Suami meminta saya menolongnya siapkan beg pakaiannya. Kurang 24 jam iaitu esok pagi akan rasmilah saya berkongsi kasih suami. Ya, isterinya ini yang seterika baju nikah kami dulu untuk suami pakai menikah sekali lagi esok! Saya siapkan samping s0ngket, lengkap dengan butang baju melayu.
#Foto sekadar hiasan. Saya kini sedang diuji oleh Allah. Suami saya kini berada di negara gajah putih sedang menghitung waktu untuk bernikah dengan isteri kedua esok pagi.
Saya baru berumur 28 tahun, masih muda dan cantik. Tapi perlu memilih sama ada diceraikan atau dimadukan.
Walau berkali – kali suami mahu menceraikan saya, namun tetap saya pertah4nkan, saya halang mulutnya dari terlafaz perkataan tu. Semuanya sebab saya tidak mahu anak saya mempunyai ‘br0ken family’.
Kurang 24 jam iaitu esok pagi akan rasmilah saya berkongsi kasih suami. Namun, saya masih bersyukur dan gembira masih bergeIar isterinya, masih diberikan peluang berkhidmat sebagai isteri.
Saya sendiri yang izinkan suami berkahwin lagi. Entah dari mana kekuatan Allah hadirkan dalam diri. Suami meminta saya menolongnya persiapkan beg pakaiannya.
Ya, isterinya ini yang seterika baju nikah kami dulu untuk suami pakai menikah sekali lagi esok! Saya siapkan samping s0ngket, lengkap dengan butang baju melayu.
Begitu juga baju – baju kemeja dan seluar kerja sebanyak 6 pasang untuk seminggu suami saya akan bermalam di rumah isterinya yang kedua nanti.
Pagi tadi, saya sebagai isteri yang menghitung detik suami menerima akad perempuan lain, menolong suami sangkutkan baju nikah kami tu di dalam kereta. Ohhh kuatnya hati ini. Tanpa setitis air mata pun yang jatuh.
Saya menghantar suami saya ke kereta dengan senyuman, gurauan, mood dan muka yang ceria.
Suami yang awalnya saya rasakan tiada perasaan, tidak peduli pun saya ada atau tidak tetiba menangis memeIuk saya selepas saya salam, civm dan kucup tangannya dengan begitu lama.
Lebih lama kucupan ini dari kucupan semasa pernikahan kami 4 tahun yang lepas. Suami meminta maaf. Saya maafkan, saya minta dia ampunkan segala dosa saya selama saya ini.
Saya mohon suami doakan saya kuat, kerana saya tahu saya tidak kuat sebenarnya. Tiga hari lepas saya sudah puas menangis hingga kering tiada air mata lagi mahu dititiskan.
Saya sedang kuatkan hati dan memikirkan kenapa saya yang terpilih menerima ujian ni. Mungkin Allah nak saya rehat, manjakan diri, ada ‘me time’,
Mungkin Allah rindu pada saya, rindu saya sujud padanya merintih dan meluahkan segalanya di atas sejadah.
Allah… Al-Quran di rumah pun sudah berhabuk. Manusia yang selepas diuji selalunya menjadi lebih baik dan sentiasa sedar diri.
Saya mohon doakan saya kuat. Kuat berper4ng dengan em0si sendiri.
Saat ini, saya seorang isteri yang sedang diuji dengan tsun4mi cemburu yang maha hebat.
Doakan ik4tan suami isteri kami berdua kuat. Doakan saya dikurnia kesabaran yang tinggi untuk men3mpuh hari mendatang. – Mira (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noraini Yusuf : : Selagi rasa kuat bertahan la, tak semua pahit rasanya hidup bermadu ni. Jadikan kisah – kisah rumahtangga dari orang yang berjaya hidup bermadu sebagai panduan adik. Mana tau kan berkat kesabaran adik, Allah kurniakan kebahagiaan dunia dan akhir4t untuk adik. Kalau kena kat akak pun, akak rasa akan buat keputvsan macam adik. Cuba dulu, andai tak dapat bertahan, mohon undur diri dengan cara yang baik. Semoga Allah permudahkan urusan adik, suami dan madu.
Aniza Venita Anuar : Anda terbaik!!. Jangan terus sedih dan jangan takut sebab Allah sentiasa dengan kita.. Doa laa sungguh – sungguh minta kuatkan hati, kuatkan semangat. Awak adalah calon syurga sekiranya awak terima nasib baik buruk yang Allah takdirkan atas awak.. Macam mana pun suami akan sayang awak kerana awak datang dulu dalam hidup dia dan selagi awak melayani suami dengan baik dan jangan terlalu menekan dia. Awak jangan jadi macam drama “cemburu seorang perempuan”, lama – lama nanti awak pun mer0yan, mulalah tak solat la, boleh jadi giIa. Ingat Allah sayang sangat dekat awak.
Kalau tak redha ingat nanti dah m4ti dalam kubvr kena siksa lagi sebab tak suka nak terima takdir Allah. Nak minta cerai? Esok kalau Allah tanya kenapa bercerai? Awak boleh jawab ke, “aku minta cerai pasal benci poIigami tu.” Sebab yang boleh minta cerai tu pasal kelemahan di pihak suami contoh suami tak adil, kaki pukuI, kaki jvdi, kaki dad4h. Memang boleh kita jawab la. Kita ni manusia biasa, semua bercita – cita nak masuk syurga tapi syurga itu mahal harganya, harus dibayar dengan keikhlasan, peng0rbanan nafsu nafsi, harta benda dan macam – macam lah. Kemudian Allah pilih mengikut pilihanNya yang maha adil.
Jaja Aimin : Aku tak ada nak marah pun kat suami kau tu tapi yang aku marah bakal madu kau tu. Tak ada perasaan langsung ke? Macam dah tak ada sangat dah yang bujang, laki orang juga yang gi ambik. Memang tak faham betul aku! Ini jenis suka barang second hand ke macam mana? Yelah, nanti orang kata, dah jod0h diorang kan, tapi benda boleh elak, elak la.. Jangan ikut nasfu sangat.. Semoga sis terus kuat dan macam yang kau tulis, mungkin Allah nak bagi kau ‘me time’, jadi gunakannya. Jangan duk membazir air mata tu ye. Terus sabar dan kuat!
Zana Al Khaulah : SaIute dengan ketabahan puan yang masih muda, puan sebaya dengan anak saya. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada anak ini untuk dia menghadapi ujian mu ini, kau lapangkanlah dad4nya, berikanlah anak ini ketenangan dan kedamaian, ketaj4man fikiran, keredhaan dan kelembutan jiwa. Wahai anak berdoalah pada NYA, agar dianugerahlan sesuatu yang terbaik buat mu nak di dunia mahupun di akhir4t kelak.
Marhaini Sulaiman : Ujian ini datang dariNya. Dan kepadaNya jua tempat dikembalikan segala yang tidak termampu kita pikul. Bersabar dan redha, besar ganjarannya, insyaAllah. “Me time” bersamaNya akan lebih nyamankan jiwa. Moga puan diberi kekuatan walau apa ujian yang mendatang.
Maizah Ibrahim : Semoga Allah “memandang ” puan dengan rahmat dan kasih sayangnya. Semoga madu puan akan tahu meletakkan dirinya sebanding dengan keikhlasan dan kasih sayang puan terhadap suami. Kalaulah saya mendapat madu seikhlas puan, berkali – kali ganda kebaikan akan saya baIas. Percayalah, yang ikhlas dan baik Allah tidak pandang sepi, ada tempat yang istimewa di sisi Allah bahkan pada pandangan manusia. Puan sudah pun dapat menyentuh hati suami.
Ingatlah bermadu perlukan level kesabaran yang sangat tinggi. Jangan salah pilih kawan yg menghasut, envir0nment yang negatif. Cari individu yang sama mnghadapi situasi seperti puan tapi yg positif! ! Jangan sesekali bercerita dengan orang yang tidak berpoIigami. Kerana mereka tidak merasainya, amat sukar hendak mencari jika mereka benar – benar memahaminya. Allah pelihara rumahtangga puan. Didoakan agar suami puan menghargai puan, aamiin..