Dalam keluarga saya, memang kami layan suami seperti raja. Pernah sekali tu, kami tengah tengok televisyen, tiba – tiba cucu saya tu buang air besar. Menantu saya hanya duduk diam, saya pulak naik segan bila anak lelaki saya yang bangun uruskan anak. Suami saya sangat terk3jut sebab suami sendiri pun tak pernah buat macam tu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Sebelum itu saya nak minta maaf ya kalau ada yang kurang berkenan atau terasa dengan confession saya ini. Nama saya Puan Nora (bukan nama sebenar) umur sudah lewat 50-an.
Saya ada tiga orang anak. Dua lelaki dan satu perempuan. Masih bersuami Alhamdulillah. Saya nak minta pendapat dengan semua pembaca, anak sulung saya lelaki dan sudah berkahwin. Sudah pun mempunyai seorang anak.
Dalam keluarga saya, memang kami anggap dan layan suami itu seperti raja. Semua benda saya yang siapkan. Malah stokin pun saya sarung untuk suami. Kerja suami hanyalah pergi mencari rezeki. Bila anak lelaki saya sudah berkahwin, saya dapat melihat lain sungguh cara menantu saya melayan suaminya.
Bukan saya nak pertikaikan atau masuk campur dalam urusan anak menantu tapi saya rasa sangat s4kit mata dan hati melihat perkara itu. Bila saya datang menjenguk anak cucu saya di rumah depa, saya nampak anak saya yang lebih banyak buat kerja rumah.
Anak saya tu dah lah penat bekerja tapi segala kerja dalam rumah pun dia buat jugak. Mana pergi tanggungjawab sebagai seorang isteri? Selalu saya tanya anak saya, jawabnya hal depa suami isteri jangan masuk campur. Saya masih ingat lagi masa depa datang makan di rumah kami.
Bila semua dah habis makan, terus anak saya bangun ambil semua pinggan – pinggan dan cuci di dapur. Suami saya sangat terk3jut sebab suami sendiri pun tak pernah buat macam tu. Bukan saya kata perkara tu salah, tapi mana peranan seorang isteri kalau semua kerja suami yang buat.
Menantu saya banyak duduk sahaja melayan anak. Pernah sekali tu, kami semua menonton televisyen, tiba – tiba cucu saya tu buang air besar. Menantu saya hanya duduk diam, saya pulak naik segan bila anak saya yang bangun uruskan anak.
Mungkin cara keluarga menantu saya dibesarkan berbeza dengan keluarga saya. Tapi bila dia berkahwin, perlulah tahu tanggungjawab dan peranan jadi isteri dan ibu. Bukan lah nak kata menantu saya tiada buat kerja langsung, memasak tu semua memang dia yang buat tapi yang menghidang dan mencuci pinggan semua tu anak saya yang buat.
Saya tak kata apa yang dia buat tu salah tapi janganlah nampak sangat dia seperti mengh4mbakan suami. Saya tak pernah ajar anak saya buat semua tu tapi selepas kahwin semua dia buat. Jadi saya tahulah sebenarnya menantu saya yangmenyuruh dia buat benda – benda tu.
Saya ni kesian dengan anak saya, dia penat bekerja dari pagi sampai petang. Tapi bila balik rumah kena buat semua kerja. Dah serupa duda anak saya tu. Pernah juga saya terfikir yang bukan – bukan pasal menantu saya, tapi cepat – cepat saya menidakkan.
Sebab menantu saya ni solat tak pernah tinggal tapi tulah saya tak berkenan cara dia melayan suaminya seperti itu. Saya tak berniat nak masuk campur, tapi saya tak sanggup tengok anak saya diperlakukan seperti itu. Pernah juga saya cuba nak menasihat menantu saya, tapi lepas saya nasihat pun sama jugak. Tetap buat perkara sama.
Sebagai seorang ibu, mestilah saya nak yang terbaik untuk keluarga saya. Seorang anak itu perlu tahu tanggungjawab masing – masing. Kalau pun suami kita tu sungguh baik tapi jangan pula diambil kesempatan buat suami seperti lembu kena cucuk hidung.
Semua benda suami yang kena buat. Akhir kata, saya nak minta pendapat semua. Apa cara supaya saya dapat tegur dan ubah per4ngai menantu saya tu? Saya tak sanggup tengok anak sendiri dih4mbakan oleh isterinya. – Nora (Bukan nama sebenar)
Komen Waraganet :
Yasalma Yasalma : Amboi, dia nak menantu jadi macam h4mba ke. Dah dia masak – masak, tak salah kut suami dia pula yang menghidang dan basuh pinggan. Lagi satu, Makcik duduk satu rumah sepanjang masa ke lihat semua perkara hingga menidakkan keperluan suami turut buat kerja rumah?
Entahkan belakang makcik, penuh pelbagai peng0rbanan menantu tu buat. Jangan menyibuklah hal macam mana sesama anak menantu urus harian mereka. Menantu makcik tu kerja ke tak? Kalau dia kerja, makcik kena ingat dia pun cari rezeki untuk keluarga sama macam anak makcik. Dia pun penat. Kalau dia surirumah pun, sikit pun tak salah kalau suami dia tolong apa yang patut. Ingt tanggungjawab suami dalam islam macam mana.
Mazwin Rothman : Salam cik kak mertua yang prihatin. Bersyukurlah banyak – banyak anak lelaki puan tu tahu dan faham tanggungjawab dia. Itu style rumahtangga dia, acik jangan sibuk. Mereka bahagia dengan cara itu yang sebenarnya cara hidup muslim yang baik.
Saya minta cik update pasal isu ni bila anak perempuan tu kahwin nanti. Bila anak perempuan kena buat semua dan suami dia tau berehat je. Insyaallah baru insaffff, kemudian baru kau tahu langit tinggi rendah. Menantu perempuan tu pandai didik suami dia, banding dengan cik. Tu je nak cakap.
Wahi Mohamad : Puan dan suami seperti arw4h mak dan bapa saya dan sama macam kedua mertua saya. Saya dan adik lelaki tak follow mereka, terbit dari perasaan nak tolong menolong dalam rumahtangga. Saya belajar masak dari bujang lagi (jauh dari emak abah), basuh, lipat, gosok baju.
Tapi masa balik kampung, saya tak buat semua tu sebab dididik mak, anak lelaki tak perlu buat kerja rumah. Saya kahwin, sikit sebanyak saya buat kerja rumah sebab saya nampak kepayahan isteri. Bukan la nak kata saya ni bagus sangat, tapi ada tugas Khas yg saya buat dari bujang sampai lah dah otai ni.
Seperti basuh baju (sekarang guna mesin la), sidai, lipat baju, gosok baju utk diri sendiri, gosok baju sekolah anak, gosok baju, tudung isteri, sapu halaman, luar rumah. Sekali sekala masak untuk anak dan isteri. Biarkan anak tu, janji dia Happy. Jangan bimbang tak hilang kejantanan anak lelaki jika tolong isteri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.