Suami cuma pernah berkerja dalam tempoh 3 bulan macam tu sahaja. Selepas tu dia berhenti dan duduk di rumah 24 jam menghadap handphone. Suami saya ni boleh dik4tegorikan sebagai seorang yang pemalas tahap entah lah apa orang cakap, dia malas mandi kadang tu sampai 4, 5 hari tak mandi. Kadang nak termunt4h saya bila dekat dengan dia.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin dan semua pembaca. Saya ingin meminta pandangan pada warga facebook, mungkin ada yang pernah melalui situasi macam saya sekarang. Saya merupakan seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak. Saya dan suami telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun. Masalah yang saya ingin kongsikan di sini ialah saya mempunyai seorang suami yang tidak berkerja. Yang 24 jam dalam hidupnya hanya menghadap handphone bermain game, bab nafkah jangan cerita sampai ke planet mana entah hilangnya, sepanjang perkahwinan kami.
Hidup kami anak beranak telah ditanggung oleh mertua saya, dan lagi satu saya juga pernah berkerja dulu, tapi ada faktor – faktor yang meyebabkan saya harus berhenti kerja.
Selama tempoh perkahwinan kami berdua, suami cuma pernah berkerja dalam tempoh 3 bulan macam tu sahaja. Selepas tu dia berhenti dan duduk di rumah 24 jam menghadap handphone. Suami saya ni boleh dik4tegorikan sebagai seorang yang pemalas tahap entahlah apa orang cakap, dia malas mandi kadang tu sampai 4, 5 hari tak mandi. Kadang nak termunt4h saya bila dekat dengan dia.
Dari segi anak pula, dia jenis tidak mempedulikan anak pun. Memang bab anak semua terletak di bahu saya. Kalau nak cerita tentang tanggungjawab dan perhatian yang diberikan pada saya dan anak – anak, mungkin boleh saya bagi peratus dalam 5 peratus macam tu je. Makan s4kit kami anak beranak langsung dia tak pernah nak ambil tahu.. Masuk dan keluar wad hospitaI semua dia tak ambik tahu. Nasiblah saya dan anak mempunyai mertua dan nenek yang sangat baik. Terlalu baik sehingga saya mampu bertahan selama ni hanya kerana keluarga belah suami terlalu baik.
Untuk pengetahuan warga facebook, suami saya seorang yang bercakap memang dia sajalah betul.. Yang saya ni tak pernahlah betul, sampai saat ini masih segar di ingatan saya suami saya memangil saya PEL4CUR DAN PEREMPUAN PEMBAWA Si4L, sedih saya bila ayat – ayat ni sentiasa kedengaran dalam telinga saya. Selama 11 tahun ni lah saya terp4ksa hadap segala m4kian dan h1naan dia terhadap saya.. Dan selama inilah saya tak pernah hidup dalam keadaan yang tenteram dan serba serbi saya takut.
Bayangkan nak tengok tv pun saya takut, dan untuk pengetahuan pembaca juga suami saya jenis tak nak ambil tahu hal anak – anak hal saya. Kadang teringin nak merasa apa itu nikmat berumahtangga dan nikmatnya ada pasangan yang menyayangi kita.. Kadang tu bila tengok orang lain yang hidup bahagia terdetik juga di hati saya bila lah kami dapat merasakan kebahagiaan seperti orang lain dapat kan. Malah untuk pengetahuan, bukan sahaja sikap malas, dia juga seorang yang baran, dan tidak boleh silap di mata dia.. Walaupun terang dan nyata dia yang salah dia tetap juga mengatakan orang lain yang salah..
Di sini saya ingin bertanya pada semua pemaca. PATUT KAH SAYA BERTAHAN ATAU SAYA HARUS MEMFAILKAN CERAI..? Kerana 11 tahun bukanlah waktu yang singkat untuk saya tambah lagi untuk tahun seterusnya dengan kata sabar… Dan dalam fikiran saya sekarang saya cuma nak berkerja dan mencari duit untuk anak – anak saya, Dan keluar dari rumah keluarga suami saya.. Walaupun berat hati saya nak lakukan kerana segala kebaikan keluarga belah suami. Tapi sampai bila saya nak meminta simpati pada mereka..
Mungkin sudah sampai masanya saya dan anak – anak harus mencari kebahagiaan kami. Mohon para pembaca memberikan pendapat pada saya adakah harus saya memfailkan cerai serta bagaimana prosesnya. Dan saya minta maaf mungkin penyampaian saya agak tidak teratur. Saya mengucapkan Terima kasih jika ada di kalangan pembaca yang sudi memberikan pandangan dan pendapat pada saya.
Komen Warganet :
Erm Fierma : Kenapa awak tak bercerai dari awal. 11 tahun perasaan diabaikan bukan sekejap. Awak berhak untuk mencari kebahagiaan awak yang lain. Saya sokong awak untuk bercerai, biarpun family laki awak tu terlalu baik, dorang tetap tak boleh nak gantikan kedudukan suami tu di sisi awak. Semoga awak mampu hadapi masa – masa akan datang dan dipermudahkan segala urusan.
Nora Ibrahim : Dah tau dah tak ada satu pun suami awak tu berfungsi sebagai seorang suami dan bapak kepada awak dan anak – anak. Awak masih setia jugak. Boleh plak ye awak hadap laki macam tu. Nak termunt4h pun masih bersama bagi juga masa buat anak. Kalau sekadar nak luah kat sini ni nak bagi orang baca je tak payah buang masa la. Sepatutnya dah lama awak tinggalkan laki macam tu. Aku baca pun dah geIi.
Agaknya awak pun sama malas sebab tu dok menunggu mengharap mertua yang tanggung segalanya. Kalau awak jenis rajin dan berfikir maju ke hadapan awak tak akan tunggu sampai 11 tahun. Ramai je perempuan spesis awak ni menunggu sambil berangan suami kesayangan akan berubah dan menghargai awak dan ucapkan kata – kata maaf dan romantis untuk awak, bila ia dah tersedar. Tolong, bangunlah dari mimpi, sebelum awak m4ti dalam angan – angan.
Shirana Fird : Cuba awak risik – risik cari kerja mulai sekarang. Kalau awak masih ada ibu bapa, balik tinggal bersama untuk dapatkan sokongan em0si. Oleh sebab mertua awak baik, berbincang dengan mereka dahulu yang awak nak bercerai. Ingat mertua tetap mertua selamanya. Suami tu tempat kita berIindung, memang kalau nak cari yang sempurna tu payah sebab yang sempurna tu hanya Allah. Tapi kalau level rasa takut tu saya rasa, tak perlu ada title isteri pun tak apa. Cukuplah hanya dengan title sebagai seorang manusia. Kita manusia berhak dan bebas rasa aman. Pejam mata, tanya hati. Good luck sis.
Zuzila Wati Chan : Peliknya awak boleh pulak hidup dan sanggup je kena buIi dengan manusia yang tak ada otak, sampai 11 tahun. Lepas tu hidup menyusahkan mentua, silap mak mendidik anak sampai ke tua anak jadi bod0h sebab cara mak salah, sayang anak tak bertempat. Kerja dulu dan cari pendapatan.. Duit gaji simpan tanpa pengetahuan suami, dah sampai t4rget duit simpanan tu harap cepat – cepatlah awak angkat kaki.. Hidup dengan lelaki macam tu tak ke mana.. Dah la malas mandi, agak – agak solat tak tu? Emm… Pikirkan la, kita cari suami untuk bimbing kita..
Elly Sha: Apa lah yang membuat awak dapat bertahan ye. Tak sayang diri awak dan anak – anak ke? Sorry la, kalau saya, memang dah lama saya tinggalkan je jika maru4h saya di pikak – pijak. Bukan niat untuk jadi batu api tapi wanita ni maru4h dia cukup tinggi di sisi islam. Tapi jika suami sendiri pon tak boleh pelihara, untuk ape lagi bersama. Jangan takut untuk bercerai, belum pernah dengar orang yang bercerai terus m4ti. Saya pun pernah melalui macam ni. Memang mula – mula tu down sangat macam tak boleh bangun nak hadap semua ni dengan anak lagi. Tapi fikir demi anak, kuat demi anak. Percayalah di depan sana pasti ada kebahagiaan untuk puan.