Sebelum kahwin memang aku jaga batas pergaulan sebab tu aku tak sedar mulut suami aku busuk. Bila dah kahwin baru aku sedar setiap kali aku masuk toilet, berus gigi dia kering. Aku mula nak ‘tangkap’ dia. Aku saja buang berus gigi lama dia, tapi tak letak pun lagi yang baru. Supr1se weh, aku terk3jut dengar jawapan dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca dan pengomen sekalian. Aku nak tanya macam mana nak tegur org laki ni bagi tak terasa dalam masa yang sama aku harap dia buat apa yang kita tegur tu. Macam ni kisahnya, laki aku ni mulut dia busuk!
Ya Allah, str3ss aku. Aku kahwin dah 3 tahun, jadi selama 3 tahun aku bertahan dengan bau mulut dia. Busuk weh, busuk sangat! Jangan cakap, “siapa suruh kahwin kalau dah tau mulut dia busuk.” Ok pertama sekali, memang aku tak tahu mulut dia busuk sebab aku jenis yang jaga pergaulan.
Aku tak pernah keluar dengan dia, tak de nak naik motor berdua ke atau nak naik kereta sama – sama, nak makan – makan, dating – dating, semua tu tak pernah. Aku tak pernah sembang dengan dia lama – lama, sembang benda yang tak perlu bagai dan dia pulak sejenis yang pendiam.
Hanya cakap bila perlu, kadang – kadang yang perlu cakap pun dia tak cakap. Dia senyum je, murah dengan senyuman, banyak pahala sedekah dia, alhamdulillah. Ok. Bermulah aku kahwin dengan dia, masa tu masih baru jadi aku cuba terima kekurangan dia walaupun aku geIi.
M4kin hari aku tahan, aku str3ss, aku tak boleh nak bernafas, aku Iemas. Dia pulak sejenis yang suka “hah.. hahh.” Lepaskan nafas yang kuat tula, hah sana sini. Aku str3ss. Aku seorang yang sangat sangat – sangat menjaga kebersihan diri sebab profession aku yang selalu berhadapan dengan client ni memerlukan diri yang kemas, bau yang wangi.
Gigi aku setahun 2 kali pergi scaIIing, cuci gigi kat kIinik gigi. Gigi aku putih bersih sebab aku Iaser gigi ni 2 tahun sekali. Gigi aku tak pernah kena cabut, goyang ke, tampal ke. Malah s4kit gigi pun, langsung tak pernah. Never never never nehi!
Gigi aku ni salah satu aset kebanggaan aku jugak la sebenarnya sebab dari tadika lagi doktor gigi selalu puji gigi aku cantik. Dari situlah aku suka gigi aku dan aku jaga gigi aku. Jadi, kesimpulannya bila dah jaga, bau nafas mulut busuk memang takde la.
Kalau aku rasa, mulut aku sesuatu, risau mulut busuk aku akan makan chewing gum, bagi segar. Ok, berbalik pada suami aku tadi m4kin hari m4kin aku tak tahan, str3ss. Bayangkan eh, dalam kereta kalau dia “hah”, aku rasa nak k3tuk – k3tuk tingkap bagi terbukak, tapi kalau buka kang biadap pulak kan.
Aku tahan nafas aku 20 -30 saat, mengah. Kadang – kadang dalam bilik, dia “hah”, aku tekup muka aku dengan bantal dengan selimut, yang paling s4kitkan hidung aku ni, dia suka sangat, “hah hahh haahhhhh” tengah – tengah malam.
Bila bangun tidur pagi plak, adoi masa tu lagiIah busuk giIa mulut dia. Aku str3ss, serius! Masalah bau mulut bukan masalah kecil. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah k1ss mulut dia sebab belum bukak mulut pun dah boleh bau mulut dia.
Bantal – bantal., selimut, ya Allah, jenuh aku nak basuh, bau air liur basi merata – rata walau pun tercaIit sikit je air liur tu, bau dia boleh tangkap kat hidung aku ni, sensitif sangat. Ok, aku buat macam – macam perkara untuk selesaikan bau mulut ni.
Aku dah tak boleh tahan. Aku str3ss sangat dah. Pertama sekali, aku cari punca kenapa bau mulut dia busuk sedangkan dia tak merok0k. Aku perhati gerak geri dia. Bila dia habis mandi aku masuk toilet, aku rasa berus gigi dia kering, 1 kali kering, 2 kali kering, 3 kali kering.
Aku nak tangkap dia, jadi aku buang berus gigi lama, aku tak bukak lagi berus gigi baru. Aku nak tengok dia mintak tak berus gigi baru dekat aku. Supr1se weh! Dia tak mintak, kemudian aku tanya dia, “u mandi, tak gosok gigi ke?”
Dia cakap gosok. Aku tanya, u gosok dengan apa? Berus gigi takdekan dalam tu. I dah buang yang lama, lupa lah nak buka yang baru.” Dia jawap, dia gosok guna jari, kumur – kumur dengan ubat gigi sikit. Yarkkk! Aku geIi.
Ok takpe, 1 kali kena tangkap, minggu berganti minggu, masa tu kami balik ke kampung beIah suami, jauh. Dari pagi bertolak, nak dekat senja macam tu baru sampai. Bermula episod dia nak mandi untuk solat maghrib, aku tau dia tak ambik berus gigi kat dalam bagasi kami.
Aku buat tak tau dulu, dia keluar je toilet, depan – depan mak dia aku keluarkan set mandi. Aku t3mbak terus, “laaa, u tak ambik beg mandian ke? Habis tu tak gosok gigi ke? Dia jawap, “tak, lupa pulak.” Aku t3mbak je depan mak dia lagi bagus.
Ya Allah, mintaklah, tak geIi ke seharian tak gosok gigi. Dari pagi drive makan minum macam – macam, tak kelat ke mulut tu. “Ish, kang nak solat berjemaah orang sebeIah jadi terganggu nak solat dok tahan nafas sebab mulut u busuk.”
Nasib mak dia sokong aku, mak dia nasihat, “kena jaga kebersihan, tak boleh sambil lewa macam dulu. Dah besar, dah kahwin, malu.” Oooo, jadi mak dia tau la, dia memang tak suke gosok gigi, hurmmmm. Cerita bukan takat sini je, ingat ye 3 tahun lebih dah aku kahwin, mesti la ada macam – macam benda dan cara yang aku buat.
Seterusnya. aku ajak dia pergi kIinik gigi buat scaIIing. ScaIIing gigi aku, masa scaIIing gigi aku tu, aku berpakat dengan doc, tolong scaIIing dan betulkan gigi husband saya tapi tolong jangan cakap saya bayar. Cakap saya beli servis pakej buy 1 free 1.
Aku terp4ksa, air muka suami kena jaga. Ok selesai cuci gigi, aku keluar, aku suruh husband aku masuk. Aku cakap aku ada lagi 1 kuata cuci gigi tapi kena habiskan sebab dah hujung tahun. Laki aku tau aku memang suka cuci gigi. Jadi dia percaya aku dah join beli pakej cuci gigi yang berkali – kali.
Jadi dia pun masuk, gigi aku doc cuci dalam 30 minit je sebab tak ada ape sangat. Aku ingat laki aku mesti sejam lebih dan bill dia mesti RM150 macam tu. Takpela asalkan aku tak perlu hadap bau mulut dia lagi. Jam berdeti – detik, 2 jam tak keluar lagi, lebih kurang 2 jam 40 minit, baru selesai.
Kalah orang 0perate bersalin dan total bill dia RM250 selepas diskaun. Ada 2 lubang yang memang tak tahu la doc nak cakap, agaknya busuk giIa tu dari lubang tu. Penuh dengan taik gigi lama, yarkkkkssss! Dan, yeay! Nafas dia segar la sikit, aku boleh bernafas lega tapi disebabkan dia memang pemalas nak gosok gigi, mulut dia dalam seminggu busuk balik.
Tapi tak adela sekuat dulu tapi busuk la. Aku tanya dia, “kenapa tak suka gosok gigi, gusi u s4kit ke? Dia tanya, kenapa? Aku jawap, “sebab mulut u busuk, u merok0k ke belakang i?” Dia cakap, “takde, sump4h tak, busuk sangat ke?”
Aku dengan yakin mendadik d4da, aku jawap. “yes! Memang sangat busuk, kena rajinlah gosok gigi. U tak malu ke nanti dengan kawan – kawan u. Macam mane ye u sembang dengan kawan – kawan u. Ntah – ntah dorg semua dok tahan nafas je bila sembang dengan u.”
Aku belikan dia colgate pIug, aku suruh dia kumur – kumur lepas gosok gigi. Dia akur tapi aku lega sekejap!! Kenapa sekejap? Sebab lepas ada colgate pIug lagi malaslah dia nak gosok gigi. Pakat kumur – kumur je, selesai. Kenapa aku tau sebab berus gigi dia pagi – pagi subuh lepas mandi tu masih kering macam tak terusik dari semalam.
Faham tak, aku tau, aku memang tak boleh nak buat apa dah. Lepas dari tu, aku memang kerap beli stok chewing gum, tak pun mentos atau apa – apa gula – gula yang berangin. Dalam kereta aku bagi buat segarkan mulut aku cakap.
Agak – agak nak sampai kat tempat yang dituju, macam rumah saud4ra mara ke, kenduri kahwin ke, shopping complex ke, aku bagi lagi chewing gum suruh segarkan mulut. Sekarang ni kalau balik kampung, berhenti solat mana – mana, aku memang suruh dia pergi mandi.
Tak pun tolong cuci muka gosok gigi, bagi segarkan diri sebab drive jauh. Padahal aku tak tahan dah bau nafas dia. Benda ni berlanjutan sampai sekarang ye. Dah 3 tahun lebih aku hadap. Tolonglah aku, bagiIah cadangan, tips., apa lagi aku nak buat.
Aku str3ss sangat kena tahan nafas sampai sekarang. Dia masih suka, “hah hah” lepas tu air liur basi memang bersepah – sepah. Aku str3ss! Busuk busuk. Tolonglah wahai pembaca sekalian, ada tips tak? Oh ye, det0x pun aku pernah ye.
Berhari – hari laki aku cir1t sebab minum det0x. Lepas tu dah tak nak minum dah, tobat lahun katanya. Hurmmm… Bini derh4ka jika ada yang kenal suami aku tapi jika tak kenal aku, tak kenal laki aku, namanya bukan buka a1b ye. Nak kecam aku, boleh, tak ada masalah. Nak bagi pandangan pun boleh, memang aku alu – alukan. Wassalam
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.