Sejak aku berstatus Ibu Tunggal dah lebih 2 tahun, macam – macam Azam buat untuk tackIe aku sampai staf lain perasan, minta aku hati – hati. Tambah pulak dapat pergi outstation sama – sama, dia punya gembira bukan main. Dia p4ksa aku makan malam bersama dan mula bukak topik tentang hati..
#Foto sekadar hiasan. Aku Suri, 33 tahun, seorang ibu tunggal kepada 2 orang anak. Aku lebih suka gelarkan diri aku sebagai “Ibu Tunggal” dari “Janda” sebab status ni mudah sangat dijadikan m4ngsa fitnah orang ramai.
Aku bekerja di syarik4t antarabangsa swasta di KL. Salah seorang rakan sekerja aku ni namanya Azam, berumur akhir 40-an, sudah berkahwin dan anak – anak dah besar pun. Azam ni jenis suami dan bapa yang bertanggungjawab, jenis rajin tolong isteri dekat rumah, rajin jaga anak – anak, rajin masak.
Cuma aku sangat tak gemar dengan per4ngainya yang suka melayan staf perempuan, termasuklah aku. Kami semua kenal isterinya. Jenis cemburu, kadang – kadang call pejabat untuk tanya suami dia ada atau tak di pejabat hari tu.
Pernah juga aku dengar cerita isterinya serang salah seorang staf perempuan, sebab keluar makan dengan suaminya. Aku faham, cemburu tu tandanya sayang. Tambah – tambah suami jenis melayan, lagi la isterinya kena berhati – hati.
Aku faham sangat keadaan dan tindakan isterinya tu. Nak dijadikan cerita, aku kena pergi outstation dengan dia di satu negeri yang pantainya indah. Aku tak nak sebut negeri apa. Masa dapat tau tu aku mengucap panjang sebab kena outstation dengan dia ni!
Kenapa aku takut sangat? Sebab sejak aku berstatus Ibu Tunggal dah lebih 2 tahun, macam – macam dia buat untuk tackIe aku sampai staf lain perasan dan minta aku hati – hati. Tambah pulak dapat pergi outstation sama – sama, dia punya gembira bukan main.
Tapi aku rasa macam kena hempap gunung! Aku pesan ke diri aku, aku kena jaga diri. Mak aku pun pesan, “Seri, jaga diri, ingat, awak tu Ibu Tunggal, senang nak dapat fitnah”. Aku ingat pesan mak aku. Hari – hari aku doa moga Allah kuatkan hati aku, lindung aku dari fitnah, tambah – tambah berhadapan dengan orang “sweet talker” ni.
Kami dipasangkan lelaki dan perempuan (2 orang sahaja) untuk setiap negeri, sebab lelaki dapat tolong untuk angkat barang – barang berat. Aku ada juga usaha untuk minta tukar partner tapi Ketua Projek tak luluskan atas alasan hotel dan tiket kapal terbang semua dah beli.
Ok, usaha aku yang pertama dah gagal. So m4kin kuat aku doa “Ya Allah, lindung aku, lindung aku!” hari – hari! Usaha aku yang ke-2 pulak, aku diam – diam tukar seat dalam flight supaya aku tak perlu nak duduk sebeIah dia.
Aku sanggup bayar lebih untuk tukar seat tu. Ok berjaya, perjalanan pergi ke sana dah selamat! Kami tinggal di hotel lama yang sangat la menakutkan! Bila malam aku perasan yang rupanya tingkat kami saja berpenghuni dan hanya ada 4 lampu.
Maksudnya, bilik aku, bilik Azam dan 2 bilik orang lain. Selebihnya kosong! Aku fikir, “habislah semua h4ntu dekat tingkat – tingkat lain mesti berjemaah att4ck bilik aku!” haha. Aku sangat la takut dan cadangkan untuk kami tukar hotel yang ramai sikit orang, tapi Azam tak nak sebab kami kena bayar sendiri.
Aku sanggup weh! Tapi Azam sekeras – kerasnya bangkang cadangan aku. Azam kata “tak apa, kalau takut, call je!” dalam hati aku macam “dah giIa aku nak call ko malam – malam!” Jadi apa aku buat dalam situasi ni? Aku pasang ayat Ruqyah, tapi still takut sebab sunyi, so aku call kawan baik aku, pasang loudspeaker supaya keadaan tu bising, sampailah aku tertido.
Alhamdulilah, tu la aku buat untuk malam – malam seterusnya. Sepanjang kerja dekat sana, seboleh – bolehnya nak pergi mana – mana aku akan cuba pergi sendiri. Masalahnya Azam ni asyik nak ikut je dengan alasan nak tolong jaga keselamatan aku. Ya Allah aku rimas giIe!
Memang la niatnya baik, tapi aku ni dah dewasa bukan budak kecil lagi yang kena nak lindung lebih – lebih, tambah – tambah aku ni Ibu Tunggal, dah biasa berdikari, dah biasa aku jaga anak, bukan orang jaga aku dan aku kena extra jaga diri untuk timbul fitnah!
So apa aku buat? Kalau nak pergi mana – mana aku pergi senyap – senyap, tapi kebanyakannya aku perap je dalam bilik bila kerja dah habis. Kami kena outstation 6 hari 5 malam. Cuba korang bayang lamanya tu aku rasa macam 1 bulan!
Tiap malam Azam akan ajak aku makan malam sama – sama. Malam pertama, ok, kami makan sama – sama. Tapi aku makan laju – laju supaya tak mengambil masa lama sangat. Dan, bila aku perasan topik perbulanan tu macam topik aku tak selesa contohnya Azam tanya aku ni tak nak bukak hati untuk terima orang baru?
Aku akan pusing topik tu dengan bertanyakan tentang anak isterinya. Supaya dia tak pernah lupa statusnya sebagai bapa dan suami. Aku juga akan asyik cakap yang aku masih sangat sayangkan bekas suami, padahal aku tipu sangat – sangat, niat aku supaya dia jangan nak melebih sangat.
Alhamdulilah berjaya sebab aku tanya tentang keluarganya sangat banyak sampai dia tak sempat nak tanya tentang aku haha. Malam – malam seterusnya, aku bagi macam – macam alasan untuk elak makan bersama. Alasan aku, tapau McD lah, aku senggugut kr0nik lah, aku dah bungkus nasi siap – siap masa siang, aku makan malam dengan kawan di negeri itu. Alhamdulilah semua berjaya!
Pada hari terakhir sebelum balik ke KL, kami shopping barang – barang nak bawa balik sama – sama. Masa ni pun aku ada cakap nak carikan barang untuk bekas suami juga (alasan untuk meIindungi diri), sampai Azam naik muak dan dia kata “move on Seri, move on!” haha.
Sebelum balik ke KL, aku tukar seat juga. Aku ambil seat paling belakang yang jauh sangat dari Azam. Berjaya dan aku dapat tido puas – puas sepanjang perjalanan tu. Selain dari trip ni, ada banyak lagi keadaan yang aku kena kerja dengan Azam, dan usaha aku masih sama.
Ada pernah tu kami kena balik lambat sama – sama. Azam nak hantarkan aku balik, aku tolak! Of course la tolak! Aku bagi alasan aku dah book Grab. Dan dia kata ok tak apa, dia akan naik Grab sama – sama dengan aku, kereta tinggal dekat pejabat. Aku tolak!
Aku kata Grab yang aku maksudkan tu ialah servis Makcik Travel yang hanya ambil penumpang perempuan saja. Servis ni sangat menyelamatkan aku ye. So, fuhh selamat! Tak ada alasan untuk aku naik kereta dengan Azam.
Jadi apa aku nak cakap ialah, kalau nak curang tu melibatkan kedua – dua pihak, it takes two to tango, dan teramat mudah nak terjadi. Dan kita ada pilihan sama ada nak layan atau nak cegah / tolak / elak. Dan sebagai seorang perempuan yang tidak bersuami, aku sangat menjaga batas aku dengan lelaki sekeliling tambah – tambah sepejabat sebab fitnah tu tersangat la mudah nak terjadi.
Korang doakan aku moga terlindung dari orang – orang macam ni atau sebarang fitnah ya. Moga penulisan aku ni berguna buat wanita di luar sana untuk meIindungi diri mereka juga. Aamiin. – Suri (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Adlina Razif : Good job sis!! Contoh terbaik yang memahalkan maru4h seorang wanita tak kira la status single, bini orang atau ibu tunggal. Dia nak offer, dia nak ajak, tu hal dia. Yang penting sebagai orang perempuan, kita jangan mudah melayan. Tahniah sis!!!
Cik Raja : Sebenarnya perempuan – perempuan yang statusnya seperti anak d4ra yang lambat kahwin, ibu tunggal, janda and etc sangat lah mudah terdedah dengan fitnah – fitnah macam ni, nak tak nak kita sebagai perempuan ni kena lah jaga diri baik – baik, tapi kan laki orang ni kadang – kadang gatal dia mengalahkan orang bujang jugak, bila pergi kerja autom4tik lupa isteri dan anak – anak kot.
Daia Sabaruddin : Semoga Allah meIindungi tt, kerana tt berusaha ke arahnya. Semoga benar jika ada jodoh, tt dapat seorang suami yang akan meIindungi dan menyayangi tt sepenuh hati dan jika tiada jodoh, semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan keamanan buat tt dan keluarga.. Aamiin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.