Saya terus selok poket seluar, memang ada 300 dan jam tangan. Saya terk3jut bukti dalam tangan saya

Saya perasan duit saya akan hilang selang 3 – 4 hari sekali. Satu hari saya tanya dekat mak dan ceritakan apa yang berlaku, mak tersenyum je. Mak kata, dia dan ayah pun selalu hilang duit tapi mak senyum je. Sehinggalah satu hari mak call saya lagi, bagitahu adik hilang 300 dan jam tangan. Sah kerja t0y0l..

#Foto sekadar hiasan. PADA mulanya amat berat hati saya hendak menulis tentang masalah besar yang saya hadapi kini yang bermula sejak lebih 5 tahun lalu. Tetapi setelah saya membaca beberapa masalah ibu tunggal yang menghadapi masalah suami mereka pen4gih d4dah.

Barulah terbuka pintu hati saya untuk meluahkan isi hati ini, biarlah wanita yang senasib saya boleh berfikir, dan janganlah jadi b0doh macam saya. Saya ingin berkongsi masalah dengan pembaca bukan bertujuan memburuk – burukkan suami dan keluarganya, tetapi mengharapkan keluarga mertua saya faham masalah yang saya hadapi sejak sekian lama yang mana mungkin mereka juga menghadapi masalah yang sama, tetapi sengaja melepaskan masalahnya untuk saya tanggung ‘biawak’ hidup ini.

Namun saya tak nafikan semuanya bermula dari kesilapan saya sendiri, yang mudah sangat jatuh hati, cepat bersimpati dan menaruh perasan kasihan yang keterlaluan, yang akhirnya membin4sakan diri sendiri. Saya mengenali suami, Shazman ketika kami sama – sama menghadiri satu kursus yang dihantar oleh jabatan tempat kami bekerja, tetapi kami datang dari berlainan negeri.

Sejak perkenalan hari itu, hubungan kami menjadi begitu akrab, dan telefonlah menjadi sahabat baik yang sentiasa menghubung kami bila ada kesempatan. Perkenalan tak sampai setahun berakhir dengan lamaran dari keluarga Shazman.

Waktu itu umur saya dekat 30an tahun, dia pun dah lebih 30 tahun nak tunggu apa lagi, dengan sedikit rundingan keluarga, mereka bersetuju supaya kami segera disatukan. Bertunang tak sampai enam bulan kami pun berkahwin.

Memang waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya untuk menjadi seorang isteri, kerana saya sudah lama bersedia, lagi pun Shazman memang ciri – ciri lelaki yang saya idamkan, tinggi, baik hati, tak banyak kerenah dan sentiasa bersetuju denga apa sahaja yang saya perkatakan.

Bukan tujuan saya nak queen control tetapi dia memang baik, tak membantah, dan biasanya dia menerima sahaja cadangan saya terutama apabila saya mencadangkan dia memohon bertukar ke KL kerana kebetulan saya sudah sudah pun membeli rumah, cuma belum siap sepenuhnya lagi.

Cadangan saya hendak berpindah ke rumah tersebut bila siap nanti. Tak sampai setahun kami berjauhan akhirnya Shazman dapat bertukar ke KL. Walaupun tempat kerja dan pejabat kami berjauhan, tetapi saya bersyukur kerana akhirnya kami dapat tinggal serumah, walaupun menumpang di rumah emak kerana rumah saya belum siap.

Nak jadikan cerita bila kerja berjauhan tentulah Shazman selalu balik lewat tambah – tambah bila hari hujan, kerana kami sama – sama menggunakan pengangkutan awam. Kerana simpati setelah lebih 4 bulan akhirnya adik beradik saya mencadangkan supaya Shazman beli sebuah motorsikal untuk memudahkan dia berulang alik ke tempat kerja.

Walaupun cadangan itu baik, tetapi kata Shazman dia ada motor kecil di kampungnya, tetapi tak sesuai untuk digunakan di KL sebab pertama pejabatnya jauh kedua akan meny4kitkan badan sahaja, jadi dia mencadangkan untuk membeli kereta sahaja kalau pun motorsikal biarlah yang lebih besar kuasanya. Begitu cadangannya.

Tetapi selepas berunding dengan adik beradik dan ayah dua bulan kemudian kami dapat membeli sebuah kereta kecil untuk kegunaan saya dan sebuah motor untuk Shazman. Kami tak perlu bayar duit muka kerana dibantu oleh saud4ra mara, cuma kami bayar ansuran bulanannya sahaja.

Namun saya lebih teruk lagi kerana perlu menyediakan duit untuk ansuran rumah bila siap dan kami berpindah nanti. Mempunyai kenderaan sendiri ke pejabat memang memudahkan, tetapi memerIukan perbelanjaan yang tinggi juga.

Tak ada minyak, kenderaan tak jalan. Di sinilah bermula masalah yang tidak saya ketahui. Mulanya saya terperasan duit saya dalam beg duit saya selalu hilang. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Yang peliknya duit saya hilang selang tiga atau empat hari, paling sikit RM20, pernah juga hilang hingga RM100.

Tapi saya tak pernah tuduh adik beradik saya, kerana kejadian ini tidak pernah terjadi sebelumnya. Satu hari saya bertanya kepada emak dan menceitakan masalah saya, emak tersenyum, kerana katanya dia juga pernah menghadapi masalah yang sama, bukan emak saja, ayah pun mengadu perkara yang sama.

Lagi pelik, siapa yang punya angkara. Tetapi waktu itu saya tak terfikir langsung perbuatan suami saya Shazman, kerana saya perrcayakan dia seratus peraus. Saya mula meneka ini mungkin perbuatan t0yol. Sekali lagi emak ketawa.

Bila rumah siap kami pindah ke rumah baru, saya kena keluar duit lebih banyak sebab nak beli perabut dan barangan keperluan yang lain. Maklum bila dah berumah sendiri kita memerIukan banyak benda untuk memudahkan urusan di dapur.

Setelah duduk sendiri baru saya sedar memang duit saya selalu hilang terutama bila dah hujung bulan. Nak kata t0yol tak mungkin kerana di rumah baru itu belum ramai penghuninya lagi. Akhirnya kerana terdesak baru saya tanyakan Shazman, terk3jut saya bila dia menengking menafikan dia nampak apalagi ambil duit saya.

Saya tak tuduh, tetapi mengapa dia harus marah. Sejak itu saya lebih berhati – hati bila menyimpan duit. Rumah bukan lagi tempat yang selamat. Perubahan dan sikapnya membuatkan saya terus meneka bahawa Shazman yang mengambil duit saya.

Lebih tepat dialah pencuri dalam rumah. Satu hari saya tanya emak tentang kehilangan duitnya, Lagi besar emak tersenyum, kata emak, ayah saya juga menghadapi masalah yang sama, sering kehilangan duit setiap kali kami suami isteri datang bertandang.

Kata emak dia dah lama syak orang yang bertanggung jawab, tetapi dia tak berani nak bersuara takut saya kecil hati. Dan emak takut nak tuduh suami saya yang mencuri duitnya. Sebab emak dan ayah tak ada bukti. Cuma emak kata dia dah lama sedar tentang kehilangan duit dalam rumah emak, dan ia mula berlaku sejak saya berkahwin.

Bermakna sejak saya menumpang di rumah emak. Bukan emak dan ayah sahaja yang kecurian, malah adik lelaki saya juga menghadapi masalah yang sama. Malah adik lelaki saya dah lama nak beritahu saya sebab dia dah tak tahan duitnya selalu hilang, tetapi emak larang adik daripada beritahu saya sebab takut saya kecewa.

Lagi pun saya baru saja berkahwin dan belum pun dapat anak. Kata emak lagi, emak terp4ksa simpan rahsia ini kerana emak tak mahu saya sedih dan takut saya tidak percaya dan berkemungkinan hubungan kami sekeluarga akan berpecah beIah, apabila timbul isu besar dalam keluarga.

Bila emak kata demikian baru saya teringat, emak pernah menelefon saya bertanya adakah saya nampak duit RM800 atas meja kecil dalam biliknya. Kata emak, duit itu hilang. Duit itu milik ayah dan ayah perIukan untuk bayar insuran kereta.

Sedihnya saya cuma kata pada emak saya tak tau dan tak nampak, sekarang baru saya teringat mungkin duit itu Shazman yang ambil, kalau tidak siapa lagi. Kerana sejak kami berkahwin masalah kehilangan duit ini sering berlaku dalam keluarga kami.

Lepas dapat anak keadaan hidup saya sem4kin tertekan, saya sering tak berduit sebab terp4ksa berbelanja untuk ansuran rumah, kereta dan segala bil rumah termasuk makan minum kami dan bayi yang baru lahir. Saya pujuk Shazman membantu, tetapi dia beri alasan tak cukup duit kerana terp4ksa bantu emaknya selesaikan hutang kenduri kahwinan kami dahulu.

Saya terfikir juga takkan setelah empat tahun berkahwin, emaknya masih belum habis bayar hutang sedangkan semasa perkhwinan kami dahulu, emaknya cuma buat kenduri doa selamat, dan hantaran saya cuma RM5,000.

Jadi macam mana dia boleh dakwa terp4ksa bayar hutang? Untuk puaskan hati saya jalankan siasatan senyap – senyap di rumah emaknya. Setelah saya teliti pergerakan adik beradiknya setiap kali kami balik, begitu juga emaknya baru saya perasan mereka semuanya tak suka Shazman.

Bila kami balik mereka buat pelbagai alasan keluar dari rumah emaknya. Begitu juga bila Hari Raya, mereka cuma datang bersalaman, tak tidur rumah emak mereka. Masing – masing beri pelbagai alasan. Lepas kami balik KL baru mereka tidur rumah emaknya.

Hubungan mereka dengan Shazman memang tak mesra. Lama – lama baru saya tahu bahawa Shazman adalah pen4gih d4dah. Dia juga mencuri duit adik beradiknya untuk beli d4dah. Adik beradiknya suka sangat Shazman kahwin dan pindah KL sebab mereka tak sanggup tanggung masalah d4dah Shazman.

Satu hari emak telefon beritahu, adik saya hilang jam tangan dan duit 300. Kebetulan Shazman sedang tidur, saya terus selok poket seluarnya, memang ada 300 dan jam tangan. Terk3jut saya sebab bukti ada dalam tangan saya.

Terus saya k3jutkan Shazman bertanya di mana dia dapat duit dan jam tangan . M4ti – m4tian dia menafikan itu milik adik saya sebaliknya mendakwa kawannya bagi. Malah dia sanggup sump4h Quraan menafikan tuduhan saya.

Tetapi saya yakin dia yang curi duit dan jam tangan adik saya. Saya terk3jut, tak tahu apa patut saya lakukan, saya malu pada adik beradik dan emak bapak saya, kerana mereka begitu banyak membantu saya selama ini, tak ada duit nak beli kereta dan motorsikal mereka bantu, tak ada duit nak pindah rumah mereka juga bantu, tetapi ini baIasan dari Shazman.

Sungguh saya tak sangka. Shazman betul – betul memaIukan saya. Kerana ingin mencari kepastian saya buat siasatan ke pejabat lamanya, baru saya tahu Shazman banyak kali dapat amaran kerana p0nteng kerja. Dia pernah dikenakan tindakan kerana men4gih, tetapi entah macam mana dia boleh terlepas dari tindakan dibuang kerja atau dihantar ke pusat serenti.

Di pejabat barunya juga dia bermasalah yang sama. Selalu p0nteng dan datang kerja lewat. Sedangkan kami belikan dia motorsikal. Kerana terlalu kecewa saya minta ibunya datang ke rumah saya untuk nasihati Shazman, tetapi emaknya tak mahu datang sebaliknya menafikan Shazman ada masalah d4dah dan mencuri.

Sebaliknya mendakwa perbuatan jahat anaknya itu adalah kesalahan dan kesilapan saya sendri yang terlalu mendesak anaknya membeli benda – benda mahal. S4kitnya hati dengar tuduhan itu, sedangkan saya yang tanggung hidup anaknya selama ini.

Tambah pelik emaknya boleh salahkan saya kerana menyuruh Shazman berpindah bekerja di KL yang terlalu terdedah dengan benda – benda tak baik seperti d4dah. Sebaliknya kalau saya yang ikut berpindah ke negerinya sudah tentu perkara buruk itu tidak terjadi.

Sejak peristiwa itu hati saya mula tawar untuk terus hidup dengan Shazman, sudahlah semua urusan rumahtangga dan makan minumnya saya yang tanggung. Kini mencuri pula dan terbukti dia seorang pen4gih d4dah. Sampai bila saya mesti tanggung masalah ini?

Saya pernah bertanya pada kawan – kawan sepejabat, mereka bersetuju supaya saya berpisah sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi. Kata mereka pen4gih d4dah boleh melakukan banyak perkara yang tidak kita duga termasuk memukuI dan membvnvh kalau keadaannya terdesak.

Lagi pun sampai bila saya mesti tanggung pen4gih dan pencuri. Sebelum anak bertambah ramai lebih baik bercerai. MaIangnya saya masih belum bercerai. Tetapi yang meny4kitkan hati emaknya boleh kata jika saya minta cerai saya akan dimurkai Allah dan saya tidak akan dapat civm bau syurga? Habis beban ini sapa nak pikul. Lagi s4kit hati bila emaknya salahkan saya konon saya punca Shazman jadi pen4gih dan pencuri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.