Suami terlalu manjakan anak, kalau aku marah anak nanti dorang mengadu. Sampailah anak aku tolak aku jatuh

Aku langsung tak boleh tegur dan naik tangan dekat anak, nanti mereka akan mengadu dekat suami. Akibatnya aku yang akan kena dengan suami. Sehinggalah satu hari, anak sulung buat per4ngai, dia tak nak makan dan tolak aku dengan sup panas, mangku yang pecah kena tangan aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam perkenalan kepada semua pembaca. Aku hanya nak berkongsi kisah perkahwinan aku dan c4baran yang aku lalui sepanjang perkahwinan aku. Sebelum tu, sedikit intro aku dan suami. Suami aku anak sulung.

Mak mentua surirumah dan ayah mentua dah pencen. Aku pula anak kedua. Ayah dah meninggaI, mak aku pun surirumah. Ikutkan awal – awal aku sepatutnya berkahwin dengan sepupu suami tapi dia sambung belajar di luar negara.

Kemudian ada sed4ra mara dia yang merisik aku. Aku jenis noob, fokus aku nak belajar, buat duit banyak – banyak dan bersara awal pastu cuti – cuti satu Malaysia. Aku tak terfikir pun nak berkahwin. Aku bekerja di hospitaI swasta sebagai radiographer. Yang kerja ambik X-ray CT scan tulah.

Dipendekkan cerita, aku pun akhirnya berkahwin dengan suami selepas tak sampai setahun dirisik. Cepatkan! sebab umur suami dah 29, aku pulak 26 tahun. Kira dah tua la kot. Jujurnya, hati aku takde rasa pun masa nak kahwin dengan suami tapi aku tak ada alasan nak tolak bila mak aku soal aku.

Suami aku jenis duduk rumah, tak main sosiaI media, ada rumah, ada kereta, berpendidikan, jadi mak aku suruh aku terima je kahwin. Yang penting, dia tak mer0kok weyh. Nampak tak macam dah cukup pakej lengkap sebagai seorang suami.

Suami aku jenis pendiam tapi dia terus ajak berjumpa selepas merisik. Dia jelaskan dekat aku pasal kerja dia. Dia selalu kena outstation sebab dia bekerja di sektor pertanian dan perladangan jadi dia memang tak beli rumah lagi sebab dah 2 kali kena tukar negeri.

Dia bajet selepas berkahwin baru nak beli rumah. Dia boleh sediakan semua cuma dia nak isteri yang berdikari. Sebagai anak sulung, dia kena tengokkan keluarga dia jugak, jadi dia harap aku boleh terima. Tapi, dia cakap memang sebolehnya dia tak nak susahkan aku.

Dia bayarkan semua masa keluar dating beberapa kali dan tak pernah sesekali pun cuba sentuh aku. Dia ada siap ajak mak dan adik – adik aku keluar bersama. Jadi, kami pun berkahwin. Rumah suami beli atas nama dia, aku ada keluarkan duit sekali untuk beli perabot.

Aku ada kereta sendiri. Duit kerja aku kebanyakannya aku simpan kecuali untuk keperluan sendiri, bayar kereta dan PTPTN. Aku jenis ok je keluarkan duit untuk hal rumah kitorang. Memang semua suami tanggung siap beri duit untuk mak aku sekali bulan – bulan.

Aku tak pernah masuk campur hal duit yang suami beri untuk keluarga dia. Suami akan inform dan aku izinkan. Aku faham sebagai anak sulung, dia ada tanggungjawab dia jugak. Untuk pengetahuan, rumah suami berdekatan dengan rumah mak dia dan agak jauh sikit dari rumah keluarga aku.

Tapi kami semua duduk di Selangor. Semuanya indah – indah semasa awal perkahwinan. Tapi lama – lama mulalah aku diuji dengan satu – satu isu. Aku buat point – point isu yang aku kena hadap sepanjang berkahwin.

1. Tipikal suami jenis Alzh3imer. Baju kotor memang susah nak masuk bakul. Tuala tak g4ntung balik elok – elok. Ambik barang tak letak balik tempat dia. Barang macam kunci, dompet dan cermin mata selalu hilang. Suami akan gotong royong dengan aku sebulan sekali atau dua kali camtu untuk bersihkan rumah.

Hari – hari memang aku yang kemas. Sebab aku jenis kemas dan teratur. Aku pening tengok rumah bersepah – sepah. Aku dah puas tegur tapi tak jalan gak. Aku mula letak label – label kat rumah. Contoh ‘Please drop your socks here’. Siap buat anak p4nah besar – besar.

Awal – awal suami aku buat tak tahu, aku pun buat hal tak basuh baju stoking yang tak masuk bakul. Berg4duh teruk kitorang pasal benda tu. Dia cakap benda kecik tapi bagi aku kalau hari – hari ulang penat weyh. Aku cakap aku tak larat, aku merajuk.

Aku cakap aku tak nak anak kalau dia camni. Takut anak aku pun lahir ikut per4ngai dia. Tak larat aku nak jaga. Berg4duh lagi kitorang. Dia mula totally berubah semasa aku mengandung. Aku mengandung tahun kedua perkahwinan.

Aku memang s4kit – s4kit dengan alahan masa ni jadi aku kutip – kutip baju stoking dia sambil menangis – nangis basuh baju lipat. Suami mula rasa bersalah tengok aku menangis lagi – lagi tengah mengandung akhirnya dia mengalah. Dia mula ikut label -l abel yang aku buat. Aku pasang CCTV, jadi bila – bila barang dia hilang, kitorang tengok CCTV duk rewind – rewind.

2. Pengurusan anak – anak. Semasa anak sulung baru berusia beberapa bulan, suami aku kena transfer ke Kedah. Jadi, bermulalah kami PJJ. Suami akan cuba balik setiap hujung minggu. Aku dapat anak kedua, perempuan masa anak sulung berumur setahun lebih.

Suami memang akan uruskan anak – anak kalau dia ada kat rumah. Suami aku balik rumah terus bawak anak – anak pergi jalan – jalan, beli semua yang anak – anak nak. Tak pernah marah atau pukuI anak – anak. Bila anak – anak dah mula membesar, jadilah isu.

Suami aku PJJ 3 tahun je selepas tu dapat pindah balik Selangor. Bila aku cakap, tegur atau nasihat, semua anak – anak buat dek je sebab diorang tahu bapak diorang akan back up. Bila aku pukuI, nanti diorang mengadu kat suami bila dia balik dan – dan aku kena marah. Lama – lama aku makan hati.

Ada sekali tu anak sulung tak nak makan. Bila aku nak p4ksa, dia tolak aku jadi aku terjatuh. Sup panas kena kat tangan aku melecur dan mangkuk pecah habis tercucuk tangan aku. Aku diam je bersihkan semua dengan tangan aku berd4rah – d4rah.

Aku sapu ubat biasa tak ke kIinik. Aku cakap dengan anak sulung tak payah makan. Dia dah takut tengok d4rah jadi dia terus call suami aku. Suami aku cuak nak cakap dengan aku. Aku hanya bagitau dia tak apa aku dah biasa.

“Kan ini hasil didikan abang dengan anak – anak. Esok lusa jadi kat adik perempuan dia ke anak orang, nanti abang tanggunglah.” Suami aku outstation, dia p4ksa – p4ksa aku ke kIinik tapi aku tak layan. Bila suami balik, dia terus p4ksa aku ke kIinik.

Buat pertama kali aku tengok suami aku marah dan pukuI anak sulung. Dia panggil dua – dua anak dan ceramah diorang. Sejak kejadian tu, aku buat silent treatment dengan anak – anak dan suami sampai berminggu – minggu.

Hati aku terlalu s4kit, aku rasa macam hopeless sangat. Suami pujuk tapi aku masih diam. Akhirnya, suami aku p4ksa aku pergi bercuti masa weekend. Anak – anak dia tinggalkan dengan mak aku. Masa ni, suami aku minta maaf sebab s4kitkan aku secara tak sengaja.

Parut kat tangan aku dah jadi parut kekal. Dia cakap dia dari kecik tak pernah dapat kasih sayang mak ayah sebab diorang selalu berg4duh, jadi dia dan adik – adik terabai. Dia tak sampai hati nak pukuI anak – anak. Tapi tak sangka anak – anak dah sampai jadi degil dan manja melampau.

Dia berjanji yang dia akan didik anak – anak elo k- elok. Tak bagi aku kena buIi lagi. Selepas kejadian tu, suami aku ada berjumpa dengan kaunselor dan doktor. Anak sulung kena gi terapi sebab dia memang terlebih lasak dan aktif. Lama – lama dia dah mula ok.

Dia dah pandai ucap terima kasih dekat aku, minta maaf kalau buat salah dan malam – malam akan datang ciuum aku cakap good night thanks for being my mom. Menangis aku tengok perubahan dia. Adik – adik dia pun auto ikut dia.

Aku dapat anak ketiga, perempuan jugak semasa anak sulung berumur 7 tahun. Selepas dapat anak ketiga, suami suruh aku berhenti kerja. Anak ketiga ada masalah paru – paru dan penghadaman jadi dia perIukan extra care. Suami cakap dia boleh tanggung semua. Aku dah tak ada apa  -apa hutang jadi aku ok je jadi surirumah.

3. Mak mertua penambah rencah. Awal – awal perkahwinan, mak mertua ok. Lama – lama mulalah aku dicop menantu derh4ka. Kisahnya, mak dan ayah mertua memang selalu g4duh – g4duh. Bila ayah mertua dah pencen, dia pun tak tahan duduk rumah jadi ayah mertua akan keluar sana sini.

Suami cakap mak dia memang suka berleter dan sentiasa nak menang. Mak mertua jenis manjakan anak – anak dia. Nasib suami aku berubah selepas berkahwin. Mak mertua macam tak boleh nak lepaskan suami bila dia dah berkahwin.

Dia kalau boleh nak control semua. Selalu datang rumah kami dan tegur cara masak, gosok baju, hal kemas rumah malah berus gigi suami pun dia tegur cakap pakai brand salah. Suami aku jenis tak kisah aku nak beli apa, nak masak apa, kemas rumah cara apa asalkan ada semua serba cukup.

Aku cuba husnuzon awal – awal sebab aku faham suami anak sulung, anak kesayangan dia tapi lama – lama mak mertua m4kin melampau terutamanya selepas suami kena PJJ. Dia tak puas hati anak dia sorang – sorang kat Kedah.

Company ada sediakan rumah semua untuk suami cuma makan minum jea suami kena adjust. Bila anak sulung lahir pun dia excited nak aku jaga anak ikut style dia. Aku ada cakap elok – elok dengan dia dan – dan g4duh jugak.

Merajuk masam muka mengadu dengan sed4ra mara. Tipikal lah. Suami aku jenis mendengar je mak dia membebel – bebel. Cuma dia beritahu mak dia ok nanti dia akan tegur aku tapi dia tak marah pun aku. Dia cakap mak dia memang jenis macam tu.

Malah ayah dia pun lari dari mak dia sebab tak tahan. Jadi sebagai anak, dia terp4ksa dengar mak dia membebel tapi sebagai suami, dia support aku. Suami memang tak bagi mak dia ke atau sesiapa tegur ke marah aku. Apa – apa hal, dia suruh direct dengan dia.

Dia cakap hanya dia je ada hak nak tegur aku. Masa awal – awal aku banyak kali str3ss sampai menangis merajuk nak cerai lah apa. Tapi lama – lama, aku dah dapat hadam semua nie. Mak mertua aku memang jenis camtu, jadi biarlah dia nak cakap apa ke buat, asalkan suami aku support aku dan tak pernah nak marah teruk atau naik tangan dekat aku.

Banyak lagi isu mak mertua buat tapi aku belajar untuk jarakkan diri dengan keluarga mertua dan cakap benda – benda yang penting sahaja. Tak perlu nak involve sangat sebab akhirnya aku tetap menantu, bukan d4rah daging dia.

Orang camni jenis payah nak berubah so better kita yang keep the distance. Sumpah apa yang aku imagine sebelum berkahwin beza sangat selepas aku berkahwin. Aku cuak awal – awal sebab yelah bila ada isu aku tak tahu nak refer dengan siapa.

Kang aku kena dicop buka aib suami lah, isteri derh4ka. Aku tak pernah mengadu dekat sesiapa pasal isu rumahtangga aku. Aku minta nasihat dari mak, kakak dan kawan baik yang boleh dipercayai tapi aku tapis cerita. Mostly aku try cari sendiri info ke tips dan rajinkan diri membaca.

Sebab aku tahu setiap rumahtangga tak sama dan ujian masing – masing berlainan. Aku juga diuji dengan kehadiran orang ketiga, isu kewangan dan masalah adik – adik ipar. Bila dah taip – taip baru aku tersedar dah panjang benar.

Aku stop kat sini dulu. Nanti aku share kalau ada kesempatan. Sorry kalau panjang. Terima kasih kalau korang baca kisah aku dan kalau sudi share lah tips rumahtangga yang bermanfaat. InshaAllah jadi pedoman untuk yang lain. – Lizie (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatimah Azzahra : “A good marriage is not something you find, it is something you make and you have to keep on m4king it.” Nampak macam tt ni burn out, semua benda atas dia – suami dan anak – anak. Lepas tu tt mention anak last ada masalah sikit dan kena berhenti kerja, so your world involve around your house.

Daripada bekerja tak kerja, i can understand ur str3ss. Kalau dulu u enjoy ur job, if anak dah okay, gi la kerja balik so that u can have another time that not involve around your home. In marriage, communication is the key, tak puas hati, duduk dan bincang.

Tak puas hati jugak, taip mesej bagi dia baca. Tapi ingat, communication bukan untuk kita nak menang. Dia ada alasan dia, and kita ada alasan kita, vent it out. Gaya tt n husband, macam sama – sama boleh bcg. Mertua.. Cannot say anything.

Dia tua, yang ni keras liat payah dah nak bentuk. If ur husband supportive and on ur side, then okay la. Berdamai dengan takdir awak. Dia kena jaga dua hati, awak dan mak dia, tersepit jugak dia. Awak angguk jer, follow tak follow tu lantak dia.

Mariage ni complex, we have our vision and mission, macam tu jugak husband kita. Dua dunia yang sangat berbeza, pastu nak jadi satu. Kadang – kadang tak tally sangat, so jadi masalah. If your respect and love towards each others still strong, then stay. If not, you know what to do..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?