Saya bersumpah mertua akan dapat baIasan yang sama. Sekarang dia merayu minta saya tolong jaga dia di hospitaI

Saya balik dari hospitaI jaga ibu saya yang s4kit, tak mampu bergerak tapi mak ayah mertua marahkan saya. Mereka tak suka saya jaga ibu kandung sendiri. Saat itu saya meng4muk, saya bersumpah mertua akan dapat baIasan yang sama. Saat ini, semua anak – anak tak nak jaga mak mertua di hospitaI..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Mak ayah, saya maafkan mak ayah. Saya minta maaf, saya cuba ikhlas. Sedikit intro, saya seorang isteri, pengurus rumah tangga, seorang ibu kepada 3 orang anak soleh solehah, insyaAllah aamiin.

Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang sangat, baik, bertanggungjawab, memahami. Luahan lebih berkisar pada ibu bapa mentua. Kelahiran anak sulung sangatlah membahagiakan. Alhamdulillah, anak sulung berumur 8 bulan, saya disahkan hamil lagi.

We both were very excited. Si abang akan ada kawan. Tapi mak mertua agak tidak senang, diperli dimarah sebab tidak merancang. Kami senyum. Suami banyak tenangkan saya. Kami pekakkan telinga, tabahkan hati.

Sepanjang kehamilan langsung tidak bertanya khabar. Bila lahir pon endah tak endah. Its okay. Alhamdulillah abang dan adik jadi best friend. Macam kembar. Pendekkan cerita, bila anak kedua dah masuk usia 2 tahun, saya hamil lagi.

Suami cakap tak payah bagitahu mak. Saya kurang setuju. Macamana pun tetap kena hormat, kena bagitahu. Sampai bila nak sorok? Akhirnya, masuk usia kandungan 4 bulan suami telefon mak untuk beritahu berita kehamilan. On loudspeaker.

Mak bagitahu suami dia nak carikan ubat akar kayu bagi saya minum, lepas ni dah tak boleh hamil lagi dah. Kiranya manduI terus laa. Kami terk3jut, tak sangka keluar kata – kata tu dari seorang ibu, guru quran, hajjah! Saya nangis, istighfar.

Suami bagitahu mak, bagi je ubat tu kat anak perempuan mak, jangan rosakkan anak perempuan orang. Off panggiIan. Hmmmm. Alasannya takut anak lelakinya susah, saya tak bekerja. Sedangkan suami saya mampu, suami saya berniaga.

Kami hidup sederhana walaupun mampu untuk bermewah. Suami bukan jenis show off. Sekali lagi kami pekakkan telinga, sabarrr. Rezeki Allah dah tetapkan. Yakin! Di mata anak – anak menantu lain, saya adalah menantu kesayangan sebab selalu dipuji mak. Suami adalah anak kesayangan. Patuh, taat.

Setiap kali balik kampung suami tak pernah tinggalkan saya bersendirian dengan mentua, bimbang diperli, dik4ta macam – macam. Di depan suami, memang mak tak pernah mengata, tapi bila suami tak ada, macam – macam disoalnya.

Tak pernah miss suruh makan perancang. Senyum lagi.. peace mak! Alhamdulillah, anak – anak kami sekarang dah besar, sihat, cerdik, paling menghorm4ti orang tua. Yang bongsu dah masuk 3 tahun. Alhamdulillah, guru – guru semua puji sebab tak banyak pe’el, bijak.

Saya tunaikan janji pada diri sendiri untuk didik anak sebaik mungkin. Seawal 3 tahun anak – anak pandai membaca. Usia 7 tahun si abang dah khatam al-Quran. Insya’Allah adik – adik bakal menyusul. Semasa pkp, keluarga saya diuji.

Kami terp4ksa balik kampung, sebab perniagaan kami tak mampu surv1ve dengan kos hidup bandar. Kami pindah ke kampung, tinggal menyewa. Mak ayah tinggal di daerah lain. Untuk pengetahuan, kami asal dari kampung sama.

Rumah ibu ayah kandung saya jarak satu kampung dengan rumah kami sekarang. Semasa awal pkp 1, ibu kandung saya diuji s4kit jantung. Mak ayah pulak terkandas di kampung, tak boleh rentas daerah untuk balik ke rumahnya di daerah M.

Sepanjang ibu di hospitaI saya yang menjaga ibu, suami yang sangat baik ni lah yang hantar dan ambil saya di hospitaI. Berkali – kali saya minta izin redha suami untuk saya jaga mak yang lansung tak mampu uruskan diri. Suami redha, dan izinkan.

Rupa – rupanya mak ayah tak berkenan. Diperlinya saya. Hari – hari ke hospitaI kata mereka. Saya senyum. Padahal saya tak pernah abaikan tugas saya di rumah. Sebelum ke hospitaI, saya siapkan sarapan, tinggalkan mak ayah dengan perut dah terisi.

Anak – anak pula ditinggalkan di rumah bersama tokbaba (ayah saya). Langsung tidak mahu membebankan mak ayah. Bila tengahari, saya balik rumah dan memasak untuk makan tengahari mereka. Kadang – kadang suami beli lauk siap, saya hanya masak nasi.

Keperluan mereka tiptop saya dan suami jaga. Pada suatu hari selepas balik dari hospitaI, saya dimarah sebab seharian di hospitaI. Saya penat, str3ss. Mak ayah seolah olah cemburu saya jaga ibu. Saya meng4muk pada suami, saya str3ss.

Inilah masanya saya nak berbakti pada ibu, jika ini saja peluang yang Allah bagi, saya nak buat sehabis baik. Suami tenangkan saya. Saya sumpah, bila mak ayah s4kit, mereka akan rasa apa yang saya rasa. Saya pasti mak ayah dengar luahan saya pada suami.

Berlalu zaman pkp. Sekarang mak ayah diuji dengan k0ov1id . Ayah tinggal di rumah abang ipar. Mak pulak terp4ksa warded sebab k0ov1id , jangkitan kuman. Menangis – nangis mintak temankan dia di hospitaI. Saya cakap kat suami, saya tak mampu, saya takut tak ikhlas.

Biarlah anak – anak mereka yang berk0rban. Anak – anak perempuan saling menolak dengan alasan kerja. Minta saya yang suri rumah ni jagakan mak di hospitaI. Maaf.. Saya tak nak seharian di hospitaI, mak ayah kan marah.

Maaf mak, ayah. Saya tak mampu. Hari ni saya sujud pohon ampun dari Allah atas khilaf saya, saya minta Allah ikhlaskan hati saya. Dalam sujud, saya cakap, “mak, ayah. saya dah maafkan mak ayah”. Dan hari ni saya sedia ke hospitaI, untuk bersihkan badan mak, jaga mak sepertimana saya jaga, belai ibu kandung saya semasa ibu tak mampu bergerak. Terima kasih Allah untuk ujian dan pengalaman. – Menantu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hannah Johary : Assalamualaikum Menantu, MashaaAllah menitik air mata baca ni. Don’t worry sis. Teruskan apa yang sis buat. Mengandung bersalin. Jaga mak di hospitaI. Jaga in laws. Anak – anak dan suami tak terabai.

You are doing sooo great and you are sooo strong. Sis sangat kuat physicaIIy and mentaIIy, kerana itu ujian sis banyak bermain di em0si dan perasaan. Jauh lagi nak sampai ke final lap. Tapi sis dah menang jauh, Allahu akbar.

Kuatkan em0si dan perasaan sis. Kumpulkan keikhlasan buat kali ini, dan teruskan melangkah. Allah sees and Allah knows. Allah bersama – sama dengan orang – orang yang bersabar. Dan Allah akan selalu dengan sis.
You have my prayers. Every bit of it. InshaaAllah hidup sis akan sentiasa senang dan bahagia. Hugs!

Dayang Nursyahirah : Kita semua kena ubah mentaliti, buang jauh mentaliti anak perempuan setelah kahwin terus lepas tangan dekat mak dengan ayah kandung sendiri. Time to step up our thinking. Tanpa mak dan ayah sendiri kita takkan ada di muka bumi ni and berkahwin dengan anak dari family lain.

Kudos to the confessor. You and your husband have set a good example. Be a great team player to each other. Selagi you and your husband in the game together, inshaAllah Allah mudahkan urusan kalian.

Noor Izrain : Tahniah, awak berjaya mengikhlaskn diri akhirnya. Juga buat suami awak. Inilah masa awak tunjukkan pada mereka, yang awk buat perkara yang sama seperti awak buat untuk mak ayah awak. Saya percaya awak buat ni pun sebab suami awak sangat memahami perasaan awak serta menjaga kebajikan mak ayah awak.

Semoga awak mendapat pahala yang berganda bila berbakti pada mereka tapi letaklah limit sebaik – baiknya supaya anak – anak mereka yang lain turut mengambil peranan. Mudah – mudahan mak mertua akan berubah selepas ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.