You dont have javascript enabled! Please enable it!
Connect with us

Umum

Sebab adik ipar dah terIanjur, mak mertua nak kami buat majlis kahwin sama – sama untuk tutup malu

Published

on

Aku belum setuju tapi diorang dah pandai order kad kahwin nak buat majlis sama – sama. Masalahnya kos kahwin, baju, pelamin, mak andam untuk adik ipar aku yang kena sponsor. Isteri aku simpan duit nak renovate bilik pengantin tapi last – last dapat kat si adik tu. TV aku pun mak mertua sibuk nak bagi dekat adik ipar dengan alasan kesian diorang tak ada TV skrin besar..

#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB. Perkahwinan aku dah masuk 8 tahun, dikurniakan anak 4 orang. Kami sekeluarga bahagia.

Masalah timbul di sebeIah keluarga isteri. Aku ibarat menantu yang disisihkan.

Diawal pertunangan, kedua keluarga merestui. Kami sepakat akan mengadakan majlis kami sebeIah pihak sahaja. Setelah persiapan hampir siap 70%. Keluarga mertua call bagitahu yang adik ipar aku nak bersanding sekali dengan kami. Kerana orang kampung tak tahu yang adik ipar aku tu dah kahwin, dah ada anak sebab terIanjur. So tak nak bagi a1b, nak join majlis kahwin aku. Aku belum bagi kata putvs, mereka dah pandai – pandai order kad kahwin dan nak edar sekali dengan kad kahwin aku.

Advertisement

Masalahnya dekat sini, kos katering, cameraman, dj, mak andam, baju, pelamin, semua aku yang kena tanggung. Dia kuar duit untuk kad kahwin sahaja. Aku tekad, bagitahu keluarga mertua, yang aku tak nak, itu majlis aku dan wife aku. Duit aku kumpul untuk jayakan majlis raja sehari kami. Penat kumpul duit wey, siap jual moto lagi.

Isteri aku, keluar duit renovate rumah, tambah bilik untuk bilik pengantinnya. bilik adik bujangnya, semua gaji disimpan untuk kos tersebut. Last – last sekarang bila kami balik, bilik tersebut jadi hak adiknya yang kahwin selepasnya. Ingat lagi aku, ayat mak mertua aku, adik nak pinjam sehari ja, bilik tu, sebab langsir kahwin, bunga semua elok lagi. Dapat jimat sikit. Lepas kahwin nanti ko duduk la balik bilik tu. Sump4h sekarang dah 6 tahun adik dia sebat bilik tu, buat bod0h, tak rasa bersalah pun, dah beranak pinak dah dalam bilik tu.

Sejak itu, mereka (keluarga mertua) ibarat memulaukan kami. Dari tahun ke tahun ada je punca perg4duhan. Isteri aku, mempunyai 8 orang adik beradik, dia no 2. Atasnya abang sudah berkahwin, 2 adik perempuan sudah berkahwin dan 3 lagi masih study (menengah).

Isteri aku ni min, seorang yang pandai, jadi dia orang terpenting dalam family tersebut. Memang prefect la, pandai drive, pandai selesaikan masalah tentang bil, uruskan persekolahan adik – adik, pertukaran sekolah. Jadinya, memang sangat diperlukan jika keluarga ada masalah. Nak order barang dari online, go shop, bayarkan barang online banking, semua cari isteri saya.

Advertisement

Masalahnya, bila suruh isteri saya, kos minyak toll, tak diberi pun. Saya jugak yang kena isikan minyak full, bagi duit tol, duit nak belanja makan masa otw ke hospitaI, asrama politeknik, ke kenduri kend4ra sed4ra mara. Tapi bila suruh anak menantu yang lain, siap bagi duit minyak, toll, belanja makan lagi. Full package taw.

Saya pun bagi tahu isteri jangan terlalu menurut sangat sebab kewangan kami pun tak menentu. Bila isteri saya mengelak, geng memulau pun bergosip dalam group wasap family. Mak mertua cakap saya berkira, kedekut. Saya ni kaya, menantu lain tak kaya. Sumpah saya berkerja keras nak bagi anak isteri saya hidup selesa, saya niaga pasar, berkebun, bermandi peluh ,buat keja part time lagi. Macam – macam min. Saya bukan goyang kaki, menantu lain ada waktu memancing, ik4t burung, main game pubg.

Tahun ke 3 perkahwinan kami, kami tinggal di rumah mertua sebab mak mertua tinggal sorang. Kami jaga mak mertua, tanggung semua bil air, api, astro, cukai tanah, duit lauk, duit upah indon kemas halaman rumah setiap bulan. Aku setuju berpindah ke rumah mak mertua sebab isteri aku beria nak temankan mak mertua yang tinggal sorang dan pada masa yang sama ,aku juga baru start buat bisnes, yang tak sesuai duduk di rumah apartment bandar. So semua perabot, barangan elektrik berpindah ke rumah mak mertua.

Masalah timbul lagi, mak mertua aku ni, memandai nak bagi tv aku kat adik ipar yang nak kongsi majlis kahwin tu, dengan alasan kesian diorang tak ada TV screen besar. Semua harta aku tu, nak suruh bagi kat orang, dengan alasan kesian, habis aku laki bini sapa nak kesian.

Advertisement

Aku terus positif lagi, bisnes aku maju, dapat projek lebih sikit, aku bawak mak mertua ke Bandung ke Thailand. Semua aku sponsor, passport aku buatkan lagi, sebab mak mertua ada juga membantu tengok – tengokkan anak bila kami ada kursus, jumpa klien, hantar barang customer. So aku pon tak kesah nak bwk mak mertua aku pergi makan angin. Tapi dia sanggup berabisan duit nak beli buah tangan untuk anak menantu yang ada.

Nak tak nak bini aku gak la yang membayar apa anak menantunya pesan guna air liur tu. Setiap tempat nak Fridge magnet tak apa lagi, ni siap nak telekung, kain pasang, nak bagi besan, nak bagi adik kakak ipar, apa yang kami beli semua nak yang sama juga. Susah la macam ni. Pisang salai pon nak bagi nenek mertua la, besan MIL, sabar sabar.

Bisnes aku maju, semua ipar duai aku tiru bisnes aku, so aku pon okay la, ada ramai agent, tapi indah khabar dari harapan. Mak mertua punyalah baik hati, tunjukkan lubang aku ambil barang kat anak sulungnya, dan menantu yang lain. Jadi apa lagi.. anjing sudah makan tuan la, naik tocang, lupa dar4tan.

Tak sampai tahun ke 5, aku pujuk isteri aku nak berpindah sebab stok niaga aku telah dirembat oleh biras aku, secara terang – terangan. Kali ini aku cukup terkilan sebab mak mertua aku bekap baik punya. Bila diorang tak ada modal, ambil hutang kat stor barang aku . Bila dah ada duit ambil direct dari lubang supplier aku. Lagi satu stok lauk dan barangan dapur RM500 pun tak cukup setiap bulan. Ini kerana setiap minggu anak – anak lain balik, jadi pesta kat rumah tu. Macam tak ada akal nak bawa lauk ke, bangun pagi ke pasar ke, semua buat bod0h, tanggungjawab aku yang tinggal kat rumah tu yang kena sponsor.

Advertisement

Tahap sabar aku dah sem4kin nipis, abang ipar aku, call bini aku cakap nak share, dapat projek besar di Pahang. Mintak bini aku buat quotation, deal, bini aku pandai english, diorang tak tahu. Turun naik aku bawa bini aku cari harga barang projek tu. beribu abes. Last – last bila projek dah dapat, abg ipar aku makan sorang, apa kau rasa min. pergggg mudahnya orang pijak – pijak bini aku.

Langkah kanan aku dapat sewa tanah sendiri, sewa rumah sendiri. Tak sempat aku clearkan barang – barang niaga dalam stor tu, mak mertua dan anak – anaknya, menantu, jual barang – barang aku dekat besi buruk weiiiii. Aku dah tak boleh sabar daaa. khemah tu RM600 aku beli setiap set tapi dia boleh jual RM30 ja. Semua barang aku dibuat macam tak berharga weiii.

Aku suruh bini aku call tanya mak mertua, ada nampak tak barang – barang dalam stor kami bina guna duit tekun, ermmm dia jawab dengan slumber, ibu dah jual, sebab along suruh jual. Korang boleh bayangkan tak? Apa ayat yang sepatutnya aku ucapkan..

Mak mertua aku, ni ada perangai pelik, bila aku dan bini aku beli barang untuk anak – anak aku, dia akan tanya, kenapa tak belikan untuk cucu – cucu yang lain sambil buat muka tak puas hati. Lagi satu bab makan, kalau aku mewahkan anak – anak aku dengan makanan kegemaran anak – anak, dia macam tak berpuas hati sebab anak cucu lain tak dapat makan macam tu.

Advertisement

Lagi satu bila nak buat event ka konvoi ka, bini aku akan jadi tukang booking hotel, buat itenary, tukang bayar homestay, tukang sponsor barangan steamboat bbq sebab yang lain tak ada hasil. Asyik tak ada hasil ja kan. Pelik, bisnes aku ko sailang, sampai pelanggan wasap bagitahu, kak ipar hang jahat la, dia berani sailang bini aku punya customer. Macam – macam hal, dah tak larat nak taip.

Sekarang aku tak bagi isteri aku balik, call keluarga mertua aku. Sebab apa yang mak mertua aku buat kat keluarga aku sangat tidak adil. Aku suruh dia left group wasap family. BIock fb semua ahli keluarga tu. Bini aku buat, mungkin hatinya da lama berdar4h. Bini aku redha, bila aku cakap mungkin bini aku tu anak angkat keluarga tu sebab tu ibu sampai hati buat dia camtu. Aku tahu bini aku sedih, menangis tapi dia tak tunjuk kat aku, dia sangat kuat.

Betulkah tindakan aku tu min.

Komen Warganet :

Advertisement

Puan Mawar Biru : Ambiklah masa untuk tempoh bertenang dengan segala cab4ran dan dug4an dengan keluarga mak mertua. Ada gak terkena dengan keluarga mak mertua lebih kurang gini tapi nasiblah dapat suami yang redha jerlah dengan apa orang nak buat. Dia selalu anggap tak ade rezeki dia. Aku pun takdelah berbunyik nak jadi batu bara bagai sebab tu keluarga dia kan. Gasaklah diorang anak – beranak, diorang lagi kenal lama kot. Kita ni macam mana pun tetap orang luar. Kesian TT harap TT dipermudahkan urusan

Hafsah Bashir : Buat sementara waktu ni memang kena jauhkan diri dulu. Jarakkan keluarga tt dengan mak mertua. Bagi masa masing – masing muhasabah diri. Takut nanti semua hilang sabar dan em0si jika terus dekat dan berhubung. Pindah rumah tu sangat betul. Allah Maha Kaya, dia tunjuk semua pengkh1anatan orang terhadap tt. Bersyukurlah dan teruskan bersedekah.

Makwe Ranggi : Bravo bro.. bini hang tuh isteri solehah, muliakan dia, jaga dia elok – elok. Dia bijak InshaAllah ada rezeki yang menanti kalau bro layan dia baik – baik. Bina hidup baru, InshaAllah rezeki Allah Maha Luas, berhati – hati dengan family wife. Kalau ikut cerita dah bagus bila rezeki kongsi dengan keluarga dulu tapi bila dah kaw – kaw kena sailang, majulah tanpa toleh belakang lagi. Balik rumah mertua 3 kali setahun. Jangan hirau apa mereka cakap, tak yah nak mewahkan mereka lagi. Dah jelas. Better duit lebih tu salur dekat anak yatim atau tahfiz.

Kamalia Lia : Meskipun s4kit hati setahu saya dalam Islam tindakan memutvskan silaturahim diIarang dan perbuatan yang dimurkai Allah. Biarlah hubungan tu dingin atau pun jarang jumpa tapi jangan terputvs terus. Jangan ikut hasutan sya1tan. Allah bersama orang – orang yang bersabar.

Advertisement

Malu Rima Malu : Bro, apa yg aku respect, aku tak lah sesabar ko bro. Kalau aku dekat tempat ko, dah lama aku angkat kaki dari family yang macam tu. Aku sanggup bermusvh, sanggup di cop menantu derh4ka, asalkan anak bini aku tak sengsara macam yang bini ko rasa. Aku sokong apa yang ko buat dan aku percaya, ramai yang akan menyebeIahi ko.

Advertisement

Copyright © 2024 Media Cite Heboh