Saya mengaku saya adalah pelakor. Saya lebih suka dengan suami orang sebab mereka lebih mat4ng, stabil dalam kewangan malah sangat mengambil berat tentang saya. Saya pernah bercinta dengan lelaki bujang kebanyakan mereka pula yang minta duit saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum Salam Sejahtera kepada semua pembaca, saya rasa terpanggil untuk menulis selepas beberapa kali membaca tentang topik poIigami untuk dikongsikan buat semua.
Saya kenalkan diri saya sebagai Teha berumur 30 tahun genap. Seorang usahawan di Utara Tanah Air dan masih bujang..
Ya saya seorang pelakor atau orang selalu sebut ‘penyondoI’ dalam rumahtangga, maaf kalau pengakuan berani saya menyebabkan ketidakselesaan kepada semua saya hanya ingin menyampaikan isi hati dari pandangan seorang pelakor.
Diumur begini kebanyakan yang hadir jika dia masih bujang kehadirannya hanya untuk menumpang senang.
Tetapi sebagai seorang wanita sama seperti wanita lain saya juga terasa seperti ingin disayangi dan ingin meluahkan kesedihan.
Saya perlukan perhatian, cinta dan seseorang yang boleh menjadi pendengar yang baik. Juga saya juga seorang wanita yang normal.
Saya seorang yang tidak pernah kelihatan lemah di mata orang, sahabat, rakan dan staff saya seorang yang di pandang tinggi masyarakat.
Saya tidak pernah menangis atau tidak pernah nampak sedih. Segalanya kelihatan sempurna di mata orang. Sedangkan hak1kat sebenarnya, saya seorang yang sangat – sangat lemah terutama dengan pujuk rayu seorang lelaki..
Saya tahu saya sangat berd0sa entah sampai bila saya akan berterusan begini. Dan di antara kesemua lelaki – lelaki tersebut ada jugak yang berminat untuk memperisterikan saya.
Masalah saya sekarang adalah stigma masyarakat dan secara jujurnya, golongan suami orang adalah seorang yang sangat mengambil berat, pendengar yang baik, mat4ng dengan kewangan yang stabil.
Tetapi stigma masyarakat Melayu menyebabkan saya tidak boleh senang untuk bersetuju..
Saya sangat takut dengan label seorang wanita pelakor, b4bi sondoI dan bermacam t0hmahan dan c4ci m4ki orang.. Saya mempunyai ramai teman lelaki istimewa.
Maaf Puan – puan saya lah peganggu rumah tangga puan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan..
Suami – suami orang teman istimewa saya bukanlah seseorang yang biasa – biasa kebanyakan dari orang yang berduit dan berpangkat serta mempunyai business yang kukuh..
Bukanlah harta dan pangkat yang menjadi kegiIaan saya. Tetapi lebih mudah jika setara dan tidak terhutang apa – apa win win situation.
Saya pernah mempunyai teman istimewa masih yang masih belajar dan pekerja am biasa. Masalahnya mereka terlalu kerap mintak duit.
Puan – puan ini tips saya sebagai pelakor untuk puan puan yang masih sayangkan suami keluarga dan rumah tangga, ubahlah penampilan diri bukan mintak vogue macam artis cukuplah sekadar sering bersihkan diri dan secalit lipstick..
Antara keluahan dari mulut para – para suami adalah wife tak pandai berhias, berjauhan dengan isteri, isteri kerap menolak untuk bersama dan juga rumah yang bersepah – sepah.
Puan – puan yang saya muliakan saya tahu confession ini amatlah tidak disenangi oleh puan – puan siapalah saya untuk menasihati Puan – puan..
Tujuan saya disini hanya untuk menyedarkan Puan – puan mungkin puan – puan merasa selesa dengan kehidupan sekarang.
Buat pengetahuan puan, jika di office suami tak ade perempuan pun peluang curang masih ada tambah lagi dengan teknology sekarang ni semua hanya di hujung jari..
Belum cerita jika terp4ksa PJJ.. Saya sangat – sangat tak boleh brain ada suri rumah sanggup PJJ Pantai Timur – Utara sebab tak mau berjauh dengan orang tua.
Puan sayangkan suami atau tak sebenarnya???
Sangat panjang kalau saya nak ulas satu persatu saya ringkaskan sekadar yang termampu kerana saya sedar, para isteri mesti sangat – sangat benci dengan confession saya ni..
Saya hanyalah nak seIamatkan rumah tangga puan – puan dan saya juga seorang wanita..
Sungguh – sungguh saya tak mau mer4mpas kebahagian rumah tangga puan – puan tapi jika puan asyik membiarkan ruang dan peluang yang puan – puan ada kami para pelakor yang kesunyian tidak susah untuk masuk dalam keluarga puan – puan..
Bila keadaan macam ni saya faham kenapa Islam menghalalkan poIigami.
Hati suami atau lelaki seperti secawan gelas..
Puan mungkin rasa puan dah mengisi ruang hati nya dan menjadi suri hidupnya tapi tahu tak puan – puan jika cinta itu tidak pernah puan peduli dan tidak pernah untuk cuba semai kembali..
Gelas akan kosong dan mencari isi yang baru.. itu je saya nak cakapkan..
Saya akhiri penulisan saya dengan kata maaf beribu ampun kerana kesalahan – kesalahan saya..
Juga mohon puan – puan semua doakan saya bertemu jod0h dengan si bujang dan kisah ini menjadi kisah hitam dan sejarah yang akan terus dilupakan.
Komen Warganet :
Chuad Steady : Apa pun lelaki yang baik itu wujud sebenarnya tapi bini diorang cIose profile tak update merata takut kena intip. Yang bujang mungkin tak stabil dari segi kewangan tapi ada je yang bertanggungjawab cuma kais pagi makan pagi dan mungin banyak konfIik keluarga tu pun kalau confessor sanggup hadap kesusahan bersama.
Tapi mungkin confessor yang tak jumpa lagi yang baik – baik.
Lagi pun orang high profile memang susah nak cari atau bezakan calon pasangan ikhlas ke tak. Sedangkan orang biasa – biasa pun boleh kena tipu kan. Btw jangan percaya sangat story laki – laki yang burukkan wife diorang. Layak jadi penulis skrip kalau para lelaki ‘spesis begitu’ menipu. Its all about your circle full of t0xic men. Kalau nak menimba ilmu sebagai madu, follow ilmu dengan puan Haryani Ithnen dulu ok.
Imran Suleiman : Kalau lelaki tu bagus dia bukannya duduk menggataI dengan awak. Dia sinsing lengan tolong isteri kemas rumah dan jaga anak. Supaya bini dia yang PENAT KERJA dan SUMBANG DUIT UNTUK KEHIDUPAN tu boleh rehat sekejap dan berhias cantik – cantik untuk dia. Sama – sama kerja sama la buat kerja rumah. Sama buat anak sama la jaga anak. Lelaki yang baik tengah sibuk cik kak. Cuma yang pemalas, tak sedar diri semua tu lah yang mesej hang kak. Good luck jadi bini depa
Linda Ahmad : Pendapat satu hala je ni cik confessor. Cik hanya dengar dari pihak suami, cuba puan tanyakan si isteri pulak. Jumpa depan – depan. Adakah si isteri seperti yang suaminya ceritakan. Sedarkan cik, bila sudah menjadi isteri, tanggungjawab yang digaIas mereka maha hebat? Mereka perlu menjadi peneman, pendengar, penjaga & pelayan kerenah kepada suami yang autom4tik menjadi “big baby” kepada mereka dan ada yang diberi rezeki menjadi ibu kepada anak – anak kepada si suami tadi?
Saya rasa puan jahiI dan tidak adil untuk terus meletakkan hukvm kepada isteri – isteri maIang ini. Sila solat taubat & solat hajat supaya kifarah tidak berbalik kepada cik.
Noor Faridah Berahim Berahim : Perempuan yang hormat status wanita lain sebagai isteri takkan mencari ruang menjadi orang ketiga.. Suami isteri PJJ bukan hanya sebab isteri tak mau berjauhan dgn ibu ayah, awak tak duduk dalam kasutnya, jadi jangan buat andaian dia tak sayang suami.. Mungkin ibu ayahnya sudah terlalu tua dan tak ada yang menjaga.. PJJ bukan alasan para suami/isteri curang.
Saya sejak anak kecil sering pjj.. Malah sampai sekarang sebulan dua lagi suami nak pencen. Faktor kemudahan anak – anak nak bersekolah menyebabkan suami reIa duduk sendiri. Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Kalau tak ada perempuan yang nak cari lelaki yang katanya mat4ng dan berkerjaya stabil tak akan berlaku kes pelakor. Kalau tak ada para suami yang bernafsu nafsi tak ada kes penyondoI. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Untuk TT pilihlah untuk tidak menjadi orang ketiga ..
Siti Nor Fatimah : Confident betul siap nasihatkan orang, sedangkan diri sendiri terkapai – kapai malah mengganggu rumahtangga orang lagi. Jangan – jangan suami orang tu hanya mempermain – mainkan awak je tt. Tak payah la perasan bagus sangat. Perempuan-perempuan kesunyian macam awak la lelaki suka. Isteri dan anak – anak tetap keutamaan dalam masyarakat kita. Lelaki yang baik tak akan tinggalkan isteri dengan anak – anak dia untuk perempuan macam awak. Bawa-bawalah sedar diri dan berhenti ganggu rumahtangga orang..