Ayah pensyarah. Rumah sampai 8, kahwin 5 kali. Tapi kami duduk rumah setinggan sampai jiran Iudah sebab selekeh h1na

Setiap kali jumpa orang atau saud4ra mara, ayah akan canang yang dia kahwin sampai 5 kali, anak 18 orang. Itu belum lagi dia bangga cakap beli rumah sampai 8 biji. Tapi kami dibiarkan duduk rumah setinggan. Rumah yang dibeli, dia bagi sewa. Sehinggalah aku sedar, ayah ‘sesuatu’..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca yang budiman. Salam ramadhan. Nama aku Bulan, dah berkahwin dan mempunyai anak perempuan seorang. Aku tak pandai nak karang cerita sebenarnya. Kali terakhir buat karangan pun waktu SPM dulu, lebih kurang dalam 10 tahun lepas.

Berdasarkan tajuk, ini adalah kisah tentang ayah aku yang narsiistik. Sebenarnya aku baru perasan beberapa bulan lepas sebab ada terbaca tentang narsiistik dan aku rasa dikaitkan dengan ayah aku. Ayah aku dah berkahwin cerai sebanyak 5 kali, mak aku ni merupakan isteri yang ke-3 tapi lepas tu ayah aku ceraikan isteri yang nombor 2 dan dia kahwin lagi 2 kali, naiklah takhta mak aku sebagai isteri ke-2. Memang nampak complicated betul.

Sewaktu kecil seingat aku, aku sangat disayangi oleh ayah aku umpama anak emas. Semua benda yang aku nak, ayah aku akan tunaikan. Aku ramai adik beradik ya, total adik beradik aku termasuk yang lain – lain mak seramai 18 orang lebih kurang.

Tu pun tak termasuk adik beradik tiri. Fuhhh.. Bila aku ni terlampau dimanjakan dari baby lagi aku jadi sp0il kids dan sudah tentulah adik beradik lain tak puas hati, dengki, d3ndam dan benci dengan aku kan. Jadi aku membesar dengan keluarga yang selalu ungkit mengungkit tentang layanan istimewa ni termasuk la mak aku ya.

Sentiasa dok ungkit – ungkit seolah – olah aku ni jahat sebab dilayan macam puteri sewaktu kecil. Ayah aku ada 3 isteri yang masih sah sekarang. Tetapi hidup dia hanyalah berg4ntung dengan mak aku. Dua lagi isteri dia tu, aku tak faham kenapa dia langsung tak nak ambil peduli.

Entah duit bagi bulan – bulan ada ke tidak. Okay, berbalik kepada tajuk ayah aku narsiistik tu, sini aku senaraikan sikap dia yang aku rasa pelik bin aneh.

1) Suka membangga diri tentang pencapaian dia walaupun bagi orang lain pencapaian tu biasa – biasa saja. Ayah aku berkahwin ramai, ada 18 orang anak. Setiap kali jumpa orang baru, samada jiran – jiran atau kenalan baru, mesti dia pergi canang yang dia ada 5 isteri 18 orang anak. Bangga sangat ya.

Herannya 7 ketul anak dia ni jugak la yang dia nak mintak tolong kalau ada urusan apa – apa. Anak – anak dia yang lain h4ram nak tunjuk muka, buktinya bila dia kena warded haritu. Ayah aku suka beli rumah low cost dan rumah lelong.

Jadi bila dia jumpa orang baru mesti kecoh cerita beli rumah 8 biji. Berbiji – biji pun bila dia dah meninggaI nanti haremm kami 7 beradik nak dapat walau sebijik. Anak – anak dia kan ramai, confirm berebut nanti.

2) Sewaktu kecik dulu kami 7 beradik pernah tinggal dalam rumah setinggan. Korang bayangkan eh, rumah setinggan tu, bawah rumah ada air longkang yang bertakung. Setiap kali hujan je mesti rumah kitorang tu banjir.

Kitorang duduk rumah tu lama tau sampai la MPAJ datang nak r0boh. Ayah aku kan ada beli banyak – banyak rumah kos rendah, part ni aku tak paham, padahal ada je rumah yang selesa sikit untuk kitorang duduk waktu tu compare dengan rumah setinggan tu.

Tapi kenapa ntah nak jugak duduk rumah tu. Rumah – rumah lain dia sewakan. Mak dengan ayah aku masing – masing dok salahkan satu sama lain kalau tanya kenapa tak nak pindah. Aku pun heran. Pentingkan  betul. tak fikir keselesaan anak – anak nak membesar. Panjang lagi kalau aku nak cerita pasal rumah ni. Sampai jiran – jiran ludah la muka kami adik beradik sebab h1na dan selekeh sangat.

3) Ayah aku kerja dalam sektor awam tau. Pegawai kerajaan lepastu pernah jadi pensyarah. Kiranya ayah aku ni mampu je kalau nak belanja kami apa – apa. Tapi korang bayangkan ya, baju baru setahun sekali pun payah sangat nak dapat.

Kitorang kutip baju makcik jiran bagi yang anak – anak dia dah tak muat pakai buat baju raya. Sedih giIa bila ingat balik. Makanan, buku sekolah lagi lah susah nak dapat. Makan apa ada je. Lepas tu waktu tu jugak la ayah aku nak kahwin lain dengan andartu mana ntah dia jumpa.

Mak aku mer0yan tak bagi. Masa kejadian tu memang per4ng dunia ketiga la. Hari – hari dok dengar m4ki hamun. Dah tentu la aku anak manja ayah kena sekalikan. Masa ayah aku buat hal ni aku baru umur 9 tahun.

Bayangkan eh, aku dah la kurang rapat dengan mak sejak azali sebab kena rebut kasih sayang dengan adik – adik. Dengan ayah pulak nak beralih kasih kat perempuan lain. Jadi waktu ni la aku member0ntak. Aku mula Iawan ayah, tak hormat ayah benci kat ayah aku.

Sampai sekarang ya, aku benci dia. Aku sampai tak boleh cakap baik – baik dengan dia. Sebenarnya dengan kedua orang tua aku, aku tak rapat. Sebenarnya, aku sedar aku ada childhood tr4uma. Atas sebab tu lah aku protect sangat – sangat anak aku dari mak ayah aku.

Aku tak percaya atuk nenek dia nak jaga dia. Tapi dalam masa yang sama aku risau sangat akan ulang apa yang pernah jadi dekat mak ayah aku. Ntah la aku masih lagi tak boleh nak maafkan mereka, tak boleh nak berdamai dengan takdir.

Banyak lagi aku nak cerita tentang childhood tr4uma aku ni. Nantilah kalau aku rajin nak buat karangan lagi.. – Puteri bulan (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lola Asyeila : Kalau pensyarah bini cuma 1 dan anak 4, mungkin la mampu. Yang jadi tak mampu sebab bini je dah ada 5, anak 18. Inilah kenyataan poligami yang tidak mengikut syariat. Berlaku zaIim dan ani4ya anak isteri.

Padanlah kalau bini – bini lain malas melayan, sebab per4ngai narsiisistik dah satu hal, bab nafkah dan lain – lain mungkin satu hal lagi. Mak ko mer0yan dia kawin lagi walaupun hakik4tnya dia sendiri kawin laki orang, patut la dia mer0yan dah kalau korang sendiri tinggal rumah setinggan.

Keperluan anak – anak tak dilengkapi lagi mau tambah baler nikah andalusia. Kenapa mak ko je boleh layan, sebab mak ko je boleh jadi ‘makanan’ dia. Sebab lain, maybe mak ko pun dah jadi narcs. Narsiistik create narsiistik ye. Unfortunately ko sendiri pun boleh jadi narcs. So kalau perlu pergi psy, pergi je lah. Childhood tr4uma tak mudah nak heal. Boleh relate ptsd-depr3ssion-anx1ety.

Norsilawati Jaminam : Anak 18 orang memang tak mampu la dia tanggung walaupun dia pegawai kerajaan. Nak – nak gred 52 ke bawah. Bukan banyak sangat pun gajinya oiii.. Tapi kelakar gak bila mak ko mer0yan bapak ko nak kawen lain.

Padahal mak ko sendiri kawen dengan laki orang.. hehe.. Buat perempuan luar sana yang nak kawen laki orang tu. Elok la baca confession ni. Pastu fikir balik betul – betul eh.

Azila Abdullah : Narsiistik tu orang yang akan manipulate hidup ko sampai ko sampai mentaI. Ko akan ikut arahan dia je. Dia alpha. Orang tak boleh Iawan dia. Dia sorang je yang betul. Kalau ko betul pun, dia akan buat ko jadi sangsi dengan pilihan ko. Dia akan buat ko tak boleh hidup tanpa dia. Ayah ko bukan narsiistik. Dia tak bertanggungjawab.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?