Setiap hari beratus duit aku hilang dan suami mula tuduh adik aku yang tinggal sekali. Sekarang aku baru perasan kad bank aku hilang, tak tahu berapa lama. Tapi dari puluh ribu sekarang hanya tinggal RM2..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Tasya (bukan nama sebenar), aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bekerjaya dan dari golongan M40, dan aku sendiri juga seorang wanita bekerjaya dan ada business sendiri, lulusan luar negara.
Bulan pertama aku kahwin tiada apa yang pelik pada suami aku, aku kenal suami aku sudah 20 tahun, namun kami baru 3 tahun berkahwin, sebab suatu masa dahulu suami aku tinggalkan aku untuk wanita lain yang lebih cantik dan bekerjaya masa tu.
Aku bukanlah sesiapa saat itu hanya budak kampung yang sangat miskin. Lepas ditinggalkan aku terus single sampailah aku bertemu semula dengan suami aku yang pada ketika itu duda tiada anak. Bermulalah episode b0doh dalam hidup aku, selepas sebulan kahwin aku jumpa banyak k0ndom dan ubat kuat yang tersorok dalam rumah suami aku.
Aku juga jumpa sim kad phone yang telah disorok di atas almari, bila aku buka dan aktifkan sim tu, 201 miscall dari wanita yang sama. Banyak massanger masuk, “Papa apa salah mama? Kenapa papa buang mama dari hidup papa? Kenapa papa halau mama? Apa salah mama? Mama masih sayangkan papa”
Rupanya sebelum kawin dengan aku, suami aku pernah tinggal bersama dengan wanita lain di rumah itu, seorang janda beranak 1. Perasaan aku? H4ncur… Walaupun aku belajar dan bekerja di luar negara sebelum kahwin dengan dia namun aku sangat jaga maruah diri aku untuk bakal suami aku, tapi bila aku tau macam tu per4ngai dia, aku rasa sangat tertekan,
20 tahun aku kenal dia, masih berkawan di myspace, tagged, friendster dan jugak Facebook walaupun pernah ditinggalkan. Namun aku tidak pernah kacau hidup dia, aku nampak dia seorang lelaki yang sangat baik dan setia, sebab tulah aku terima dia balik.
Tapi ternyata selagi kau tidak pernah tidur sebantal kau tidak kenal siapa lelaki itu. Bermulalah episod duka dan b0doh aku kerana telah memberi peluang dengan harapan dia berubah, dia tidak pernah bagi nafkah dekat aku, saat terkantoi tu dia tidak lagi bernafsu untuk menyentuh aku, tiada lagi nafkah zahir dan batin dari dia. Selepas sebulan perkahwinan kami.
Dia sering menipu aku tentang gajinya, kene p0tong, boss tak bayar gaji sebab c19 dan macam – macam lagi. Aku hanya diamkan saja, bukan sebab aku tak tau dia menipu, aku lulusan undang – undang dan sangat arif bab business law dan benda – benda berkaitan.
Tapi aku pilih untuk tidak ambil tau, aku bayar semua hutang rumah, bill, makan minum dan serba serbi, gajinya hanya untuknya. Dan mertua aku kiriman Tuhan juga tapi dari ner4ka, sering memerli aku, kaki kikis duit anak dia, habiskan duit anak dia, kawinkan dengan anak dia sebab nak bolot harta.
Berharta ke anak dia? Hakikatnya lakonan semata di depan semua. Hutang bank bertimbun, hutang Ahl0ng perpuluh ribu hampir mencecah ratusan ribu. Hutang kradit kad berpuluh ribu. Gajinya habis ke situ… Aku? Seorang wanita yang tak ubah seperti sampah, tidak pandai bergaya, hanya guna kereta proton jer yang dah 7 tahun bersama aku, walupun aku dah migrate keluar negara namun kereta itu tetap juga dalam simpanan aku.
Tu belum lagi cerita suami aku kant0i langgan peIacur, check in hotel. Dah ada bukti dari cctv pon masih tidak mengaku, guna nama Allah dan persenda alquran semata – mata untuk membuktikan dia tidak menipu. Sedangkan dalam rakaman terang, jelas dan nyata kelakuan mereka.
Wanita b0doh… Bagi peluang, dalam pada masa yang sama aku berdoa pada Allah, jangan tiupkan roh zuriat dia dalam rahim aku. Dan pada masa yang sama jugak ayah dan ibu mertua aku tak habis – habis bagi tekanan kat aku, nak duit cari sendiri, aku tak wajib mintak nafkah dari suami, suami wajib bagi nafkah kat ibu bapa dia, sebab ibu bapa yang telah membesarkan suami aku katanya,
Aku perlu sama – sama tanggung segala belanja rumahtangga sebab sama – sama makan dan sama – sama duduk di rumah itu, hm… Aku hanya terdiam disaat mereka berkata begitu, bukan sebab aku jahiI bab agama, tapi aku hormat orang lebih tua yang sangat jahiI.
Anaknya bukan main gembira bila ayah dan mak dia kata begitu pada aku, aku pujuk hati, sabar… Ada hikmah disetiap ujian. Panjang cerita penipuan kalau nak aku karangkan, tapi aku ringkaskan pada titik terakhir saat ini, duit aku sering hilang beratus – ratus sehari, bila aku tanya suami dia tidak mengaku, dia tuduh pulak adik aku yang curi, adik aku tinggal bersama aku untuk bantu dalam business aku.
Aku masih diamkan sebab aku taknak berg4duh, aku tak marah adik aku sebab aku tau adik aku bukan pencuri. Dan sekarang, kad bank aku hilang tanpa aku sedar yang salah satu kad tu dah tak ada dalam wallet aku, aku tak tau dah berapa lama kad tu tak ada, bila aku check online, hanyak tinggal RM2 dari berpuluh – puluh ribu.
Aku tanya suami, dia kata dia tidak ambil, aku suruh dia bersumpah junjung alquran dia buat. Aku cakap nak wat report. PergiIah katanya, then ternyata, dialah yang mengambil wang itu dan transfer ke mak dan ayah dia. Semua duit penat dan lelah aku selama ini.
Aku rasa separuh nyawa aku pergi, aku rasa penat sangat untuk bertahan, aku rasa tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup. Aku mohon ceraikan aku, dia tidak mau ceraikan aku, dia bertakIik kalau dia menipu lagi maka jatuh taIak 1, dia bertakIik kalau dia curang maka jatuh taIak 1.
Tapi hati aku dah tak boleh nak bagi peluang kat dia lagi, dah tak boleh nak terima dia lagi. Hati aku betul – betul m4ti untuk dia, andai aku dig4ntung tidak bertali tak ape. Aku pasrah. Aku boleh hidup tanpa lelaki. Dengan tindakkan undang – undang yang ada di negara aku duduk ni, aku mendapatkan perlindungan penuh dari negara ini dari pend3raan mentaI yang suami aku buat.
Suami aku dilarang mendekati aku dan dia dilarang tinggal bersama aku sampai bila – bila. Namun untuk urusan cerai aku tetap perlu balik ke Malaysia. Mohon aku terus kuat dan tabah untuk menghadapi ujian ini, mohon kali ini hati aku tidak lagi selembut sebelum ini,
Ya Allah jadilah aku wanita yang k3jam selepas ini, aku penat jadi b0doh lagi. Aku penat jadi baik… Janganlah uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu lagi aku tanggung. Aku sangat – sangat mengalah kali ini. Mohon sahabat yang baca luahan saya ini, mohon mentaI saya terus kuat, saya sedang mendapatkan rawatan di hospitaI mentaI kerana cubaan membvnvh diri.
Cinta sudah tak ada dalam hati saya, cuma rasa sangat terIuka bila segala kebaikkan yang telah saya k0rbankan selama ini orang tidak pernah hargai, baik suami mau pun mertua. Sekarang saya tidak punya apa – apa.
Segalanya telah hilang sekelip mata. Segalanya telah dir4mpas. Ya Allah kuatkanlah aku. Coretan dari wanita b0doh. Tasya, USA. – Tasya (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
NurAz Wan : Aku tak faham kenapa nak tunggu duduk serumah, tidur sebantal untuk tahu per4ngai sebenar si suami, kalau suami memang pernah tinggalkn tt untuk kahwin dengan perempuan lain. Bukankah itu satu petanda yang terang lagi bersuluh?
Atau tt jenis perempuan desperate, yang memang tidak ada lelaki yang pandang sebeIah mata pun? Maaf.. aku bertanya, sebab banyak sangat conffesion yang menunjukkn ramai sangat perempuan desperate yang aku dah baca.. sampai aku tertanya- tanya, kalau ada kerja yang stabil, keluarga at least parents yang beri support, kenapa mesti desperate lagi?
Sebab sudah terhantuk baru tengadah? Dah rasa s4kitnya ditipu, kena songlap sampai licin, baru rasa mmbujang lebih baik dari bersuami? Aku harap perempuan – perempuan bujang di luar sana bacalah conffesion ini. Bacalah dan sedarlah. Berkahwin, bukan satu – satunya jalan untuk cari bahagia.
Akrima Abu Bakar : Kalau orang kata cinta itu buta, inilah salah satu contohnye. Biasanye rasa cintalah penyebab seseorang isteri bertahan dalam rumahtangga yang jelas – jelas mend3ra mentaI isteri. Bagi seseorang yang dah biasa menipu dan berani pulak mempermainkan alQuran, tak must4hil suami berani juga menipu dan curang sedangkan dah bertakIik sebab dah habit dia selama ni begitu.
Bukan mudah nak ubah habit seseorang ni. Jadi bila takIik dah dilafazkan maka berjaga – jagalah. Bimbang suami dah banyak menipu dan curang, tapi kita tak tahu. Bimbang taIak dah jatuh, tapi kita tak tahu. Bah4ya sangat.
Jadi fikir – fikirkan lah.
Nabihah Juhari : Take you time dear. Dulu ada seorang sahabat pernah mesej saya yang membuat minda mata saya lebih terbuka.. “kadang – kadang kita rasa kita pandai sebab grad overseas top scorer kumpul banyak A tapi hakikatnya bab hati perasaan boleh jadi kita paling b0doh paling corot sebab benda – benda macamtu kita takkan belajar dalam silibus buku teks kita yang tebal berjilid – jilid tu.
Jadi jgn kita terlalu mendongak kita pandai serba serbi” Titik tolak itu saya ubah persepsi dan mula menggali lebih banyak. Ilmu – ilmu yang tak diajar di universiti mahupun sekolah. Semoga urusan awak dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.