Mengasuh anak orang tapi susu dan pampers suruh kongsi dengan anak saya

Saya merupakan seorang pengasuh kepada seorang bayi berumur 9 bulan. Sejak saya jaga baby 6 bulan yang lalu, ibu bapanya tak bagi susu, dia suruh saya bagi air masak je. Pernah saya tanya, mereka jawab, saya ada anak jadi boleh kongsi susu dan pampers. Duit bulanan pun bagi RM200 sebulan je..

#Foto sekadar hiasan. ASSALAMUALAIKUM semua. Saya pengasuh bayi perempuan berusia 9 bulan, yang ibu bapanya masing – masing pegawai bank. Saya tiada masalah dengan bayi berkenaan tetapi saya pelik dengan ibu bapanya yang seperti tidak sayangkan anak.

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang saya rasa pelik. Sejak saya menjaga bayi berkenaan enam bulan yang lalu, susu sedikit pun tidak dibekalkan oleh ibu bapanya. Dia hanya sekadar meminta saya memberi anaknya air kosong sahaja.

Saya ada anak berusia satu tahun tujuh bulan, tetapi dia menyusu badan sepenuhnya. Jadi, selama tiga bulan suami belikan bayi itu susu murah sahaja. Selepas bayi itu berusia enam bulan, suami suruh saya berhenti beli susu dia.

Kerana kami pun makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Tetapi saya tetap bersyukur kerana kami cukup makan pakai. Untuk makluman, ibu bapa bayi ini hanya membayar saya RM200 sahaja sebulan. Setiap kali hari Isnin datang ke rumah saya, mesti baby penuh berdaki di lehernya.

Saya pelik, apakah ibu bapanya tidak memandikan anak mereka? Setiap hari baby itu dihantar pada saya waktu pagi, pampers penuh. Baju petang semalam yang saya pakaikan selepas mandi dan anak dia seperti sangat kehausan.

Di rumah, mereka abaikan ke anak mereka ini? Pampers dan susu baby setiap kali ditanya, mereka akan jawab, “Anak awak kan ada, kongsilah”. Untuk pengetahuan, anak saya ada ecz3ma. Pampers yang kulit dia boleh terima hanya huggies pack berwarna hijau yang harganya RM40 sepeket.

Takkan saya pula yang kena menanggung pampers anaknya sekali? Saya bukan kedekut tetapi kami juga berada dalam keadaan cukup – cukup makan. Sedangkan mereka bergaji tinggi, takkan pampers dan susu anak sendiri pun kami yang sediakan?

Sabun mandi anak saya semuanya khas untuk kulit ecz3ma yang mana harganya memang mahal. Tetapi disuruhnya anak dia berkongsi juga dengan anak saya. Memang mengambil kesempatan sungguh walaupun bayar RM200 sebulan.

Saya bertahan menjaga anak dia sebab saya kasihankan baby itu. Apalah nasib baby itu kalau dia hantar ke pengasuh yang lain (yang selalu marah budak jika tidak puas hati dengan ibu bapa anak asuhan). Baby itu pun setiap kali nak balik mesti menangis – nangis memeIuk saya.

Seperti saya pula ibu kandungnya. Saya memang jaga baby itu sepenuh hati, ikhlas memberi kasih sayang seperti anak saya sendiri. Tetapi itulah, per4ngai ibu bapanya membuatkan saya terasa pelik. Bila diajak berbincang, dia asyik kata, “Kalau tak nak jaga, cakap saja. Saya boleh humb4n anak saya ke dalam longkang tu,” katanya.

Ya Allah, saya dan suami tak sampai hati bila teringatkan budak tak berd0sa itu. Sebab itu kami bertahan menjaga baby itu sampai sekarang. Nak kata mereka tiada duit, setiap hari mereka ambil anak jam 9 malam. Katanya selepas mereka habis bekerja, mereka selalu pergi karaoke, main bowling dengan rakan sepejabat. Allahuakbar.

Dia tak kasihan ke pada anak dia? Saya dan suami setiap hari mendoakan agar anak ini bila sudah dewasa kelak, jangan ada tekanan perasaan. Kami sedaya upaya memberikan kasih sayang yang secukupnya pada dia. Pesan saya kepada ibu bapa yang belum ada niat nak beranak itu, rancanglah kehamilan anak ye.

Kalau rasa tak puas enjoy, tolong jangan beranak dulu. Kasihan pada anak itu dan kasihan pada kami yang mengasuh anak awak itu. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ini besar. Didikan kita sebagai ibu bapa ini penting untuk tumbesaran anak.

Sekarang, nasib baik baby dah berusia 9 bulan. Jadi apa yang saya bagi anak saya makan, dia pun boleh makan. Tetapi saya kasihan sangat bila anak saya tengah breastfeed, dia tengok saja. Nak br3astfeedkan anak orang, saya takut sebab baby itu perempuan.

Anak saya pula lelaki. Nak belikan susu, suami pun kerja cukup – cukup makan pakai kami bertiga sahaja. Pampers pun suami yang sediakan untuk baby itu tetapi yang harga murah. Sebab tak akan saya nak bagi dia pakai pampers anak saya yang boleh tahan mahal itu?

Untuk orang seperti saya memang akan rasa pampers Huggies pek hijau itu mahal. Kiranya makan minum, pampers, barang mandian semua saya sediakan dan dibayar RM200 sebulan. Apa kedekut atau ibu bapa dia tak tahu tanggungjawab?

Buntu saya dibuatnya. Tak nak jaga baby itu, saya kasihan dengan nasib dia saja, sebab saya dah menjaga dia selama enam bulan dari habis pant4ng lagi.

Komen Warganet :

Ani Sundra : Mulia sungguh hati ko kak. Nasihat aku kak, setiap pagi lepas parents jah4nam tu kasi anak kat ko, ko buat sp0t check. Kalau ada kesan iebam, daki, pampers penuh, ko snap gambar dan whatsapp kat parents diorang.

Lepas ko dah mandikan semua, update juga. Nampak remeh tapi ni penting. Kalau pape jadi kat anak ni ko dah ada bukti. Dan diorang pun tak boleh nak salahkan ko. Ko tau la manusia sekarang ni macam – macam. Buat macam ni hari hari so ko ada rekod. In case pape jadi ke ko boleh tunjuk kat jabatan kebajikan ke apa. In case la tapi kalau boleh ada kan rekod with evid3nce.

Mawar Kaca : Siapa la manusia yang tak ada per4ngai manusia ni. Ramai lagi pasangan yang menanti – nanti kehadiran anak tapi belum dapat. Anak tu amanah bukan sampah.

Sejernih Kaca : Sedih sangat baca.. Sejak – sejak dah ada anak sendiri ni, baca kisah – kisah macam ni, selalu terbayang muka anak sendiri. Sis, buatlah report kat JKM.. Sekurang – kurangnya kalau JKM ambik pun, tak ada la teruk macam tu keadaan anak kecik tu. Sedihnya lahai.

Shea Naa : Siannya baby tu, pengasuh kumpul bukti banyak – banyak kemudian buat laporan. Biar kena hukvman. Orang macam tu tak layak lagi nak jadi ibu bapa. Biar JKM ambil baby tu supaya lebih terurus dan terjamin keadaan baby tu.

Norfarhana Maskam : Memang ada parents macam ni. Tak dinafikan mereka ada anak sebab dah ade isi dalam perut. Bukan dengan rela hati niat nak ade zuriat sendiri. Pasangan lain sibok usaha nak anak sampai ambik beIa anak angkat untuk meriahkan keluarga.

Ini ibu bapa jenis tak heran pasal anak. Kalau macam tu, baik ko gugurkan aje bila tahu dah mengandung, atau bagi orang lain ambil anak jadi anak angkat. Tak la susahkn anak tu kemudian hari. Ingat kehadiran anak dalam perkahwinan datang dengan tanggungjawab.

Ina Aman : Kalau saya jadi pengasuh tu memang tak nak jaga dah. Kesian memang kesian kat budak tu tapi mak pak sendiri buat tak tahu dengan anak sendiri. Jadi kita sebagai orang luar buat baik berpada – pada la dengan diorang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.