2 minggu balik rumah mentua, tak pernah sekali pun dia masak untuk aku. Setiap hari aku order makanan delivery je

Sepanjang 6 tahun kahwin, tak pernah langsung mak mentua masak masa aku ada. Aku tak tahu apa yang mak mentua ni penat sangat. Kerja dia tengok tv, tidur, makan, solat itu je aku tengok. Kalau masak pun lambat, kadang – kadang 11 pagi takde apa – apa langsung makanan dekat dapur.

#Foto sekadar hiasan. Admin hide profile aku please. Maaf sebab luahan ni agak panjang sikit. Aku tak tahan nak luahkan masalah aku ni. Tak tahu nak luah dekat siapa. Suami aku asal pantai timur, kerja freelance. Aku dan suami tinggal dekat Kuala Lumpur, jadi bila dia takde kerja, dia akan balik la rumah mak dia.

Kebetulan aku surirumah anak baru sorang, senang la kami nak balik kampung. Cuma kadang – kadang aku malas nak ikut laki aku balik rumah mak dia. Mak mentua okay, baik je cuma aku tak seronok, tak selesa duduk sini lama – lama.

Suami aku ni adik beradik ramai tapi yang selalu balik kakak dengan suami aku je. Yang jadi masalah bila balik, rumah bersepah padahal mak mentua aku duduk sorang je. Dia sihat lagi, boleh bawak kereta semua tapi aku tak boleh hadap duduk situ sebab sangkar kucing masok dalam rumah.

Bila sampai rumah je aku pening kepala terus bau taik kucing semua. Mak mentua bela kucing baka mahal tapi tu la dekat 12 ekor. Bayangkanlah 2 minggu lebih aku bertahan. Mak mentua jenis buang t4ik kucing sekali sehari je, pastu kadang – kadang lambat tak buang.

Pernah sekali anak aku terduduk dekat sofa yang kena k3ncing kucing. Aku nak kata pembersih sangat tu tidaklah tapi tulah mak mentua punya tahap malas tu periuk nasik kadang berhari   hari baru nak cuci, pinggan mangkuk sampai bertimbun.

Sepanjang aku duduk sini banyak aku yang cuci. Kalau malam nak tidur tu dia biarkan je sampah terbiar dengan pinggan periuk tak basuh. Aku pulak rasa str3ss duduk sini tapi aku tak la cakap depan – depan dengan suami.

Dah tu mak dia kan. Patutlah suami aku pun macam tu jenis tak rajin langsung nak membantu aku dekat rumah, jenis suka tangguh – tangguh kerja. Ada sekali tu, aku ingat lagi masa adik beradik suami balik semua, mak mentua aku tak masak langsung.

Sepanjang 6 tahun kahwin, tak pernah langsung mak mentua masak masa aku ngam – ngam sampai kampung. Dia masak tapi besoknya. Itupun bila aku nak masak dia asyik cakap tak makan tu tak makan ni jadi aku malas dah nak rajin sangat. Pastu dia masak lambat.

Kadang – kadang 11 pagi takde apa – apa langsung makanan dekat dapur. Dulu masa awal kahwin tengah mengandung aku pernah menangis kelaparan sebab takde apa nak makan. Waktu tu aku tak tahu langsung rumah mak mentua jenis takde apa nak makan.

Sekarang aku akan siap – siap bawa makanan macam – macam, tapi aku masak untuk anak je. Suami aku dengan mak mentua jenis memilih makanan. Kalau aku nak order panda ke grab ke laki sibuk suruh aku belikan untuk mak dia sekali, masalahnya dorang ni jenis memilih makan.

Aku nak makan ayam penyet tapi dorang tak nak makan. Sudahnya kadang – kadang aku yang mengalah. Bayangkanlah sepanjang 2 minggu lebih duduk sini asyik beli makanan je. Aku kalau duduk rumah sendiri, hari – hari masak sebab suami kata jimat.

EHHH.. sampai kampung dia, hari – hari beli makanan luar. Ada hari mak mentua masak, tapi dalam seminggu tu 2 kali je lepas tu beli semuanya. Mak mentua aku sihat je ye, takde s4kit apa – apa pun. Setiap kali suami cuti, tak kerja, aku selalu elak nak balik sini sebab takde benda nak buat.

Suami dah la jenis tak berjalan, kadang – kadang berg4duh dulu baru nak jalan. Pastu suami suka uguut – uguut kalau tak nak balik sudah, jangan nak kirim, suruh tu suruh ni la. Tadi aku ada beli biskut pastu dalam tu banyak yang h4ncur, aku pelik la kan.

Jadi aku tanya suami, “kenapa banyak h4ncur ni, hari tu elok je beli.” Kemudian suami baIas dengan kasar, “Manalah aku tahu bukan aku yang buat biskut ni, pergi tanya kilang.” Ya Allah…. kecik hati aku. Aku tanya elok – elok kot.

Lepas tu anak aku makan biskut comot – comot, anak aku masuk bilik pastu laki aku bising suruh cucikan tangan. Padahal dia boleh je tolong basuhkan tangan. Dia suruh aku, lepas tu aku cakap nantilah jap. Dia boleh sound, “lepas ni aku balik sini sorang jela!” Allahuakhbar… yang dia boleh pulak baring main Handphone?

Geram sungguh, aku malas nak g4duh tapi aku macam dah takde hati langsung nak balik sini lepas suami cakap macam tu dengan keadaan rumah macam ni. Anak aku baru 3 tahun biasalah kan budak – budak, dia main macam – macam, bukak almari pastu bila terkepit jari, suami salahkan aku. Padahal dia main Handphone?

Kadang – kadang masuk bilik lain tengok dia main Handphone sedap baring. Ehhh memang geram je. Dia tak habis – habis suruh aku tengok anak dia tapi dia h4ram jadah Handphone saja melekat dekat tangan. Dah la ber4k k3ncing anak aku urus sendiri.

Patutlah dulu aku dapat anak pun lambat sebab suami aku macam ni, Pemalas! Dia rajin kerja je yang lain tu kena suruh baru jalan. Ada satu lagi benda yang aku tak paham, Mak mentua sanggup jemur baju – baju dalam rumah, padahal dekat luar panas terik dia sanggup g4ntung baju dekat tingkap ni je.

Dia boleh cakap dekat aku, “malaslah nak jemur luar.” Aku tak tahu apa yang dia penat sangat. Kerja dia tengok tv, tidur, makan, solat itu je aku tengok. Itu takpe la kan. ikut dialah. Masalahnya suami aku pun ikut! Dia ikut style Mak mentua g4ntung – g4ntung baju dekat tingkap bawak per4ngai dia tu sampai ke rumah kami, Allahuakbar.

Rumah aku dengan dobi dekat sangat. Aku suruh pergi keringkan baju, sekarangkan musim hujan, dia boleh cakap aku ni jenis manja nak senang je. Aikkk? Benda dah senang kot pergi keringkan balik aku lipat daripada dok g4ntung baju baju dekat semua tingkap dalam rumah ni dah kenapaaa. Kalau aku tegur dia akan melenting. Okay last part. Aku tak sabar balik KL, tak sanggup dah !!!

Komen Waarganet :

AbdulMutalib Enam : Ha ah.. Kucing mana boleh kurung dalam rumah kene lepas. Inilah masalah orang bela kucing mahal. Simpan dalam rumah. Busuk rumah. Aku kucing kampung je. Takde la banyak dalam 6 ekor ada..

Hari – hari ber4k bawah rumah. Aku tukang sapu t4ik kucing tukang buang tepi longkang dekat kebun. Kalau tak sapu tak bersih kan.. Perhh.. nak duduk bawah tak lalu busuk. Ini kat luar rumah kalau kat dalam rumah tak boleh di bayang kan busuk nye.

Wekkkk… Kalau tak dibersihkan autom4tik kita tu jadi pengotor. Ini kalau berjiran dekat – dekat dengan rumah orang. Ada orang repot habis la kene denda. Pencemaran bau busuk..

Che Tie : Kalau akak la lebih baik dok umah sendiri bebas, fikiran tak serabut, orang lelki ni kita kena pandai pujuk, mulut kena manis, walaupon hati s4kit, demi nak dia dengar cakap isterinya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?