Seminggu sebelum kejadian aku rasa seakan ajaIku m4kin menghampiri mungkin sebab aku sedang berbadan dua. Pagi kejadian aku cium pipi dia, rasa sejuk sangat. Tengahari, aku dapat panggiIan dari sepupuku. Aku jawab dengan seronok. Tapi yang aku dengar buat aku hilang pedoman.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Ain, 31 tahun anak ada seorang. Aku kenal dengan suami aku, Ahmad masa sama – sama belajar di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Pada awalnya kami hanya kawan baik. Tapi disebabkan baiknya dia lah aku terjatuh cinta tanpa sengaja. Aku cerita tentang Ahmad pada mak ayah. Mak ayah pun berkenan dengan Ahmad.
Aku dan Ahmad lalui susah payah bersama – sama dari awal hingga akhir. Sampailah jod0h kami datang. Alhamdulillah masa habis belajar bisnes Ahmad menjadi. Jadi kami bebas dari loan. Majlis pun bukanlah grand sangat. Tapi cukuplah kami bahagia.
Selepas kahwin kami diuji. Perniagaan Ahmad turun naik. Seolah – olah apa yang dia buat tak menjadi. Pada awal sesuatu perniagaan tu, memang berjaya tapi di pertengahan mesti akan ada halangan.
Aku pula tak bekerja sebab Ahmad kata tak ape kalau aku tak kerja selepas kahwin. Tapi Ahmad memang seorang yang sangat berusaha mencari rezeki. Lepas satu – satu bisnez dia cuba.
Kami juga diuji dengan belum kehadiran cahaya mata. Tapi kami fikir Allah akan bagi pada masa yang terbaik. Mungkin kami belum bersedia fizikaI dan mentaI untuk ada anak.
Selepas beberapa kali perniagaan tak berjaya hingga ke puncak, aku pernah terfikir macam ada yang buatkan rezeki kami sangkut. Kami pernah juga cuba perubatan Islam tapi Alhamdulillah takde apa – apa yang tak kena.
Ahmad tak suka bekerja makan gaji. Sebab itu dia cuba juga bermacam jenis bisnes. Tapi aku berfikir sampai bila nak macam ni. Aku ajak Ahmad tukar angin. Aku ajak berhijrah ke negeri lain.
Ahmad ok, memang dia akan menurut segala kata aku. Aku berhijrah ke negeri kelahiran ku. Senang kalau – kalau ada sesuatu yang terjadi.
Bermulalah episod Ahmad mencari kerja. Alhamdulillah ada saud4ra rekomen kerja. Interview kali pertama, kiv. Agaknya nak jadi rezeki kami, bos panggil interview kali kedua. Walaupun kalau ikutkan kelulusan Ahmad, tak layak jawatan tu, dengan tak ade pengalaman. Tapi kalau dah rezeki, mana pernah salah alamat kan.
Kami menyewa rumah, dan bulan pertama Ahmad bekerja, bulan tu jugak aku hamil. Alhamdulillah rezeki. Mungkin itulah masa terbaik buat kami. Ahmad dapat kerja tetap, Allah bagi zuriat pada kami. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Ahmad sangat baik. Dari awal kenal aku bagitahu aku tak reti siang ikan dan ayam. Jadi setiap kali beli lauk, Ahmad yang akan siang dan cuci. Tugas aku cuma memasak.
Kadang baju pun dia yang basuh bila mood malas aku datang. Bilik air memang tugas Ahmad untuk cuci. Ahmad tak pernah marah aku dari awal kenal. Dia akan menuruti kemahuan aku kalau dia mampu. Dia sangat manjakan aku. Dan aku tahu dia amat mencintai aku.
Ok. Sambung part kerja pulak. Saja nak bagitahu serba sedikit kebaikan Ahmad. Hehe.
Ok selepas hampir 7 bulan Ahmad bekerja, dah tiba masanya Ahmad dijemput Illahi. Setakat itu perjanjiannya dengan Allah. Setakat itu jod0h kami di dunia. Dan memang dah ditakdirkan Ahmad tak sempat bertent4ng mata dengan anaknya. Segalanya dah ditulis sejak Allah tiupkan nyawa Ahmad ketika dalam rahim ibunya lagi.
Sebelum ‘pemergian’ Ahmad, “Abang, kalau sayang dah tak ade, abang jangan kahwin lain ye? ” aku memecah sunyi.
“Yeee, Sayang tu kot…” Jawab Ahmad “Haa laa, Kubvr abang merah lagi sayang dah kahwin lain. Hehe”. Aku berseloroh.
Dia buat muka cemburu dia. “Orang perempuan tak macam lelaki. Senang ganti tempat di hati”. Aku cuba memujuk. Dia senyum je. Kembali diam. Tekun memandu.
Seminggu sebelum kejadian itulah yang aku rasa. Seakan ajaIku m4kin menghampiri. Apatah lagi ketika itu aku sedang berbadan dua. Banyak kemungkinan boleh berlaku.
“Abang, sayang takutlah. Rasa macam ajaI m4kin dekat. Mungkin perasaan sayang je kot kan. Moga Allah panjangkan usia abang, sayang dan anak – anak. Aminn”. Tulis ku melalui WhatsApp. Whatsapp sent 1.16 am, 6.00 am. bluetick.
5 hari sebelum kejadian, aku maklumkan pada dia apa yang aku rasa. Hanya melalui pesanan ringkas. Dia sudah tidur ketika itu. Aku tengok dia tidur. Kepenatan. Letih bekerja. Dengar dengkuran halusnya.
“Jangan ambil nyawaku lagi ya Allah, Sungguh aku belum bersedia”.
“I Love You Sayang. Sayang minta maaf belum jadi yang sempurna untuk abang. Sayang harap abang terima baik buruk sayang macam mana sayang terima abang”.
Lagi sekali hati tak tenang. Pesanan ringkas aku kirim lagi tika dia bekerja, sehari sebelum kejadian. Dia hanya baIas, “Love U Too” bersama em0ji love.
Pagi kejadian, macam biasa, bangun tidur, dia k3jut aku waktu subuh. Bergurau macam biasa. Manis senyumannya pagi itu. Dia bekerja hari tersebut walau cuti umum. Aku salam dia. Pipi dia aku civm macam biasa.
“Sejuknya pipi”. Getus hatiku. Dia civm dahi aku. Lama. Dia kuncikan pintu, kuncikan pagar rumah. Aku panjatkan doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan Iindungi dia dari sebarang musib4h. Dia lambai aku. Yang terakhir kalinya.
Tengahari, Telefon berbunyi. Sepupuku, kakcik. Aku jawab dengan seronok. Tapi yang aku dengar buat aku hilang pedoman.
“Pak ngah dia eks1den. Hang siap nah, Sat gi abang cik pi ambik. Siap nah”. Aku dah terjerit.
“Teruk ke kakcik? ”. Kakcik tahu aku macam mana. Tu kakcik malas habaq. “Hang siap nah”. Itu je jawapan kak cik.
Aku tak puas hati. Telefonku berdering tanpa henti. Kakak ipar aku telefon tanya pasal dia. Aku tak tahu keadaan dia. Aku hanya mampu menangis.
Aku hubungi ayahku, maklumkan tentang kejadian. Ayah aku kata dah tau. Ayah aku kat Pahang boleh tahu keadaan di tempat aku? Tak puas hati, aku hubungi telefon dia. Mak Teh jawab, “Ain sabaq. Ain siap nah. Mai sini.”
“Teruk ke makteh?”. Makteh senyap. Lagi sekali aku tegas bertanya teruk ke. “Ain mai nah. Mak pun nak mai kan”.
Mak aku dari Pahang nak balik kedah? Untuk apa? Aku dah m4kin pelik. “Makteh habaq la teruk ka dak?”
“Haa. Teruk”. BaIas Mak Teh ringkas. Ya Allah, Iindungi dia. Aku pakai je baju apa pun. Aku hubungi sepupuku supaya cepat sikit sampai. Mak saud4ra aku sampai bersama abang cik.
Dalam perjalanan ke hospitaI, tak henti aku menangis. Kakak aku juga maklumkan akan datang ke kedah. Apa yang berlaku ni. Eks1den apa sampai semua nak balik ni. Aku mohon abang cik lajukan pemanduan.
“Abang, kuat abang”. doaku. Sampai di hospitaI, Kak Cik laju mendapatkan aku. Dia peIuk aku bawak ke zon merah. Ramainya orang beruniform macam dia. Aku nampak bos dia. Bos dia buat isyarat supaya tenang. Mana boleh tenang selagi aku tak tahu apa yang jadi. Kak Cik k3tuk bilik rawatan, doktor buka pintu, aku masuk.
Aku nampak kaki dia. Dia terbaring di atas katil. Aku dah jerit. Aku peIuk doktor. Aku tanya doktor, doktor diam. Doktor cuma minta tandatangan aku untuk merawat dia. Aku nak tengok dia, doktor kata nanti. Doktor nak jahit dulu.
“Suami saya ok kan doktor?” “Dia ok puan, cuma… KritikaI.” Doktor minta aku keluar dahulu. Rakan sekerja dia datang berikan handphone dan wallet dia. Allah. Apa jadi ni. Kawan – kawan dia ceritakan apa yang jadi. Eks1den motor dengan motor waktu nak keluar makan.
Sangkaku tak teruk. Orang yang Ianggar siap nak larikan diri lagi. Mestilah tak teruk. Ya, jasadnya memang elok. Tapi doktor maklumkan berlaku pendar4han di kepala.
Allahu. Aku keluar masuk bilik zon merah. Dia dah kaku. Sepenuhnya berg4ntung pada bantuan mesin. Sehinggalah doktor maklumkan dia dah tak dapat diseIamatkan. 27 jam dia bert4rung nyawa.
Tak henti aku mengharapkan keajaiban dari Allah. Tapi apalah daya bila mana aku perlu berebut dia dengan Allah. Sudah pasti Allah lebih berhak. Apa yang berlaku sepanjang di zon merah, aku pernah kongsi di Facebook aku. Mungkin ada dari kalian yang pernah membacanya.
Sebelum dia disemadikan, aku sempat tidur peIuk dia buat kali terakhir. Aku baring sebeIah dia, peIuk dia yang kaku dan sejuk. Dengan perut yang sarat berisi Umar.
Walaupun cuma 3 jam. Cukuplah, Ada juga kesempatan terakhir untuk aku. Aku civm dia yang terakhir kalinya. Sejuk. Wangi. Sama macam pagi terakhir aku civm dia waktu dia masih bernyawa. Bezanya sekarang aku civm dia tanpa dia baIas civman aku.
Ujian tuhan. Allah kirim rasa pelik padaku. Aku sangka aku yang bakal dijemput. Rupanya itu hint untuk aku. Suami yang pergi dahulu.
Selepas ketiadaannya baru aku faham semua yang berlaku pada aku. Jadi sekarang aku faham. Kenapa Alah uji kami dengan bisnes yang tak jadi. Mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kami. Sekuat mana kesetiaan kami.
Ahmad meninggaI kerana kemaIangan ketika bekerja. Dan disebabkan itu aku dan anak dapat pencen dari perkeso. Bayangkan kalau bisnes Ahmad menjadi, dan Ahmad meninggaI. Yang ada hanya simpanan.
Sedangkan yang aku dapat sekarang pencen seumur hidup dan anak sampai umur 21 tahun. Aku tak payah kerja pun takpe.
Basic gaji Ahmad tak banyak mana. Tapi Ahmad sangat rajin buat kerja lebih masa. Sebab apa? Exc1ted nak sambut baby la kan. Sebenarnya Allah yang gerakkan Ahmad untuk rajin bekerja. Sebab Ahmad akan tinggalkan rezeki buat isteri dan anaknya.
Kerana pencen yang kami terima dinilai 90% dari gaji keseluruhan Ahmad. Memang la tak banyak mana bagi orang lain tapi bagi aku sangat sangat cukup. Ye la. Tak bekerja dapat duit kan. Rezeki la tu.
Mungkin juga Ahmad kerja dari pagi hingga malam sebab Allah nak aku belajar erti rindu. Masa Ahmad hanya tidur sahaja di rumah. Selebihnya bekerja. Allah nak bagi aku rasa hidup tanpa Ahmad. Sebab sekarang aku betul – betul dah kehiIangan Ahmad. KehiIangan yang tak akan dapat semula.
Dan hikmahnya Ahmad bekerja di negeri kelahiran ku, segala urusan ketika Ahmad kemaIangan, dipermudahkan. Kerana di sana ramai saud4ra mara ku. Jadi aku tak keseorangan sementara nak tunggu keluarga kami sampai.
Kalaulah jadi di tempat yang asing dengan tiada kenalan, Allahu. Tak dapat aku bayangkan. Allah sebaik perancang. Allah baik kan? Dia uji aku tapi Dia juga bagi kekuatan pada aku.
Kalau Ahmad masih ada, mesti aku tak sekuat sekarang. Sebab Ahmad terlalu manjakan aku. Ahmad sangat baik pada semua. Mungkin Ahmad penat nak jaga hati banyak orang, Allah bagi Ahmad berehat awal.
Jadi sesiapa yang diuji dengan kesusahan, teruskan bersangka baik dengan Allah. Banyakkan bersabar. Ingat, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Yakinlah di sebalik ujian itu, ada hikmah yang tersembunyi.
Hidup ini penuh dengan ujian. Kaya ujian, miskin ujian, sihat ujian, s4kit ujian dan lain – lain. Jangan tengok orang yang lebih dari kita, tapi tengoklah orang yang kurang dari kita. Bersyukur dengan setiap apa kita perolehi. Ujian itu tanda sayangnya Allah pada h4mbaNya.
Genap setahun pemergiannya. Segalanya masih segar dalam ingatan. Tiada apa aku lupa walaupun satu. Umar pun dah 10 bulan. Ramai kata umar seiras arw4h abahnya. Tak pernah aku lupakan dia walau sesaat. Takkan ada penggantinya. Kerana dia teristimewa dihatiku. Al-Fatihah suamiku Ahmad Sayuti.
Ok lah. Setakat ni sahaja. Terima kasih yang baca sampai habis. Maafkan salah silap aku kalau ada yang ann0ying dengan confession aku. Aku cuma share serba sedikit apa yang aku lalui. Salam sayang..
Komen Warganet :
Noor Azizah : Nasib kita sama hilang orang yang kita sayang, awak hilang suami, saya hilang satu – satunya anak lelaki saya. Akibat kecuaian orang di jalan raya. Mohamad Hafis umur 21 tahun. Tahun lepas 22.2.2019. Rindu hati ini hanya Allah yang tahu.
Rania Asyiera : Confession macam ni laa aku suka.. Tengoklah, ini adalah orang yang tinggi tawakalnya pada Allah dalam masa yang sama dia berusaha.. Dia tak bagi isteri dia kerja, tapi dia sediakan sedaya mampu.. Isteri redha dengan rezeki yang ada.. Allah bagi rezeki pencen seumur hidup dan anak sampai 21 tahun walaupun arw4h pergi dulu.. Nikmat Allah yang mana lagi nak didustakan.. Ni balik – balik kena mom0k “perempuan kena kerja.. Nanti kena tinggal, suami m4ti, bla.. bla.. bla..” Ni salah 1 kisah tingginya tawakal si confessor dan suami. Pokok pangkal cari suami yang baik. InshaAllah, Allah akan jaga rezeki kita.
Nurul Hazimah Mat Isa : Tabahnya Ain. Ni baru dikira redha. Menerima ujian Allah dengan hati terbuka dan masih bersangka baik pada Allah. Kalau sesetengah orang kem4tian suami, jenis tak kuat iman memang akan pertikai la. Alhamdulillah, semoga Allah membaIas musibah ini dengan sesuatu lebih baik untuk Ain. Doakan supaya kami dapat kuat macam Ain.
Asyraf CA : Didoakan roh arw4h ditempatkan dalam kaIangan h4mbaNya yang dikasihi. Kita semua adalah bakal jen4zah yang akan pergi menghadapNya, cuma cepat atau lambat. Terima kasih atas perkongsian.
Norizan Mamat : Salam, Suka makcik baca. Orang yang positif, redha dengan ujian. Semua orang ada ujian. Setiap kita, ujiannya berbeza mengikut tahap kemampuan kita yang dia tahu. Ujian – ujian tu membentuk jati diri kita. Ada orang diuji kecil saja, bila mendengar bagaimana orang str3ss jadi hilang punca kat jambatan, boleh kata macam – macam. Cubalah cakap syukur dalam hati, tak diuji begitu. Ada kawan internet makcik, dia sangat comel, anak pun dah 3, suami pun sangat baik.
Kami panggil dia Uda. Tetiba, suami dia kena str0k. Usah kata suami, dengan dia, dia tak boleh kerja. Allahu.. Tapi dia sangat tabah. Segala bantuan datang dari kiri kanan tanpa dia sangka. Yer… Dia sangat tabah dan redha dengan ujian dia. Kalau makcik di tempat dia, terus ikut reb4h agaknya. Makcik doa pada Allah saat diuji. “Jangan ambil dia dariku” Ya Allah, kuatnya orang yang diuji kehiIangan dan pasangan s4kit. Big hug. Semoga tabah saja.
Siti Afifah Mohd Akhir : Suami isteri yang baik kem4tiannya akan diredhai, suami isteri yang buat tak baik pada orang atau pasangan, meninggaIkan siksa dalam hati, orang jadi tak redha, seolah – olah ada sesuatu yang tersangkut, tahniah dijod0hkan dengan orang yang baik.