S4kit az4b berpantang sebab teringin nak minum teh ais. Tak sampai 60 hari aku minum teh ais. Aku merayu dekat suami

Dari kecik aku dah minum teh ais, dekat sekolah setiap hari minum teh ais ceroi 50sen. Dari kecil sampai besar hari – hari hadap teh ais, tiba – tiba aku diuji semasa pantang. Beberapa kali aku tanya tukang urut, google, mak, bila aku boleh minum teh ais balik. Tapi dua – dua tu pantang untuk orang bersalin..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, seperti mana tajuk, di sini aku nak buat satu pengakuan. Pengakuan ini sengaja dibuat atas tujuan santai dan ingin menunjukkan manusia itu terdiri daripada pelbagai ragam dan unik dengan sikap dan sifatnya yang tersendiri.

Aku dan teh ais tak dapat dipisahkan. Sejak aku pandai minum teh ais lagi aku dah jatuh cinta. Walaupun teh ais ceroi (cair sangat) 50 sen di kantin sekolah rendah, aku tak pernah terlepas untuk hari – hari minum. Pada masa yang sama, ada satu kedai makan depan sekolah yang teh aisnya pekat manis lemak berkrim dan disukai ramai.

Kedai makan tu selalu ramai orang sebab dia jual kari kepala ikan bawal. Memang penuh. Aku tak dapat selalu beli teh ais dia sebab mahal berbanding kantin sekolah. Tapi kalau ada duit lebih aku mesti pegi beli. Aku siap masuk duduk sebeIah kaunter buat air tu semata – mata nak tengok cara pembuatan teh ais tersebut.

Apabila aku balik buat kat rumah ikut sukatan yang dibuat, kadang – kadang jadi kadang – kadang tak jadi. Sampai sekarang teh ais kedai tu tetap teh ais paling sedap yang pernah aku rasa. Masa aku kena tinggal dengan calon suami pun, teh ais lah yang aku boleh hadap dalam keadaan tidak berselera nak makan nasi.

Waktu tu aku terdesak nak balik rumah sebab sedih sangat. Disebabkan tiket keretapi dah habis, aku ambil juga tiket ke Ipoh dan abah aku akan ambil di Ipoh. Sampai di Ipoh, abah, mak dan kakak aku datang ambil.

Menangis – nangis aku dalam kereta sebab baru pertama kali dikecewakan. Aku tak lalu makan tapi abah aku pujuk juga jadi aku minta teh ais. Nasib baik teh ais dia sedap. Beberapa hari aku tak lalu makan sampai susut badan.

Aku ada cara tersendiri minum teh ais yang sudah dimaklumi sahabat – sahabat aku. Kalau makan di kedai makan, sampai ais dah cair pun belum tentu aku habis minum teh ais. Lepas aku kenal suami aku, aku dapat tahu orang gelar ‘bercinta’ kalau ambil masa yang lama untuk buat sesuatu.

Aku ingatkan masa tu dia saja cipta istilah tu nak ngorat aku. Rupa – rupanya memang orang guna istilah tu. Ceh… Jadi bercintalah aku kalau nak habiskan teh ais. Kadang – kadang sampai kena bungkus bawa balik sebab sahabat aku tak mampu nak tunggu dah.

Bila dah sampai rumah, bercinta lagi nak habiskan teh ais tu. Kadang – kadang sampai esok masih ada teh ais tu, buat sarapan pagi atau makan tengah hari. Sampailah teh ais tu habis. Beza teh ais sedap dengan tak sedap, walaupun dah cair ais, kalau teh ais masih manis lemak berkrim, itu tandanya kedai tu pandai buat teh ais.

Tempoh paling menguji adalah waktu aku dalam pantang anak pertama dan tak boleh minum ais. Seksanya menahan teringin tu. Beberapa kali aku tanya tukang urut, google, mak, bila aku boleh minum teh ais balik. Teh dan ais dua – dua pantang untuk orang bersalin.

Disebabkan aku tak tahan sangat, habis pantang 44 hari, aku dah hadap teh ais. Tak mampu tunggu 60 hari. Tapi aku cuba kawal pengambilan takut s4kit urat. Suami aku punya risau dengan kadar pengambilan teh ais aku sampai dia pastikan aku dalam kawalan.

Kadang – kadang jenuh merayu nak minum teh ais pun kalau keluar makan dengan dia. Dia dah tak bagi aku bercinta dengan teh ais. Dia buat undang – undang, lebih dari 24 jam makanan dalam peti ais, dia akan habiskan.

Kadang – kadang dia order satu je minuman kalau aku nak teh ais juga, dengan dua cawan air suam supaya lepas aku minum teh ais, aku kena minum air suam tu. Kadang – kadang dia siap pantau aku dah minum air masak ke tak hari ni.

Kadang – kadang nak order teh ais, kena tengok dia, buat muka kesian, cakap teringin, baru dia bagi. Dapat minum teh ais ni, tak makan pun takpe. Pastu dia akan tanya, sedap? Setiap kali pi kedai berlainan, soalan tu tetap ada sebab aku akan ulas teh ais kedai ni sedap ke, ceroi ke, so – so ke kat dia.

Dan kalau dia berjaya bawa ke kedai teh ais sedap, dia akan seronok. Ada hari tu dia bawa aku ke kedai kononnya dia kata teh ais kedai tu sedap. Bila dia beli bagi aku rasa, aku cakap sedap sebab nak jaga hati dia. Sebenarnya tak sedap sangat macam yang digebang sebab aku tak suka serbuk teh yang pewarna ja lebih.

Kalau boleh biar warna teh ais tu macam warna sungai Klang ke tapi lemak berkrim… haha. Dan sekarang ni ramai pula orang jual teh ais dhaka lah, thai lah, cincaulah kat tepi jalan. Maknanya permintaan tinggi dan ramai rupanya pencinta teh ais.

Jenuh suami aku nak menepis rayuan dan pujukan aku. Selalu dia pastikan aku tak nampak ada orang jual teh ais kat tepi jalan semata – mata tak nak aku minta nanti. Ada hari tu, dia berhenti tepi jalan betul – betul dekat tempat orang jual teh ais Thai.

Aku dah seronok ingat dia nak belikan teh ais. Rupa – rupanya dia nak waze. Tapi aku buat – buat tak faham dan ucapkan terima kasih awal – awal sebab nak beli teh ais kat aku. Terp4ksa dicover dan cakap dia memang nak beli pun.

Itulah pengakuan aku. Dah namanya hikayat jadi panjanglah sikit cerita ni. Seronok hidup ni bila benda kecil macam ni mampu buat kita gembira. Saja nak hiburkan hati pembaca dengan cerita santai. Saja la aku share kisah santai – santai dibulan puasa ni. Teh ais mana teh ais, sedap buat berbuka.. Sekian, terima kasih. – ayu.

Komen W4rganet :

Iman Al-Haya : Minat kita sama confessor. Saya pun peminat teh ais. Gi memane pun mesti teh ais yang jadi pilihan. Pantang nampak orang jual,mesti mata jadi blink – blink. Pernah sekali tu kuar dengan adik beradik. Saya jalan di belakang sekali. Tiba – tiba saya ternampak orang jual teh ais. Teros saya berenti. Adik beradik pulak dah melilau cari saya sebab ingatkan saya ilang.

Rie Nadia Temu : Teh ais tak berapa nak minum. Teh tarik memang jadi kegiIaan masa mengandung anak pertama. Sarap roti canai ngan teh tarik setiap pagi. Sarapan terbaik kat gerai atas bukit belakang bank negara bukit timbalan.. perghhh terasa kat tekak sedapnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.