Suami bebas nak keluar mana – mana, nak lepak makan dengan kawan pun tak perlu risau hal isteri dan anak – anak. Semua isteri boleh uruskan. Aku ni setiap hari menghadap dinding, pegang penyapu, sidai baju, sental periuk belanga. Itu belum kira baru nak rehat anak – anak dah panjat tarik rambut. Betul, tak tipu aku cemburu…
#Foto sekadar hiasan. Salam kepada semua pembaca setia.
Saya kadang – kadang rasa iri hati, rasa cemburu. Tak tipu, betul saya iri hati dengan suami sendiri, cemburu dengan kebebasan seorang lelaki. Boleh keluar pergi mana je tanpa perlu susah hati.
Ape nak susah, isteri dekat rumah boleh jaga diri sendiri. Anak kat rumah isteri boleh jaga jugak. Kenc1ng ber4k anak isteri kan ada. Rumah bersepah isteri boleh kemas, nak makan pandai – pandailah, duit dah bagi.
Kalau tak masak order online jelah. Suami cuma fokus KEBAJIKAN lain je. Semua isteri boleh uruskan. Suami boleh buat kerja dekat luar dengan tenang tanpa gangguan anak – anak.
Boleh mengeteh, boleh memancing dengan kawan – kawan, boleh makan lepak dekat luar dengan kawan – kawan tanpa mengawal anak – anak yang makan comot dan tak duduk diam. Belum bab tumpahkan air makanan, munt4h semua tu.
Kadang aku cemburu, aku nak gak “me time” . Setiap hari pegang penyapu, basuh, sidai, lipat baju, pinggan, mangkuk, periuk belanga. Hadap dinding rumah, hadap benda yang sama setiap waktu.
Kalau barang – barang dalam rumah ni boleh bercakap mesti dia pun kata dah bosan tengok muka kauuu je! Sebenarnya aku boleh je ikutkan perasaan keluar menghibur hati.
Tapi bila pandang luar aku sendiri tak tau nak ke mana. Aku nak pergi jalan – jalan ke mana dengan bawa anak – anak bila nak keluar berjalan pun angkut gak anak – anak.
Walau kalau aku dibenarkan keluar sendiri pun aku akan berfikir anak kat rumah macam mana. Banyak benda aku pikir.
Kalau jalan dengan anak – anak nanti kalau aku nak pergi toilet dekat Mall siapa nak jaga anak kat luar. Kalau aku shopping siapa nak tolong bawa barang – barang.
Nak keluar dengan kawan – kawan semua bekerja dan masing – masing ada urusan. Akhirnya duduk rumah jelah layan facebook.
Bosan – bosan bukak Lazada, shopee cuci mata sambil ditemani anak yang duk panjat – panjat kita. Tarik – tarik rambut kita walupun dah disikat rapi.
Bila suami balik mendengar pulak cerita str3ss bab kerja – kerja dia, Kita iyakan aje. Nak jaga hati punya pasal kan, dia tak pikir kita punya str3ss kat rumah ni.
Tak pun bukak kasut duk dekat sofa sambung reply wasap HP. Raut wajah isteri langsung diabai. Yelah kan Isteri kan duk rumah je. So tak mungkin ada masalah.
Lama -lama suami pun dah tak boleh beza raut muka isteri yang ada masaIah, yang s4kit, yang penat, yang str3ss. Sama aje muka tu.
Inilah rutin seorang surirumah. Ibarat terpenjara di sangkar emas. Betul !! Orang kata mengadulah di tikar sejadah.
Tapi sebenarnye jauh di sudut hati seorang isteri ingin bersandar pada bahu seorang suami. Ingin suami mendengar masalahnya.
Ingin suami menyapu setiap titik air mata yang jatuh. Ingatlah, isteri itu cuma pinjaman dar iAllah. Jod0h, ajaI, m4ut semua di tangan Allah. Hargailah selagi ada.
Komen Warganet :
Idah Haiqal : Besar peng0rbanan seorang isteri ni. Begitulah rutian harian kita, sampailah anak – anak membesar tapi Alhamdulilah Allah bagi kesihatan plak tu jarang sangat s4kit, demam.
Sebab Allah tahu berat tugas seorang isteri ni. Kalau dapat suami jenis batu memang makan hati. Apa pun sekarang dah bebas daripada semua tu.
Alhamdulillah syukur sangat dah ada masa lepak dan riadah bersama kawan – kawan. Tak ada stress – stress lagi macam dulu.
Izah Pastrys House : Saya pun rutin harian sibuk sangat – sangat tapi tak pandai nak me time sorang – sorang. Selama ni kawan rapat saya anak – anak dan suami. Janggal rasa keluar me time sorang – sorang.
Mesti nak angkut juga anak dan suami. Str3ss tu memang ada di mana – mana pun, kehidupan ni kita yang grafkannya. Sebenarnya mengeluh tu yang mmbuatkan kita penat.
Saya juga ibu anak 5 bakal nak masuk 6 (tengah sarat). Suami k0mand0, sangat sibuk.. Kadang – kadang ditinggalkan berbulan tapi dah lali dah tu.
Awal pagi 5.30 terboyot – boyot dah bangun siapkan breakfast anak – anak sekolah, hantar anak ke sekolah. Kemudian uruskan si kecil kat rumah, berniaga online buat kek.
Tapi saya ni kalau goyang kaki 1 hari rasa macam pelik. Tangan ni nak juga merayap buat kerja. Tak ada kerja cari kerja segala ceruk dalam umah sampai suami kata rehat – rehat la.
Terapi mentaI fizikaI saya mesti buat kerja jugak. Tapi 1 je saya pegang, setiap titik peluh aku keluarkan ini kerana Allah sebab saya tak mahu anak – anak tersangkut dalam pelajaran.
Suami tersekat – sekat susah mencari rezeki sebab bagi saya keIuhan itu menyebabkan hati seperti tak ikhlas. Risau jika itu terjadi perjalanan hidup anak – anak dan suami jadi susah.
Tapi ni anak – anak dah skolah menengah, lega dah rasa. Hujung minggu mereka akan ambil alih kerja – kerja dalam rumah dari masak, basuh semuanya. Anak saya 5 hero, coming soon juga mungkin hero, Alhamdulilah.
Walau apapun setiap kisah kehidupan kita semua berbeza, prinsip juga berbeza. Mudah – mudahan tt sentiasa berfikiran poositif. Tetapkan matlamat serta diberi kesabaran yang tinggi, hadapi dengan tenang.
Insyallah kita sentiasa berlapang dad4 dan bersangka baik dengan setiap apa yang Dia aturkan, insyallah.
Shahpka Zaril : Saya seorang suami. Saya keluar dari pagi balik pun kadang – kadang isteri dan anak saya tidur. Setiap kali saya ada masa saya balik walaupun 30 minit jer masa. Balik bantu isteri saya angkat baju, lipat baju, jemur baju.
Apa saja yang saya boleh buat dalam tempoh yang saya ada asalkan dapat membantu isteri saya. Lepas tu keluar balik bekerja.
Setiap kali malam lepas dia tido saya akan tengok muka dia, nampak keletihan.. Tapi apa boleh buat, semoga baIasan syurga buat isteri saya.
Farisha Sacha : Me time untuk suri rumah macam kita ni kena yang simpe n easy je.
Contoh : Bangun seawal 5 am tarik nafas, bancuh coffee (minuman kegemaran)
Ambil masa 10 hingga 20 minutes untuk enjoy the coffee, sambil tu niatkan dalam hati, hari ni nak layan suami dan anak – anak baik – baik.
Nak kemas rumah cantik – cantik, lepastu mandi, rapikan diri, solat subuh duduk lama sikit dekat tikar sejadah zikir berdoa. Niat lagi sekali nak buat yang terbaik, walaupun kita hanya surirumah macam – macam hal boleh jadi kan.
Pakai cantik – cantik dekat rumah, lepastu barulah mulakan rutin harian sebagai isteri. InsyaAllah mood akan ok sebab kita ada luangkan masa untuk diri kita dulu.
Hujung minggu bgtau kat suami siap – siap nak gi jalan. Masa gi mall tu mintak suami jagakan anak kejap sementara diorang gi main ke apa ke.
Kita pergiIah cuci mata dan shopping sekejap. Suami pun janganlah lepas tangan je, memang str3ss la bini tu.
Kekanda Pewaris Salasilah : Bagus coretan hati ni. Semoga terbukak hati suami – suami yg membaca untuk lebih menghargai isteri..
Terutama yang memegang jawatan HOUSE MANAGER. Pada isteri-isteri, harap dapat print dan tampal keseluruhan coretan ni di dinding bilik utama anda. Untuk peringatan suami masing – masing jika terlupa.