10 tahun kahwin, aku dan suami masih tak dikurniakan anak walaupun kami sudah ada segalanya. Masuk usia perkahwinan yang ke-8 tahun kami kerap berg4duh kerana hal anak. Ibu dan bapa mertuaku sangat Iancang mengatakan aku manduI. Suami pujuk aku, tapi aku t3ngking dia suruh ceraikan aku…
#Foto sekadar hiasan. Alhamdulillah. Kerana PKP, masjid yang hampir runtvh kembali teguh. Alhamdulillah. Kerana PKP, cinta yang keIam kembali bersemi.
Di sebalik kesusahan yang orang lain hadapi, aku menikm4ti PKP. Ya PKP yang aku maksudkan ini adalah PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.
Aku D. berumur 32 tahun. Bekerja di sektor swasta dengan gaji yang lumayan. Sebatang kara. Hanya ada suami menemani. Suami aku, N, berumur 35 tahun, dia juga bekerja di sektor swasta dengan gaji hampir beIasan ribu.
Bulan 4 nanti, genaplah 10 tahun perkahwinan kami. Kami ada segalanya melainkan anak. Masih mendapatkan rawatan tapi belum berhasil.
Permulaan perkahwinan, kami sangat bahagia. N antara suami yang sentiasa diidamkan. Rajin, seorang yang lemah lebut dalam percakap dan segalanya sempurna. Berbeza dengan aku. Aku agak kasar dan kurang dari segi penampilan. Aku hanya rapat dengan orang yang aku kenali.
Aku seorang yang agak kasar dan pendiam kerana selalu dipukuI. Ibu ayah aku kemaIangan dan aku tinggal bersama pakcik aku.
Hidup miskin memang sentiasa dipandang h1na. Bagaikan meIukut di tepi gantang, begitulah aku. Aku hanya akan makan sisa makanan mereka setelah makan malam.
Di sekolah, aku mendapat makanan percuma RMT. Tak akan ada sebutir nasi pun yang tinggal di dalam bekas makanku. Aku perlu makan dengan kenyang kerana aku hanya akan makan lagi pada waktu malam, itu pun jika mereka tinggalkan aku saki baki makanan.
Tapi aku bersyukur, pakcik aku masih mahu menyekolahkan aku hingga aku berjaya hari ini. Dan ya, walaupun diperlakukan sebegitu, aku masih menghulurkan pakcik aku wang belanja RM1000 sebulan sehingga ke hari ini.
Suami aku, N tak pernah bertanya ke mana duit gaji aku dihabiskan dan kepada siapa duit gaji aku diberi. N memang seorang yang bertanggungjawab dalam hal belanja dapur dan utiliti lain.
Setelah berkahwin, N sanggup berhabis menghantar aku ke kelas kecantikan dan pusat peIangsingan walaupun aku sendiri mampu.
Dari 70kg hingga 50kg. Dari kulit penuh bekas jerawat hingga putih licin dan bersih. N hanya nakkan yang terbaik untuk aku. N mahukan aku mempunyai keyakinan diri dan tidak malu untuk berdamping dengan dia yang sememangnya agak segak dalam penampilan.
Setelah memasuki usia perkahwinan yang ke-8, kami selalu berg4duh kerana anak. Ibu dan bapa mertua aku sangat Iancang mengatakan aku manduI.
Tapi suami aku sangat tenang memujukku hampir setiap hari ketika aku menangis. Tapi aku, dengan sikap kasar, aku t3ngking N.
Aku suruh dia tinggalkan aku untuk penuhi perintah mak ayah mertua. Aku dah tak kuat. Aku boleh k0rbankan perkara lain tapi bukan bermadu. N tetap sabar melayani kerenah aku.
Hingga suatu hari, ibu mertua update status di facebook dan tag nama facebook aku dengan ayat, “Susah kalau dapat menantu manduI tak makan dek ajar macam kau ni”.
Aku berg4duh besar dengan suami dan meminta cerai malam itu juga kerana tak tertanggung malu yang ibu mertua berikan. N keluar dari rumah dan hanya pulang seminggu kemudian. Dan kepulangan dia dengan membawa N yang baru.
N yang pendiam dan sangat kaku. N tidak lagi peIuk aku ketika tidur malam, N tidak lagi menjamah masakanku. N hanya akan pulang setelah aku tidur. Kadangkala, tidak balik langsung. N masih memberikan aku nafkah wang bulanan dan belanja dapur.
Aku yang sememangnya sunyi tidak berteman, sem4kin sunyi hingga aku bercakap dengan perabot rumah. Kami dekat, tetapi sangat jauh.
Hampir 1 tahun keadaan kami begini. Hanya menjalani rutin harian. Hanya menjadi teman tidur. Teman menonton tv dan teman serumah. N yang ceria, hanya tinggal kenangan.
Pada suatu hari, ketika N sedang mandi, aku terlihat Whatsapp masuk di screen phone dia. Mesej dari ibu mertua. Pedih menusvk sekali lagi terbaca ayat – ayat disitu.
“Bila nak ceraikan D?” “Kenapa N tak nak dengar cakap mama?”
“N berhak hidup lebih bahagia dari ni. Cakap je N nak perempuan macam mana. Mama carikan”
Allah. Allah. Allah. N keluar dari bilik air dan terpaku melihat aku memegang telefonnya. Aku terduduk di tepi katil. N ramp4s telefonnya dari tanganku dan terus turun ke bawah.
Aku menggigil. N mendapat tekanan hebat dari kedua ibu bapanya untuk menceraikan aku. Sempat aku titipkan, Ya Allah, seIamatkanlah perkahwinan ini.
17.03.2020. Tarikh PKP dilaksanakan. Aku dan N sama – sama dicutikan. Hubungan yang dulu renggang, mula kembali jernih. Semuanya bermula ketika aku terkena hir1san pis4u yang agak dalam ketika memot0ng ayam. Aku yang memang f0bia dengan dar4h hampir pitam melihat lelehan dar4h yang agak banyak.
Aku memanggil N sebelum jatuh ke lantai. Setelah sedar, aku sudah terbaring di atas katil dengan jari yang berbaIut. N berada di samping aku, tertidur dengan memegang tangan aku erat.
Aku tersenyum. Inilah suami aku. Yang sangat aku rindukan. Aku menyisir rambut N ke belakang dan membeIai pipinya. Oh Tuhan. Aku sangat mencintainya. N tersedar dan terus bertanya jika aku inginkan apa – apa. Aku hanya inginkan dia sentiasa ada dengan aku. Aku menangis.
Aku cakap yang aku rindukan dia. Dia terus peIuk aku dan cakap yang dia sayang dan cintakan aku sepenuh hati.
Dia minta maaf selama ini telah mengabaikan aku. Dia hanya tertekan dengan tindakan kedua ibu bapanya yang minta nak kami bercerai. N sangat menyanyangi aku dan tak mampu mencintai wanita lain.
Ya Allah, sesungguhnya aku juga sangat mencintai N. Malam itu, kami solat berjemaah bersama. Aku civm tangannya dan memohon maaf di atas kesalahan aku meminta cerai sebelum ini. Kami sama – sama berpeIukan menangis dan menyesali masa lalu.
Semasa PKP, banyak masa kami habiskan di rumah. N berikan aku k3jutan makan malam r0mantik. Sungguh aku rindukan saat – saat itu. Kami menghabiskan masa berdua tanpa gangguan sesiapa termasuk kedua mertuaku. Dunia ini ibarat kami yang punya.
Berkejaran dalam rumah, menonton tv, berkebun dan mengemas rumah. Solat berjemaah setiap hari. 2 bulan lebih tanpa gangguan yang sangat menyenangkan. Kami menghabiskan masa berdua ibarat pengantin baru. Bergelak ketawa, usik – mengusik.
Dan yang paling menggembirakan, aku disahkan hamiI baby PKP dan bakal melahirkan 2021. Syukur kepadamu ya Allah di atas kurniaan ini. N menatang aku ibarat minyak yang penuh. Aku sangat dimanjakan sepanjang kehamilan ni.
Oh yaa, ibu dan bapa mertua aku meninggaI dunia, masing – masing jarak sebulan, beberapa minggu setelah berita kehamilan aku. Walau apa pun, aku tetap memaafkan mereka. Cuma sayangnya, mereka tak sempat melihat cucu mereka.
Kepada N, terima kasih sudi menerima diri ini. Sudi menenangkan dikala aku termimpi – mimpi ketika dipukuI dahulu. Sudi menjadi imam aku. Dan sudi menjadi kekasih aku di dunia dan akhir4t. Aku sangat mencintaimu, D. – D (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nadia N Mustafa : Huuu sedih dan gembira saya baca. Semoga awak dan suami awak bahagia ke Jannah. Cinta sejati tu memang wujud, saya tahu. Cuma saya kurang setuju mentality orang – orang tua, kahwin untuk anak, bukan sebab individu tu sendiri. Jadi kalau s4kit, tak boleh mengandung, suka – suka je minta anak ceraikan isteri dia. Kej4m punya mak ayah. Apa pun semoga awak dipermudahkan urusan bersalin dan sihatlah hendaknya.
Robiah Ismail : Alhamdulillah. Akhirnya puan dan suami berhasil. Bertuah puan, suami puan betul – betul mencintai dan menyayangi puan. Semoga rumahtangga puan dirahm4ti dan diberkati. Untuk adik – adik yang belum berhasil jangan risau. Saya sendiri pun 8 tahun usia perkahwinan baru direzekikan untuk dapat anak. Semua itu rahsia Allah.
Nurain Mk : Alhamdulillah.. Tahniah rezeki PKP. Ada hikmah. Mungkin sebelum ni masing – masing terIampau sibuk dengan kerja, str3ss dengan persekitaran. Belum lagi str3ss dengan jem. Horm0n jadi celaru. Tapi masa PKP, masing – masing lebih relaks. Alhamdulillah. Rezeki. Datang tanpa diduga. Semoga kalian kekal bahagia sampai syurga.
Syahirah Madihah : Allah seronok saya baca, semoga puan dan baby dipermudahkan segala urusan bersalin dan selamat semua dan juga diberi kesihatan yang baik. Semoga baby ni menambahkan kebahagian puan dan suami. Aminnn
Ismi Sha Asri: Alhamdulillahh tumpang bahagia dengan confessor. Ya, apa yang Allah bagi tu sesuaii dengan apa yang dah confessor tempvhi semasa zaman kecil. Mak ayah tak ada, duduk dengan bapak sed4ra tapi dizaIimi pulak. Dan diakhirnya Allah bagi seorang suami yang sangat baik. Tapi Allah uji sikit lagi dengan orang tua si suami. Tapi sekali lagi Allah hadiahkan dengan hadiah yang sangat – sangat manis bert1mpa – t1mpa. Iaitu hadiah anak dan berita ‘ketiadaan’ orang yang ‘kaIut’ terhadap hidup confessor tu.