Suami berkerusi roda tetap m4ki meng4muk lempar barang dekat aku dalam hospitaI. Sambil tolak kerusi roda aku menangis

Sepanjang suami s4kit ni, dah satu kali dia ceraikan aku. Tapi aku rujuk balik sebab kesian. Bayangkan, dalam edah lepas ceraikan aku, dia masih nak duduk dalam rumah sekali sebab senang nak pergi dialiisis. Aku yang buat dressing jari kakinya yang kena p0tong. Aku ada dengar, kalau dia s4kit nanti nak cari bini baru..

#Foto sekadar hiasan. Aku ingin memperkenalkan diri sebagai Teratai. Umur lewat 40-an. Aku ingin berkongsi cerita tentang perjalanan hidup suami aku yang sedang menunggu buah pinggang dari adik lelakinya. Aku perkenalkan suami aku sebagai Din.

Semua proses work up dari pihak penderma telah selesai. Alhamdulillah, sungguh besar peng0rbanan adik ipar aku. Segala jasa adik ipar tak terbaIas dengan segala yang ada di bumi ini. Proses work up dari pihak penerima (Din) terg4ntung di pertengahan jalan.

Memang aku dan Din amat kecewa bila doktor menunda tarikh untuk merujuk ke hospitaI Selayang / HKL atas alasan keadaan suami belum cukup setahun selepas tempoh pembedahan Jantung. Doktor nak pastikan Din betul – betul sihat dan badannya bersedia untuk terima buah pinggang baru.

Kami memang amat – amat kecewa bila doktor tunda tarikh untuk langkah seterusnya dalam proses pemindahan buah pinggang ni. Aku tak faham apa yang doktor ni susah sangat nak proceed to next step. Tapi… selepas 5 bulan berlalu, aku m4kin dapat terima kenyataan.

Aku baru faham kenapa doktor tangguhkan. Memang ini jalan cerita dan takdir hidup kami. Setelah setahun lebih dialiisis aku nampak kesihatan suami m4kin merosot. Sekarang dia hanya mampu untuk keluar rumah ke pusat dialiisis sahaja.

Itupun ada van yang datang ambil. Dia dah m4kin lemah. Nafas tercungap – cungap. Malam tadi aku cek oksigen level suami hanya 87% sahaja. Patutla dia nampak amat lemah dan confused. Keadaan kaki kanannya yang patah bulan Mei 2022 nampak macam tiada perkembangan yang positif.

Patah sebab jatuh di pusat dialiisis. Selepas pasang Fibula plat, jadi membengkak pulak sekarang ni. Dah pakai kasut khas Vacocast, Tapi Iuka melecet pula di bahagian buku lali. Luuka m4kin membesar dan nampak macam sukar nak elok sebab suami aku ada diabeetic.

Doktor Orth0pedik buat keputuusan untuk buat pembedahan keluarkan plate jika keadaan m4kin teruk. Nak menapak pun dah susah tu. Dengan keadaan kaki kanan yang m4kin tak boleh menapak, akan buat second operation dalam masa terdekat, adakah bulan Mei 2023 ini doctor akan set appointment untuk buat kiidney transplant. Aku risau…

Antara sebab doktor tunda sebelum ni pun adalah kerana keadaan Din yang tak fit. Buah pinggang yang akan diterima ini adalah sesuatu yang amat – amat berharga. Sayangnya kalau selepas kidney transplant nanti suami aku tak mampu untuk bertahan dan mengikuti semua prosedur yang dah di atur oleh HospitaI.

Doktor ada maklumkan, selepas prosedur transplant pes4kit perlu hadir kerap ke hospitaI untuk check up dan follow up untuk pastikan badan penderma boleh terima buah pinggang baharu sepenuhnya. Maka, pes4kit sepatutnya boleh bergerak dan fit.

Keadaan salur d4rah utama di kaki Din juga tersumbat. Aliran d4rahnya lemah. Ya.. Din kurang bergerak. Tahun 2021, 2 jari kaki kirinya dip0tong kerana g4ngrene. Itulah permulaan Din kurang bergerak. Aku yang buat dressing setiap hari dan alhamdulillah dah baik Iukanya.

Bulan Mei 2022, kaki kanannya pula patah. Nurse dari HospitaI X di sabah telefon kami mengingatkan tentang keesahan keputuusan ujian d4rah dari pihak penderma hanya boleh diguna pakai dalam masa setahun lebih sahaja.

Kalau melebihi masa yang ditetapkan, kena mula semula work up dari awal. Oh ya.. adik ipar aku ni tinggal di Sabah. Maka segala proses bagi pihak penderma di buat di hopitaI di Sabah. Suami aku nampak macam dah hilang harapan.

Dia hanya diam dan kurang bercakap. Selera makan berkurang. Aku agak kesan dari dialiisis yang dia jalani sejak setahun ni. Tanggungjawab sebagai suami dan bapa? Sudah lama aku yang tanggung. Aku yang uruskan segala – galanya.

Bab duit memang sedia maklum la bila ada ahli keluarga yang s4kit kr0nik dan dialiisis ni. Memang amat – amat kesempitan. Kami dah jual apa – apa yang menjadi beban. Sekarang tinggal satu kereta kecil sahaja untuk aku pergi kerja.

Duit banyak digunakan untuk beli barang perubatan dan alatan dressing Iuka suami. Selebihnya untuk keperluan pelajaran anak – anak dan makan. Suami aku hanya duduk di katil dan diam. Dia hanya fokus pada dirinya sahaja. Sudah tak ambil tahu hal sekeliling.

Dia dah tak mampu dari segi fizikaI dan mentaI untuk bekerja. Nak berfikir pun macam tak fokus. Amat berbeza keadaan dia semasa dia masih sihat 5 tahun dahulu. Sebelum menjalani dialiisis ni pun dia memang tak sihat dah.

Berjalan sikit pun semput sebab pengumpulan air dalam badan akibat kurang fungsi buah pinggang. Amat berbeza wataknya sebelum s4kit. Dulu dialah manusia yang paling garang. Anak – anak semua menikus dengannya. Memang amat panas baran.

Anak perempuan aku pun pernah di Iempang oleh ayahnya akibat buat kesilapan. Anak lelaki nak ditumbuuknya. Kalau nak cerita memang macam – macamlah. Hasilnya, anak – anak menjauh dari ayahnya. Tak rapat dari kecil.

Anak – anak menjadi saksi dia m4ki dan h1na aku. Kena m4ki Pu####k, B##i, Bu**h, S*al dan macam – macam la. Masa aku bawa dia ke hospitaI untuk routine appointment jumpa doktor pakar, dim4ki – m4kinya aku.

Meng4muk lempar barang depan lift hospitaI. Menangis aku sambil tolak kerusi rodanya. Nasib baik pakai pelitup muka. Tak ada la orang perasan sangat. Boleh kata setiap kali pergi hospitaI memang ada scene dengan dia.

Sampai trauma aku dan anak – anak nak bawa dia ke hospital. Anak perempuan aku akan sentiasa menemani aku saat kena bawa ayahnya ke bahagian kec3masan HospitaI setiap kali dia demam panas, inf3ction kaki, patah kaki. Tapi, kalau bukan kami siapa lagi nak uruskan?

Sepanjang dia s4kit ni, dah satu kali dia ceraikan aku. Tapi aku bersetuju untuk rujuk balik sebab aku masih ada rasa untuk jaga dia. Bayangkan, dalam edah lepas ceraikan aku dia masih nak duduk dalam rumah sekali sebab senang nak pergi dialiisis.

Aku juga yang buat dressing jari kakinya yang kena p0tong. Hakik4tnya memang dia dah tiada siapa – siapa yang mampu jaganya selain aku dan anak – anak. Tapi dia tak sedar hakik4t itu. Adik beradik dia? Malas aku nak cerita.

Dalam rumah, aku hanya ada anak – anak yang menguatkan semangat aku. Tapi sekarang anak aku seorang di asrama penuh dan seorang lagi di Universiti. Aku memang banyak keseorangan di rumah mengurus suami. Anak – anak pun hanya ada ibunya sahaja tempat meluah perasaan dan berkongsi rasa.

Kalaulah aku tiada mereka, dah lama aku kemurungan rasanya. Sekarang ni bila keadaan suami dah m4kin lemah, dia pun dah tiada daya nak m4ki dan jerkah aku. Aku meneruskan hari – hari aku dengan penuh harapan.

Semoga suami aku berjaya menjalani pemindahan buah pinggang. Semoga suami aku tidak kembali ke per4ngai asalnya jika dah sihat semula. Yang paling aku harapkan, semoga aku masih kuat menempuh hari esok. Anak – anak amat perIukan aku. Doakan aku kuat dan sihat kawan – kawan… – Teratai (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Aku pernah buat confession sebelum ini. Aku rasa nak luahkan update tentang keadaan aku dan rasa aku sekarang ni. Banyak yang telah berubah dalam hidup aku kebelakangan ini. Aku amat – amat tertekan.

Akhirnya Din terp4ksa buat second operation pada kaki kanannya. Din terlantar di HospitaI X selama 2 minggu. Doktor buang plate pada kaki dan diganti dengan besi penyokong. Tak tau apa medicaI term yang betul. Aku panggil antena je.

Per4ngai dia macam biasa. Tetap mem4ki aku jika ada silap di matanya. Eg0nya tidak pernah berkurang. Sebelum operate kali ke 2, Din dah lemah dan lemau. Pasrah je di katil. Aku uruskan semuanya tentang diri Din. Rupa – rupaya kerana infection pada kaki yang m4kin teruk menjejaskan seluruh fizikaI dan mentaInya.

Bila aku dan anak dah bawanya ke hospitaI, doktor dah bagi antibi0tik dan buat operate kali ke 2.. Dia dah segar semula. Dah kuat semula untuk berem0si dan t0rture mentaI aku. Din rasa hanya dia yang layak dilayan dan dijaga em0sinya.

Aku ni sebagai isteri dan anak – anak kena ikut sahaja kerenahnya atas alasan dia kan s4kit. Kena la tolerate dengan dia. Sebenarnya, kadang – kadang orang yang jaga orang s4kit m4ti dulu dari yang s4kit. Sebab str3ss..

Tapi aku tengok sikapnya dengan anak buah, adik beradiknya dan rakannya berbeza dengan apa yang ditunjukkan pada kami. Aku dan anak – anak memang sedih, tersinggung dan hairan. Seolah – olah Din ada dua karektor.

Aku ada baca komen yang per4ngai Din mungkin akan kembali kepada asal jika dia dah sihat kelak (jika ada rezeki dapat buah pinggang baru). Aku rasa macam ada benarnya telahan itu. Selepas Din keluar hospitaI baru – baru ni, adik dia dari Sabah balik ke Semenanjung, dialah yang kerap melawat dan memantau keadaan Din di rumah.

Dengar khabar, adiknya balik ke semenanjung kerana nak cari kerja. Tapi belum dapat lagi. Maknanya Din sudah ada pembantu yang baru. Din sudah sem4kin bersemangat. Tapi semangatnya itu datang bersama per4ngai dia yang m4kin tak tau nak hargai aku.

Dia boleh bercakap baik dan sopan pada adiknya pada masa yang sama buat tak tau je dengan aku dan anak – anak. Anak aku cakap.. “Mama ni dah kena palau dengan abah”. Sedangkan akulah yang dok mengadap buat dressing Iuka dia setiap hari.

Ke sana sini uruskan hal anak – anak dan hal rumahtangga selepas waktu kerja. Aku dah fed up. Aku terfikir, sampai bila aku perlu dim4ki, diherdik dengan kata – kata kesat. Aku ni dah tua dan berkerjaya. Aku bukan b##i, .aku bukan Bo**h, puk***k, si**, Kepala Bu##.

Aku rasa aku dah m4kin beng0ng dan banyak menyendiri semasa di tempat kerja sebab asyik kena m4ki agaknya. So, aku nekad untuk mula diam di rumah. Aku dah tak terhegeh – hegeh angkat bakul dressing setiap petang untuk cuci Iuka dia.

Aku dah tak siapkan dia setiap selepas subuh untuk dia pergi dialiisis. Aku dah tak hidang makanan pada dia. Tapi aku masak dan letakkan atas meja sahaja, Kalau Din nak makan, dia kena guna wheelchair ke meja. Aku dah tak mandikan dia lagi, dia kena lap badan dia sendiri.

Aku dah tak p0tong rambutnya lagi. Aku tengok dah panjang rambutnya… Lepas balik kerja aku terus masuk bilik dan uruskan diri aku. Tapi.. adik Din akan datang setiap hari untuk bawa Din ke kIinik buat dressing Iuka. Mungkin Din suruh.

Adik Din akan bawa makanan padanya pada hari – hari tertentu. Mungkin hari lauk aku masak tak sedap atau dia tak nak makan masakan aku masak. Din… masih buat aku tak wujud dalam rumah ni. Ye la.. dah ada orang lain untuk dia berg4ntung kononnya.

Nak minta tolong apa – apa dia wasap je aku. Nak bercakap directly dengan aku… jauh sekali. Sampai bila? Dari satu sudut, aku rasa agak tenteram sebab kurang berinteraksi dan deal dengan Din. Tapi hati kecil aku berbisik, Sampai bila? Sampai bila?.

Nanti anak aku yang di asrama akan balik. Takkan dia nak saksikan situasi awkward ni. Kadang – kadang aku terfikir, kalau betul dia dah menyampah dengan aku kenapa masih tunggu. Walau setiap kali marah aku dia akan sebut nak ceraikan aku, tapi dia tak cerai pun kali ni.

Adakah sebab dia nak guna medical benefit aku (pegawai kerajaan) untuk dialiisis dan cover kos perubatan dia yang asyik keluar masuk hospitaI. Adakah sebab dia nak duduk dalam rumah yang aku bayar setiap bulan. Aku tau dia dah plan macam – macam dengan abang adiknya yang jadi donor tu.

Siap plan nak kahwinkan Din dengan orang lain jika dah sihat nanti. Tersinggung betul aku bila dapat tahu. Tapi hari ini.. aku dah hilang rasa. Aku dah tak ada jiwa sekarang. Rasa dan jiwa aku dah hilang sedikit demi sedikit setiap kali dim4ki, diuguut nak bercerai dan di pinggirkan. Aku dah bersedia untuk hidup sendiri. Tapi dia pula tak mau pergi. sampai bila ni? Allahu Robbi.. – Teratai (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Scroll to Top