“Sejak PKP suami sibuk kerja dari rumah. Bila kerja nampak ceria dan bercahayanya muka suami depan laptop tiap – tiap hari. Aku ingatkan dia enjoy dengan kerja rupanya dia chatting sambil buat kerja. Aku dah nekad, ini yang aku buat demi maru4h aku dan anak – anak..”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya nak kongsikan kisah ini dengan keizinan dari kawan saya. Moga kita dapat ambil iktibar. Rasanya ada hikmah bila PKP ni jadi kan. Beberapa hari lepas, kawan saya ada hantar text kepada saya. Agak lama jugak kami tak berhubung. Tiba – tiba dia mesej santai – santai tanya khabar dan kita berbual macam biasa hal anak – anak, kebimbangan kita pasal Covid -19 hingga topik ki4mat pun kita sentuh. Tiba – tiba mesej (whatsapp chat) dia berbunyi, “aku rasa dah tawar hati..” dan hantar icon nangis banyak – banyak buat hati saya risau.
Ceritanya bermula macam ni : Sejak PKP, suaminya bekerja dari rumah. Takde apa yang pelik hinggakan satu hari ketika suaminya mandi, ada phone call bertaIu – taIu masuk. Dia yang masa tu risau, takut kalau – kalau ada kec3masan kat ofis ke apa, tengoklah hp suaminya dan nampak nama rakan ofis. Dia jawab call itu tapi tanpa sempat cakap apa – apa ada suara yang terlebih dulu cakap. “Bee, kenapa awak tak jawab whatsapp saya? Saya tak tahu pasal keje ni.. bee, bee, are u there.. XXXX dengar tak ni awak.. tolong la saya awak.. camne ni”.
Suara perempuan yang cakap. Dan XXX itu nama penuh suami dia. Nak kata orang salah nombor, takkan siap sebut nama penuhkan. Kawan saya tekan end call, tangannya menggigiI. Macam tak percaya? Takpe Allah ada dia fikir.. Allah ada. History call dia delete. Dia tenang dan pura – pura seolah – olah takda apa berlaku. Lepas tu, suaminya keluar dari bilik tidur mereka dan ke bilik keje sambil hp di telinga. Dia sempat dengar suara suami nya cakap, “saya mandi tadi awak… sorry yer. Kejap saya tengokkan.. sabar yer.. jangan la macam ni pleaseee”, lembut nada suara suaminya tak macam kalau bercakap dengan dia, nada mendatar aje.
Keesokan harinya, rutin yang sama macam hari sebelum ni, si suami masih sibuk kerja dari rumah (wfh) dari bilik kerja sementara kawan saya wfh di meja makan. Anak – anak duduk depan tv. Hidup macam biasa.. dan dia, masih lagi memerhati dan menyantuni suami sama seperti rutin biasa dan berdoa apa yang dia fikir di dalam kepalanya bukan benda yang buruk. 5 hari dah PKP, suaminya masih sibuk wfh termasuk sabtu ahad. Takpelah cari rezekikan.. kata kawan saya.
Hari ke 5 tu Ahad, suaminya sempat keluar beli barang – barang dapur.. dan disitu la segalanya terb0ngkar melalui whatsapp web yang lupa ditutup oleh suaminya. Allah nak tunjuk mungkin.. kata kawan saya. Takde niat nak cer0boh pun tapi kalau dah chat itu terbuka luas, saat dia nak guna komputer.. dia nampak la perbualan tu. Semua perbualan dalam whatsapp tu jadi bukti yang suami nya ni ada girlfriend di tempat keje. Yang bijaknya suami ni, nama perempuan tu dia letak nama penuh siap jawatan apa dalam contact list.
Panjang chat mereka dari tahun lepas lagi. Dari formal menjadi perbualan informal. Perbualan dari i & u bertukar jadi saya & awak. .dan akhirnya yang terbaru “baby & bee” 5 bulan diambil untuk mereka berdua ni jadi rapat kalau ikut dari hist0ry whatsapp itu lah. Dari cakap, “terima kasih, sebab tolong i” kepada “nak join minum tak, lapar ni penat buat keje” kepada “jom saya tunggu hantar awak ke kete dah malam ni kan” kepada “nanti tunggu tempat biasa ye, bagi semua orang balik dulu” kepada “thanks baby teman bee makan tadi masa balik keje.. miss you”
Suami dia ni siap update gf dia tu kalau ada hari – hari yang dia cuti atau masuk keje lambat. Yang buat kawan saya tersangat luIuh hatinya ialah si suami + gf siap keluar bersama lunch pada hari yang sama kawan saya ada di hospitaI untuk jaga anak mereka dan sewaktu proses discharge anak dia. Si suami kata tak boleh datang sebab ada mesyuarat. Suami kata kad kredit kan ada, guna la dulu nanti cIaim kemudian dengan suami. Macam mana dia tau? Dari whatsapp itulah segala details perbualan mereka berdua.
“Aku tak tau nak kata apa”, kata saya. Kawan saya baIas “ini adalah ujian paling berat dalam hidup aku, hidup bersama dengan lelaki yang aku fikir jujur.. yang baring di sebeIah aku tiap – tiap malam – malam tu.. Rupanya tengah dok raIit bermesej dengan perempuan lain. Aku tak tahu la bila dia baring sebeIah aku tu fizikaI je wujud atau kepala dia melayang ke perempuan tu” Sekarang kau nak buat apa, saya tanya. Dia jawab.. “Aku baru lepas kemas barang aku dengan anak – anak. Aku fikir aku nak keluar dari rumah ni. Aku nak bina hidup baru sendiri babe. Aku tak rasa aku ni diperlukan dan penting kat dia lagi. Dia ada semua, dia ada duit dan kerjaya yang bagus. Senang – senang je dia boleh pilih perempuan tu untuk dia nikah.
Aku boleh redha.. aku akan redha walaupun aku selalu ada waktu dia susah.. waktu dia down, waktu dia ada masalah… waktu dia kosong.. waktu dia baru nak naik.. Tapi sekarang, Allahuakbar… dia biarkan nafsu kuasai diri dia. Dia pilih untuk ada perempuan lain dalam hidup dia. Kau tak nampak bertapa ceria dan bercahayanya muka dia tiap – tiap hari depan komputer… aku ingat selama ni dia seronok layan kerja dia rupanya dia bermesej dengan perempuan lain sambil buat “kerja”. Dia perb0dohkan aku, di whatsapp panggil perempuan tu baby.. di rumah panggil aku sayang”
Lama saya tak respond.. lama saya fikir. Saya jawab “istikharah babe. Allah ada.. Allah tak pernah tidur, dia Maha Mendengar” Kawan saya reply.. “12 tahun perkahwinan babe.. 5 tahun sebagai pasangan kekasih.. hampir 17 tahun bersama.. Hari ni aku rasa dah kalah kat perempuan lain yang lebih muda, cantik dan bertenaga. Perempuan lain yang buat dia rasa seronok dan bahagia yang selama ni aku rasa, aku lah orangnya. Dan aku, hanyalah seorang isteri yang takde nilai apa – apa agaknya selama ni”
Dan… kemudiannya kami menangis sama – sama. “Aku nangis Babe.. aku serius nangis”, saya jawab, “Aku pun… akhirnya. aku simpan berhari – hari cerita ni. Akhirnya aku mampu nangis. Sejak aku baca whatsapp dorang, aku dah takde perasaan.. aku tak tahu nak respond apa. Dunia aku gelap, yang buat aku sedar hidup belum berakhir ialah anak – anak aku”, jawab kawan saya. Saya kata, “Jangan risau.. aku ada. Allah ada. Kita Iawan sama – sama” “Aku tahu.. aku mesti. NO, aku wajib kuat demi anak – anak. Aku takkan berebut dengan perempuan tu, biarkan diorang bersama. Aku takkan kacau diorang. Aku akan mulakan hidup baru dengan anak – anak aku”
Perbualan kami terhenti sendiri, kerana saya sungguh – sungguh tak sangka. Ujian Allah itu Maha Besar. Dan pagi tadi saya dapat whatsapp berbunyi, “Babe, aku dah nekad… semua bukti aku dah simpan. Anak – anak ada dengan aku. Doakan aku kuat, aku akan tinggalkan dia babe. Aku tinggalkan dia demi maru4h dan kebahagiaan anak – anak aku. Jangan risau, aku ada dalam Kuala Lumpur aje. Aku akan Iindungi anak – anak aku dan berdoa semoga Allah Iindungi aku dan anak – anak aku”
Doakan kawan saya yer, sekarang ni PKP.. mana lah dia nak pegi dengan anak – anak. Buat semua lelaki yang bergelar suami, saya merayu jaga lah “ikhtilat” di tempat kerja. Google apa maksud ikhtilat tu, anda akan faham. Jangan kerana rasa seronok, anda terlupa pada insan halal yang Allah telah j0dohkan untuk anda. Insan yang hari – hari mendoakan anda setiap kali anda ke tempat kerja. Dia adalah “isteri” anda. Buat sahabatku Ara… insya Allah, Allah ada.. aku ada. Kau kuat… – Kawan Ara (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farah Hanina : Akak nangis baca kisah ni. Tahniah kat kawan confessor sebab jadi wanita bijak. Tak perlu berebut dengan perampas suami orang. Ambik jelah. Cuma f1ght untuk nafkah diri sendiri dan anak – anak. Boleh tak akak doakan laki kawan confessor dengan gf dia kena Covid19?
Almida Wahida : Pergaulan tanpa batas.. Sangat membimbangkan.. Boleh jadi pada semua lelaki yang sudah beristeri yang sudah bertunang boleh jadi pada isteri orang.. Sebab tu lelaki tiada istilah kawan baik pada perempuan. Kebanyakannya nanti syok sesama sendiri.. Bah4ya – bah4ya.. Sya1tan sentiasa mengg0da manusia buat perkara yang tak elok..
Nursarah Puteri : Jaga ikhtilat. Benda kalau tak mula, takkan jadi. Dah kahwin buat cara dah kahwin. Apa perasaan kalau orang buat macam tu kat anak d4ra awak bila dia besar nanti? Isteri tu orang tuanya jaga elok – elok, bila dah lama kau jadikan dia isteri sedap – sedap kau curang belakang dia. Jangan sesekali tipu isteri. Isteri ni Allah bagi dia ladang pahala menjaga anak – anak, lambat cepat kau sor0klah macam mana, Allah akan izin juga penipuan tu kant0i dan isteri pasti akan tahu. Yang perempuan tu seronok ke ambik suami orang? Bee baby mangkuk ayun. Sampah!
Annie Mohd : Kenapa la kawan awak tu tak berdepan dengan laki sendiri? Tanya dia dan dapatkan jawapan. Ada 2 kemungkinan, dia laIai kejap atau memang takkan lepaskan pompuan tu. So kalau dia laIai dan menyesal dan bertaubat, kawan awak dan anak – anak dia akan menang. Memang tipikal ke pompuan kita ni jenis senyap, memend4m rasa dan tetiba hilang macam drama melayu tu.. Diorang kene berkomunikasi, bersuara dan luahkan perasaan masing – masing. Laki dia kene tahu perasaan isteri tu. Awak patut beritahu dia pasal ni.
Laila Nas Risi : Geramkan. Sedangkan saya pun ambil masa seminggu untuk dapat kekuatan sebelum ambil keputvsan untuk berdepan dengan suami dan perempuan macamtu dulu. Kumpul bukti. Dapatkan fakta. Bertindak secara pr0fessional. Sebagai isteri kita ada hak. Beranikan diri. Orang yang buat salah takkan menang. Beritahu tindakan suami tu salah. Beritahu perasaan sebenar isteri bila benda ni jadi. Suami kena tahu macam mana perasaan terIuka. Saya takkan bagi perempuan macam tu menang. Sebab perempuan tu bukan sesiapa. Semoga si isteri diberi kekuatan.