Saya panggil polis untuk halau tukang masak sbb dia berskandal dgn suami. Tapi mereka tak berdiam diri

Bila tukang masak lari, suami saya pun hilang. Sebab kekasih dia takde permit. Tapi mereka tetap ganggu saya dekat kedai. Saya nekad cari mereka sampai ke rumah sewa. Di rumah itu saya jumpa banyak barangan milik saya. Jam, gelang emas, beg tangan, bag pakaian dan kain baju saya…

#Foto sekadar hiasan. Saya tahu bukan saya seorang sahaja ibu tunggal yang diceraikan dengan hutang keliling pinggang, ada ramai lagi senasib saya yang diani4ya oleh bekas suami. Oleh itu jangan biarkan kami masuk hospitaI mentaI kerana masalah ini, tolong nasihatkan kaum lelaki yang tak bertanggungawab itu supaya beri nafkah setelah ceraikan isteri.

Duit nafkah bukan untuk bekas isteri, tetapi untuk anak – anak makan dan belajar. Lebih meny4kitkan hati bekas suami tinggalkan kami hutang lebih seratus ribu dengan bank kerana suruh jadi penjamin untuk dia buat bisnes.

Bila bisnes maju, dia enjoy dengan kekasih, buat skandal, bila duit habis bisnes tutup dia suruh kami bayar hutang? Inilah jenis lelaki eg0. Kalau ada ‘jantan’ ini berbohong di mahkamah konon tak ada duit atau tak ada kerja, maka jadi tanggungjawab ibu bapa hulurkan bantuan untuk cucu – cucu keturunan mereka ini.

Kalau ibu bapa juga tak mampu, maka jadi tanggungjawab adik beradik si ‘jantan’ ini untuk bantu, bukan larikan diri dan berbohong ketika kami hantar surat saman supaya hadir ke mahkamah. Saya berkahwin lebih 15 tahun dengan suami saya, masa sama – sama bekerja.

Keb0dohan saya, begitu juga ramai wanita lain, suka sangat bantu suami kalau tak ada duit. Dek kerana selalu sangat dibantu, maka tanggungjawab keluarga terserah ke bahu saya. Nak jadikan cerita, pendapatan saya jauh lebih banyak daripada suami saya, maka bertambah manjalah si suami ini sentiasa minta duit.

Tambah – tambah waktu dapat gaji, dapat bonus, dapat kenaikan gaji dan ketika dapat tuntutan perjalanan, waktu itulah dia kata, ‘Pinjam duit!’ Bila saya tanya mana duit gaji abang, dia mula membilang perbelanjaannya, kononnya banyak komitmen tapi tak pernah tunjuk resit.

Nak jadikan cerita, dia pernah dengar ayah saya sering puji saya kerana beri ayah duit setiap bulan, dia mula mendakwa saya patut dulukan keluarga sendiri bukan bantu emak ayah. Pandai dia berceramah, tetapi tanggungjawab sendiri zero.

Satu hari suami saya buka mulut nak buat bisnes, katanya kalau nak harapkan gaji tak sampai ke mana. Malah setiap tahun gaji saya yang bertambah. Oleh kerana syarik4t tempat dia bekerja tawarkan vss kepada sesiapa nak berhenti, dia pun sambar tanpa pengetahuan saya.

Bila dapat duit, dia kata nak buat bisnes. Saya tak yakin, saya nasihatkan dia simpan, katanya duit dalam tangan cepat habis. Dia tetap teruskan niat buat bisnes. Akhirnya dia buka restoran. Pening kepala saya sebab dia bukan tahu nak buat budjet.

Oleh kerana dia mahu saya sokong projeknya, dia cadangkan saya yang buat kira – kira perbelanjaan kedai. Setahun dua memang dia jujur dan percayakan saya, tapi masuk tahun ketiga dia tak mahu saya masuk campur. Macam – macam alasannya.

Akhirnya terbongkar cerita dia ada skandal dengan tukang masak. Punyalah low class tukang masak pun dia sapu. Saya tersedar bila terbaca surat amaran pemilik kedai mendakwa hutang sewa tertunggak! Mak oii lebih 40K!

Terk3jut beruk saya. Peliknya 7 bulan tak bayar sewa owner tak bertindak! Patutnya 3 bulan dah boleh halau keluar. Katanya dia bayar sikit – sikit. Tu tak masuk hutang gas memasak, hutang bahan memasak, bahan basah di pasar dan lainnya.

Lebih terok patutlah ramai tukang masak lari sebab tak bayar gaji, dan gaji tertunggak. Bila saya banyak soal, berlaku berg4duhan. Keadaan jadi gawat dia lari tinggalkan rumah beberapa minggu hingga berbulan – bulan. Maka saya bantu sebab nak bayar hutang.

Saya minta bantuan pinjaman mertua, mertua kata tak ada duit, adik beradik ipar cakap lebih teruk, kalau dah tak berduit tutup bisnes, mak aku bukan ada lombong emas?’’ Berdesing telinga, tapi bisnes dan hutang ini bukan urusan saya, ini kerja anak beranak mereka.

Akhirnya saya pinjam bank selesaikan sikit – sikit hutang, bila restoran berjalan baik 5 bulan kemudian dengan muka tak malu dia kembali di restoran. Pura – pura buat baik nak tolong saya dan minta maaf. Ini macam punya orang pun ada.

Tetapi dalam hati saya terdetik ke mana dia menghilang selama lebih 5 bulan? Nak jadikan cerita masuk bulan ke-5 owner hantar surat bangunan hendak diubah suai dan perniagaan terp4ksa ditutup. Maka saya ambil keputvsan nak buat bisnes di kedai lebih kecil, sebab saya perhatikan pekerja dan tukang masak baik dan amanah.

Kali ini syarik4t atas nama saya sebab nama suami saya kena senarai hitam. Ketika saya sibuk bekerja saya amanahkan kepada pekerja untuk tengokkan bisnes. Tetapi suami saya buat hal, masih nak kutip duit. Bila saya datang dia keluar, bila saya bekerja dia datang ke kedai.

Perbuatannya mengganggu pekerja dan tukang masak. Satu hari pekerja dan tukang masak beritahu nak berhenti, sebab ada tukang masak baru. Siapa? Tanya punya tanya rupanya si tukang masak baru kekasih suami saya.

Tukang masak saya nak berhenti sebab duit banyak hilang. Dan dia tak mahu dipersalahkan nanti. Saya suruh suami saya berhentikan pekerja dan tukang masaknya, dia mengelak, sebaliknya si tukang masak lebih kuat bersuara konon dia lebih pandai masak.

Sebulan mereka masuk campur saya tak dapat duit untuk jelaskan hutang bank. Akhirnya saya terp4ksa gunakan bantuan polis halau tukang masak dan pekerja suami saya. Sebab kedai itu atas nama saya. Bila kekasih hilang, suami saya pun hilang.

Sebab si tukang masak ni tak ada permit. Oleh kerana mereka terus ganggu kedai saya, maka saya cari mereka sampai ke rumah sewanya. Di rumah itu saya jumpa banyak barangan milik saya seperti jam, gelang emas, beg tangan, bag pakaian dan kain baju saya.

Rupanya rumah itu juga jadi rumah kedua suami saya. Selama ini dia melarikan diri dia duduk dengan kekasihnya! Bila berlaku pertelingkahan maka suami lafazkan cerai anak – anak jadi saksi, sebelum ini dia pernah lafazkan cerai melalui whatsapp, saya tak tahu sama ada sah atau tidak, bila kami sering bertengkar melalui whatsapp.

Setelah bercerai saya sering terima banyak surat hutang. Saya tunjuk pada emak mertua supaya dapat membantu, tetapi maIangnya saya pulak dituduh buat hutang dan salahkan anaknya. Puas saya buktikan tetapi mereka langsung tak percaya.

Itu bab hutang yang berjumlah lebih 150K yang dia tak mahu bayar, bila saya tuntut di mahkmah saya disalahkan sebab tak ada bukti, sedangkan hutang itu suami yang suruh buat pinjaman. Saya tuntut nafkah anak – anak pun tak dapat sebab dia tak pernah datang.

Bila saya tuntut supaya suami saya dipenjarakan, mahkamah pulah buat hal. Kata tak jumpa suami saya maka tak boleh serahkan saman, suruh saya sendiri hantarkan, tapi suami saya tetap tak hadir. Dia tak takut sebab kenal ramai orang politik dan kenal orang dalam mahkamah.

Sudah berberapa kali saya ke mahkamah, guna khidmat peguam bela, dia pun suruh saya bersabar, malah si peguam ni tak berani bercakap dengan hakim. Rasanya kalau beginilah caranya maka ibu tunggal takkan berjaya ke mahkamah, sebab dari awal ditindas hinggalah ke mahkamah anda tak boleh bersuara.

Lebih pelik, peguam suruh saya bayar ansuran rumah. Lepas tu boleh cakap suami dapat 50% hak atas rumah ini kalau saya jual, sedangkan rumah baru setahun saya beli. Mana adilnya? Cuba fikir? Kesimpulannya saya nasihatkan ibu tunggal kalau ke mahkamah tak payah guna peguam, bela diri sendiri.

Duit selamat hati tak s4kit? Kalau ada anak perempuan nasihatkan dia jangan sayang suami sepenuh hati, tetapi hati – hati, sebab selagi suami tak jumpa ‘orang baru’ maka dia suami anda, tapi setelah jumpa orang baru, anda akan ditinggalkan. Jadi hati – hati supaya tidak ditinggalkan dengan hutang sampai m4ti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.