9 tahun usia perkahwinan akhirnya saya bercerai dengan suami. Kami mempunyai anak 0KU berusia 7 tahun, selama ini suami langsung tak bagi nafkah buat saya dan anak. 25hb nanti genap umur anak 7 tahun, dapat buat kad bank 0ku, jadi duit elaun semua masuk pada kad tu. Saya tak kisah suami nak ambil duit tapi pulangkan anak saya. Dia tak boleh bercakap macam kanak – kanak lain…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat sahabat – sahabat semua. Saya nak minta pendapat semua, saya baru sahaja becerai dengan bekas suami saya. Setelah 9 tahun usia perkahwinan akhirnya saya berpisah dengan dia. Sebenarnya kami sudah tidak tinggal sebumbung selama 2 tahun.
Saya dikurniakan seorang anak aut1sm ( 0ku ) yang kini berumur 7 tahun. Anak saya tak dapat bertutur macam kanak – kanak lain kerana turut mempunyai masalah speech delay. Untuk pengetahuan semua, selama 7 tahun bekas suami saya tak pernah bagi nafkah pada anak saya dan selama 9 tahun kahwin pun dia tak pernah bagi nafkah pada saya sebagi isteri.
Segalanya dari A to Z saya yang uruskan. Kadang – kadang arw4h ayah saya dan ibu saya yang banyak tolong kami. Keluarga mertua saya pula tak pernah nak ambil tahu hal anak saya, sekali pun tidak pernah ziarah. Kalau cucu lain diorang boleh ziarah sampai berjam – jam tapi jarak rumah mak saya dengan rumah keluarga mertua hanya 15 minit sahaja tapi sekali pun keluarga mertua tak kisah.
Saya pun dah lama tak balik sana sebab bekas suami saya tak bagi sebab saya selalu dipulaukan kerana saya bukan kerja bagus – bagus macam menantu anak – anak meraka yang lain. Saya sering dipulaukan tak tak rasa macam dialu – alukan bila berada dalam rumah tu. Sekarang alhamdullilah saya dah terlepas dari mereka semua.
Cuma apa yang saya nak kongsi sekarang ini adalah, 3 hari lepas ada sikit perg4duhan antara saya dan bekas suami. Dia pecah masuk rumah mak saya sebabkan saya tak nak ikut dia balik rumah kami sebab dia ada niat tak baik pada saya. Dia datang dan seIongkar bilik saya dan ambil duit saya sejumlah RM1400 dan dia koyakkan bag duit saya kerana nak ambil gambar lelaki yang saya sedang berkawan. Lelaki ni lah yang jaga anak saya, tolong hantar anak saya ke sekolah, bagi anak saya makan, bagi kasih sayang. Bapak dia langsung tak tengok dia walaupun anak s4kit masuk hospitaI, dia sibuk dengan muzik dan perempuan – perempuan yang dia kawan.
Apa yang lebih menyedihkan, dia bawak lari anak saya atas sebab saya dah tak mahu rujuk dengan dia. Sedangkan 3 4 hari selepas kami bercerai dia dah pun bertunang dengan perempuan lain. Perempuan yang keluarga dia sayang sebabkan ada harta. Nak dijadikan cerita dia bawa anak saya lari sebabkan dia cemburu saya berkawan dengan orang lain. Sedangkan kami dah 2 tahun dah tak tinggal bersama dan 9 tahun ni juga saya dah d3rita dengan sikap baran kaki pukuI dia. Dia selalu kant0i dengan saya ada perempuan lain, jadi saya dah tak sanggup pun nak hidup dengan dia.
Apa yang saya nak katakan dia Iarikan anak saya sebabkan dia rasa cemburu dengan saya. Sekarang saya dah buat report polis tapi tak dapat buat apa – apa sebab tu bapa dia. Dari pihak mahkamah pula, saya kena tunggu 20 hari untuk perbicaraan yang pertama sebab saya baru failkan hak jagaan anak. Jadi sekarang saya dah tak jumpa anak selama 3 hari. Siksanya saya, anak saya dah la tak pernah jauh dari saya dan opah dia. Makan pun saya dan emak saya yang suap.
Saya minta pendapat semua, macam mana saya nak dapatkan anak saya kembali, bantulah saya. Saya yang jaga anak saya selama 7 tahun, tanpa dia. Dia cuma nak anak saya sebabkan 25hb ni anak saya dah 7 tahun dah dapat buat kad bank 0ku, jadi duit elaun semua masuk pada kad tu. Saya tak kisah dia nak duit anak saya tu tapi dia zaIim dan kej4m sebab larikan anak saya dari saya dan opah dia. Tolonglah saya, kesian anak saya dia tak boleh bercakap macam kanak – kanak lain.
Komen Warganet :
Shariza Al Jufry : Betul, selagi hak penjagaan tak ada dekat tt, polis tak boleh buat apa. Melainkan sah, memang boleh kena tangkap. Harap tt bersabar sebab saya pernah melaluinya dulu. Biarkan anak tu dekat ayah dia, sampai bila dia sanggup nak jaga.. Dia buat umpan je anak tu, sedangkan family dia tak pernah kisah. Nanti dia dah penat tak tahu nak jaga anak, mesti dia pulangkan anak semula.. Insyaallah, semoga dipermudahkan.. Doa yang baik – baik dan banyak bersabar…
Baki Ygterinda : Saya rasa polis boleh ambil tindakan puan sebab saya pernah buat repot atas bekas suami saya dulu sebab dia tak nak pulangkan anak saya. Sampai PPD Bukit Aman saya call, tapi Bukit Aman tak boleh buat apa sebab bukan bawah kawasan dia. Say pula duduk klang, tapi polis perempuan tu ajar saya, dia cakap pergi balai polis cakap nak jumpa Asp untuk tindakan report sebab atas alasan keseIamatan anak. Cuba puan buat dan setahu saya, nanti ketua balai akan call bekas suami puan mintak dia datang untuk bagi kerjasama.
Leedda Andesba : Minta khidmat biro guaman, walaupun polis tak boleh buat apa – apa tentang anak tapi awak boleh buat repot atas tuduhan cerob0h rumah, ancaman keseIamatan dan mer0mpak duit awak kerana dia bukan suami awak lagi. Banyak benda awak boleh caj dia. Buat report tentang kebimbangan awak, takut berlaku pengani4yaan terhadap anak tu. Zaman sekarang banyak kes ani4ya anak.
Norita Sadani : Awak buat report pasal apa? Pasal dia Iarikan anak ke? Hurmm memanglah polis tak boleh buat apa – apa dah tu anak dia.. Awak pergi buat report kata dia pecah masuk rumah awak.. Curi duit awak RM1400 tu atau jika ada kata – kata dia berbaur ugvtan nyatakan sekali dalam report tu barulah polis boleh ambil tindakan. Last sekali dalam report tu kena tulis saya membuat pengaduan ini adalah kerana hendak pihak polis ambil tindakan/siasatan ke atas bekas suami saya. Jangan letak, saya buat report ni kerana jika terjadi sesuatu ke atas saya atau anak saya, mohon pihak polis siasat. (Ini tunggu dah terjadi sesuatu perkara baru boleh di ambil tindakan).. Harap tt kuat dan tabah.
Wana Wawa : Ya Allah sedihnya saya baca kisah sis ni. Kalau awak ada rezeki lebih, awak boleh upah lawyer.. Inshaaallah lawyer boleh tolong awak dapatkan hak jagaan. Bila dekat mahkamah nanti, sis cerita segalanya dari a to z. Jangan seIindung apa – apa. Saya doakan semoga sis kuat dan tabah mengharungi dugaan ni dan harap keputvsan mahkamah berpihak pada sis.