7 tahun kahwin kad ATM aku bini yang pegang. Baru2 ni aku cek simpanan 46k lesap! Tinggal RM120

Rupanya bini aku ada 3 ‘jantan’ dan semuanya kerap masuk rumah lepas aku pergi ke kerja. Aku pergi kerja pukuI 6 pagi dan balik pukuI 11 atau 12 malam. Semasa aku check dalam HP, dia kenal 3 jantan ini daripada jiran sebeIah yang baru pindah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Sebelum tu minta tolong hide profile aku ye. Aku ada masalah yang sangat besar dan aku rasa sekarang, aku dalam titik yang paling rendah. Jadi aku nak minta jasa baik pembaca untuk bagi aku pendapat ataupun cadangan, paling kurang pun doakan aku.

Aku seorang lelaki yang dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Anak sulung berumur 7 tahun dah sekolah. Isteri aku tak kerja dan aku plak kerja sebagai driver untuk Ceo. Gaji aku 7k hingga 9k bulan – bulan. Korang jangan terk3jut plak dengar gaji aku ni, ini memang gaji biasa untuk driver orang yang berpangkat tambah lagi aku selalu ikut dia pergi outstation tak kira masa.

Gaji aku akan terus masuk ke akaun bank dan kad atm aku dipegang oleh bini aku. Kami dah kahwin 9 tahun dan aku percaya sangat dengan bini urusan rumah dan bank. Isteri aku memang sayang aku dan anak – anak. Selama kami kahwin, memang aman damai, malah takde pun perbelanjaan yang terkurang, bini aku plan elok – elok untuk kami sekeluarga.

Aku percaya dia 100 peratus. Tapi baru – baru ini sejak ada jiran baru, aku perasan yang sikap bini aku dah banyak berubah. Aku ada jugak syak macam ada yang tak kena dan aku pun bincang dengan bini aku. Adakah dia keadaan dalam str3ss atau apa – apa masalah.

Aku selalu je baca kisah isteri yang jadi surirumah ni mungkin dia burn out, aku cuba tanya kalau ada yang dia rasa tak cukup ke apa. Dia bagi tahu semua ok dan dia sihat. Untuk pengetahuan pembaca, walaupun bini aku surirumah, aku takde pun tegas tentang hal rumahtangga.

Maksud aku kalau dia penat, dia tak perlu masak. Kalau rasa tak larat layan anak – anak, rumah tak perlu kemas beria. Aku faham. Satu hari tu aku dapat call dari bank kata aku tak bayar duit rumah dalam 2 bulan dah. Aku pun panik dan terus call bini tanya pasal payment dan dia kata dah bayar.

Aku terus minta cuti dan pergi bank, orang bank cakap mereka tak terima pembayaran untuk 2 bulan berturut – turut. Aku balik tanya bini aku betul – betul, akhirnya barulah dia bagitahu yang dia kena sc4m dengan orang yang dia tak kenal.

Aku check dalam kad bank hanya tinggal 120 ringgit. Sebelum ini aku check dalam bulan 12 hari itu ada dalam akaun 46k. Tiba – tiba semua duit hilang. Aku seorang yang tak pernah ada bill tertunggak sebelum ni. Salah aku jugak tak tanya isteri, tapi sebelum ni sepanjang kahwin elok je.

Aku dan isteri ada la g4duh tapi takde la sampai pukuI. Sebab bagi aku sesiapa pun boleh kena sc4m, memang banyak kes kan. Mungkin bukan rezeki aku. Lepas itu aku pun takde pilihan, aku minta emas dari bini untuk gadai tapi itu pun semua hilang katanya.

Aku str3ss sangat, walaupun rasa macam tak logik tapi sebabkan aku str3ss aku tak boleh pikir, lagipun aku percaya kat isteri aku. Aku keluar dari rumah pergi ke rumah abang aku dan minta pinjam duit 4k. Aku selesaikan hutang bank dan aku maafkan bini aku.

Aku sayang dia dan aku tak nak pisah dengan dia sebab hal yang bukan salah dia. Selepas itu aku bawah boss pergi ke Johor untuk 2 hari. Sampai sana aku cuba hubungi bini aku tapi tak dapat. Aku dah mula risau takt jadi apa – apa tambah dengan anak – anak aku lagi.

Jadi, aku minta tolong abang aku pergi ke rumah untuk check dan bini aku bagitahu handphone dia rosak. Selepas 2 hari aku balik semula ke KL terus bawa HP bini ke kedai untuk repair. Oleh sebab aku fikir susah nak berhubung dengan kerja aku yang selalu takde kat rumah, aku pun beli HP baru sementara tunggu HP dia siap.

Lepas 3 hari aku ambil semula HP itu dan aku terdetik nak cek. Sebelum ni aku tak pernah ambik tahu pun pasal HP dia. Aku cek pun sebab nak tahu pasal nombor orang yang sc4m bini aku tu. Tapi tak sangka apa yang aku baca, hati aku dah tak mampu nak dia lagi.

Rupanya bini aku ada 3 ‘jantan’dan semuanya kerap masuk rumah lepas aku pergi ke kerja. Aku pergi kerja pukuI 6 pagi dan balik pukuI 11 atau 12 malam, biasa la kerja driver. Semasa aku check dalam HP, dia kenal 3 jantan ini daripada jiran sebeIah yang merupakan seorang kaki pompuan.

Malam itu aku terus balik rumah dan hantar bini aku ke rumah mertua. Aku terus terang kepada mereka apa yang berlaku. Selepas itu aku buat report polis dan bagitahu yang aku nak cerai dan anak – anak aku tidak akan hantar ke rumah mertua.

Aku minta ibu aku untuk jaga mereka sementara proses cerai jalan. Semalam family mertua ada datang dan minta aku supaya jangan bercerai dan suruh aku memaafkan bini aku. Dia menangis, janji takkan ulang lagi. Bagi aku, aku tetap nak cerai sebab aku rasa macam dikhi4nati. Tapi aku nak dapatkan nasihat daripada warga FB. Apa yang aku kena lakukan.

Komen Warganet :

Masita Marsya : Isteri tak tau bersyukur. Suami dah bagi kepercayaan pegang kad uruskan rumahtangga ko boleh curang ea. Saya sebaga iperempuan memang kecam isteri macam ni. Bersyukurlah awak dapat suami yang gaji bulat – bula bagi kat ko.

Kalau saya di tempta suami nak terima balik isteri macam ni memang fikir banyak kali lah. Mungkin boleh berbaik demi anak tapi nak perasaan sayang dan cinta yang sama macam sebelum curang tak mungkin 100% sama.

Teah Fatihah : Aku tak tahu kenapa bila dah kahwin suami ni duk bagi semua kad dan duit kat isteri konon senang manage kewangan. Yang isteri pun kadang – kadang saje tetapkan rule semua urusan di tangan dia. Alahai please lah lelaki jadi tegas awak tu ketua keluarga bukan h4mba abdi isteri.

Sama – samalah bertolak ansur dan pikul tanggungjawab. Ni siapa nak jawab, laki punya baik, bini pulak buat t4ik. Hmm harap lepas ni ambil pengajaran.

Arey Lynn : Allahuakbar.. kesian kat suami hari – hari pergi kerja kumpul duit beri kesenangan buat isteri. Last – last isteri buat macam tu. Tak bau syurga lah kamu si isteri oii. Sepatutnya bila suami tiada di rumah. Jagalah kehormatan diri, jaga anak – anak baik – baik dan harta suami sebaik yang mungkin.

Memaafkan mungkin boleh tapi kalau dah hari – hari bawak laki lain masuk dalam rumah. Tu tak leh terima.. kesian kat anak – anak yang melihat perbuantan mak macam tu. Contoh yang tak baik tu. Harap tt buatlah keputvsan dengan bijak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.