Suami tangguh utk bercerai, aku tiba2 jatuh hati dekat pelajar sendiri. Dia habis SPM aku terus cari

Oleh sebab hubungan aku dengan suami dah macam bukan suami isteri, aku terjatuh hati dengan pelajar aku sendiri. Bila dia dah habis SPM, aku terdetik nak cari dia dekat Facebook. Sejak aku ‘kawan’ dengan anak murid dekat facebook, aku rajin buat story. Hinggalah satu hari, aku kuatkan semangat berterus terang..

#Foto sekadar hiasan. Salam.. Nama aku Zizie Aku seorang guru sekolah menengah mengajar Bahasa Inggeris. Sudah berkahwin dan memiliki 2 orang cahaya mata. Aku sudah 10 tahun mengajar dan sekarang umur aku 32 tahun.

Perkahwinan aku bersama suami sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kami membawa haluan masing – masing kerana suami aku lebih memilih mama dan kakaknya berbanding menyelamatkan aku daripada menjadi m4ngsa mereka.

Aku tidak mampu lagi untuk bertahan, lantas aku meminta cerai. Tapi, suami aku meminta untuk tangguhkan penceraian demi anak – anak kami. Dia memang sangat sayangkan anak – anak. MaIangnya, dia tak sayangkan perkahwinan kami yang sudah mencecah 9 tahun ketika itu.

Anak sulung aku berumur 7 tahun rapat dengan papanya. Aku takut juga jika anak – anak tak boleh terima kenyataan yang mummy dan papa dah berpisah. Aku pun setuju untuk tidak bercerai. Tunggu anak – anak dah faham, baru kami berpisah secara rasmi.

Kami betul – betul bukan seperti suami isteri. Aku bukan tak cuba untuk membaiki, tapi selagi mana mama dan kakak suami aku hidup, aku tak rasa kami boleh bersama semula. Suami aku pula, seolah – olah dipukau. Berubat?

Aku dah tak mampu dari segi kudrat. Aku terlalu penat dengan manusia. Cinta pada suami juga sudah tertanam. Dalamnya umpama 10 kali ganda burj khalifa! Selepas setahun hidup begini, pintu hati aku memang dah tertutup.

Aku tak percaya lagi dengan insan bernama lelaki dan aku takut jika aku dapat lagi keluarga mentua yang menjadikan aku seperti sampah. Sampailah suatu hari, aku dipindahkan ke satu sekolah baru. Aku perlu mengajar pelajar SPM.

Mulanya aku seperti biasa. Tapi m4kin lama, aku dapat rasa yang hati aku ni tersuka pada Farid. Farid adalah pelajar SPM yang ketika itu berumur 17 tahun. Aku pula 30 tahun. 13 tahun perbezaan usia kami. Aku tak rasa Farid sukakan aku.

Aku nampak dia kekok dengan perempuan termasuklah guru wanita. Aku macam biasa, bertugas seperti guru – guru yang lain. Cuma aku sem4kin sukakan Farid. Baik budaknya, pandai bahasa Arab dan Inggeris. Lagi satu, dia tak terhegeh – hegeh macam pelajar lelaki yang lain.

Itu yang membuatkan aku m4kin jatuh hati. SPM pun dah berlalu. Farid pelajar yang pandai. Dia dapat menyambung pelajaran di oversea. Aku pula masih di sekolah tersebut. Lama jugak aku tak dengar khabar Farid, sampailah suatu hari, aku terdetik nak cari Farid di Facebook dan aku jumpaaa! Aku pun add Farid. Dia approved aku.

Gembiranya aku sampai tak tidur aku malam tu. Sejak – sejak aku add Farid, rajin aku buat story. Sebab aku suka Farid tengok story aku. Setahun juga aku macam tu dan tak pernah sekali pun Farid tak tengok story aku. M4kin aku rasa yang aku betul – betul cintakan Farid.

Satu hari tu, aku beranikan diri untuk confess. Aku dm Farid. Aku terus terang yang aku sayangkan dia. Aku cuma beritahu dia yang aku single. Mungkin dia ingat single mom. Rasanya dia terk3jut, dia cuma like confession aku. Bila like kan, umpama kita bagi love.

Aku pun tanya dia, you gave me love, do you love me? Dia jawab, yes as my teacher who taught me a lot of things. Sedih aku baca, tapi bila berada di situasi dia, of course akan jadi blur. Tiba – tiba saja cikgu sendiri ucapkan cinta. Kan?

2 tahun aku syok sendiri. Jangan risau, anak – anak aku jaga elok saja. Lepas tu, aku sambung mesej Farid, lepas ni IGNORE aku terus. Jangan baIas apa – apa langsung. Aku cuba untuk remove dia dari Facebook aku, tapi hati aku tak kuat. Aku biarkan saja.

Entahlah, story aku masih dia tengok. Selalu jadi orang pertama pulak tu. Status aku dia like, cuma mesej aku saja yang dia tak baIas. Aku kadang – kadang mesej yang aku rindukan dia. Dia cuma bagi aku seen saja. Mungkin sebab aku suruh jangan layan kut?

Dia pun friend dengan beberapa orang guru lain. Tapi tak ada pulak dia like status guru – guru tersebut. Status aku semua dia like. Aduh Farid, kenapa begitu? Tak, aku bukan desperate. Aku tak p4ksa dia pun. Lama – lama aku jadi sedar diri.

Aku dah kahwin, ada anak, tua dari dia dan sebagainya. Setiap kali solat, aku mintak sangat Allah bagi aku lupakan Farid. Aku pernah mesej Farid, don’t worry aku tak akan ganggu dia lagi. Satu hari aku akan hilang selamanya dari hidup dia.

Aku cuba tak update story lagi. Tapi bila rindu aku memuncak, aku update juga. Macam biasa, Farid akan view. Aku cuba pujuk diri sendiri. Mungkin Farid view semua status kawan – kawannya. Tolonglah jangan perasannnnn.

Aku suka sangat bila Farid tengok story aku. Seolah – olah bagi aku semangat nak teruskan hidup. Suami aku? Ada di celah k4ngkang mama dia kut? Aku tak tahu. Sekarang ni, aku sangat rindukan Farid. Tapi aku cuba tahan diri untuk tak update story. D

Dah hampir sebulan aku log out dari facebook aku. Aku uninstall Facebook juga. Aku dah janji aku akan pergi dari dia. Farid ni tak aktif buat story atau status di Facebook dia. Aku cuma mengharapkan dia tengok story aku saja lah.

Aku sedang kuatkan diri untuk delete terus Facebook aku sebab aku betul – betul tak mampu untuk remove Farid. Aku yakin sangat, Farid seorang yang sangat baik. Dia tak pernah bercinta. Tengok akhlak Farid pun dah boleh agak, Farid sangat menjaga batas pergaulan. Aku saja yang sebaliknya. Malunya aku.

Doakan aku kuat untuk tidak mengganggu Farid lagi. Aku tahu aku salah. Tak sepatutnya seorang guru bertindak begini. Tapi aku manusia biasa. Perasaan itu datang tanpa aku duga. Diwaktu suami aku memilih untuk tidak lagi bersama.

Serius, aku tak minta jadi begini. Kepada Farid, I’m really sorry for what I’ve done to you. Best wishes in your future. Memang rasa s4kit sangat sekarang, tapi aku yakin aku kuat. Aku kuat! – Cikgu Zizie (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wan Suriati Wan Mustapha : Nauzubillahiminzalik! cikgu, jaga maru4h kita sebagai ibu dan guru. Masalah cikgu dengan suami belum selesai lagi, selesaikan yang tu dulu. Jangan contact Farid lagi, lepaskan dia dari perasaan cinta cikgu sebab itu tak normal actually.

Biarkan Farid explore dunia muda dia, banyak yang dia perlu terokai. Jangan kacau dia, please! Kembalilah pada fitrah cikgu sebagai guru dan junjung tinggi title itu, baru lah cikgu dipandang mulia dan dihorm4ti.

Syazwani Abdul Razak : Benda macam ni memang betul jadi. Cerita ni sebijik macam cikgu kami di sekolah menengah rendah dulu. Cumanya, “Farid” tu ialah classmate saya dan juga ex-bf saya masa tu, kami berkawan secara serious sejak dari tahun satu universiti.

Namanya bukan Farid tapi A. Cikgu tu pula ialah cikgu Matem4tik kami dari tingkatan satu sampai kami tingkatan tiga. Memang cikgu favourite kami sebab dia ceria dan suara ala – ala manja. Cikgu tu dah berkahwin dan ada dua anak juga dan masih muda masa tu.

Sampai tingkatan tiga kami ke sekolah asrama masing – masing dan lost contact. Waktu kami tahun empat universiti, cikgu tu contact saya dan A semula dan update dia dah lama bercerai. Selalu contact saya di SMS tanya di mana tu, keluar dating dengan A ke.

Dan suggest untuk berjumpa atas alasan reunion guru dan murid. Dan later akan SMS A juga tanya soalan sama dan mengaku dia cemburu. Pernah ajak A jumpa beberapa kali bersama anak – anak dan usulkan pada A untuk jadi “papa baru”anak – anaknya.

Dan confess yang dia suka A dah lama dulu dari A tingkatan dua dan dia jealous pada saya. Memang scary baca benda macam ni dan kita rasa macam mengarut. Tapi saya sendiri alami benda macam ni dan rasa kecewa cikgu yang menjadi favourite kita pada suatu masa, kita horm4ti dan sayangi bertindak macam tu.

Untuk si cikgu puan confessor, harap dapat kawal diri dan sibukkan diri dengan perkara lain. Murid akan ingat apa yang awak buat dan akan ada impression tak elok pada awak jika awak bertindak mengikut perasaan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.