Mak bapak umur 80 tahun masih sihat tapi kakak2 dah sibuk bahagi harta. Yang peliknya mereka kaya, simpanan berjuta

Satu hari tu, tiba – tiba kakak aku tanya berapa duit simpanan bapak dalam bank. Aku cakap lah tak banyak pun, tak sampai 100k. Dia punya terk3jut sebab dia ingatkan ada setengah juta dan mereka dah bincang pun cara nak bahagi duit setengah juta tu!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku kenalkan diri aku sebagai Chempaka, umur hampir 40, masih bujang, wanita, bekerja professional dan merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik.

Mak ayah aku alhamdulillah masih ada, adik beradik semua dah tua (50-an ke atas). Aku cuma nak luahkan perasaan sedih dan geram di sini berkenaan tamakkan harta mak bapa aku. Kami 6 beradik, 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Mak bapa aku dah berumur 80-an tapi masih sihat, alhamdulillah. S4kit – s4kit sendi tu biasalah, s4kit orang tua. Cuma aku perasan, sejak akhir – akhir ni, 2 orang kakak aku ni asyik sebut je pasal harta mak bapa aku. Pasal rumah mak ayah aku, duit simpanan mereka dalam bank, kereta bapa aku.

Kakak – kakak aku ni kalut sangat nak tentukan siapa yang akan dapat rumah dan kereta. Siap dah tetapkan awal – awal rumah tu nanti nak bagi kat sapa. Siap tanya aku, aku nak ke rumah tu? Kalau aku tak nak, dorang nak bagi kat abang aku yang tak berapa hidup senang tu.

Ikutkan mak aku pernah cakap nak aku yang jaga rumah tu sebagai pusaka. Tapi 3 kakak aku ni kalut sangat nak tentukan sendiri rumah tu siapa yang ambil. Aku ya kan saja sebab malas nak layan giIa mereka ni. Soal duit mak bapa aku plak, baru – baru ni salah sorang kakak aku tanya aku, berapa duit simpanan bapak aku.

Sebab kena bahagikan nanti bila bapak aku takde. Adoiii!! Dia cakap dia syak bapak aku ada ratusan ribu dalam simpanan. Aku jawab, tak banyak pun. Nak bahagi pun tak berbaloi sebenarnya. Jadi kakak aku ni terk3jutlah, sebab dia ingat duit bapak aku ni banyak sangat sampai beratus ribu ke.

Dia dengan kakak – kakak yang lain dah siap – siap fikir rupanya macam mana nak bahagikan duit tu, cuma mereka selama ni sangka duit tu ada dekat setengah juta. Rupanya tak sampai 100 ribu pun. Berkenaan rumah pulak.

Sorang kakak aku ni depan – depan bapak aku dia cakap nak bagi rumah tu kat abang aku nanti, bila mak bapak aku takde. Bapak aku tanya, kenapa nak buat keputuusan macam tu? Bapak aku nak abang aku tu berdikari sendiri.

Yelah, dari muda sampai ke tua pun masih harapkan orang tolong dia. Kakak aku baIas balik, nanti rumah tu takde siapa nak jaga. Abang aku sorang tu je yang ada. Yang aku s4kit hati tu, kau dah kenapa cakap macam tu depan bapak pasal harta dia sedangkan bapak elok masih hidup ni.

Kau tunggulah kemudian. Lainlah kalau bapak sendiri yang bukak mulut pasal nak bahagi harta. Kalau ikut hati aku, nak jual je rumah tu. Bagi abang aku duduk laki bini pun, nanti rumah rosak ke apa ke, dia asyik call adik beradik, guna ayat simpati dia, minta duit tolong repair. Baik jual je rumah tu.

Tapi sebab aku ni bongsu, suara aku tenggelam. Orang taknak dengar. Mak aku selalu pesan dekat aku. Bab harta ni, adik beradik pun boleh berbalah. Mak aku selalu pesan supaya aku doa banyak – banyak, baca surah al-Kauthar hari – hari, supaya adik beradik aku ni tak buat naya kat aku.

Jujur, aku jadi takut tengok per4ngai kakak – kakak aku ni. Lain macam tamak, sedangkan mereka dah hidup senang lenang, duit simpanan juta – juta, aset rumah besar. Bukannya orang susah sampai tak berduit. Ada yang hari – hari solat sunat, baca Quran pun, bila bab harta, terus jadi giIa.

Masa ni aku nampak sendiri busuknya hati mereka macam mana. Aku jadi takut pulak dan sekarang perlahan – lahan jauhkan diri. Aku hidup sendiri, jauhkan diri daripada per4ngai t0xic mereka ni. S4kit hati bila mereka layan mak bapak aku macam tu sebab harta.

Depan – depan mak bapak yang masih hidup, sibuk tetapkan pasal harta mereka. Lepas tu, acah – acah minta ampun pula. Kat belakang, sebut lagi pasal harta berkali – kali. Tepuk dahi, kerut muka aku dibuatnya. Jadikan ini pengajaran buat kita.

Aku memang angkat tangan dengan mereka ni. Aku usaha buat side income supaya mampu kumpul harta sendiri saja. Aku tak mengharapkan harta dari mak bapak aku. Aku tak nak jadi giIa macam mereka. Nauzubillahi minzalik. – Chempaka (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, pesan pada ayah / mak, samada buat wasi4t / hibah siap – siap atau biarkan guna faraid tentukan siapa patut dapat apa dan banyak mana. Tak perlu fikirkan sekarang. JANGAN sesiapa memandai mandai minta ayah tukar hak milik itu ini kepada sesiapa pun anak – anak dia.

Hibah pun buat hibah bersyarat (jika dah meninggaI baru dapat), jangan hibah dapat terus (rasanya ada term gitu, semak yer). Ada kes anak – anak lupa d4ratan. Dapat kat sorang anak, yang lain terus merajuk terus tak datang rumah tu.

Ada kawan makcik, parent dah meninggaI. Mereka biarkan rumah mak ayah kosong. Tiap kali raya mereka akan berkumpul kat situ dan bersihkan rumah. Sesekali mereka akan upah orang bersihkan rumah. Tak perlu penjagaan sangat kalau orang tak ada.

Daripada bagi orang jaga tapi rumah tetap rosak. Suara kita memang susah nak didengari. Cuba slow talk dengan parent. Pastikan mak ayah jangan terpengaruh jenis pembahagian gini atau jenis macam nak doakan mak / ayah meninggaI awal. Semoga bahagia yer..

Umi Habiba : Mak bapak ada lagi yek. Boleh pulak tanya umah tu nak dapat ke siapa. Takut dengan per4ngai adik beradik tt. Elok ler tt menjauh diri. Himpun harta sendiri. Beli umh sendiri. Jangan tak percaya pasal harta boleh putuus saud4ra. Wailyaminzalik.. pelik ye.. adik beradik tt orang – orang senang belaka tapi m4buk harta. Elok la tt tak campur urusan dan per4ngai diorang tu.. menakutkan.

Nurul Arida Ariff : Ini dah macam cerita P.Ramlee 3 Abdul. Advise parents suruh lantik lawyer siap – siap buat wasi4t tak pun cari ejen servis pengurusan harta pusaka yang patuh syariah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?