Sepanjang kahwin suami langsung tak bagi duit. Duit keperluan anak, rumah sewa, bil – bil semua saya yang bayar. Saya senyap – senyap ambil duit perniagaan suami tapi saya rasa bersalah. Suami ingat saya bayar semua benda pakai duit saya tapi sebenarnya saya tipu. Berd0sakah saya….
Kisah 1
#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum semua pembaca, admin tolong hide profile saya ye.
Saya nak tanya pendapat semua, berd0sa tak ye sebagai seorang isteri, mengambil duit suami. Suami tak pernah kasi duit belanja, duit untuk keperluan anak dan rumah, duit sewa rumah dan bil air api, duit nafkah (saya redha kalau dia tak kasi, mungkin sebab tu dia tak kasi). Saya hanya menjahit dan menjual online. Dengan duit tu lah saya buat beli barang – barang.
Memang tak cukup duit saya tu untuk bayar sewa, bil – bil dan beli barang – barang untuk keperluan keluarga. Saya punya pendapatan pun tak banyak, selalunya tak sampai RM500 pun. Suami berniaga. Saya ambil duit niaga dia senyap – senyap. Berd0sa tak ye?
Perasaan bersalah selalu ada. Takut untuk bagitahu. Kadang sebelum tidur, saya minta maaf dan minta halalkan semuanya tapi saya tak bgitahu pasal apa. Tiap solat saya akan minta Allah ampunkan d0sa saya. Sejak akhir – akhir ini, saya rasa tak tenang sebab rasa bersalah. Suami ingat saya belanja dan bayar bil – bil dan sewa guna duit saya sendiri. Padahal saya ambil duit dia. Dan pernah dia rugi dalam jualan. Saya rasa bersalah sangat. Mungkin ke sebab saya ambil duit dia, sebab itu dia rugi dalam jualan. Maaf kalau ayat terabur.. Terima kasih.
Kisah 2
Salam min, nak mintak pendapat semua. Suami saya ni terlebih rajin bekerja, sampai tahap abaikan anak bini. Masa hari raya haji baru – baru ni, dia siap pergi kerja dan buat OT. Dia bukan orang susah sangat, duit dalam akaun bank ada RM120K! Hutang bukan ada pun, kecuali duit rumah saja.
Dah lama dah aku pendam min, kami tak pernah makan angin atau jalan jauh – jauh sepanjang berkahwin selama 5 tahun. Sekali pun tak pernah bawak saya dan anak – anak jalan tempat yang jauh, saya teringin jugak nak macam orang lain. Suami kedekut nak m4mpus tapi kan sekarang ni saya tau no pin bank dia. Jadi sebulan 2 kali jugak saya ambik duit dia tanpa dia tau.
Sebulan RM200 saya ambik, kadang saya rasa bersalah jugak ambik duit dia tapi dia tak ada bagi duit pun kat saya. Anak – anak kadang nak aiskrim la, saya pun nak jugak skincare, belanja dapur memang semua dia beli, cuma duit di tangan saya RM1 pun tak ada. Sebab tu la saya ambik duit dia, macam pi pasar raya kan, kadang anak saya ni nak ais krim nak jajan, duit tu la yang saya guna.
Mungkinkah aku orang yang tak bersyukur min tapi aku boring jugak sebab hari – hari duduk rumah. Bila aku nak kerja tak bagi.
Komen Warganet :
Nurul Nadia : Ape kata terus terang dengan suami, luahkan dari hati ke hati. Jangan ambik tanpa pengetahuan dia sebab mane tau duit dalam bank tu dia kumpul – kumpul bersebab. Nak bawa awak 1 keluarga pergi haji ke, umrah ke. Terp4ksa kedekut la sebab ade benda dia nak buat tapi awak cakap barang dapur semua dia belikan.
Haa masa beli tu, awak bagi la list apa nak kena beli, bagitahu skincare awak sekali, stok jajan – jajan anak, aiskrim tapi jangan la cakap kasar – kasar. Kena cakap elok – elok, ” abang, boleh tak belikan bla,bla,bla. Teringin nak pakai macam ni macam tu.” Orang laki ni jahiI dia pon, kalau kena ayat dia mesti cair, yang penting cakap terus terang..
Nuraisyah Masor : Kadang tak faham dengan orang laki ni, pendedahan tentang ilmu nafkah dalam rumahtangga kurang sangat. Diorang tak tahu ke kalau buat tak ketahuan kat anak bini bukan saja kurang rezeki masuk, tapi esok – esok ditanya di sana. Banyak sangat kes suami cuIas bab nafkah bini. Kesian la kat isteri yang suri rumah sepenuh masa. Yang betul – betul harapkan duit dan ehsan dari suami . Hmmm
Azureen Nurul Syazwani : Dia rugi sebab kedekut dengan isteri, bukan sebab awak curi. Duit tu ada bahagian untuk awak tapi dia tak bagi. Jadi Allah kurangkan rezeki dia sebab bini tak redha tak diberi nafkah. Kadang mulut kata ok tapi hati masih tak terima. Kita orang perempuan kena ingat, duit belanja dapur, anak – anak tak termasuk dalam nafkah bini ye. Duit nafkah bini tu bila laki cakap nah ayang amek RM500 ni buat belanja. Itu khas RM500 untuk isteri sahaja. Shopping ke nak pegi spa ke tak ada masalah.
Ieyrah Aries : Ruginya seorang suami kedekut dengan isteri. Pintu rezeki untuknya mak1n tertutup, para suami nak rezeki mencurah – curah rezeki berkat jangan sesekali kedekut dengan isteri dan Ibu kita. Sem4kin banyak kita memberi sem4kin banyak la rezeki datang pada kita. Kalau tak mampu nak bagi dengan banyak bagi la sedikit pun jadi nafkah untuk isteri.
Maznie Ahmad : Saya pun dulu bekas suami kedekut sangat, sampi saya cvri duit dia. Sebab tak bagi duit belanja langsung. Tapi orang kedekut ni tahu kalau duit dia 5 sen pun luak. Sampai dia cakap saya ni per0mpak besar, padahal bukan saya ambik semua pun cuma RM150.00 sahaja. Lama – lama saya tak tahan dengan sikap kedekut dia. Bukan setahun saya tunggu dia berubah tapi 12 tahun.. Akhir sekali saya ambik jalan terbaik untuk berpisah. Alhamdulillah sekarang dapat ganti yang lebih baik.