Oleh sebab rumah ni atas nama saya dan saya yang bayar, saya tak izinkan mak mertua datang

Jarak rumah aku dan mertua 200km, tapi mertua suruh kami datang rumah mereka setiap kali hujung minggu. Bila kami tak datang dia kata aku ik4t kaki suami. Kemuncaknya bila suami diberhentikan kerja dan dia curang belakang aku. Malam tu juga aku minta seluruh ahli keluarga suami datang ke rumah dan boleh ambil semula anak mereka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession saya. Semoga cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat wanita – wanita di luar sana. Maaf kerana cerita ini panjang. Sedikit pengenalan diri, namaku ‘Bunga Kertas’ (bukan nama sebenar).

Seorang isteri,anak, menantu dan mummy kepada 3 orang cahayamata. Juga bekerja dalam bidang professional. Berkahwin dengan suami yang pada ketika itu sedang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Tak lama selepas itu kami berjumpa dan berkenalan.

Alhamdulillah ketika itu keluarga suami dapat terima aku sebagai menantu, kata mereka, aku lebih baik daripada menantu tak jadi mereka. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Bagi aku, good move dan good prognosis untuk masuk dalam keluarga ini.

Dengan layanan mereka pada aku, nampak ikhlas dan penuh kelembutan dan kasih sayang. Aku yakin ni pilihan terbaik dan mereka orang yang baik – baik. Inilah kesilapan sulung aku, letak high expectation kepada keluarga mertua.

Selepas berkahwin, kami berjaya beli rumah namun rumah bakal siap dalam 1 tahun. Jadi suami buat keputvsan untuk duduk di rumah keluargaku, selepas puas ibu ayah aku memujuk. Akhirnya kami setuju untuk temankan ibu ayah aku, memandangkan adik – adik masih di asrama.

Dan memandangkan dekat dengan tempat kerja aku. Manakala di pihak keluarga mertua, mereka berharap untuk kami balik setiap hujung minggu untuk meluangkan masa dengan mereka pula. Kata mereka, mereka hanya dapat 2 hari saja bersama kami sedangkan ibu ayah aku 5 hari.

Jarak rumah keluarga aku dan keluarga mertua dalam 200km. Dalam hatiku, aku berdoa moga keluarga mertua belajar bersyukur. 5 hari bersama keluarga aku tak terasa kerana kami sibuk bekerja. Sedangkan 2 hari bersama keluarga mertua, kami habiskan masa bersama, bawa berjalan dan makan – makan, semuanya untuk mengambil hati mereka.

Aku turutkan untuk balik ke rumah keluarga mertua setiap hujung minggu. K0rbankan masa berdua bersama suami. Disaat pengantin baru enj0y moment – moment honeymoon, aku dan suami pula sibuk mengambil hati keluarga mertua.

Kami tidak se sweet pasangan lain. Bagi aku, mungkin dengan cara berk0rban macam ni, family mertua akan sayangkan aku dan rasa bahagia dan tak terasa kehilangan anak. Tapi pulangan yang aku dapat, tak seperti yang aku gambarkan.

Mereka masih rasa tak cukup dengan apa yang kami k0rbankan. Walau kami k0rban masa, tenaga, duit, mereka masih tak bahagia. Kadang – kadang ada minggu yang tak dapat pulang ke rumah mertua kerana suami bekerja, kata ibu mertua dan adik ipar perempuanku, aku ik4t kaki suami.

Fitnah, m4kian dan sindiran sem4kin jadi makanan aku. Jika kami tak dapat balik, mak ayah mertua hantar gambar mereka anak beranak, tanpa gambar menantu, dalam whatsap family. Rasa tersindir dan tersinggung di situ. Rasanya macam perkahwinan ini telah memisahkan keluarga mereka.

Rasanya macam aku yang pisahkan family mertua dengan suamiku. Dan rasanya, aku tidak dianggap anak. Ujian terbesar aku bermula selepas suami diberhentikan kerja. Tinggallah aku menggalas segala tanggungjawab seorang diri.

Ada masa aku redha, ada masa aku rasa blur kenapa aku hadap semua benda ni dan ada masa aku k0yak. Aku perasan suami mula berubah, mungkin down dan d3press. Memandangkan suami tak kerja, aku berharap untuk dia jaga anak – anak tapi akhirnya aku juga yang jaga, masak dan suapkan anak – anak makan, tidurkan mereka dan buat segala rutin surirumah selepas habis waktu bekerja.

Aku juga manusia biasa, ada rasa penat dan sedih. Bila suami layan aku macam kuIi. Aku luahkan pada mak mertua, dengan harapan mak mertua boleh nasihatkan suami tentang tanggungjawab dan nafkah. Sebaliknya, aku dituduh sengaja menga1bkan anaknya.

Dituduh materialistik kerana hanya sukakan suami ketika berduit. Bagiku, mak mertua terlalu memenangkan anaknya. Kemuncaknya suami terkant0i ada hubungan suIit di belakang aku. Masa terluang di rumah rupanya digunakan ke jalan maksi4t.

Sekali lagi aku mengadu dengan mak mertua, untuk cari jalan penyelesaian. Dan malam tu juga aku minta seluruh ahli keluarga suami datang ke rumah aku, dan boleh ambil semula anak mereka. Mereka datang, tapi suami berkeras tak nak tinggalkan aku.

Berjanji tinggalkan kejahatan dulu dan bangkit semula untuk majukan diri dan keluarga. Walaupun tawar hati, aku cuba untuk beri peluang kedua. Suami nampak sem4kin ok. Kalau dulu, suami berdiam diri bila aku dim4ki dengan keluarganya, sekarang suami mula bertindak.

Keluarkan aku dari group whatsapp family dia. Aku fikirkan mungkin family mertua akan insaf dengan segala layanan buruk mereka sebelum ini selepas suami curang. tapi mereka tetap sama. Tetap memenangkan anak dan salahkan aku atas semua yang terjadi.

Tuduh aku tak jalankan tanggungjawab punca anaknya curang. Ada aku terbaca di whatsap suami aku, mak mertua pesan pada aku melalui suami, jangan cari dan mesej dia lagi. Berat untuk aku terima suami dan family dia. Suami yang penipu, didokong dan disokong oleh family dia.

Jika aku terima dan masih redha dengan segala yang family dia dah buat padaku, Aku rasa ada kemungkinan untuk suami curang lagi memandangkan aku jenis memaafkan dan terima dia dan keluarganya. Tapi maaf, tiada lagi kemaafan untuk family suami.

Cukuplah. Sempat aku pesan pada family mertua melalui adik ipar aku, sepertimana mak dia melarang aku mencari dia lagi, aku juga pesan jangan datang ke rumah aku lagi. Memandangkan rumah atas nama aku dan ditanggung sepenuhnya oleh aku seorang diri.

Selagi aku masih tawar hati dan tak terima mereka, jangan datang lagi dalam hidup aku. Hanya masa yang mampu merawat. Sebab family mertua tak mungkin akan sedar kesilapan mereka, malah play v1ctim dan pos di facebook tentang d0sa anak derh4ka.

Moga Allah tak hukvm aku atas d0sa derh4ka aku. Aku dah tak mampu nak ‘fake’kan kesedihan dan terima mereka kembali. Sehingga sekarang aku masih silent treatment dengan mereka, hampir setahun. Selamat hari raya maaf zahir batin mak ayah mertuaku, hanya doa aku titipkan setiap hari semoga aku tak dihukvm derh4ka.

Pengajaran untuk semua wanita, semoga kita satu hari nanti dapat terima dan sayang menantu seperti anak sendiri. Supaya s4kit menantu, kita terasa dan mampu ada empati pada menantu. Jika kita anggap menantu sebagai anak sendiri, tidaklah terasa seperti kehilangan anak lelaki kerana dir4mpas menantu, malah terasa bertambah anak.

Juga jangan terlalu menyanjung anak sehingga tutup mata kesilapan dan d0sa anak sehingga membiarkan anak mengani4ya anak orang lain. Nauzubillah. Menantu juga ada hati dan perasaan. Dia mungkin mampu bersabar, atas dasar hormat mertua dan atas dasar cinta suami.

Tapi dia tak mungkin boleh bertahan, jika tiada lagi hormat dan cinta. Hargailah, sebelum terlambat. Jika terdengar cerita sebelah pihak tentang menantu h4ntu, ketahuilah, there is always two side of the same coin! – Bunga Kertas (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Fatin Maysara : Menantu dan mertua walau baik mana still orang luar dan masih ada jarak. Tetap tak sama macam family sendiri. Tak boleh nak layan sama rata macam family sendiri. Kena set in mind dia tetap anak orang, dia tetap parent orang lain.

Kita boleh dengar, tapi nak percaya itu berpada pada. Suami isteri kalau jadi apa – apa kena backup each other, walau salah yang tak seberapa ke apa sebab kita bawa pasangan masuk dalam family kita. Jadi, kena jaga dorang sebab pasangan itu sebahagian dari diri kita.

Jangan tinggalkan pasangan sendiri. Kalau jadi apa – apa jangan mengadu dengan family mertua, belum tentu dorang nak percaya cakap orang luar, walau dah kahwin lama. Biarlah dorang nak kata kita s0mbong ke apa, tapi kita lebih kepada jaga – jaga.

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor. Awak seorang yang tabah. Terk3jut saya bila baca jarak 200km tu. Mentua harapkan untuk balik setiap hujung minggu. Jika ada kelapangan boleh balik tapi jika tak boleh balik janganlah mentua perIi – perIi pula. Kalau dia besarkan anak lelaki dia dengan baik, insha’Allah takdelah anak dia lupakan tanggungjawab sebagai anak.

Pasal curang tu, awak patut h3mpuk suami dengan senduk dulu. Geram betul. Dah diberhentikan kerja, isteri ingat suaminya depr3ssed, rupanya si suami memadu kasih dengan perempuan lain. Mak dia pulak masih tuduh awak punca suami curang.

Mak per4ngai macam ini patut kena tarbiah, atau masa dia tunding jari tunjuk kesalahan lain, awak letak cermin depan muka dia. Tahu nak salahkan orang lain, kesalahan sendiri tak nampak pula. Awak memang seorang yang tabah.

Saya sangat setuju dengan ayat there’s two sides on a same coin. Saya selalu dengar juga it takes two to tango. Terima kasih kerana berkongsi kisah ya confessor. Moga dipermudahkan urusan awak.

Mazlan Zuhairi : Sekarang banyak betul kes menantu mertua ni. Sama kes juga macam kawan saya perempuan, siap dihalau oleh ipar duai keluar dari rumah diser4ng oleh family mertua. Tapi dia bijak juga dulu jenis diam kena buIi dengan family mertua. Sekali dia bangkit terus terdiam masing – masing. Sekarang segala aset penama ke atas kawan perempuan tu.

Nur Famieza : Ada 1 je silap sis.. Jangan sesekali mengadu kat keluarga beIah suami pasal keburukan suami. Walau apa pun niat kita termasuk untuk kebaikan, tapi percayalah. Tiada keluarga yang akan memihak orang luar dari d4rah daging dorang sendiri.

Please apa pun masalah rumahtangga jangan sesekali citer kat keluarga mentua walau kita baik dengn dorang. Yang lain – lain tu memang saya tak setuju dengan cara laki dan mentua confessor. Semoga masalah confessor dipermudahkan amin

Jaa Ishak : 1. Bersederhana dalam melayan kehendak mentua dan ipar duai. Sesekali nak layan, ok je. Every week, memang big no lah untuk aku. Aku sendiri ada life. Hari – hari cuti nak berehat / siapkan urusan rumahtangga yang tertangguh.

2. Takyah mesra / s0mbong sgt. Macam mana pun kita tetap orang luar. Behave je cukup. Nak mesra – mesra dengan adik beradik dan family sendiri, ok. Tak payahlah beria nak wasap / call dan borak hal personel. Melainkan memang ada urusan keluarga.

3. Jangan mengadu hal suami pada mentua / ipar. Busuk – busuk, mereka tetap menangkan keluarga mereka. Simpan jelah sendiri. Kalau emak sendiri boleh diharapkan, mengadulah kat emak.

4. Lebihkan jaga hati sendiri. Takyah beria nak ambil hati orang. Buat benda yang kita rasa gembira. Orang lain jadi yang ke 2.

5. Pandai – pandailah bawak diri. Yang penting, untuk semua hal jangan berlebihan dan kena sentiasa bersederhana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.