Sejak kak ipar masuk dalam keluarga kami banyak barang yang hilang dari duit sampai ke tupperware

Yang peliknya, macam toyoI hijau yang buat kerja. Kalau hari ni, dia nak ambil RM10, semua akan hilang RM10 and dia tak akan ambil semua duit, dia ambil sikit – sikit saja. Kami panggil ustaz dan kami letak CCTV, ketika itu mmg kami terk3jut tapi ayah gelak je..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca, aku nak kongsikan kisah keluarga aku. Sejak lebih kurang dua tahun lepas, rumah aku sangat kerap berlaku kehilangan duit. Naik buntu juga fikir macam mana nak selesaikan masalah ni.

Sebelum ni memang tak ada langsung kehilangan duit dalam rumah ni. Kami pun tak tahu bila masalah ni bermula tetapi yang pasti selepas kami terima orang baru dalam rumah. Orang baru yang dimaksudkan di sini ialah KAKAK IPAR AKU.

Sebelum tu, kami perasan lah jugak barang kat rumah banyak yang hilang. Macam aku memang in charge barang dapur, jadi aku tahu lah apa yang kurang apa yang hilang. Sejak dari mula abang aku kahwin aku dah perasan dah, yang dia ni suka main rembat aja barang dalam rumah aku.

Lagipun dia memang duduk rumah aku lepas kahwin. Dia ambil macam – macam jugak peralatan dapur kat rumah aku. Dari tupperware, food tong, pinggan and macam – macam lagi lah. Macam mana aku boleh perasan? Aku tahu barang tu hilang tapi buat dek je sebab mungkin aku yang salah letak ke apa.

Tapi aku rasa lebih kurang 2 – 3 bulan lepas dia kahwin, dia ajak keluarga aku datang berkumpul dekat rumah dia, and semua barang yang hilang tu sama sebijik ada kat rumah dia. Ish ish. Tapi masa ni aku rilek je aku tak bagitahu pun keluarga aku.

Pada mulanya kami ambil tak kisah duit hilang RM10, RM50 , RM100 tiba – tiba dalam dompet masing – masing. Yang peliknya, dia pandai buat macam toyol hijau yang curi duit. Kalau hari ni, dia nak ambil RM10, semua akan hilang RM10 dan dia tak akan ambil semua duit, dia ambil sikit – sikit saja.

Sebab tu pada mulanya, kami percaya kes toyol orang hantar. Ishh..Start 2015, m4kin giat duit keluarga kitorang yang hilang. Ada dalam satu hari tu, RM1000 lebih terbang weh. Dah tak tahan, kitorang giatkan lagi bacaan Yasin dalam rumah.

Tapi untuk pengetahuan semua, masih jadi lagi kehilangan duit bagai ni. Jadi, adik lelaki kami panggil lah kawan ustaz dia untuk tengok – tengokkan rumah. Tak ada apa yang pelik pun. Dia tahu yang memang orang dalam rumah ni lah pencurinya.

Start dari ni kitorang dah mula rasa curiga sesama adik beradik. Tapi kami semua memang tak pernah mencuri and rumah kitorang memang sangat clean dari kes kehilangan duit sebelum akak ipar aku masuk dalam rumah kami.

Akak ipar aku dengan abang aku memang bergilir tidur seminggu rumah aku seminggu rumah mak dia. Ayah aku mula perasan, setiap kali kecurian duit ni berlaku, akak ipar aku mesti ada dalam rumah ni. Kalau dia balik rumah mak dia, tak ada pun jadi.

Ni clue paling pertama adik beradik kitorang dapat. Terima kasih dekat ayah lah kan. Tapi mulanya, kami memang marah kat ayah sebab macam suspect kakak ipar aku sebab dia macam ‘kaya’ buat apa dia nak mencuri ha macam tu lah lebih kurang.

Kitorang memang rahsiakan dari abang kitorang masalah ni. Tuhan memang nak tunjuk. Barang kosmetik adik aku yang baru beli hilang. Sebelum kitorang keluar pergi majlis kahwin memang ada dalam bilik. Menangis jugalah adik aku tu balik – balik tengok tak ada.

Dan semua orang tak ada kat rumah KECUALI akak ipar aku. Haa . Petang tu, abang aku ngan akak ipar aku keluar lah jalan – jalan pergi mana entah. Kemudian, waktu inilah kami semua pergi masuk bilik dia. Nak tahu tak? Semua kosmetik adik aku hilang semua ada dalam bilik dia!

Barang kosmetik akak aku yang hilang sebelum ni, skincare ibu aku semua dia yang ambil! Kami terk3jut and marah sangat masa tu. Lepas kejadian tu, kami dah mula 100% syak yang dia jugaklah yang curi duit kami selama ni. Dan jumlah kecurian m4kin lama m4kin banyak.

Tak hati – hati sikit je, wasalam. Rugi beribu – ribu. Tapi kami taknaklah tuduh tanpa bukti. Jadi, kami adik – beradik (exclude abang aku) pun plan lah nak kukuhkan bukti. SPYCAM pun kami pasang dalam bilik kami, ruang tamu yang aim dekat handbag and purse kitorang.

Sengaja letak sikit duit buat umpan. Yarabbi. Bila kitorang check spycam, Tuhan nak tolong kitorang, nampaklah kakak ipar aku tengah rembat duit dalam purse aku, handbag mak aku. Hmmm. Masa ni sedih pun ada. Sebab masa kitorang masih dalam rumah, even duduk lepak luar rumah sekejap pun, dia boleh buat kerja har4m ni.

Jadi terbuktilah. Blurr jugak kitorang masa tu. Tunjuk rakaman video kat ibu ayah, per4ngai sebenar menantu dia ni. Ayah cuma gelak, ibu yang sedikit kecewa. Sebab layanan yang kitorang bagi pada dia memang A. Walaupun dia tak pernah langsung mengemas dalam rumah ni, basuh pinggan pun tak nak, apatah lagi nak memasak.

Bangun, makan tidur je. Bak kata ayah aku, MIM ALIF LAM SIN. Tapi setiap kali tengok muka anak buah kitorang , kami lost sangat. Kesian dekat dia and abang aku. Jadi ibu aku pun plan, untuk buat reverse phsyc0logy. Layan dia m4kin baik.

Hadiahkan itu ini dengan harapan dia terharu and tak buat lah kerja curi – curi ni. TAK JALAN. Barang kemas mak aku yang disimpan elok je selama ni pun dia sebat. Beribu mak aku rugi. Sedih betul dapat menantu macam ni.

Kelemahan utama family aku ialah abang aku and anak dia. Apa kitorang nak cakap yang bini dia kaki pencuri tambah lagi pemalas. Nak confront macam mana tak tahu. Semua nak jaga maruah dia. Tapi dia sendiri merendahkan diri dia dengan buat kerja har4m ni.

Allahurabbi. Ada sekali tu aku tulis notes betul – betul atas purse aku. INGATLAH SUAMI NGAN ANAK KAU. Tak jalan langsung. Duit aku dalam tu hilang jugak. Satu pagi tu, semua dah pergi kerja , aku je yang ada . Aku terdengarlah anak buah aku menangis, aku keluar tengok anak buah aku sorang – sorang depan tv.

Mana mak dia? Aku dah dengar dah macam ade orang dalam bilik mak aku. Tapi aku biarkan je. Sebab aku nak tengok apa dia nak menipu keluar bilik mak aku nanti. Mungkin dia dah cuak dah tu. Dalam 10 minit lepastu , dia keluar and cakap ”Paip air bilik mak tak tutup rapatlah”.

Aku mencarut tau dalam hati. Takkan tutup paip air sampai 10 minit. Lepastu yang paling tak guna, berani dia masuk bilik mak aku. Aku pun tak berani tau. Aku pun call mak aku, cakap ade barang berharga tak dalam bilik dia.

Dia cakap ada cincin emas lupa nak pakai. Terus aku cari and simpankan. Allahurabbi. Kami masih layan dia baik sampai sekarang. Masih berharap dia berubah dengan sendiri. Masih berdoa untuk dia. Walaupun dia selalu berkias dalam sociaI media tentang rezeki yang halal, menantu yang solehah, ibu yang mithali.

Dan semua tu dia tak apply pun dalam hidup dia. Hip0krit. Munafik. Baru minggu lepas dia curi barang mak aku lagi. And mak aku cakap kita kena Iawan, senyap – senyap kami amik balik barang mak aku yang hilang tu masa dia pergi mandi.

Petang tu jugak dia balik rumah mak dia. Tak sempat nak merasa barang yang dicuri. Harap dia sedarlah lah then stop mencuri dah. Jadi, kalau minggu ni, dia buat hal curi ni lagi, kami akan berdepan dengan dia. Lantaklah nak jadi apa. Cukuplah dah bertahun. Cukuplah. Bukti semua dah ada. KAU NAK CURI APA LAGI ? Mohon doakan sama. – K

Komen warganet :

Asmidar Ryman : Perkara buruk jangan dibiarkan. Kena cegah, guna akal. Pencuri bijak, m4ngsa kena lagi bijak. Haaa gitu, bila check barang hilang ada pada dia ambik balik senyap – senyap, macam dia buat. Kalau pergi rumah dia ada barang kita, ambik balik.

Kalau duit hilang, buka dompet Dia ambik balik. So bila dia datang rumah tengok barang yang dia curik ada, mungkin dia akan rasa. Video dia sedang curi simpan. Kelakuan begini kena cegah, sebab takut anak – anak pula diajar. Kena bijak kenakan dia, biar dia dan anda saja yang tahu.

Madan Madan : Suami dia tak bagi duit atau beli barang – barang kemas terp4ksa dia mencuri agaknya dia dah buat perjanjian sy4itan sebelum kahwin. Walau macam mana pun kena lah bertindak jangan bagi peluang dah orang macam tu.

Silap – silap kita tengah tidur pun dia sanggup masuk ambil mencuri. Adu kan pada abang awak supaya abang bertindak nasihat dia untuk menyedarkan dia. Cuba maIukan dia depan suami dia baru dia sedar orang cam tuu. Tapi yang penting ada bukti.

Fatimah Cikyam : Sebenarnya orang yang suka mencuri ni memang tak tau malu walaupun dah kant0i. Lagipon dah macam orang ket4gih d4dah apa – apa dia rasa nak rembat dia tak fikir apa perasaan orang yang kena dan tak fikir betapa susahnya kita nak dapat sesuatu benda,

Sue Sherry Mahamood Kutty : Bila anda berdiam, seumpama menggalakkan lagi perbuatannya. Memang kena c0nfront dengan bukti – bukti sekali. Biar dia tahu yang satu rumah dah tau per4ngai buruk dia tu. Lalu ke nak beIa pencuri dalam umah.

Asampedas Asampedas : Sebaik – baiknya berbincang berdua dengan kaka ipar bawak bahan bukti sekali. Tanya dia elok – elok bukan nak keruhkan keadaan tapi nak menyelesailan kemeIut yang berlaku.

Sebab pekara sebegini melibatkan maru4h keluarga terutama abang sis sendiri dan beIah mak mertua abang sis sekali. Jadi bak kata cerita p.ramli umpama menarik rambut di dalam tepung. rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.