Aku dan Khalid serumah, hubungan macam suami isteri. Masa Khalid kahwin aku pergi, aku kesian dekat isteri dia

Aku ingat, lepas Khalid dah kahwin, kami tak akan bersama lagi. Tapi aku salah. Aku dan Khalid masih berhubung dan masih bersama. Aku perempuan jijik. Sehinggalah aku jumpa dengan suami, aku anggap, pernikahan aku ini menjadi penamat buat hubungan terlarang aku dan Khalid..

#Foto sekadar hiasan. Bismilah hirrahmani nirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Sesungguhnya aku adalah h4mba paling h1na di dunia Mu. Sesungguhnya aku telah jauh menyimpang.

Mereka kata jangan pernah putvs asa dengan Rahmat Allah, tapi maIangnya aku adalah golongan yang telah lama meninggaIkan sejadah.. Telah lama hitam hatinya.. Telah lama berputvs asa dengan segala -alanya. Dah lama aku simpan kisah kotor aku.

Sebab aku tak tahu pada siapa patut aku mengadu. Aku nak cerita tapi aku takut ada dari kalangan pembaca yang tahu siapa aku.. Tapi aku dah tak tertanggung rasa ni sorang diri. Luaran aku sama sahaja macam perempuan lain.

Aku ada kerja, ada rumah, ada kereta, dan aku ada suami dan anak. Aku dibesarkan dalam keluarga kecil yang terdiri daripada tiga orang, di mana aku adalah anak tunggal kepada ibu bapa aku. Kehidupan aku semasa kanak – kanak adalah indah, sehingga pada usia 11 tahun.

Aku melalui perkara yang buruk yang masih meny4kitkan saya sehingga kini, dan saya sudah berusia 28 tahun. Aku sebenarnya anak angkat. Mak ayah yang aku langsung takde pertalian d4rah dengan aku. Masa aku tahu hal ni, aku memang terk3jut, sedih, marah.

Aku diam, aku kecewa dengan susun atur kehidupan yang Tuhan aturkan untuk aku. Aku tak dapat elak daripada berubah perlakuan. Sehinggalah ibu tahu yang rahsia terbongkar. Ibu memujuk aku supaya jangan tinggalkan ibu dan ayah sebab perkara ini.

Dan sebab mereka tiada siapa lagi untuk dicurahkan kasih selain dari aku, Aku diam, cuba terima. Hidup diteruskan macam biasa sehinggalah ibu disahkan diser4ng peny4kit misteri. Ibu s4kit.. berbulan – bulan. Dan akhirnya dijemput Tuhan.

Aku baru sahaja berusia 15 tahun waktu itu. Aku kecewa. Sekali lagi aku rasa Tuhan itu tak adil. Kenapa ambil ibu terlalu awal. Aku mula menjadi bertambah diam. Sehinggalah beberapa bulan selepas itu, ayah berjumpa jodoh yang lain.

Lagi sekali aku terusik. Kenapa cepat ayah dapat pengganti? Ayah dah lupa pada ibu ke? Dan aku menjadi sem4kin pendiam dan bercakap bila perlu sahaja. Aku teruskan hidup sama macam yang lain – lain. Cumanya aku simpan segala apa yang aku rasa dalam hati.

Rasa yang terkumpul ni mula membuatkan aku rasa seperti nak rebeI, nak member0ntak. Tapi aku pilih untuk diam. Selepas tamat SPM, aku dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di sebuah IPT. Buat pertama kalinya aku tidak duduk sebumbung bersama keluarga aku.

Dan di sinilah aku mula mengenali perkara – perkara yang tak sepatutnya aku lakukan. Aku belajar macam biasa. Pointer aku 3.00 above untuk setiap semester. Pointer yang bagus inilah menjadi modal yang menutup perilaku tidak baik aku.

Aku berlagak seperti aku okay sahaja. Seperti perempuan yang elok – elok. Tapi di sebalik itu, aku mula berkenalan dengan beberapa lelaki. Sebagai kawan, sebagai teman, dan sebagai penghibur.. Jujur, aku sudah mula mengenali perbuatan terlarang, bila sudah berdua – duaan. Sy4itan selalu menang. Kalian boleh fikir sendiri.

Perkara berlarutan. Bertukar – tukar pasangan. Seronok. Apa aku kisah. Janji study aku okay, cukup untuk mengaburkan mata parents aku. Sehinggalah aku berjaya tamatkan pelajaran dan akhirnya diterima bekerja di utara tanah air. Di sini lebih p4rah kehidupan aku.

Duduk di rumah sewa. Bawa kawan sekerja (Khalid) datang rumah, dan faham – faham sendiri.. Khalid yang pada ketika itu sudah bertunang dan akan berkahwin. Tapi kami lakukan atas dasar suka sama suka. Dan perbuatan itu berterusan.

Kami kawan, tapi lebih dari sekadar kawan. Di pejabat berlagak macam biasa tapi bila di luar waktu pejabat, ada masa kami bersama. Khalid kemudiannya melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya. Aku pergi majlis kahwin Khalid, aku rasa teruk dan bersalah dekat isteri Khalid tapi aku diam.

Perkara itu tetap menjadi rahsia antara aku dan Khalid. Aku ingat, lepas Khalid dah kahwin, kami tak akan bersama lagi. Tapi aku salah. Aku dan Khalid masih berhubung dan masih bersama. Aku perempuan jijik. Tak berapa lama lepas itu, aku mula berkenalan dengan Syakir.

Kami berkawan, dan buat keputvsan untuk lebih serius. Syakir lelaki yang biasa – biasa. Kerja pun biasa – biasa. Kami berpasangan hampir setahun dan terus decide untuk mengik4t pernikahan. Aku dan Syakir tidak berperilaku seperti aku dan Khalid.

Syakir tak pernah mengajak buat perkara bukan – bukan sepanjang kami berkawan. Nampak baik bukan? Tapi sepanjang aku berkawan dengan Syakir, aku perasan. Syakir tak pernah solat apabila dia keluar bersama aku. Aku cuma simpan perkara itu.

Sebab aku tahu, aku sendiri pun kotor. Takkan nak dapat lelaki yang baik sebagai pasangan. Dalam pada aku sudah bersama Syakir, Khalid mula mempersoalkan kenapa aku tinggalkan dirinya. Aku terp4ksa sebab aku dah nak bersama lelaki yang bakal menjadi suami.

Khalid mengaku terasa hati tapi dia cuba untuk memahami. Sehinggalah tiba proses pernikahan. Aku ada masalah dalam mencari wali. Long story short, aku dapat berjumpa dengan mak dan ayah kandung aku. Apa yang aku boleh cerita di sini, itu lah pertama kali aku berjumpa dengan mereka.

Dan mereka tidak duduk sebumbung. Aku buat permohonan untuk dapatkan wali hakim. Dan kami bertiga telah dipanggil untuk dibicarakan di depan hakim mahkamah syariah di dalam satu kamar yang asing. Mula – mula Hakim panggil ayah kandung aku dan aku untuk duduk di hadapannya.

Ayah disuruh untuk angkat sump4h bersama Al-Quran agar memberikan keterangan yang benar – benar sahih. Hakim tanya banyak soalan, tapi satu sahaja sudah cukup untuk membuat aku terIuka, untuk sekelian kalinya.

Lelaki yang aku fikir ayah kandung aku mengatakan yang aku ni bukan anak dia. Terima kasih atas statement itu. Kemudian Hakim membenarkan lelaki yang tak mengaku aku ni anak dia tu, keluar dari kamar. Dan tiba giliran ibu kandung aku pula untuk diambil keterangan.

Ibu menangis. Mengaku aku anaknya. Dan ibu menangis lagi, apabila Hakim mengatakan siapa ayah aku. Ibu terdiam. Dan akhirnya mengaku, lelaki tadi adalah ayah kandung aku. Aku dah keliru. Hakim tanya lagi, adakah ibu dan ayah aku ini bernikah. Dan agak – agak kalian, apa jawapannya?

Ya, mereka tidak bernikah dan aku adalah anak luar nikah, tidak sah taraf. Terima kasih. Aku tersentap. Ibu beberapa kali memohon maaf pada aku, tapi hati aku dah keras. Berapa lama aku nak ditipu akan perkara ni? Asal usul aku dibuat main – main.

Boleh pula sorang mengaku anak, tapi sorang lagi tak mengaku anak. Lagi sekali aku persoalkan, adilkah Tuhan pada aku? Dipendekkan cerita, Syakir dan keluarga bakal mertua terima aku seadanya. Dan kami meneruskan upacara pernikahan.

Kisah yang terjadi di kamar mahkamah, aku ceritakan pada Khalid. Aku dan Khalid memang rapat, dan lebih dari sekadar rapat. Sehinggalah majlis berlangsung, Khalid bersama isteri dan seorang anaknya hadir ke majlis aku.

Kami berpandangan. Aku anggap, pernikahan aku ini menjadi penamat buat hubungan terlarang aku dan Khalid. Setahun bersama Syakir yang kini adalah suami. Aku mula perasan per4ngai sebenar dia. Nak ajak solat tapi sampai bersuruh. Tak suruh tak buat.

Dan aku mula rasa sem4kin jauh dari Tuhan. Syakir sangat jarang menjadi imam. Aku cuba sabar. Aku pernah solat sendiri di hadapan Syakir. Kemudian aku suruh dia solat setelah aku selesai solat. Tapi Syakir cuma jawab “Nantilah”.

Aku jadi sem4kin putvs asa dengan segalanya. Lalu aku meninggaIkan telekung dan sejadah buat sekian kalinya. Ketua keluarga pun tak solat. Isi keluarga apatah lagi. Sehinggalah aku sekarang sudah dikurniakan seorang anak.

Alhamdulillah, comel dan sempurna. Tapi aku kasihan pada anak aku, dapat keluarga yang lemah agamanya. Ayahnya tak solat, ibunya sudah jauh hati dari segalanya. Rumah tangga suam – suam kuku. Rezeki kadang – kadang ada kadang – kadang putvs tengah bulan.

Duit nafkah? Barangan rumah? Boleh dikira berapa kali sahaja Syakir bagi pada aku. Mungkin sebab aku bekerja gaji lebih tinggi dari dia, dan aku boleh support hidup aku dan anak aku. Aku mula jauh hati dengan Syakir. Aku jadi malas nak mengajak melakukan solat jemaah.

Dia pun tak ada nak ajak aku. Kadang – kadang aku selalu menangis sendiri bila baca coretan Ustaz Ebit Liew. Cemburu sangat – sangat pada isterinya. Macam terh1ris hati aku bila membaca tulisan lembut Ustaz. Aku tak merasa pun apa yang isteri Ustaz tu rasa.

M4kin lama, hati aku m4kin kosong. Hidup sekadar bangun pagi, hantar anak ke rumah penjaga, pergi kerja, pulun dengan kerja dan balik ambil anak, masak makan malam itupun kalau rajin, kemudian tidur. Rutin yang sama.

Khalid pula sekarang dah bertukar kerja di Selatan. Dan kami sudah lama tidak berhubung. Hinggalah satu hari aku ada mesyuarat di kawasan Khalid bekerja. Dan.. bermulalah satu lagi d0sa yang telah lama aku tinggalkan.

Kali ini aku betul – betul rasa aku ini lebih h1na seh1na – h1na manusia. Aku gagal lagi dan lagi.. Tuhan. Tolong aku. Aku tak tahu apa yang akan jadi pada aku untuk masa akan datang. Hati aku hitam. Jiwa aku kosong. Aku tak jumpa mana kiblat.

Aku tak jumpa mana sejadah. Jauh sangat Kau palingkan aku dari Rahmat Kau. Sempat ke aku bertaubat? Aku susah nak istiqomah. Aku isteri yang menempah ner4ka… Aku ibu yang tak guna. Adakah masih ada peluang untuk aku m4ti dalam rahmat Mu. – Ag0ny

Komen W4rganet :

Ann Fardan : Saudari, isu sebenar saudari bukan solat. Isu sebenar saudari bukan Tuhan. Isu sebenar saudari bukan suami yang malas. Isu sebenar saudari bukan khalid yang setia mengharap baIasan. Isu sebenar saudari adalah SYUKUR.

Bila mana saudari tidak mampu bersyukur dengan setiap susunan Allah pada hidup saudari sejak kecil hingga dewasa. Maka Allah akan menjauhkan pandanganNYA dari saudari. Syukur itu maknanya berterima kasih pada Allah yang bagi segala – galanya pada saudari.

Walau anak angkat tapi dapat ibubapa yang sayang dan jaga dengan baik. Walau sedar tiba – tiba anak luar nikah tapi dapat bertemu dengan ibu yang melahirkanmu dan mengaku saudari anak kandungnya. Walau penuh d0sa dan tak sempurna tapi suami ikhlas menikahimu dan mertua menerimamu seadaanya.

Walau suami tak solat tapi belum pukuI b4ntai masih di rumah setiap malam. Walau jahat dan banyak d0sa tapi Allah masih kurniakan zuriat comel mengik4t kasih sayangmu. Walau masih banyak hutang dan suami tak kaya tapi Allah masih bagi rezeki dengan gaji yang banyak melaluimu.

Walau pernah menipu isteri khalid tapi Allah masih menutup aibmu dari semua orang. Allahuakhbar nikmat manakah yang kamu dustakan???? Maaf saudari. Saya tidak sedikit pun rasa kasihan pada nasib saudari sebab melalui kisah ini saudari telah Allah bagi banyak kenikmatan dan kejayaan yang ramai orang di luar sana tak mampu miliki.

Apa yang saya nampak saudari perlu kasihani diri dan anak saudari. Sebagai ibu kita sepatutnya perlu lebih bijak kawal em0si dan fikirkan nama baik anak serta masa depan anak kelak. Adakah saudari mahu w4riskan kejahiIan ibu bapa saudari kepada anak saudari pula.??

BANGUNLAH. BERHENTILAH KOMPLEN.. BERHENTILAH SALAHKAN orang LAIN. BERUBAHLAH.. Carilah diri yang hilang dalam perjalanan yang terang ini. Allah tidak akan ubah nasib saudari jika saudari tidak mampu mengubahnya sendiri dan ia perlu dimulakan dengan BERHENTI BERHUBUNG dengan KHALID!!!!!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.