Kami berkahwin masa sama-sama masih belajar dan belum bekerja, mas kahwin pun bapa mertua yang bagi. Sepanjang perkahwinan banyak kali saya diugvt dengan perceraian. Pada dia, dia SUAMI dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu terhadap saya. Sekiranya saya ingkar, saya NUSYUZ. Hinggalah sampai taIak yang terakhir, dia lafazkan jika saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Niat saya di sini hanya untuk berkongsi cerita kehidupan saya ketika berumahtangga. Untuk pengetahuan anda semua, saya telah pun bercerai pada pertengahan 2018. Kisah ini bolehlah dijadikan iktibar untuk adik – adik yang menggeIetis nak kahwin, walhal masih tak tahu apa pun tentang tanggungjawab.
Kami bernikah pada April 2012. Ketika itu, saya tidak bekerja, dan bekas suami saya juga tidak bekerja. Ketika itu, bekas suami saya adalah seorang pelajar di sebuah poIiteknik. Saya masih ingat ketika itu, bapa mertua saya yang menyediakan duit mas kahwin sebanyak RM 1,000.00.
Kenduri diadakan secara kecil – kecilan. Selepas berkahwin, saya bekerja sebagai seorang kerani. Pada Oktober 2012, saya disahkan mengandung dan saya terp4ksa berhenti kerja pada Disember 2012 kerana mengalami alahan yang sangat teruk sehingga kandungan saya mencecah 5 bulan.
Bekas suami masih lagi seorang pelajar ketika itu, jadi bapa mertua sayalah yang membeli semua kelengkapan bayi. Saya bersalin pada Jun 2013. Macam biasa, bapa mertua yang bayarkan semuanya. Daripada bil hospitaI sehinggalah set berpant4ng, semuanya dia belikan.
Pada masa itu, bekas suami saya ulang alik dari poIiteknik ke rumah. Dua minggu sekali. Dia bekerja separuh masa di satu pusat pakaian. Dia tidak pedulikan hal lain tapi kerap mem4ksa saya untuk minum pati ikan haruan.
Awalnya, saya rasa dia mengambil berat soal kesihatan saya, tetapi lama – kelamaan saya tahu kenapa dia beria suruh saya minum pati ikan haruan tu. Untuk cepat sembuhkan Iuka bersalin. Supaya dia dapat menyetubvhi saya.
Masih segar di ingatan saya dia mengugvt untuk menceraikan saya ketika saya masih dalam tempoh berpant4ng 21 hari. Bayangkanlah, baru 3 minggu berpant4ng, dia sibuk ugvt nak ceraikan saya hanya kerana saya tidak berani dan tak benarkan dia menyetubvhi saya.
Bukan sengaja saya tidak mahu bagi. Tetapi, anak masih merah. Lvka jahitan masih terasa. Tidak waraskah dia? Ketika itu, bulan Ramadhan. Saya sendiri fikir, sya1tan apa yang mer4suk dia sampai dia tiada pegangan.
Langsung tak boleh fikir tentang kes4kitan yang saya aIami selepas 21 hari bersalin. 1 hari sebelum raya, saya masih lagi dalam tempoh berpant4ng (43 hari). Subuh itu, saya dan ibu memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk beraya.
Kami bertolak selepas sahur, kerana perlu mengambil bekas suami saya di poIitekniknya. Dia berkali – kali pesan supaya beritahu dia sekiranya sudah mahu sampai di tempat yang dia tunggu. Saya sedia maklum dengan pesanan dia.
Sampailah anak saya meragam ketika mahu sampai ke tempat tersebut. Saya lupa untuk beritahu dia bahawa kami sudah mahu sampai. Sampai sahaja di tempat itu, saya ternampak bekas suami saya di atas motor sedang menghisap rok0k.
Tengok jam, sudah hampir 7 pagi. Saya mengeIuh. Sudah ada anak pun masih tidak berubah. Masih tidak berpuasa. Patutlah dia suruh saya pesan supaya beritahu dia jika sudah mahu sampai. Kami berhenti seketika untuk merehatkan mata di rumah sewa bekas suami.
Apa yang berlaku? Dia suruh saya dan anak berehat di dalam bilik dia. Ada benda yang dia nak buat. Masih tidak berputvs asa mem4ksa saya untuk bersetubvh. Ya Allah. S4kitnya ketika itu, tuhan je yang tahu. Saya menangis.
Dia tidak peduli. Ketika itu, apa yang saya harapkan semoga dia akan berubah suatu hari nanti. Kes bekas suami saya mem4ksa saya bersetubvh ketika tempoh berpant4ng, saya simpan sebagai mimpi ngeri saya. Dengan doa dan harapan, supaya dia akan berubah suatu hari nanti dan supaya dia akan lebih menghargai peng0rbanan seorang isteri.
Pada hari ke 46 berpant4ng, saya mula bekerja di sebuah kilang sebagai seorang kerani. Gaji bersih Cuma 800 lebih sebulan. Disebabkan bekas suami tidak bekerja, maka sayalah ketua keluarga. Saya sedikit pun tidak merungut ketika itu kerana saya mahu berikan rezeki yang halal untuk permata hati saya (anak).
Susu badan pula tidak banyak. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan sikap bekas suami ketika itu. Anak pula hantar kepada ibu saya. Saya memberikan ibu saya RM300. Beli barang anak RM300. Ada baki lagi RM200. Duit itulah yang ada untuk makan.
Isi minyak motor bekas suami, beli rok0k bekas suami (bila dia minta). Saya cuba sedaya upaya untuk merancang keluarga dek kerana ekonomi yang memang langsung tidak stabil. Tetapi, apakan daya, saya hamil anak kedua pada Ogos 2014.
Dan bersalin pada April 2015. Pada masa itu, dia masih tidak bekerja. Saya masih ingat macam mana saya dan dia boleh berg4duh besar kerana saya mem4ksa dia mencari kerja kerana dia sudah habis belajar. Kerja dia yang sekarang ni, sampai dia boleh buat kenduri kahwin di dewan dengan isteri baru, dan menc4ci saya dengan penuh Iagaknya.
Sedangkan dulu sayalah yang carikan perkerjaan untuknya. P4ksa dia pergi interview. Bukan dia sendiri. Per4ngai masih sama. Masuk anak kedua belum habis pant4ng, masih mahu sentaI. Tetapi kali ini, tahu sikitlah tanggungjawab.