Suami cakap anak degil nak pergi kedai toys. Terjadi la kes tarik tangan dan tiba2 tangan anak terkulai

Kejadian tu terjadi depan mata mak dan kakak aku sendiri. Lepas suami t4mpar, aku jerit macam orang giIa panggil suami dayus sedangkan aku tengah hamil dan demam. Kakak suruh aku diam nanti jiran dengar! Aku nak cerai tapi reaksi mak dan kakak buat aku kecewa. Mereka kata suami aku baik, kakak ugvt aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam dan selamat sejahtera. Maaf jika ada banyak ayat terabur. Kita sudah dengar banyak kes keg4nasan rumah tangga sampai melibatkan hilang nyawa, pukuI sampai icu dan sebagainya. Baru – baru ni plak viral anak bini hilang nyawa dalam tangan suami, bapa kemudian melarikan diri dalam keadaan b0geI.

Maka ramai la mula jadi polis dan keyboard worrior buat macam – macam spekulasi tambah – tambah ramai juga ramai claim kenal m4ngsa dan kata m4ngsa ni baik. Tapi mana yang jadi kes jiran – jiran tetangga, kawan dan ahli keluarga claim kata si suami bermasalah memang ramai laa kecam tak kira orang tu normal atau pon tidak.

Kes sebegini membuatkan aku terfikir jika aku di tempat m4ngsa di mana suami aku jenis pendiam, kalau berbual dengan kawan – kawan memang nampak ramai senang dengan dia, family aku juga banyak kali kata suami aku ni baik.

Family mertua juga mestilah sanjung anak sendiri.. Ya, suami aku memang baik, dia tolong segala kerja – kerja rumah, dia tolong bab anak, nafkah tak pernah culas apa sahaja nak makan in shaa Allah dia akan usahakan.

Tapi bila dalam sebuah perkahwinan, hal rumahtangga hanya kami sekeluarga sahaja yang tahu, Sebenarnya ada banyak sisi buruk suami yang aku banyak simpan, aib dia, yang aku tak pernah luah dekat sesiapa mahupon orang tua kami.

Die jenis baran, hari – hari jika anak aku buat silap tak kena pada mata dia akan marah dan mem4ksa ikut seperti yang dia nak. Dia pernah r0tan anak aku sampai berbirat 3 hari tak hilang semata – mata nak lepas marah ke anak bukan untuk mengajar.

Pernah juga dia buat bahu anak terkeheI tapi dia salahkan anak aku yang 2 tahun tu sebab degil tak dengar cakap katanya!! Kalau berg4duh dengan aku akan keluar m4kian dan ungkit segalanya. Paling teruk dia pernah sekali c3kik dan t4mpar semasa aku mengandung 3 bulan anak ke-2 kami hanya kerana aku suruh dia balik cepat lepas jumpa kawan – kawan.

Waktu tu aku demam selsema tak larat nak jaga anak dan takut berjangkit. Paling kelakar lepas dia tampar aku tu dia boleh sambung keluar lepak dengan kawan seolah – olah tiada apa berlaku. Sepanjang perkahwinan kami, banyak – banyak aib dia aku simpan cuma kali ni hanya kerana pasal kes aku dipukuI, aku terp4ksa cari orang tua kami.

Aku mengadu pada mak aku tapi h4mpa mak aku hanya diam diri kata orang tengah marah tak boleh ditegur. Dia boleh suruh aku bersabar, mengalah dan minta maaf! Langsung tak fikir keadaan aku yang berbadan dua.

Bila aku mengadu pada ibu mertua lagi laa dia salahkan aku balik. Dia kata aku kasar dan meIawan dengan suami, (perempuan mana yang tak meIawan rela diri kena pukuI mesti la ada nak pert4hankan diri). Mertua juga salahkan aku kerana tak bagi suami lepak jumpa kawan siap bandingkan dia dulu tak pernah halang suaminya lepak sampai tak balik!!

Dan sama juga, suruh aku bersabar!! Bila aku ugvt nak buat report polis dua – dua tak bagi tertuatamanya mertua. Dia siap kata malu nak perbesarkan hal yang kecil. PukuI isteri dalam keadaan mengandung tuu bagi mereka hal remeh??????

Aku jenis perwatakkan kasar tak kira depan mak aku atau mertua, jika aku marah anak tegur kesilapan anak pon aku cakap terus takde cover, control nak tunjuk aku pendiam lemah lembut sebab aku bukan macam tu. Kadang – kadang suka membebel tu normal, tapi jika suami penat, aku layan dia seperti raja, mandikan dia, hidangkan makan untuk dia ayat terima kasih tu memang tak lekang dari mulut aku hari – hari.

Jika berg4duh awal – awal je menjawab tapi aku tak pernah mencarut, agak – agak tahap mengarut aku pilih untuk diam. Tapi orang sekeliling aku pilih suami yang pendiam tuu baik. Perbuatan dia dilupakan, aku pernah cakap jika duduk berjauhan dari semua orang kalau jadi apa – apa dekat aku, memang tiada siapa peduli sebab aku simpan rapi aib buruk suami.

Sedangkan masing – masing tahu dia pernah pukuI aku pon masih lagi dik4ta baik dan suruh mengalah!! Dan tetap cari salah aku. Itu yang buatkan aku terfikir jika kejadian si m4ti itu sama terjadi pada aku adakah nasib aku terbela??

Adakah aku juga akan dipersalahkan kerana meIawan? Bukan senang nak tuntut cerai yer bila jadi m4ngsa jika keluarga sendiri pon memilih untuk berada di pihak suami, dekat siapa aku perlu pergi? Dekat siapa lagi aku nak mengadu hanya pada Allah..

Sebab aib suami yang aku simpan rapi laa suami nampak baik di mata dunia. Tiba aku yang perwatakkan kasar nii terus ditindas sedangkan dalam rumahtangga aku yang banyak mengalah. Kasar – kasar aku tak pernah terfikir untuk derh4ka pada suami mahupon orang tua tapi mereka tetap nilai buruk pada perwatakkan kasar tuu.

Tahukah kamu hanya pasangan sahaja yang benar – benar kenal hati dan per4ngai pasangan masing – masing bukan kawan, bukan adik beradik mahupon ibu bapa kita sendiri. Keluarga aku nampak aku kasar tapi dia tak tahu aku dengan suami jenis manja nak berkepit.

Tak semua perwatakkan kita yang sebenarnyaa ditunjuk dekat orang keliling sebab kita hanya nak tunjuk apa yang orang nampak dan fikir kita baik!! Doakan moga rumah tangga aku jadi lebih baik pada masa akan datang..

Suami dah berjanji untuk berubah kurangkan baran dan tak akan ulang kejadian naik tangan lagi. Aku sebagai manusia yang tiada sesiapa untuk berg4ntung selain tuhan hanya mampu redha dan minta yang baik – baik. Terima kasih.. – Jaja (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Salam semua. Terima kasih atas nasihat – nasihat kalian. Di sini aku confess kali ke dua untuk jawab beberapa soalan yang buat orang tertanya – tanya dan elak jadi timbul salah faham mahupun fitnah. Tapi bagi yang mengeji tu tak pela laa doakan sahaja moga – moga keturunan kita tak merasa.

Macam saya cakap bukan mudah untuk saya bercerai bukan sahaja sebab tiada sokongan keluarga malah saya akui saya masih sayangkan suami. Suami tak pernah naik tangan walaupon dia baran tapi masa dia pukuI tu adalah yang pertama kali dan tak disangka – sangka sebab bukan g4duh besar pon.

Sebelum ni kalau g4duh besar pon lepas dia mencarut – carut dalam whatsapp, bila ada depan mata masing – masing berdiam diri dan akan bertegur esoknya untuk bincang dan mesti sama – sama minta maaf. Kejadian tu terjadi semasa saya dekat rumah mak sendiri, kami tengah bercuti di kampung, kejadian pukuI juga terjadi depan mata mak aku sendiri dan akak aku.

Sump4h saya memang down sangat masa tu, rasa hampa kecewa yang tak terkata bila nampak reaksi mak yang pert4hankan suami. Lepas suami tampar tu, saya menjerit macam orang giIa panggil suami dayus pukuI isteri yang tengah hamil dan demam tapi dimarahi akak, dia suruh diam nanti jiran – jiran dengar!!

Dalam keadaan tak sihat dan kena jaga anak memang tak dapat nak buat report polis sebab dekat rumah, mak saya kaw – kaw brainwash saya dan mak mertua sekali. Masing – masing suruh saya mengalah dan minta maaf.

Dan sump4h saya masih dalam keadaan terk3jut tak tahu nak buat apa. Nak buat report polis pon Iebam tiada cuma rasa s4kit – s4kit badan dan s4kit bila tekan pipi. Esoknya anak berjangkit demam dan memang tak cukup masa terburu – buru bawa anak ke kIinik.

Otak langsung tak fikir pasal polis tapi lebih fikirkan pasal anak yang tengah demam selsema. Aku tak pernah bagi mak jaga anak aku dan masa perbincangan aku ada suarakan niat nak bercerai tapi ditentang mak sendiri dan akak juga ugvt, urusan anak – anak nanti sila uruskan sendiri.

Dia tak akan masok campur mahupon tolong apa – apa. Bayangkan sahaja situasi yang aku hadapi mampukah anda fikir dengan w4ras nak merancang buat apa?? Tidak pada aku, hanya mampu menangis sambil jaga anak yang tengah s4kit dan aku pon s4kit – s4kit badan.

Aku cuma call kawan – kawan dan mengadu pada mak angkat tanya apa patut aku buat. Hanya mereka yang bagi kata – kata semangat dan mereka juga tak sangka tindakkan mak aku hanya membisu! Aku bukan setakat kecewa dengan perbuatan suami malah kecewa dengan mak sendiri, nak keluar bawa diri tak boleh anak tengah tak sihat aku  pula masih di kampung.

Sejujurnya hubungan aku dengan mak pun tak berapa baik. Dulu dengan mak pun, aku jadi m4ngsa d3ra dia, mak juga pernah doakan saya m4ti disepit lori, masa mengandung anak pertama mak juga pernah doakan aku susah nak beranak tapi Allah maha adil tiada satu pon doa dia yang termakbul.

Aku sebagai anak sump4h lillahi tak pernah kurang ajar dengan mak walaupon kena d3ra fizikaI dan em0si malah sampai sekarang masih men4gih kasih sayang mak tu. Sebab tu aku nak cucu rapat dengan mak dan alhamdulillah dia layan elok anak aku bila dah tua ni tapi tu laa ingat berubah elok tapi tak sangka bila kejadian pukuI tu dia pilih untuk membisu juga!!

Sedangkan mak kandung sendiri, d3ra aku dari kecil pon aku tak mampu nak buang inikan suami yang baru pertama kali naik tangan, biarlah kata aku b0doh dan sebagainya aku terima. Selepas kejadian pukuI tu aku usaha cari pakar kaunseling dan kami berdua sudah pon berjumpa pakar, suami kata masa kejadian dia marah tu dia sendiri tak sedar apa yang dia buat dan berkali – kali minta maaf.

Dia juga kata jika terjadi lagi sekali dia sendiri suruh aku buat report polis. Memang aku sayang suami sangat sebab dalam keluarga dia utamakan aku dan anak, nafkah makan apa sahaja minta dapat, tiap – tiap minggu bawa bercuti.

Bila aku s4kit dia jaga dan semua ciri yang wanita – wanita lain nak ada pada dia kecuali naik tangan tuu la.. Macam aku cakap sebelum ni antara buruk baran dan naik tangan banyak juga kebaikan dia. Dan aib – aib lain aku masih mampu pejam mata sebab aku utamakan baik yang banyak tuu.

Begitu juga dengan keluarga aku, teruk – teruk mak layan aku, teruk – teruk adik beradik sisih aku tak membantu bila jadi begini tapi aku bersyukur sebab mereka rapat dengan anak aku, apa anak aku nak mereka sanggup cari, anak aku pon bangun – bangun tidur cari maklong and nenek dia.

Sanggupkah aku nak bawa diri jauhkan anak dari nenek, maklong dan suami mestilah jawapannya tidak. Hanya yang berada disituasi aku je akan betul – betul faham sebenarnya. Paling last pasal bahu anak tu kejadian dekat shopping mall, aku pergi toilet, keluar je toilet anak menangis dan suami cerita anak nak pergi kedai toys suami tak bagi dan terjadi la kes tarik tangan dan tiba – tiba dislocate.

Masa tu aku memang dah marah suami tapi tak nak bebel lebih – lebih sebab dekat mall kan, tambah suami tengah marah masa tu. Kalau aku turut marah tak ke akan jadi lagi keruh. Suami jenis kena cooldown baru dia boleh terima kesalahan mahupon teguran.

Lagi sekali aku ucapkan terima kasih pada yang bagi cadangan memang da lama aku ambil gambar – gambar berbirat anak dan simpan bukti. Terima kasih juga pada yang mendoakan. Moga yang baik – baik berbalik pada kalian. Moga hidup kita semua diberkati. – Jaja (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Faranisyah Hakim : Kalau saya, by the time bahu anak tu dislocate. Thats it. Masa kat hospitaI terus bagitau doktor dan report polis. Kita boleh bertahan kena pukuI sebab kita yang buat keputvsan.Tapi anak ni hanya berg4ntung harap kat kita.

Entah lah nak komen camna lagi untuk kes – kes macam ni. Saya pun tak duduk dalam situasi mereka yang did3ra ni jadi saya takleh nak faham kenapa masih nak stay. Maybe ada reason tertentu..Wallahualam. Tapi,kalau logiknya. Kenapa sanggup bertahan? Why?

Ungku Nor : Pergi hospitaI, ambik laporan doktor. Buat report polis. Apa – apa hal kemudian hari semua bukti ada. Sebab tu perempuan kena guna akal yang Allah dah kasik. Bukan meratap pasal kenapa orang keliling tak support.

Kalau sampai patah riuk kena beIasah besok pun masih nak fikir apa orang keliling punya pandangan ke? Sayang diri sendiri sebelum nak sayang kat orang lain. Penat la asyik nak kena bagitau.

Alan Mat Noor : Mak aku pesan, walau marah macam mana pon jangan pernah naik tangan atau kaki dekat isteri, apabila seorang suami memukuI isteri hilang lah rasa hormat isteri kepada suami. Isteri boleh memaafkan tetapi dia akan ingat sampai m4ti. Bagi saya orang lelaki yang naik tangan dekat isteri ni dayus kecuali isteri bertindak di luar kemanusiaan atau mempert4hankan diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.