Suami saya ada tabiat pelik suka pakai lampin, bagi dia pakai lampin memberikan dia kebahagian

Sebelum nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya. Pada hari yang tertentu atau hari cuti dia akan suruh aku memakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca – pembaca di Facebook. Aku ternampak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita – cerita yang di kongsi di dalam platform ini.

Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita – cerita di kongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini.

Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah Suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab.

Nafkah di beri dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung. Cuma kadang – kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah.

Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian muslimah melalului online.

Satu sahaja yang kita belum memiliki, ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki.

Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami. Memang kita jarang ada masalah.

Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang di namakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover.

Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan di anggap sebagai seorang bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas.

Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia.

Sebelum kami bernikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya.

Bila kami sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku.

Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu menunaikan kehendakan dia. Tetapi kelamaan aku layankan je kemahuan suami tu.

Pada hari yang tertentu atau hari cuti dia akan suruh aku memakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu.

Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil hinggalah dia tertidur atau menonton cartoon atau rancangan yang dia minat.

Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan menyuapkan makanan ke dalam mulut dia.

Kegiatan ini berlalu apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suami aku ini. Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila dia mahu teruskan minat dia.

Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin, bagi dia memberikan dia kebahagian.

Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini.

Niat Aku menulis ini aku nak tahu, adakah suami yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik. – Suriah (Bukan nama sebenar)

Ramai yang terkejut mendengar pengakuan dan membaca luahan dari wanita ini. Perkara sebegini memang jarang atau tak pernah kita dengar dalam kalangan rakyat negara kita. Tetapi sebenarnya jika di luar negara ‘peny4kit’ ini memang sudah ada. Ramai yang bersimpati dan memberikan nasihat agar penulis dapat mengajak dan memujuk suami untuk pergi berjumpa pakar untuk sama – sama selesaikan masalah ini.

Komen Warganet :

Zahra Masoumah : Refer pada pakar psych0logy. Tak normal. Mungkin masa suami kecil – kecil dulu ada childhood issue (Parents Rej3ction) yang dia tak dapat di penuhi dalam minda separa sedar dia. Sampai keinginan dia terbawa – bawa sampai dah besar. Saya tak arif dalam hal ni cuma ni pndangan saya sahaja. Tak ade kaitan sebab awak berdua tak ada anak. Perasaan tu datang dalam minda separa sedar sebab hidup dia mungkin dulu – dulu tak seperti yang di harapkan macam kanak – kanak lain. Kalau sis ada anak pun, mungkin dia masih lagi nak sis layan dia macam baby. Benda ni sama ada hobby atau f3tish (keinginan s3ksual yang pelik). Kesian juga dekat suami puan ni sebenarnya.

Sherri Hazmi : Memang sebenarnya ini adalah salah satu gangguan em0si, tapi bukan satu peny4kit mental yang berbah4ya. Ada saja berlaku di luar negara. Dia boleh pilih untuk dapatkan rawatan psik0logi. Harus diingatkan ini bukan peny4kit giIa, hanya keceIaruan em0si sahaja. Ada rawatan. Sama saja satu confession dulu pasal isteri dia yang 0bsess dengan hujan atau isteri dia yang 0bsess dengan anime Jepun sampai tahap berpakaian macam anime.

Kalau perasan, menusia yang menghadapi keceIaruan em0si macam ini sukar untuk mendapatkan anak. Mungkin juga disebabkan gangguan hormon. Bagi saya adalah lebih baik TT ajak suami untuk dapatkan rawatan. Bagi yang ketawa dan mengejek itu, hentikanlah. Dalam hidup ini tidak semua orang sama 100% macam kita sejarah kehidupan dan tahap kesihatan mereka. Ada yang tahap kesihatan tidak nampak di depan mata, walaupun fizikaInya nampak ok.

Suraida Mohamad : Adoiiii bunyi macam pelik tapi tu lah kan peny4kit manusia macam – macam, yang hadapi tu lah nak kena hadap kadang anak kecik punya perangai pun boleh buat mak – mak hilang sabar, ni tambah yang dah tua bangka pulak asal dia tak merengek t4ntrum tak apelah sis. Bertabah ya moga cepat dapat anak kot boleh hilang peny4kitnya tu bila ada persaingan.

Marfieza Sulaiman : Kak, laki kak tak salah. Memang wujud peny4kit ni. Cuba cakap elok – elok dengan dia suruh dia dengan kak pergi jumpa pakar psik0logi macam mana. Sebab dekat barat ada lagi teruk sampai satu rumah depa macam tempat asuhan budak – budak. Laki dia siap ada mainan, baju baby semua. Ni tahap laki kak ok lagi ni ada peluang nak berubat. Semoga kak kuat dan tabah hadap ujian ni.

Chuad Steady : Sis kena bawa suami untuk rawat, atasi, kurangkan minat dia sementara belum ada anak. Kalau ada anak, tabiat sebegini tak sihat untuk perkembangan anak dan puan akan mula rasa terbeban kerana jaga bayi kecil serta bayi dewasa yang sihat walafiat. Tak sihat dari segi psik0logi, mungkin ada tr4uma, ada perkara masa kecil dia yang tak tertunai. Bawa ke hospitaI tau, jangan risau inshaAllah boleh rawat.

Rifhan Farhan : Puan boleh terus jumpa doktor psik0logi dulu untuk minta luah perasaan dan minta pendapat macam mana nak pujuk suami puan supaya datang untuk datang berjumpa dengan doktor psik0logi. Sebab kalau ajak terus mungkin suami tak mahu atau nanti jadi berg4duh suami isteri jadi masalah lain pula. Sebab suami isteri ni ada bab tentang kepercayaan. Kene slow – slow pujuk. Semoga puan menemui jalan penyelesaian.