Saya bawa buah tangan pisang goreng dan ubi keledek. Mertua h1na saya miskin hidang makanan murah untuk dia

Sebelum ni kalau mertua datang rumah saya, penat kerja macamana pun saya akan masak sedap – sedap, belanja makan luar, belikan dia macam – macam. Tapi sebab saya daripada keluarga miskin, dan saya miskin berbanding menantu perempuan lain saya dih1na. Gaji saya hanya 8K dan saya kerja swasta..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sudi post kisah saya. Nama saya Aily, berumur 33 tahun. Saya sudah berkahwin selama 7 tahun dan dikurniakan 1 orang anak lelaki. Suami s4kit kr0nik tetapi masih bekerja sebagai pegawai kerajaan manakala saya bekerja sebagai pegawai bank.

Dijadikan cerita, diawal perkenalan dan perkahwinan dengan suami, gaji saya agak sedikit yelah baru graduate and umur sekitar baru 23 – 27 tahun. Sekarang berumur 33 tahun tentulah gaji lagi besar. Mak mertua sejenis kuat mengumpat anak menantu jiran tetangga saud4ra mara.

Tiap kali balik kampung WAJIB dengar dia canang sesiapa pun yang terlintas di kepalanya. Bapa mertua dah lama meninggaI. Mak mertua rajin solat dan kuat baca quran. Saya tahu mak mertua memang tak suka saya sebab suka menyindir bab duit and yes we got the vibes kan.

Tapi saya bersabar je la, anak dia pegawai kerajaan je bukan businessman banyak duit hehe. Pertengahan tahun ni mak mertua ambik maid melalui agent berlesen, 2 bulan selepas tu mak mertua datang ke KL dengan maid tu sebab ada appointment di IJN,

Maid tu tinggal di rumah saya dan meluah menangis s4kit hati dengan mertua kerana terdengar mertua fitnah macam – macam kat maid tu dan lain – lain (banyak lagi tapi takde kaitan dalam story saya ni). Dan akhirnya, maid tu cerita apa yang mertua umpat berkenaan saya, untuk pengetahuan, saya dan maid tu baru hari pertama jumpa dan maid tu tahu A-Z pasal saya suami dan anak termasuk la keluarga saya.

Saya nak listkan apa mak mertua saya fitnah dan umpat :

1. Saya kahwin dengan suami sebab nak pencen kalau suami saya m4ti tentu saya happy. Walhal, suami dapat kemudahan 1st class private hospitaI hasil daripada company saya (insurance for dependent). Itupun saya p4ksa suami ke hospitaI SETIAP kali s4kit sebab dia diallysis patient, diab3tic, high bIood pressure.

2. Saya keluarga miskin, jauh beza dengan menantu perempuan lain yang kaya dan gaji lebih besar. Untuk pengetahuan, biras – biras tu jauh lebih tua daripada saya 10 – 12 tahun mestilah lagi banyak gaji.

3. Waktu suami admit kat hospitaI baru – baru ni, saya bawak pisang goreng dan ubi keledek untuk suami saya, mak mertua kata saya miskin takde duit beli makanan murah hidang kat dia dan adik beradik ipar husband. Untuk pengetahuan, takde niat langsung nak beli makanan untuk family suami sebab focus saya kat suami bukan orang yang melawat.

4. Saya hasut suami supaya tak rapat dengan mertua dan suami saya tu konon b0doh ikut cakap saya. Saya juga hasut anak saya tak rapat dengan mertua.

5. Saya suruh suami beli kereta besar pakai duit suami padahal saya nak beli kereta lebih besar bayar pakai duit saya.

6. Saya berhias selama ni pakai duit suami padahal suami tiada bagi duit nafkah pun saya tak nak sebab saya bekerja.

7. Habis diumpat anak buah saya rosakkan mainan anak saya padahal anak saya lasak budaknya.

8. Dia ungkit bagi angpau banyak kat anak saya, macam lah keluarga saya tak bagi angpau.

9. Saya dengki kat anak buah suami sebab tu saya puji – puji budak tu. Anak buah suami tu anak orang kaya mestilah cantik tak macam saya anak orang miskin.

10. Maid tu tolong saya kat dapur mertua marah dan kata, “kenapa tolong dia bukan dia bayar gaji kamu”, “iron baju anak saya je jangan bini dia”

Maid tu dah bertukar majikan dan tidak lagi bekerja dengan mertua bertahan 3 bulan sahaja. Maid tu pernah bekerja di singapore jadi maid tu professional tapi culture sh0ck dapat majikan macam mertua yang jahat mulut.

Selepas kejadian, saya menangis teruk dan cerita kat suami. Alhamdulillah suami memahami. Saya dah cakap kat suami saya tak akan jumpa mak mertua lagi dah alang – alang mak dia pun memang benci saya selama ni. Suami saya faham dan akur. – Aily (Bukan nama sebenar)

Sambungann.. Sambungan daripada tu saya nak bagitau yang saya takde balik kampung suami dah tapi saya kata kat suami, “kalau awak nak balik silakan tu mak awak d4rah daging awak syurga awak, tapi maaf saya tak akan jejak kaki ke sana sebab saya makan 1 kuih pun kena umpat”.

Suami ada balik baru – baru ni, saya dan anak tak ikut pun, saya memang tawar hati. Sebelum ni kalau mertua datang rumah saya, penat kerja macamana pun saya akan masak sedap – sedap, belikan roti favourite, belanja makan luar sedap – sedap, belikan pokok bunga dia suka dan macam – macam lagi.

Tapi sebab saya daripada keluarga miskin, dan saya miskin berbanding menantu perempuan lain (walaupun gaji saya sekarang around 8k), saya tetap jadi bahan kejian sindiran. Tetap ada mentality kerja swasta tak gaji banyak macam government haha.

Untuk pengetahuan, terlalu banyak lagi mertua umpat tapi saya malas nak taip semua cuma saya terlupa nak share yang kami sekarang tinggal rumah condo suami beli waktu belum kenal saya lagi. Tahun lepas kami beli rumah landed RM928K dan akan siap pada tahun 2024.

Rumah tu joint loan bersama suami tu pun sebab suami yang nak rumah landed dan suami letak nama saya sorang dan terus terang saya terlalu happy sebab saya tau apa – apa jadi kat suami, mertua dan ipar – ipar saya akan f1ght habis – habisan untuk dapat sesen pun..

Tapi tiap kali waktu suami masuk hospitaI family member takde plak tanya khabar. Saya sangat terkilan. Saya tahu kalau rumah tu suami tak letak nama saya sorang, memang saya akan senasib dengan kes yang tengah femes pasal balu seorang artis.

Walaupun anak saya lelaki tetapi mertua tetap ada bahagian faraid kan. Suami bagitau keluarga dia yang kami beli rumah tu tapi mertua tidak happy. Ada je nak c0ndemn yelah dia akan fikir bahawa saya yang p4ksa beli dan akan senang kalau suami m4ti.

Dia kan sejenis busuk hati walhal saya bayar separuh harga rumah tu. Hari tu terp4ksa saya explain, “sebenarnya mak, rumah tu… (nama suami) yang nak beli sebab dia segan la kawan – kawan sebaya dia dah ada rumah landed, saya mana – mana je la ikut je”.

Mertua jawab “oh yeke” muka percaya tak percaya. Dalam hati saya, “why i should explain this to her???”. Selepas tau kami beli rumah tu, tiap kali jumpa mertua, dia akan sindir saya dengan cara menggunakan nama orang lain.

Contohnya, jiran depan rumah kem4tian suami kedua – duanya doktor government hospitaI. Kemain mertua canang waktu bini arw4h tu kahwin baru, siap cakap, “tak malu la laki baru tu tinggal rumah besar tu ambik hak orang (yang m4ti)”

“untung laki baru tu pakai kereta perempuan tu yelah laki muda kan kereta laki tu kereta buruk biasa je sebelum ni,” “kesian arw4h tu penat carik duit kumpul aset orang lain merasa.”

Haha padahal bini arw4h tu pun berduit, doctor jugak. Haishhhh.. persoal jodoh orang plak tu. Yeee tu la salah satu ayat mertua nak sindir nak bagitau kalau anak aku m4ti tentu menantu (aku) buat benda sama. Sehingga kini, saya akan nangis malam – malam kalau terrrringat kata – kata mertua sebab tak sangka la kita buat baik selama ni sayang ikhlas tapi dibenci dih1na difitnah.

Saya berdoa moga Allah mampu lembutkan hati saya maafkan mertua saya tu. Mertua tu kuat solat mengaji moga diterima la amalan berliau teruk sangat per4ngai kuat mengata orang keliling. – Aily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rabiatul Adawiyah Mohd Rosli : Aku senang, apa – apa aku cakap awal – awal yang Mak Ayah aku bagi. Kena bagitahu sebab banyak mulut jahat, mata hasad. Suka tuduh perabihkan duit suami. Bukan berlagak tapi nak bagitahu.

Ada satu kes tu, merata mentua canang menantu memacam cakap kesian anak lelaki isterinya hanya tahu habiskan duit jer. Asyik ikut kehendak isteri katanya. Sekali terbongkar rahsia yang anak lelaki sendiri satu apapun takde harta.

Rumah, kereta semua Mak Ayah isteri bagi. Pergi holidays pun Mak Ayah isteri sponsor. Kan dah malu sendiri. Beriya kan canang konon menantu buruk. Sekali memang padan muka lah.

Nurul Millah : Bermentua / beripar ni selagi tak memud4ratkan em0si dan fizikaI kita, haruslah sayang / hormat dia macam keluarga kita. Kan kita kahwin dengan anak diakan. Bahagia sangat kalau mereka ikhlas terima dan sayang kita.

Tapi, mereka ni manusia biasa, macam – macam pe’el. Yang berkarat berkhasad dalam hati tu payah kita nak telek. Kadang – kadang depan macam okay, tapi, belakang menjaja dan mengata citer buruk kita. Citer yang direka – reka pulak tu, sebab nak nampakkan buruk kita.

Kalau dapat yang jenis t0ksik macam ni, just rest ur case. Takyah ambil pusing dah. Takyah g4duh – g4duh. Rasa takleh jumpa, takyah jumpa. Biarlah anak dia sahaja yang berbakti kepada dia. Kita kene sedar diri juga, menantu tetap menantu, orang luar tetap orang luar. Ketap bibir jalan terus. Jaga rumahtangga kita elok – elok.

Saifudin Nadia : Aku ni kalau da gaji 8k sebulan aku da tak heran orang suke aku ke tak. Aku memang asyik pk tiap – tiap bulan nak spend duit beli makanan best – best pergi tempat best – best je.. Paham tt ni hati lmbut.. aku dulu pun gitu tapi lepas tanamkan dalam hati sikap pergi ma**0s la orang buat kite ni hidup aku lebih tenang.

Cuba la.. bak kata suami selagi tak serumah hal – hal macam tu just abaikan je. Yang penting tt la kena ubah sikap. Jangan lembut hati dan mudah terasa. Kalau tak ubah memang makan hati sesaje la. Ni pendapat aku tau. Jangan terasa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.