Masa buka puasa mertua cakap dekat mak aku yang dia tak suka aku. Dia nak anak dia kahwin lain sebab aku tak pandai layan

Satu hari tu mertua datang rumah kami tapi suami aku tak ada. Aku pun sambut macam biasa, senyum salam semua. Aku ada offer nak minum air tak, mak dia kata tak payah. Aku ni tak pandai nak berborak, terus masuk bilik lipat baju sampai tertidur. Tiba – tiba suami k3jut aku..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku June. Usia perkahwinan aku dengan suami baru 4 tahun dan telah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata.. Tapi ini merupakan perkahwinan kedua aku. Aku seorang janda anak 2. Anak – anak aku dah besar, sorang 10 tahun dan sorang 13 tahun.

Suami aku muda dari aku. Dia anak sulung dalam keluarga. Aku bersyukur sebab dia dapat terima aku dan anak – anak. Aku ada segalanya. Rumah sendiri, kereta sendiri, moto sendiri, duit sendiri. Senang cerita, walaupun aku janda, aku mampu bagi duit dekat mak ayah aku, tolong adik beradik aku, anak – anak pun tak terasa hidup susah.

Kiranya tanpa lelaki aku boleh hidup. Tapi wanita biasalah kan. Mesti nak disayangi. Aku kenal lama dah dengan suami aku ni. Kawan lama. Dia baik sangat – sangat. Sentiasa ada kalau aku dalam masalah. Tak lama lepas aku menjanda, dia terus cakap nak kahwin dengan aku.

Tapi dia dah bagitahu awal – awal, yang dia bukan banyak duit, dia tak dapat bagi kemewahan kat aku kalau aku kahwin dengan dia. Aku terima sebab dia ikhlas nak jaga aku dan anak – anak. Kerja dengan gomen ni paham je lah. Gaji bukan banyak mane kalau pangkat rendah.

Selama aku bercinta dengan suami aku, aku tak pernah jumpa mak ayah dia. Laki aku pun tak pernah offer nak ajak jumpa. Aku pun diam je lah. Tapi aku pernah lah bagi hadiah kat mak ayah dia. Nak ambil hati orang kata.

Tapi aku pass bagi laki aku je, suh bagi kat mak ayah dia. Tak lama tu aku suruh lah suami aku datang rumah tuk merisik. Yang datang umah aku tu abang tiri dengan adik lelaki dia. Masa bercinta baru aku tahu mak dia pun dulu janda anak 2.

Mak ayah dia tak datang. Aku dah start rasa semacam. Mak ayah dia ok ke terima aku dan anak – anak? Kenapa mak ayah dia tak datang? Macam – macam dah bermain dalam fikiran aku. Laki aku kata mak ayah dia ok je. Tak kesah dengan pilihan dia, asalkan pandai jaga aku dengan anak – anak.

Akhirnya aku dapat jumpa mak dia sebelum kami kahwin. Itu pun dalam 5 – 10 minit je. Lepas tu tak jumpa dah sampai lah hari aku nikah. Kami buat majlis satu tempat je. BeIah aku. BeIah laki aku tak buat. Nak jimat kos.

Kalau buat satu tempat, mestilah kedua – dua beIah keluarga pun datang kan? Tapi aku terk3jut, sebab yang datang cuma mak ayah dia dengan adik beradik dia je. Saud4ra mara dia tak de. Cuma kawan – kawan laki aku je datang.

Dorang datang pun sekejap. Lepas nikah, makan – makan, ambil gambar sikit, lepas tu cakap nak balik dah. Aku pun blur. Tak nak kenal ke dengan mak ayah aku? Makcik pakcik aku? Keluarga aku dah start tanya. Kenapa dengan mertua aku?

Lepas berkahwin. Bermulalah episod tak dialu – aIukan. Kalau pergi umah mertua je mesti mak dia layan aku dengan anak – anak macam nak tak nak je. Aku pun cuma senyum basa basi berusaha jugak ajak berborak walaupun dalam sudut hati aku dapat rasa yang mak suami aku ni tak terima aku.

Aku diam kan je tak cerita kat suami aku sebab dia tengok aku macam ok bila ada dengan mak ayah dia. Satu hari tu diaorang datang rumah kuarters suami aku. Suami aku tak ada. Diorang nak tido sini. Aku pun sambut macam biasa, senyum salam semua.

Aku ada offer nak minum air tak, mak dia kata tak payah, dah minum tadi. Ok fine. Disebabkan suami aku takde, lagi pulak aku tak pandai nak borak lama – lama, aku pun masuk bilik lipat baju, tiba – tiba perut aku s4kit. Aku pun terus tido.

Tak lama lepas tu suami aku k3jut aku dia kata mak ayah dia nak balik dah. Aku pun terus keluar bilik tengok mak ayah dia tengah angkut beg – beg yang diaorang bawak tadi masuk dalam kereta. Aku pelik. Tapi aku diam je tak banyak tanya.

Mak dia terus masuk kereta tutup pintu, pandang kami pun tak. Tapi aku sempat salam ayah dia.. Rupa – rupanya mak mertua aku mengadu kat suami aku, yang dia terasa hati dekat aku pasal aku tak layan dia elok – elok.

Allahu, pintu bilik aku tak tutup pun, dia boleh nampak aku tengah lipat baju. Cuma masa aku nak tido sebab s4kit perut tu, aku tutup pintu. Sejak dari peristiwa tu, mak mertua aku m4kin dingin dengan aku. Datang umah aku pun tak bercakap dengan aku.

Dia cuma layan suami aku je. Aku macam tunggul duk sebeIah suami aku. Aku pun cakap kat suami aku, yang aku tak nak balik umah mak ayah dia. Aku tak halang suami aku nak balik. Aku tak nak lah mak dia rimas tengok aku.

Nak dijadikan cerita, masa aku tengah mengandung anak no 2, mertua aku nak pergi umrah. Dia nak buat makan – makan sikit. Adik beradik suami aku semua ada. Termasuk suami dan isteri masing – masing. Aku ada cakap kat suami aku, tak pasti nak ikut atau tak.

Sebab aku tau nanti aku jadi tunggul kat sana. Suami aku dok pujuk – pujuk suruh pergi. Aku pun akur sebab diaorang nak pergi umrah dan aku kesian suami aku pergi sorang diri. Sampai sana memang betul aku tak dilayan oleh mak dia.

Sampai satu kejadian, anak aku yang berumur 1 tahun jatuh katil sebab dia tengah tidur dalam bilik. Aku tak sangka benda ni nak jadi. Aku dah letak siap – siap bantal kiri kanan dia. Mak mertua aku boleh cakap dekat aku kenapa aku tak teman dia tidur sekali. Kenapa tinggalkan anak aku sorang dalam bilik.

Sedangkan suami aku yang suruh aku keluar borak dengan ipar duai. Sebab dia tau aku tak larat tengah mengandung. Suami aku pert4hankan aku. Dia cakap kat mak dia yang dia suruh aku duduk tengok tv. Jangan salahkan aku.

Mak dia jadi lagi angin sebab suami aku backup aku. Terus mak dia cakap kuat – kuat bagi semua orang dalam rumah tu dengar “nanti anak – anak kau dah besar, jadi anak derh4ka kat dia”. Dia memang marah kat aku. Aku malu, terasa hati, terus ajak suami dengan anak – anak aku balik.

Aku keluar rumah tak salam dengan sesiapa pun. Aku menangis dalam kereta masa balik rumah. Aku jadi str3ss, tak nak makan. Tapi mertua aku ni pandai berlakon. Dia kata kat suami aku dia mintak maaf sebab dia tak de niat nak singgung perasaan aku.

Masa 2 minggu aku dalam pantang, dia pergi cakap dekat mak aku yang dia memang tak suka aku sejak dulu. Dia dah ada calon yang dia nak. Aku tak cerita kat suami aku. Nasib baik aku tak mer0yan dengar apa dia cakap. Aku pendam je apa yang dia cakap.

Kesabaran aku memuncak ketika mertua aku datang berbuka puasa baru – baru ni di rumah aku. Mak aku ada jugak masa tu. Dia cakap lagi kat mak aku yang dia tak suka aku kahwin dengan anak dia. Dia boleh kata kalau isteri tak pandai layan suami, suruh suami kahwin lain. Dia nak anak dia kahwin lain.

Aku dah tak tahan. Lepas je mertua aku balik. Aku terus whasapp mak mertua aku. Aku marah dia. Aku luahkan semua yang aku pendam selama ni. Biar dia tahu aku pun tak suka kat dia. Aku pun benci dia. Lantak kau lah nak cakap aku ni menantu h4ntu ke apa.

Kau fikir kau punya kepala je. Anak dia tak akan tinggalkan aku dengan anak – anak pasal dia. Aku bagi dia s4kit hati. Biar lah dia nak masuk hospitaI pasal tekanan d4rah dia naik sebab baca whasapp aku. Hahahaha. Baru dia ada akal, ingat aku ni senang – senang nak dipijak kepala.

Aku akan buat apa saja untuk kekalkan perkahwinan aku. Aku dah cakap dekat suami aku yang aku tak nak jumpa dah mak dia sampai aku betul – betul ok. Aku tak nak mak dia datang rumah lagi. Aku cuma nak bahagia dengan suami dan anak – anak.

Aku nak tanya pendapat korang semua, salah ke tindakan aku ni? Selama ni aku diam je tak pernah meIawan apa dia cakap. Tapi aku dah tak tahan bila dia suruh suami aku kahwin lain. Hidup aku bahagia je dengan suami dan anak – anak. Aku tak nak dia rosakkan hubungan aku dan suami. – June (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Aieshah Ismail : 1) Tak kira la mak mertua ke ipar duai ke, adik beradik ke, mak pak sendiri ke, kalau datang, hidang air atau apa – apa makanan, kalau takde makanan pon hidang air pon take. bende asas tu kot.

2) Bila tetamu datang, walaupon tak diundang pastikan sentiasa berada di sisi mereka. Kalau mereka bermalam, tunjuk bilik untuk mereka, saat mereka berehat, baru tuan rumah berehat.

3) Walaupon ko tak suka mak mertua ko sebab dorang tak peramah, sentiasa ringan tangan membantu atau buat – buat bantu, walaupon ko sarat, duduk dekat dapur bantu kupas apa-  apa atau tanya menu masakan ke apa ke. Janganlah asyik merap kat bilik atau sembang dengan mertua setiap kali balik  rumah mereka. Pastikan sentiasa bawak buah tangan pergi rumah mereka, sebagai topik langkah pertama.

4) Walau marah macam mane dengan mertua, mak pak atau laki sendiri, pastikan salam tangan mereka bila beredar, mereka pangkat senior. Jangan nak melolong kuar tanpa salam. Sambil nangis – nangis pon salam aje, kalau tak bersambut biar je la, yang penting usaha nak salam.

5) Mak pak, anak, tak boleh ditukar ganti dan dibeli, Suami Isteri masih boleh di cari, Hargai mereka.. Mak mertua sama macam mak sendiri..

Mashitah Mashie : Hati seorang mak ni lembut, ofcoz dia nak yang terbaik untuk anak dia. Kita pun dah jadi mak, mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita, terbaik pada pandangan kita. Macam tu la jugak mak mertua kau tu.

Mesti dia rasa kecewa bila anak lelaki dia tak ikut apa yang dia nak. Dia dah ada calon lain kan. So kau pun, cuba lah beralah sikit. Jangan la dyk drama sangat. Sian husben kau.. Tersepit. Orang tua – tua ni hati depa mudah terusik.

Kau pun nak lipat baju.. kau angkut ja lipat kat luar sambil borak dengan mertua kau tu. Dah s4kit perut.. tu point kau nak rapat dengan mertua kau. Cer tnya dia. Petua nak hilangkan s4kit perut ke apa ka. Ni kau biar ja orang tua tu kat luar. Dah la 1st time datang. Mesti la depa terasa. Nak – nak plak dia memang dah tak berapa berkenan dengan kau. Ok Cuba beralah. Tak rugi pun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?