Aku ambik ibu duduk sekali. Aku perasan ibu akan buat kerja rumah, Ibu takut-takut bila suami aku ada dekat rumah

Kalau hari cuti, aku kemas rumah, mop lantai, sapu sawang, cuci bilik air, cuci peti, lipat baju kemas almari, cuci tandas, kemas dapur. Tapi suami balik dia akan membebel, marah tanya aku buat apa je dekat rumah. Kalau aku mampu beli cctv, nak saja aku rakam dan bagi dia tengok apa aku buat.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca. Terima kasih admin, jika tersiarnya coretan aku ini. Pertama sekali, aku menulis cuma mahu redakan kekecewaan hati, seumpama tercalar pelangi dihiriis gerimis. Maaf jika penulisan aku macam berterabur sebab bukan penulis.

Aku yang bergelar isteri selama 8 tahun memendam rasa. Nama aku Arisa dan aku gelarkan suami sebagai Zaki. Ibu ada tinggal bersama aku sejak setahun lalu. Sejak setahun yang lalu, ibu aku ambil tinggal bersama aku kerana ibu kurang sihat.

Oleh kerana ibu seorang di kampung tidak tenang rasanya hati kami (tiga beradik perempuan) untuk tinggalkan ibu di kampung. Walaupun ibu berat hati tinggalkan rumah peninggalan arw4h abah, tapi apakan daya kami semua bekerja di ibu kota.

Ibu pasrah terp4ksa tinggal bersama kami. Aku anak kedua daripada 3 beradik. Ibu lebih selesa tinggal bersama kami memandangkan rumah kami masih ada 1 bilik kosong, dan bila agak bosan ibu akan pergi rumah adik nombor 3.

Suami aku seorang yang boleh dik4takan baran, tapi tidak pernah memukuI. Cuma suka berg4duh mulut yang selalunya menguris perasaan hati seorang isteri. Selalunya berg4duh soal yang kecil – kecil seperti terlupa tutup lampu atau kipas sebelum keluar, susun atur rumah, sesat jalan, lambat kemas rumah dan macam – macam lagiIah.

Kalau isu besar lagi besarlah dia membebel, sampai pada mulanya aku diam buat – buat tak dengar terus meng4muk. Dia macam selagi kau tak baIas, selagi itu dia akan prov0ke sampai kau membaIas dan bertekak sehingga terkeluar la segala binatang, h4ntu sy4itan yang ada di alam semesta.

Sungguh penat rasa berg4duh setiap masa. Kadang – kadang bangun tido terus sahaja dia nak membebel fasal banyak sampah nak kena buang. Aku penat, penat sangat dengar orang memebebel hari – hari. Kalau hari cuti, aku kemas rumah, mop lantai, sapu sawang, cuci bilik air, cuci peti, lipat baju kemas almari, cuci tandas, kemas dapur.

Kadang – kadang ada ahli keluarga aku datang bertandang dan rumah agak tidak kemas selepas mereka pulang, Zaki akan cakap, “awak buat apa di rumah seharian cuti tapi rumah tak kemas”. Masakan lantai masih berkilat kalau sudah dipijak beberapa orang.

Pedihnya orang tak menghargai. Kalau aku mampu beli cctv, nak saja aku rakam dan bagi dia tengok apa aku buat. Jika dia di rumah pula, dia akan kemas rumah, (sapu sampah, mop lantai, buang sampah, basuh pinggan) tapi akan membebel itu dan ini.

Ada sahaja yang tak kena di mata dia. Aku penat lagi. Mungkin orang akan kata dia pembersih, tapi ada kenapa hal – hal lain macam bilik air dia tak ambil peduli walaupun berlumut. Ada kala aku saja biarkan berlumut, sebab nak tengok adakah dia ambil kisah, jawapannya tidak.

Aku rasakan Zaki seperti ada dua watak berbeza bila berhadapan dengan keluarga. Bila bersama keluarganya aku dilayan sangat baik. Tutur katanya jarang meny4kitkan perasaan aku. Contohnya bila aku di rumah keluarganya, pagi – pagi dia akan belikan sarapan, segala barang untuk memasak akan dibeli tanpa disuruh.

Bermanja – manja dengan aku, menolong aku memasak di dapur. Boleh dik4takan dia sangat ringan tuIang dan manis mulut di rumah keluarganya. Mereka gelarkan kami pasangan bahagia. Dan bila bersama keluarga aku, dia sering keluar berjumpa kawan – kawan di kampung sehingga larut malam, jika aku meminta tolong tak akan diendahkan atau dia akan buat tapi merengus kasar.

Kadang – kadang aku ambil masa agak lama di rumah ibu aku kerana ingin mengemas rumah tinggalan yang berhabuk, bagi ibu selesa sebelum aku tinggalkan dia untuk beberapa hari. Selalu memarahi aku di hadapan ibu dan adik beradik aku yang lain.

Ada saja yang tidak kena bila bersama keluarga aku. Terasa malu bila dimarahi suami di hadapan keluarga aku disebabkan isu kecil. Dari kampung aku akan pulang ke kampungnya pula, bila lambat sedikit dia akan cakap, “balik rumah mertua macam nak balik ke ner4ka lambat siap”.

Allahu, kadang – kadang terlambat tu sebab aku kemas basuh pinggan di dapur dahulu, pasti segalanya selamat untuk aku tinggalkan ibu. Pedih lagi hati ini. Bila ibunya datang ke rumah aku, dia sangat gembira, pagi – pagi dibuatkan air dan membeli sarapan di luar.

Aku juga akan layan mertua aku dengan sepenuhnya, kadang – kadang balik kerja aku masakkan untuk mereka. Kadang – kadang tidak jika aku letih setelah pulang bekerja. Sebaliknya bila ibu aku berada di rumah kami, tika aku suruh membeli sarapan untuk ibu aku dia akan merengus, atau akan berkata tidak sempat.

Sejak itu, tidak lagi aku memintanya membelikan makanan untuk ibu aku. Biarlah tak perlu daripada hati tersangat sedih. Setiap bulan aku akan berikan ibu RM100, kadang – kadang Zaki berbunyi jugak dengan pemberian itu.

Tapi aku terus p0tong dan aku katakan itu duit aku, suka hati aku nak beri berapa kepada ibu aku. Kadang – kadang aku lihat, ibu takut – takut bila di rumah aku, cepat sahaja dia ingin membuat kerja rumah semampu yang terdaya walaupun aku tidak minta.

Mungkin dia selalu mendengar pertengkaran kami. Tapi aku tahu jauh di sudut hati, ibu takut jika kehadirannya menyusahkan anak menantu. Oh ibu, aku juga lebih terIuka melihat ibu begitu. Ibu, maafkan aku, menangis aku dalam perjalan yang panjang ke tempat kerja.

Memohon kepada Allah semoga diberi peluang untuk berbakti kepada ibu selagi hayat dikandung badan. Hanya itu yang aku mampu, untuk meluah kepada adik beradik aku tidak mungkin. Sedalamnya akan aku simpan rahsia rumahtangga aku.

Di tempat kerja, aku adalah orang yang sangat periang, riuh rendah bersama rakan – rakan pejabat. Akulah tempat mengadu rakan sekerja, penyelesai masalah mereka semua. Hilang segala masalah aku di rumah. Tapi sampai di rumah aku terus berubah.

Mungkin aku juga punya dua watak. Sejak akhir – akhir ini aku kurang melayannya di tempat tidur. Jika dia berkehendak, aku akan memberinya tapi layanan aku sangat dingin. Sedang dia mengam4ti aku, aku terbayang kata – katanya yang amat pedih.

Aku terbayang layanannya terhadap ibu dan keluarga aku. Aku terbayang rengusannya bila kami berg4duh. Bila dia mahukan aku, dibelai aku bagai minyak yang penuh, tapi esok bangun tidur ada saja perkara yang dibebelkannya.

Aku penat ya Allah. Pernah dia katakan pada aku bahawa aku mempunyai teman lelaki kerana aku tidak melayannya acuh tidak acuh. Demi Allah aku tidak mempunyai teman lain cuma rasa hati yang terlalu s4kit mengenangkan sikapnya.

Berkali – kali aku mengajaknya berbincang mengenai masalah rumahtangga kami, aku luahkan segala yang terbuku di hati aku. Aku katakan yang aku terguriis dengan layanannya terhadap aku, terhadap ibu dan kelurga aku.

Esok dan beberapa hari dia akan okay, tapi minggu hadapannya dia kembali seperti Zaki yang sebelumnya. Hati terasa pudar, terasa tawar. Tiada lagi kegembiraan di dalam rumahtangga kami. Aku ingin sebuah keluarga yang bahagia, yang tenang sahaja, yang membawa kami sama – sama ke syurga.

Puas aku pujuk hati untuk jadi isteri solehah tidak meIawan suami. Tapi aku gagal dengan m4kian dan tohmahan yang dia berikan, aku meIawan lagi. Dan setiap kami berg4duh aku lebih lagi akan meng4muk. Aku bukan lagi yang dulu.

Jika dia memarahi aku, aku tanpa tunggu banyak masa terus membaIas dengan m4kian juga. Rasa sayang itu sem4kin menipis. Ada tikanya, menangis aku di hujung solat, terfikir adakah aku mengejar menjadi anak yang soleh lalu menjadi isteri derh4ka.

Adakah juga penceraian adalah jalan terbaik. Ada lagikah peluang untuk kami ke syurga bersama – sama. Mungkin jauh di lubuk hati paling dalam, aku sayangkan dia atau mungkin sayangnya sudah tiada, yang tinggal hanya ketakutan untuk digelar perkahwinan yang gagal. Allahu, aku mahukan pendapat, nasihat daripada rakan – rakan untuk aku selamatkan rumahtangga kami. – Arisa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Didi Adibah : Beli la cermin besar letak merata – rata dalam rumah atau beli cctv murah. Letak kat tempat yang boleh nampak dia marah, membebel, meng4muk tu. Supaya dia nampak macamana rupa dia bila dia marah – marah tu. Mungkin dia ingat dia tu suami yang penyayang, yang baik, yang romantik (macam kata keluarga dia). Padahal..

Faeezah Badarudin : Lelaki yang sombong dan ego, rasa tak boleh terima keluarga isteri jangan la kawen. Tak suka betul jenis tak hormat orang tua. Contoh buruk pada anak – anak. Pandai pulak depan keluarga sendiri buat baik.

Isteri pun layan keluarga mentua dengan baik. Kenapa suami pulak sombong dengan ibu. Sedih ingatkan ibu tt, mesti selalu terasa hati. Yang suami asyik nak marah isteri tu kenapa? Antara sebab berkawen ni untuk saling dapat ketenangan. Ini juga nafkah batin.

Kalau cerai mesti beIah suami salah kan isteri kan? Kalau la boleh cuba rakam setiap kali suami tengah marah – marah tu. Dah bincang pun tak betul – betul berubah. Baik pergi kaunseling di pejabat agama. Yang utama pilih lah kebahagiaan sendiri. Jangan sampai dapat s4kit dan depr3ss. Tak berbaloi nanti.

Hidayati Salim : Kesian mak awak sis, duduk dengan anak menantu sampai takut – takut. Padahal tanggungjawab lelaki lepas berkahwin tu selain taat pada ibu bapa sendiri, seterusnya dia kena hormat ibu mentua seperti mana ibu kandung dia jua. Bagi la had masa untuk dia berubah. Kalau takde harapan awak pandai – pandai cari bahagia sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.