wanita lain sebab wife nya hamil atau ada anak kecil. Sebab time – time ni wife itu hormon Dan em0si Tak stabil. Ada baby.. yang menyusu badan lagiIah. Saya dah mengalaminya. Allahuakbar. Sekarang ni masa saya cari ilmu. Anak – anak pun yang bongsu dah 5 tahun.

Harley Scha : Lelaki tu yang tak berguna. Wife dia dah jatuh taIak tu sebab 5 kali dah dia sebut dah bercerai tuduh pulak bini diaa mengandung anak h4ram dengan laki lain bukan anak dia. Baik sis cerita semua kat wife dia A to Z.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?