Isteri aku ni dah 7 tahun kahwin perangai sama je. Setiap hari dia bangun pukuI 6 buat sarapan, pukuI 12 dia akan balik untuk masak tengahari. Balik petang dia akan sediakan minum petang dan lepas maghrib dia akan sediakan makanan untuk makan malam plak. Jadi apa yang aku buat untuk isteri aku plak…
#Foto sekadar hiasan. Salam Admin. Harap boleh la admin siarkan cerita aku ni. Mudah – mudahan menjadi peniup semangat kat para suami dan isteri – isteri kat luar sana. Ceh ceh… Sorry la kalau panjang pulak korang nak baca. Aku ni kerja kerajaan, badan beruniform (bukan kapten ye). Bini aku plak ada firma audit sendiri. Dia ada 2 orang staff (comp kecik aje). Kami ada anak 2 orang.
Bini aku ni memang sejak dari awal kawin sampai sekarang dah 7 tahun kawin memang perangai dia sama aje. Bangun pukuI 6 pagi, buat breakfast. Lepastu aku hantar anak – anak pegi sekolah, bini aku pegi office dia.
PukuI 12 tengah hari dia mesti balik, untuk masak tengahari. Disebabkan office aku sekangk4ng kera je dari rumah kami, memang setiap hari pukuI 1 aku balik rumah makan sama – sama bini aku. Sangat jarang bini aku tak balik masak tengahari. Kalau ada pun, dia dah siap – siap masak pagi.
Then aku balik tengahari, panaskan dan makan. Masa awal – awal kawin, aku tanya bini aku tak penat ke pukuI 12 balik masak. Kan kita boleh makan kat luar aje. Bini aku cakap lebih baik masak sendiri. Bersih, sihat, halal, jimat. So aku happy je la memandangkan aku tak suke makan kat luar.
Balik petang pulak dia akan sediakan minum petang yang ringkas-ringkas. Lepas tu lepas maghrib dia akan sediakan dinner pulak. Macam tu lah rutin isteri aku selama ni. Aku selalu cakap kat dia kalau penat tak payah la masak. Tapi dia cakap dia ok. Dia suke masak. Untuk pengetahuan korang kami tak ada pembantu rumah.
Bila malam, kami tengok buku sekolah anak – anak, layankan anak – anak buat homework dan tidurkan anak dalam pukuI 10 macam tu. Lepas anak – anak tido, bini aku bangun dan sambung buat kerja dia kat rumah (kerja office yang dibawa balik ke rumah). Sambil – sambil tu kami bertukar tukar cerita dan tengok drama kat tv. Kadang – kadang bila bini aku tertido depan tv, aku tengok muka bini aku. Sayu betul. Rutin hariannya sama setiap hari tapi dia tak pernah merungut.
Untuk para suami, aku sharekan tips jadi suami yang bermaruah dan membahagiakan keluarga (ni bukan puji diri tau. Ni buat panduan. Mana yg baik ikut lah nak
1- Solat sama – sama isteri dan anak – anak di awal waktu
2- Suami mesti ajar anak mengaji sendiri. Jangan hantar ke rumah orang lain. Seorang suami mesti boleh baca quran
3- Suami hantar anak – anak ke sekolah. Bukan nak suruh bini kau buat semua
4- Bile bini dah penat – penat uruskan hal dalam rumah, kau tolong jaga anak – anak. Mandikan diorang. Siapkan kelangkapan sekolah diorang (ingat. Bini kau bukan maid)
5- Time nak kuar jalan – jalan, kau yang siapkan anak – anak bukan bini kau. Biar bini kau siapkan diri sendiri dengan tenang. Kau jangan nak bersiap awal lepas tu goyang kaki tengok hp.
6- Bile dapat gaji ke, bonus ke belanje la isteri kau lebih sikit dari biasa. Belikan dia kasut baru ke, perfume baru ke, baju baru ke walaupun kau dah bagi nafkah setiap bulan
7- Kau jangan s4kitkan hati dia. Kalau masakannya terlebih atau terkurang garam, puji aje sedap. Jangan kau hamun dia (dah la kau bebaI tak pandai masak)
8- Sebelum keluar rumah pastikan kau ik4t sampah dan buang (yang ni memang kalau kau tak buat, kau p0ndan)
9- Urut la badan bini kau sebelum tido. Kesian dia seharian tolong cari rezeki dan memasak untuk perut kau
10- Kalau suami tak pandai masak, maka tolong hiding makanan bila dah siap masak (jangan kau feeling raja nak makanan terhidang setiap kali nak makan)
11- Bile kau dah nampak baju kotor dah penuh sebakul, jangan kau camp4k lagi bagi menggunung. Kau yang sendiri pegi masukkan dalam washing machine. Bukan suruh basuh guna tangan. Lepas tu ko sidai. Ini je la tips – tips yang aku nak sharekan kat suami – suami sebab ini la amalan aku kat rumah untuk ringankan penat bini aku. Pada suami, kalau nak isteri melayan kau dengan baik, maka kau kena layan dia dengan baik. Bukan longgokkan emas segunung. Tapi sama – sama kendalikan rumahtangga. Bukan tau buat anak aje.
Eh panjang pulak ye aku menaip. Maklum la aku ni kat hospitaI. tunggu que panjang. Haha. Untuk para isteri pulak, cubalah sedaya upaya ikhlaskan diri dalam melayan kerenah suami dan anak – anak korang. Sentiasa bertolak ansur dan bersabar.
Aku memang saIute giIer kat bini aku ni sepanjang aku kawin dengan dia tak pernah sekali aku nampak kain baju dah kering menimbun atas bakul. Dah kering dia terus lipat. Dia memang laju buat kerja – kerja kat rumah. Aku sendiri tak mampu buat macam tu. Kalau bini aku baca ni kan syok. Mesti dia tak sangka aku layan page ni. Kah kah..
Komen Warganet :
NurizMir Nishnia : Alhamdulillah setakat ni, suami aku rajin jugak la tolong buat kerja rumah. Kain baju dia setelkan dari basuh sidai dan lipat tanpa disuruh. Kalau lepas masak saya tak basuh pinggan mangkuk dia yang tolong basuhkan tapi biasanya saya basuh terus sambil masak. Lepas saya siap masak dia tolong hidangkan makanan. Lepas makan dia jugak yang tolong kemas dan basuh pinggan mangkuk.. Tidaklah dia duk rumah jadi raja. Kami sama – sama kerja, sama tolong menolong.
Jannah Lopez : Untung la isteri yang dapat suami macam kamu. Memahami isteri dan tau tanggungjwab. Ini kebanyakkan lelaki dah kahwin terus jadi macam raja. Kemudian boleh lagi cakap dia tu ketua keluarga, patut ikut semua cakap dia.
Shakira Ghazali : Sebab apa tau isteri tuan begitu ikhlas buat rutin tu semua walau penat? Sebab tuan sendiri tak berkira dengan isteri, jadi isteri dengan rela hati dan senang hati buat semua keje tanpa sebarang keluhan. Tahniah! Mohon buat anak ramai – ramai dan didiklah mereka dengan baik.
Seri Bunga : Alhamdulillah tahniah encik suami isteri… Moga bahagia sampai syurga. Tak ramai lelaki yang memahami zaman sekarang… Yang ada pun jantan bert0rchlight pakej sado lagi tapi macam tak ada teIo… Tak sanggup buat kerja – kerja gitu sama – sama kendali rumahtangga.
Zaridah Ahmad : Begitulah rutin setiap hari saya bekerja dalam rumah. Selama 37 tahun. Sekarang dah tak sekuat dulu. Mana – mana yang tak boleh buat suamilah yang menolong. Kudrat dah m4kin berkurang. Tapi selagi boleh buat insyaALLAH akan saya laksanakn dengan seikhlas hati. Saya happy dengan kerja saya. Selagi ada yang menghargai.