Sejak ibu ayah bercerai hidup kami adik beradik tak menentu macam diIambung 0mbak. Ibu kata ayah tak bertanggungjawab, tak bagi nafkah sampai kami benci pada ayah. Sehinggalah mak suruh kami duduk dengan ayah, saya beranikan diri tanya ayah mengapa ayah tak beri nafkah.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualakum semua pembaca. Saya kenalkan nama saya Sharry, berusia 14 tahun. Ini adalah kisah keluarga saya, kisah kami 3 beradik yang menjadi m4ngsa cerai.
Sejak 5 tahun ibu dan ayah bercerai saya bersama dua orang adik hidup tak menentu, macam diIambung 0mbak, sekejap ke timur sekejap ke barat, berpindah randah dari satu tangan ke satu tangan.
Walaupun ibu dapat hak penjagaan dari mahkamah syariah, tetapi ibu tidak jaga kami sepenuhnya, kami pernah duduk dengan ayah dan nenek. Ketika mereka bercerai saya masih kecil, tak tahu puncanya.
Ibu salahkan ayah kerana tidak bertanggungjawab. Kata ibu lagi ayah ada hubungan suIit dengan perempuan lain. Sejauh mana benarnya saya tidak pasti. Tapi sejak mereka bercerai saya rasa tak sampai tiga tahun penuh kami tinggal dengan ibu.
Sentiasa berpindah – pindah kejap rumah ibu kejap rumah ayah. Tetapi lebih lama di rumah ibu. Selepas itu kami terus tinggal dengan ayah. Saya tak tahu mengapa ibu buat keputvsan tersebut, tapi rasanya kerana ibu mahu ayah bertanggungjawab terhadap kami sepenuhnya.
Bagaimanapun kami suka tinggal dengan ibu sebab dekat dengan sekolah, jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai. Saya pergi sekolah dengan adik, sementara adik kecil ibu hantar ke rumah pengasuh.
Selepas sekolah kami berdua pergi ke rumah pengasuh sambil menunggu ibu datang ambil kami selepas habis kerja. Begitulah rutin hidup kami bertiga setiap hari. Kecuali hujung minggu sekali sekala ibu bawa kami berjalan, jika tidak kami terperap dalam rumah.
Tetapi apabila ibu hantar kami ke rumah ayah. Banyak masalah timbul, sebab rumah ayah jauh dengan sekolah, mengambil masa lebih setengah jam bila ayah hantar naik kereta untuk ke sekolah.
Kami terp4ksa bangun awal pagi bersiap untuk ke sekolah. Masalahnya, adik selalu menangis kerana bangun pagi. Balik waktu senja kadang kala dah malam baru ayah datang. Kata ayah dia sibuk, banyak kerja kat pejabat.
Biasanya kami makan nasi bungkus sebab ayah tak sempat nak masak atau mi goreng apa saja yang sempat ayah beli. Tapi kami tak cerewet pasal makan, tak ada makanan roti dengan air milo pun dah cukup kenyang untuk kami.
Tapi masalah besar yang kami hadapi kalau tertinggal buku harian, pakaian sukan atau sebagainya kami tak boleh balik ambil sebab perjalanan dari rumah ke sekolah memang jauh.
Pernah saya telefon ibu minta tolong ambilkan pakaian sukan yang tertinggal, tapi ibu tak pernah jawab telefon, kalau jawab pun selalunya ibu kata dia sibuk. Pernah juga kereta ayah rosak dan minta ibu datang hantar kami ke sekolah, tapi ibu tak mahu tolong.
Kalau tak boleh hantar tak payah sekolah. Memang tepat hari itu kami tak ke sekolah, ayah pulak terp4ksa ambil cuti hantar kereta ke bengkel untuk baiki. Seperkara lagi, kami bertiga memang takut dengan ibu, sebab ibu garang.
Dia mahu kami ikut segala arahannya. Ibu mahu kami berdisiplin. Kalau buat silap alamat kena bebeI, cubit dan kena r0tan atau kena Iempanglah kami. Segala arahan ibu mesti dipatuhi tak boleh bantah.
Pendek kata dengan satu jelingan saja kami bertiga terp4ksa tutup mulut, kalau menangis mesti cepat – cepat diam. Tak boleh bersuara. Kami takut ibu marah sebab baIasannya lebih teruk lagi, bukan setakat bebeI, peIempang mesti kena.
Kalau kami tinggal dengan ibu, kami tak dibenarkan telefon ayah. Kecuali bila ibu suruh telefon minta duit, barulah kami boleh bercakap dengan ayah. Itu pun tak boleh cakap banyak, apa lagi berbual dan bertanya khabar.
Ibu tak benarkan. Kalau ayah kata ketika itu dia tak ada duit kami jadi m4ngsa dengar Ieteran ibu. Ayah dituduh tak bertanggungjawab, kerana tak bagi duit nafkah. Ketika itu memang kami percaya tuduhan ibu dan sedikit demi sedikit tertanam rasa benci kami pada ayah.
Ketika kami dipindahkan duduk dengan ayah, memang kami tak suka, sebab ayah tak bertanggungjawab. Tapi kami tak berani engkar kehendak ibu. Kami mesti patuh. Tetapi setelah duduk di rumah ayah saya beranikan diri tanya ayah mengapa ayah tak beri nafkah.
Ayah terk3jut. Lepas itu ayah masuk ke bilik tunjukkan pada saya sekeping surat dari mahkamah syariah yang tertulis tidak ada nafkah tertunggak sejak bercerai hinggalah ke saat itu. Saya terk3jut kerana cerita ibu lain.
Sedang kami menyesuaikan diri tinggal bersama ayah selama setahun, ibu buat keputvsan meng3jutkan pindahkan sekolah kami bertiga tinggal dengan nenek di kampung. Walaupun kami menangis, tetapi kami tak berani bantah, kerana itu keputvsan ibu kami terp4ksa ikut.
Selama setahun kami bertiga tidak dapat hubungi ayah. Ketika itu bukan saja adik, malah saya sendiri selalu menangis, kerana ketika itu saya sudah besar dan saya tak suka dengar nenek berleter tak ada duit buat belanja untuk beri kami makan.
Memang betul nenek tak ada duit. Selama ini nenek harapkan bantuan anak – anak. Bila kami tinggal bersama tentu berat tanggungan nenek, sedangkan ibu tak hantar duit, balik ke kampung pun jarang. Sudah tentu nenek marah.
M4ngsanya tentulah kami bertiga. Kata nenek sudahlah dia dah tua dip4ksa pulak jaga cucu, lepas tu tak diberi duit belanja makan macam mana nak hidup? Bila nenek berleter saya rasa macam nak balik rumah ayah, tapi tak ada duit, nak telefon ayah pun tak boleh sebab tak ada telefon. Memang s4kit hati.
Lepas setahun duduk dengan nenek kami bertiga diserahkan kembali kepada ayah. Ketika itu baru terasa lega dan selesa. Agaknya ibu marah sebab ketika itu ayah dah kahwin lagi kerana itu kami dihantar kembali duduk dengan ayah.
Bila duduk dengan ayah, saya tanya ayah kenapa tak bagi nenek duit, kesian nenek terp4ksa tanggung kami bertiga. Terk3jut ayah, kata ayah setiap bulan ayah bagi ibu duit nafkah! Tapi mengapa ibu tak bagi duit pada nenek ibunya sendiri?
Sebenarnya saya tak tahu sampai bila akan berakhirnya episod hidup kami bertiga beradik ini. Adakah kami akan tenang dan bahagia tinggal bersama ayah dan ibu tiri ataupun nasib kami akan lebih susah lagi.
Ataupun kami akan berpindah lagi kembali duduk dengan ibu. Sebab kami tak tahu apa yang ada dalam fikiran ibu dan apa tindakannya. Saya tak boleh bayangkan bagaimana satu hari nanti ditakdirkan ibu berkahwin lagi dan kami dip4ksa tinggal bersama mereka.
Bagaimana sambutan ayah tiri terhadap kami, apakah lebih baik atau lebih teruk lagi daripada ibu sekarang? Oleh kerana saya anak sulung dan perempuan, mestilah menjadi tugas saya mengawasi kehidupan adik – adik lebih terjamin.
Harapan saya kepada ibu dan ayah sayangiIah kami setulus hati. Kerana kami anak ibu dan ayah. Tolong buang perasaan benci, dend4m kesumat yang mungkin tertanam di hati anda.
Kami tak pernah doakan ibu dan ayah bercerai, tetapi mengapa kami jadi m4ngsa kerana perceraian anda. Kami pun ada hati dan perasaan. Kami sedih, fikirlah tentang perasaan kami, anak – anakmu.
Komen Warganet :
Fifi Khloe : Tengoklah wahai ibubapa di luar sana apa kesan perceraian pada anak – anak. Tak kisahlah korang nak cerai tapi jangan libatkan anak – anak dalam konfIik korang. Cuba baca luahan adik ni, kalau ikutkan rakan sebaya dia mesti sedang seronok dengan kawan – kawan tapi dari luahan dia nampak sangat m4tang.
Semoga mak ayah adik sedar kalau tak pun, adik tunjuk je luahan ni dekat diorang. Terutamanya mak adik yang nampak macam pentingkan diri dan tipu tentang duit nafkah yang sepatutnya jadi hak anak – anak.
Izan Ahmad : Kesiannya bila baca luahan dari seorang anak yang berumur 14 tahun. Ini kesan pada anak – anak dibuat macam bola. Ikut suka je nak letak mana – mana. Yang mak tu dah kenapa dapat duit tak bagi dekat anak – anak, siap menipu lagi.
Patut si ayah bila dah tahu yang bekas isteri menipu, janganlah bagi duit tu melalui isteri. Bawa anak keluar seminggu sekali beli barang keperluan diorang. Bagi duit belanja sekolah untuk seminggu terus.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.