4 tahun jadi janda anak satu saya kahwin dengan duda anak 3. Awal kahwin lagi suami tak suka anak saya duduk sekali. Saya ikut cakap suami, hantar anak umur 4 tahun duduk dekat kampung. Tapi saya perasan setiap kali saya ambik anak duduk sekali, mesti akan ada lebam dekat perut dan celah peha.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, macam biasa admin tolong rahsiakan identiti saya ye. Saya seorang surirumah, berumur 34 tahun. Kisahnya sebelum ni saya adalah seorang ibu tunggal dan ada seorang anak perempuan.
Kemudian berkahwin dengan seorang duda kem4tian isteri. Dia ada 3 orang anak. Lepas 4 tahun jadi ibu tunggal, saya bertemu jodoh atas rekemen kawan – kawan. Kami berkawan hanya 2 bulan, bertunang 2 bulan dan terus ambil keputvsan untuk kahwin.
Semasa berkawan dan bertunang semua ok je. Selepas berkahwin saya masih lagi bekerja, kerja kilang je. Suami tak bagi duit nafkah sebab dia kata saya ada duit sendiri. Dengan gaji saya tu lah saya bagi mak dekat kampung untuk beli barang – barang anak saya.
Kami selalu jugak berg4duh. Suami saya jenis cemburu tapi dia tak mengaku. Apa – apa program yang tempat kerja saya buat, dia tak izinkan saya sertai. Tapi kalau yang tempat kerja dia buat apa – apa majlis, semua dia join.
Masalahnya dekat sini suami tak sukakan anak saya. Dia tak suka bila bercakap tentang anak saya. Tak ape laa. Memang saya tak bawak anak duduk sekali dengan kami. Anak duduk dengan mak saya sebab suami tak suka dia.
Paling menyedihkan bila anak saya datang sehari dua pon terus Iebam – Iebam badan dicubitnya sampai kepala anak saya disep4k, dicubit perut dan ceIah paha. Anak saya masa tu baru 4 tahun. Budak tu pulak tak ade salah apa pun.
Tak tahu kenapa dia benci sangat dengan anak saya. Cuma anak saya tu bila dah lama tak jumpa, dia nak duduk dengan saya, nak saya tidurkan dia. Mesti dia rindukan saya. Dia kecil lagi waktu tu, baru 4 tahun, tidur nak berpeIuk tapi suami suruh letak dalam blik biar dia tidur sendiri.
Anak saya takut sebab tak biasa dengan rumah suami. Lagipun masa tu anak – anak suami takda kat rumah. Suami juga selalu cerita yang buruk pasal anak saya pada anak – anak dia sampai anak – anak dia pon tak suka kat anak saya.
Bila hantar anak saya balik rumah orang tua saya, saya cakap anak saya jatuh basikal sebab tu Iebam – Iebam. Masa pon berlalu, saya mengandung dan berhenti kerja. Saya yang jaga anak – anak tiri dekat rumah. Tapi peng0rbanan saya yang sanggup berhenti kerja ni macam takde apa – apa pada dia.
Dia bagi belanja bulanan RM300. Belanja peribadi saya saja. Bab duit belanja saya tak kisah sangat min. Saya tau dia gaji banyak. Dia mampu nak bagi lebih dari tu tapi takpe la, saya terima. Saya uruskan anak – anak dia dan segala hal rumahtangga saya buat sorang.
Tapi apa saya dapat? Boleh dik4takan hari – hari kena m4ki. Sampai sekarang dah 6 tahun kami bersama, dia tak pernah berubah. Kalau sekali orang tu buat salah walau bukan pada dia, dia akan terus black list orang tu.
Saud4ra mara saya yang dia tak suka, dia tak akan bawa saya jumpa diorang. Baru – baru ni sepupu saya kahwin pon dia tak nak pergi. Pada hal tu sepupu yang sangat rapat dari kecil. Lepas kahwin dengan dia, saya hilang saud4ra mara.
Bila dia ajak kenduri saud4ra mara dia, saya ikut je sebab nak jaga silaturrahim. Mak ayah saya sangat – sangat kecil hati dengan apa yang dia buat pada saya. Setiap tahun bila raya mesti raya rumah mak dia dulu. Petang atau raya kedua baru rumah mak saya.
Dia buat macam saya ni takde mak bapak. Bila saya ajak beraya rumah mak saya dulu, dia tak nak. Katanya bukan ada apa – apa pon kat sana.. Ya Allah.. Mak ayah saya hidup lagi min. Dia ingat raya rumah mak ayah dia ada apa?
Ada psembahan sarkas ke? Macam mana kalauarga dia raya, macam tu jugaklah keluarga saya raya. Juadah raya pon mak saya buat. Bukan takde buat apa – apa. Yang dia tau, tiap – tiap tahun nak balik rumah bekas mertua dia.
Situ memang betul takde apa – apa. Tapi saya tak halang pon. Pergi laa.. Dia nak pergi mana pon pergi laa. 6 tahun saya hidup bersama dia. Asyik kena marah, m4ki hamun. Kalau bawa anak – anak jalan pon mesti ada saja hal yang dia akan marah dan m4ki saya depan orang ramai.
Saya taktau kat mana nak letak muka. Budak kecik kadang – kadang biasa la. Tak puas main pastu ajak balik mesti dia meng4muk, itupun dia hamun saya. Bukan dia nak pujuk anak. Kadang – kadang saya tak tahan saya meIawan jugak.
Kalau ikutkan mak ayah saya, dia suruh balik duduk dengan diorang je. Saya fikir ni perkawinan kedua saya kalau boleh biar kekal sampai bila – bila tapi setiap hari kena m4ki rasa nak cepat – cepat m4ti je min. Baru – baru ni saya terasa hati sangat, saya tunjuk dekat dia, saya order ubat kat lazada, RM20 je, terus dia kata tak nak ambik tahu.
Tapi kasut anak nak merentas desa, RM80 serta merta dia beli. Sekarang ni, selesai kerja saya, saya akan duduk je dalam bilik. Layankan anak bongsu sampai dia tertidur. Anak kami ni pon tak nak berkepit dengan dia. Bila kami datang tengok tv sama – sama, bising katanya. Ganggu dia nak berehat.
Tak ape la, rehat la. Kami tak ganggu. Bawa anak masuk bilik, main game. Sembang – sembang dan tidur. Saya sabar selagi boleh. Saya serah pada Allah Ta’ala je. Dia s4kitkan hati isteri, m4ki hamun isteri. Selagi boleh sabar, saya sabar.
Saya sekarang macam dah tak ade hati. Macam dah hilang rasa. Saya takut lama – lama rasa hormat pada dia akan hilang. Tiap kali anniversary atau birthday dia saya akan usahakan cari hadiah untuk dia walau setiap tahun saya tak pernah dapat apa – apa.
Nampak dia seronok sekejap tu pon buat saya seronok dah. Tapi tahun ni, saya bagi hadiah anniversary tapi jiwa saya tak happy pon. Kosong je saya rasa.. Saya nak dia gembira, bangun pagi ada hadiah. Tapi saya tak rasa apa – apa.
Komen Warganet :
Pelangi Indah SK : Kalau saya dah hai2 bye2.. Berkahwin ni perkongsian semua perkara. Kalau tak mau anak – anak saya tak payah hidup bersama, maknanya lelaki ni jenis tak boleh bertolak ansur dan eg0. Jangan kata bercerai sebab masalah kewangan, dapat suami pemalas kerja dan tak berduit sahaja tapi dapat suami berwang juga boleh bercerai, jenis berlagak, hidung tinggi.. pend3raan em0si.
Tak bersuami kalau lebih bahagia dan tenang lebih baik sendiri. Pilihan di tangan sendiri. Jadi isteri memang kena jadi b0doh – b0doh sikit tapi jangan betul – betul b0doh sampai jadi m4ngsa pend3raan.
Nora Mohd Sabali : Sedih dik hidup awak tapi lagi sedih awak tinggalkan anak perempuan umur 4 tahun dijaga oleh nenek disebabkan awak kejar seorang lelaki yang ada anak jugak. Anak awak perlukan kasih sayang dari seorang ibu. Rasa belum terlambat awak buat keputvsan. Hidup berumahtangga untuk gembira dik bukan untuk sengs4ra seumur hidup.. Cepat bertindak
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.