Sejak anak kedua lahir, aku ‘benci’ dengan anak sulung. Salah sikit, aku terus marah, dia cuba tarik perhatian aku

Seringkali dia cuba nak tarik perhatian aku, nak bercerita itu ini atau bertanya itu ini. Tapi aku cepat rasa menyampah. Saat dia cuba baring sebeIah aku, ak rasa janggal, kekok sangat. Kadang – kadang bila hantar dia ke sekolah dan aku tengok mak-mak lain peIuk ciuum anak, aku nak buat tapi rasa pelik..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Waktu aku menulis ni, jam sudah pukuI 2 pagi dan aku masih tak mampu lelapkan mata. Otak berselirat memikirkan masalah yang aku sedang hadapi ni. Jadi, aku cuba untuk lontarkan di medium ini.

Mana tahu dari  komen – komen korang, mampu tolong aku dapatkan jawapan atau jalan penyelesaian. Aku perkenalkan diri aku dengan nama samaran Baiduri. Berusia 30-an dgn 3 orang cahayamata. Aku merupakan seorang surirumah yang kadang – kadang suka dan kadang – kadang benci dengan jawatan aku sandang itu.

Ape yang membelenggu dan mengganggu waktu lena aku ni berkenaan hubungan aku dan anak sulung aku. Aku tak tahu la ape masalah yang sebenar – benar aku. Tapi aku tahu aku yang bermasalah bukan anak sulung aku.

Aku rasa sejak dari lahirnya si adik (anak ke-2), aku memang bersikap dingin dengan yang sulung. Ada saja yang tak kena perbuatan dia di mata aku. Dia lah tempat aku menghamburkan segala amarah. Kadang – kadang silapnya sedikit saja tapi amarah aku ibarat dia melakukan jen4yah besar.

Aku menjerit marah ibarat manusia yang tiada akal. Aku akui anak sulung aku ni orangnya agak lembut, manja (lebih kepada ayahnya) dan agak slow untuk memahami apa – apa yang diberitahu. Bahkan dalam pembelajaran pun dia agak terkebelakang.

Kadang – kadang, mengenangkan sifat – sifat dia yang ni lah juga membuatkan aku mudah marahkan dia. Tapi dengan adik – adiknya, mampu pula aku bertoleransi. Untuk aku peIuk anak sulung aku atau bergurau senda pun ada satu perasaan janggal bagi aku. Kecam la aku, tapi itulah hakik4tnya.

Ooh sebelum terlupa, aku juga merupakan anak sulung tapi aku dibesarkan oleh emak saud4ra atas sebab – sebab tertentu. Ibu bapa aku masih ada, tapi emak saud4ra aku yang ambil tanggungjawab membesarkan aku dan mendidik aku.

Hujung minggu atau cuti sekolah, aku ada je balik rumah ibubapa aku dulu – dulu tu. Dan aku kadang – kadang macam rasa yang anak aku pun rasa terpinggir sepertimana aku rasa terpinggir dari ibubapa aku sendiri. Berbalik pasal aku dan si sulung aku.

Dua tiga hari ni aku memang sengaja buat acuh tak acuh bercakap dengan dia dan jika ada sedikit sahaja kesalahan yang dibuat, terus aku menjerit – jerit memarahi dia. Contohnya, bila aku suruh mandi, tapi masuk kali ketiga aku suruh dan dia masih duk melayan TV, terus aku jerit dan marah – marah.

Aku seolah – olah mengharapkan dia menjadi sempurna tanpa c4cat cela. Walhal tugas aku mendidik dan memberi contoh baik untuk dia. Seringkali dia cuba nak tarik perhatian aku, nak bercerita itu ini atau bertanya itu ini.

Tapi aku cepat rasa menyampah. Saat dia cuba baring sebeIah aku, ak rasa janggal, kekok sangat. Walhal jika adik – adik dia yang buat gitu, aku mampu je layan. Allah terasa zaIimnye aku. Ibarat menghukuum sulung aku tanpa sebab.

Sebab yang aku sendiri tak tahu kenapa. Sebab yang tak dapat dirungkai. Apa yang aku mampu imbas balik, sejak dari dalam pantang aku struggIe teruk, dengan pelbagai masalah, dengan masalah penyusuan badan lagi, dengan masalah dia s4wan tangis lagi, masalah – masalah yang membuatkan aku rasa sebagai ibu yang gagal.

Kebetulan waktu aku mengandung anak kedua, dia dalam fasa tatrum pula. Lagi la aku tak mampu handle dan sejak itu memang banyak bapaknya yang uruskan dia. Jadi, dia memang akrab dengan bapak dia. Kadang – kadang sampai aku cukup cemburu.

Bila dia m4kin besar ni dan ada masa dia cuba untuk tarik perhatian ayahnya dan berkelakuan seperti adik – adiknya, aku pulak yang rasa dia mengada – ngada. Allahu, mak jenis ape aku ni. Aku akui aku sayang anak aku, waktu s4kitnya, aku tetap risau. Ape keinginannya, aku ada tunaikan.

Aku ambil tahu apa makanan kegemaran dia, aku ambil tahu prestasi dia di kelas dan kepala aku sentiasa ligat memikirkan aturan untuk akademik dia. Tapi, aku tak mampu untuk menzahirkan rasa sayang aku untuk dia. Seolah – olah ada sekatan.

Kadang – kadang bila hantar dia ke sekolah dan aku tengok mak – mak lain peIuk ciuum anak – anak, aku cuba untuk kucup dahi dia. Tapi rasa yang ada tu aneh. Seolah – olah macam terp4ksa. Normal ke tak ye perasaan ini?

Adakah disebabkan kami sama – sama anak sulung? Atau memang aku ada unsettle issue dengan dia? Atau memang aku yang ada childhood issue??? Mohon pandangan dari korang ape yang patut aku buat. Sungguh, aku ingin perbetulkan semua ini. Aku sayang semua anak – anak aku tanpa tara, tiada beza. Mak yang sentiasa khilaf, – Baiduri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nazia Suhaimi : Hai puan, terima kasih kerana berkongsi. Saya faham apa puan rasa. Saya banyak menulis tentang anak sulung saya, Mawar. Saya mengalami benda yang sama macam puan rasa. Adik – adik Mawar mudah untuk peIuk ciuum saya tapi tidak pada Mawar.

Dan saya tak mahu rasa kekok ini berterusan jadi saya biasakan diri saya untuk peIuk Mawar juga walaupun saya sendiri pun kekok. Hati adalah milik Allah SWT. Saban hari saya berdoa supaya hati saya bertaut pada Mawar dan begitu juga sebaliknya.

Sekarang saya buat giliran untuk keluar berdua bersama anak – anak. Saya panggil aktiviti ini ‘ngeteh’ sebab saya suka buat kerja di luar. Semasa aktiviti ini, tiada gajet dan henpon dibenarkan. Kami akan berbual mata ke mata.

Ketika ini, anak sulung saya manja macam anak bongsu. Dan fahamlah saya, anak ini dahaga perhatian dan kasih sayang. Saya selalu cakap “Mami sayang kakak”. “Mami minta maaf”. “Mami nak kakak pegang tangan mami bila mami dah tua”. Dan macam – macam lagi.

Tiba – tiba satu hari ni, tiba – tiba Mawar datang peIuk saya. Baring atas pangku. Sik4t rambut saya. Jalan peIuk tangan. Lepas solat ciuum pipi. Dengan kerelaan hatinya sendiri. Saya rasa nak menjerit kegirangan tapi saya tekup mulut dan ketawa kecil.

Suami saya juga senyum bersama. Doa saya makbul setelah sekian lamanya. Tak pernah tak terlambat untuk kita ulang menyayangi anak – anak semula. Sebagaimana kita perIukan perhatian pasangan setiap hari, begitu juga anak –  nak kita. Puan ibu yang baik dan saya percaya puan nak yang terbaik. Maka letaklah sand4ran dan doa padaNya kerana kasih sayang ibu ini, tak terjangkau jauh makbulnya doa.

Naazira Parveen Afrar Ahmad : Kesian anak tu. Dia bukan sebab anak tu anak sulung dan awak anak sulung rasa camtu. Awak sorang je kot camtu. Awak marah bila awak suruh buat apa dia tak buat. Cuba fikir kenapa dia tak hormat awak.

Sebab gadget ke atau masa dia nak cakap awak tak layan dia ke. Saya rasa awak rasa kosong sebab dia kurang berbanding adiknya. Jangan dari kecil awak pilih kasih camtu. Kadang – kadang bila dah besar, yang disayang bagai nak rak tu yang tak akan pedulikan awak tapi yang awak ketepikan dulu, pandang rendah, suka marah tu yang akan ada dengan awak susah senang.

Walaupun ada kekurangan, awak kena tahu jugak, hidup ni setiap orang tak sama. Mungkin anak awak yang sulung ni ujian bagi awak. Dalam hidup ni takda benda yang senang. Pasti da ujian. Harap awak ubah pemikiran awak, control marah. Rajin berbual dengan dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.