Saya was2 nak buat ibadah, sebab suami cakap saya ahli ner4ka, tempat saya dah ditentukan

Saya tegur elok – elok sikap suami saya yang suka buat sepah. Tahu apa suami saya baIas? Dia koyakkan semua plastik makanan, plastik kacang, tin biskut, dia lambakkan 1 rumah. Lauk pauk semua dia baling kat baju saya di ampaian. Dia kata, “haa…kemaslah!”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Kepada sesiapa yang pernah baca post saya sebelum ni, tentu masih ingat kisah saya. Bersuamikan lelaki yang pincang perasaan, mend3ra fizikaI dan em0si saya, melebihkan kepentingan adik – beradik sendiri daripada anak dan isteri, dari sejak awal kahwin, saya mengandung sehinggalah sekarang. Usia perkahwinan kami dah masuk tahun ke-2.

Semua orang tau kan, pahala orang yang berkahwin ni berlipat kali ganda dari orang yang belum kahwin. Lagi – lagi orang pompuan, macam mudahnya laluan untuk masuk syurga. Saya tak terkecuali dalam hal ini, kalau boleh, nak usaha sebanyak mungkin ke arah itu.

Tapi, penghalangnya adalah dari diri kami suami isteri. Kadang – kadang saya merasakan perkahwinan saya ini lebih banyak mendatangkan d0sa kepada saya. Bila suami pertikaikan tanggungjawab saya, sumbangan saya dalam rumahtangga, saya rasa down sangat.

Suami saya jenis tak boleh ditegur, mudah je nak naik angin. Bila dah naik angin, mudah jugaklah naik kaki dan tangan. Bila berg4duh, saya cuba untuk tak menjawab atau membaIas, tapi saya manusia biasa, kadang – kadang tu hilang sabar jugak, saya terp4ksa menjawab.

Lagi – lagi bila dia herdik anak yang baru umur setahun tu, tak boleh langsung anak kecik tu berbunyi, pasti ditengkingnya. Paling sedih bila tengok dia heret anak saya. Anak saya pulak mulutnya tak henti – henti sebut,  “ayah..ayah. ”

Bila saya marah, saya disump4hnya, “ko memang ahli ner4ka, jangan mimpi laa nak bau syurga.” Itulah kata – katanya setiap kali kami bertengkar. Ayat tu mcm dah melekat dalam kepala otak saya ni. Betullah kan, syurga ner4ka seorang isteri tu ada pada suaminya.

Saya terfikir balik, apa guna saya berbuat baik kalau tempat saya sudah ditentukan. Disebabkan kata – kata tu saya selalu kemurungan, nak buat ibadah pun terganggu macam terngiang – ngiang bisikan sy4itan di telinga saya, “apa guna ko buat amal ibadah kalau suami sendiri tak redha? Tempat ko sudah ditentukan, jadi buat apa susah – susah”

Dalam kepala saya ni dah disogokkan dengan terlalu banyak kata – kata negatif. ‘Bini tak guna lah, memang layak jadi h4mba abdi lah dan macam – macam lagi.’ Dan dah beratus kali jugak dia halau saya dari rumah tapi saya bertahan.

Saya tak nak dik4takan nusyuz. Saya takut kalau 1 hari nanti saya hilang anak saya. Bila saya tanya kenapa nak simpan saya lagi kalau dah tak berguna sangat, dia kata memang tujuan dia nak buat saya sengsara! Sampai bila?

Sampai dia puas hati! Saya tak tau kenapa. Apa salah saya pada dia selama ni? Takde langsung ke kebaikan yang saya buat untuk dia? Apa yang tersimpan dalam kepala dia sebenarnya? Dia ni manusia ke sy4itan sebenarnya??

Nak samakan dengan binatang, rasanya binatang lagi mulia, binatang pun tau sayang pasangan dengan anak dia. Semua tu jadi persoalan kat saya. Tertanya – tanya juga, di mana dia letakkan hati dan akalnya. Bila time mood dia baik, dia minta tolong saya macam – macam, saya jawab balik, apa yang saya akan dapat dengan tolong dia, dapat pahala ke?

Bukankah tempat saya tetap di ner4ka? Dia diam pulak tapi saya ni jenis tak suka nak berbaIas – baIas. Saya buat jugak apa yang diminta. Ikhlas tak ikhlas itu saya tak pasti. Saya cuma tak nak berg4duh je. Saya malu dengan anak, kesian dengan dia dapat kami sebagai ibu bapa.

Baru – baru ni, saya tegur sikap suami saya yang suka buat sepah kat semua bahagian rumah, melonggokkan pinggan kotor penuh 1 singki. Saya rasa saya tegur elok je, takdelah tinggi suara pun..tau apa suami saya baIas?

Dia koyakkan semua plastik makanan, plastik kacang, tin biskut, dia lambakkan 1 rumah. Lauk pauk sume dia baIing kat baju saya di ampaian. Dia kata, “haa…kemaslah!” Bayangkanlah, saya ni dah macam orang gaji, dengan badan yang penat buat kerja rumah, uruskan anak, kena bersihkan pulak 1 rumah.. Allahhhh! Dah terdetik dalam hati ni macam – macam.. Nasib saya masih ingat Allah.

Dalam hati saya ni, dah terbuku satu perasaan yang tak dapat saya terjemahkan dengan kata – kata. Memang selama ni saya pend4mkan sorang – sorang. Nak kata macam berd3ndam, mungkin jugak. Kalau orang kata tak baik berd3ndam dengan suami sendiri, habis tu apa yang suami saya buat kat saya ni baik ke??

Dia yang buat saya simpan rasa macam ni. Selagi saya bole sabar, saya bertahan.. kalau dah tak tahan nanti, tak tau lah apa akan jadi. Kata seorang ustaz, 5 tahun pertama adalah tempoh yang paling menguji dan dalam tempoh tu ramai yang gagal.

Mungkin salah seorangnya nanti adalah saya sendiri. Dalam tempoh 2 tahun hidup bersama, terlalu banyak kepahitan dari kemanisan. Saya akui… saya juga bukan isteri yang sempurna. Ini adalah kali pertama saya menjadi isteri dan masih dalam proses nak belajar.

Saya tak kisah ditegur, dimarah tapi tolong jangan buat saya macam kain buruk yang boleh dipijak – pijak sesuka hati. Bercerai? Bunyinya macam mudah, dah banyak kali benda ni bermain di fikiran saya. Dia pun banyak kali dah c4bar saya pergi pejabat agama.

Mudah ke proses nak bercerai ni? Macam mana kalau dia tak nak ceraikan saya? Adakah akan ambik masa bertahun – tahun untuk turun naik mahkamah? Saya memang nak keluar dari semua ni, dari genggaman dia, dari jadi ahli ner4ka.

Apa gunanya saya terik4t dengan perkahwinan ni jika syurga yang saya cari tapi sebaliknya yang saya dapat? Biarlah saya berbakti kepada mak ayah je. Biarla syurga saya hanya pada kaki ibu, bukan di kaki suami yang takde hati dan perasaan macam ni.

Saya dah tak nampak jalan penyelesaian lain. Nak ajak berbincang dengan orang tengah? Bukan senang, dia tetap akan kata diri dia tak salah dan dia tak akan mengaku apa yang dia dah buat. Kalau dia berubah pun, paling lama 3 hari, lepas tu buat giIa balik.

Kalau dengan mak ayah saya dan mak ayah dia pun dia tak boleh hormat, lagi – lagi isteri, orang lain apatah lagi. Terima kasih kerana membaca luahan hati saya. Saya rasa nak lari jauh – jauh.

Komen Pembaca :

Syuhada Syu : Awak ni sebenarnya sedang did3ra secara mentaI. Tujuan perkahwinan ialah untuk berkasih sayang supaya dapat beribadat lebih tenang dengan ganjaran berlipat ganda. Saya tak galakkan awak pergi ke jabatan agama sebagai langkah pertama kerana awak pun dah sedia maklum respon mereka.

Langkah pertama ialah dapatkan temujanji kaunseling daripada unit psiki4tri di hospitaI. Luahkan dan bawa karangan awak ni. Mereka akan buat penilaian tentang keadaan awak selepas beberapa sesi kaunseling. Mungkin juga diberi ubat untuk kawal depr3ssion awak.

Saya rasa pend3raan yang awak aIami adalah serius. Jika terbukti serius, laporan psiki4tri dan bukti pend3raan fizikaI boleh menjadi bukti yang kuat untuk menuntut fasakh. Saya betul — betul simpati. Tak tergamak saya nak buat orang macam ni.

Jika suami awak ada walau sedikit didikan agama, mintalah dia istighfar bila marah dan beIas kasihan pada anak isteri. Sepatutnya senyuman isteri dan gelak tawa anak – anak itulah nikmat paling besar seorang suami.

Sagun36 : Tabahnya TT dah kena macam – macam dengan suami sendiri tetap setia di sisi suami. Harap TT dapat buat sembahyang isthikarah minta petunjuk dari Allah dan mohon perIindungan dari Allah. TT juga harus pikirkan masa depan TT dan anak yang terd3ra perasaan. Boleh giIa macam ni. Saya doakan moga TT dikurnia semangat untuk menentukan hidup dan masa depan sendiri dari terd3ra hati, mentaI dan fizikaI.

Shahana : Tt.. kalau kahwin penyebab tt buat banyak d0sa sedih sangat. Kuatkan hati.. pergi pejabat agama mengadu semua. Lagi bagus kalau bekas – bekas pukuI tu amik gambar ke ape buat bukti. Bawak ke pejabat agama. Kalau terdesak sangat bawak bukti diced3rakan fizikaI oleh suami.

Bila di pejabat agama kalau dorang asyik nak suruh pompuan sabar dan berdoa je, cuba tanya dia. Kalau saya buat d0sa banyak dalam perkahwinan ni, sape nak tanggung? Jelaskan matlamat nak sem4kin dengan Islam dan Allah tak tercapai. Sem4kin jauh adalah.. insyaAllah.. dorang boleh fikir kot.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.