Saya kerja 7pagi-7malam, suami sanggup tunggu tak basuh ber4k anak, alasan tak sedar

Mak mertua mintak suami buat k3jutan harijadi untuk biras. Macam – macam suami beli, makanan itu, makanan ini. Bila saya suarakan pada suami, dia meIenting katanya bukan selalu penuhi permintaan mak. Katanya bukan mahal sangat hadiah dan semua persiapan birthday tuu, tapi kant0i ada resit husband beli beg brand carlorino RM499.

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Salam admin, mohon siarkan luahan saya ni. Minta hide sekali fb saya ye, walaupun ni fake akaun. saya tak tahu nak luah pada siapa selain daripada Allah. Mohon pembaca – pembaca disini jangan kecam saya ye sebab saya tak kuat.

Saya dengan suami dah kahwin selama 3 tahun lebih. Kami sekarang duduk dekat rumah mertua je, sebab masih belum mampu nak duduk sendiri. Suami gaji cuma RM1000 je sebulan. Alhamdulillah. Lagi pun, mak mertua saya tak berapa sihat, kaki tak berapa kuat nak diri lama – lama, dia nak bangun pun perIukan bantuan.

Bila nak masak pun tak boleh diri lama – lama, sekejap – sekejap nak jatuh sebab itu kami tunda dulu niat nak ada rumah sendiri, walaupun dalam hati ni, teringin sangat nak duduk rumah sendiri, deco rumah, hias rumah. Suami saya anak pertama daripada 3 orang adik beradik, yang kedua kerja dekat pengerang, Johor.

Yang ketiga kerja sebagai supervisor dekat MCD. Semua lelaki dan semua dah berumahtangga. Yang duduk dengan mertua cuma saya dan suami je, yang lain jadi perantau. 2 tahun lepas, mak mertua suruh saya bekerja untuk bantu suami.

Mula – mula memang berat hati juga sebab anak masa tu tengah kecik lagi, dalam 7 bulan, tapi memikirkan tentang kewangan, saya cuba cari kerja. Alhamdulillah dapat. Yapi lepastu saya jadi str3ss sangat. Suami jadi berkira sangat dengan saya, bil air, bil api, barang dapur, pampers anak, susu anak, susah betul dia nak beli.

Bila kita suruh, kita bebel baru nak beli, tu pun beli sikit, untuk 2 3 hari, lepastu tak beli dah. Terp4ksalah saya ni yang keluarkan duit. Bila kita cakap, “half half” katanya tapi, sebenarnya saya yang lebih banyak keluarkan duit. Saya tak nak berkira, kalau boleh memang nak ikhlas, tapi gaji saya bukan besar.

RM900 lepas tolak epf socso, nak bayar pengasuh RM300, nak bgi mak saya, nak belanja barang dapur, susu anak, pampers anak, akhirnya saya nak saving RM50 sebulan pun kena sampai ik4t perut 2 3 hari. Pening saya fikirkan.

Saya pernah suarakan pasal nafkah saya, tapi balik balik ayat yang sama, dia nak saya faham, gaji dia bukan besar. Kalau begitu, gaji saya pun tak besar, kenapa mahu letak beban atas saya sorang. Sudah la bab duit sangat berkira, bab jaga anak pun berkira sangat.

Saya masuk pukuI 7 pagi, balik 7 malam tapi suami sanggup tunggu saya balik untuk suruh saya basuh b3rak anak alasannya tak perasan entah apa deria bau dah rosak ke? Saya malas nak bising – bising, kalau cakap sekali dua masih tak jalan, saya sendiri yang akan buat.

Yela, saya hanya menumpang di rumah mertua, kalau sampai nak marah – marah suami, saya naik segan dengan mertua. Jadi kesedihan saya, sendiri badan yang tanggung. Penat sangat penat. Balik kerja basuh baju, lipat baju, sapu rumah, masak untuk makan malam, gosok baju suami.

Esoknya pukuI 4 pagi dah kena bangun, masak untuk siang. PukuI 6:30 pagi gerak pergi kerja. Penat badan ni tak pernah rehat. Setiap malam menangis fikirkan nasib diri. Baru – baru ni birthday biras saya, mak mertua mintak suami buat k3jutan untuk biras saya.

Jadi macam – macam suami beli makanan itu, makanan ini. Bila saya suarakan pada suami dia meIenting katanya bukan selalu penuhi permintaan mak. Katanya bukan mahal sangat hadiah dan semua persiapan birthday tuu, tapi kantoi ada resit husband beli beg brand carlorino RM499.

Saya tak nak terus tuduh melulu, saya tanya mertua saya, guna duit siapa semua ni, mertua cakap duit suami saya. Nak nangis masa tu, dah tak ade air mata dah. Sebelum ni saya mintak kongsi duit dalam belanja rumah, banyak alasan, katanya duit tak cukup.

Tapi ni banyak plak duit beli beg untuk ipar sendiri, untuk isteri? Beg pasar mlm pun tak pernah beli. Saya tak mintak handbeg atau beg plastik sekalipun, saya cuma nak suami tu jangan culas bab tanggungjawab, bab jaga hati isteri.

Segala yang saya buat sekarang ni rasa macam dah tak ikhlas, rasa macam dah malas nak buat. Siang malam fikir benda yang sama sampai rasa s4kit kepala. Minta nasihat kawan pun, balik – balik suruh sabar tapi sampai bila?

Mertua pun tak berapa rapat dengan saya, kalau ada biras – biras, dok menyindir saya. Biras semua kerja bagus – bagus, saya kerja biasa – biasa je. Kalau makan tak pernah semeja, diaorang siap makan, baru saya makan, tak pernah perlawa pun untuk makan sama – sama, walhal saya yang masak.

Ye, saya ni orang luar, bukan siapa – siapa. Tapi hal mertua ni saya tak heran sangat, biar pi la dia nak buat saya apa pun. Kalau suami sendiri yang berjanji sehidup sem4ti pun, tak pernah fikir hati perasaan saya, apa lagi orang lain kan?

Nak mengadu ke family sendiri pun segan, diaorang semua dapat lelaki yang bertanggungjawab. Tak tahu dah nak buat macam mana lagi, kepala ni kalau fikir pasal ni, pening sangat, HB pun low dah. Tak pernah – pernah hb saya low macam ni.

Hati pun dah tak ade dah pada suami. Kalau balik terserempak dengan dia, rasa macam nak beIasah je guna penyapu, tapi dalam imaginasi je lah. Kami pun dingin sangat sekarang. Sepatah ditanya, sepatah la jawab, makan pun dah tak sama -s ama, dia akan makan dengan mak dia, saya plak makan dengan anak.

Tidur pun dah tak sekatil, 3 4 bulan jugak rasanya. Bila dia main pubg, main mobile legend, lama – lama dia sendiri tertidur dekat ruang tamu. Kalau dulu saya akan k3jut suruh tidur bilik, sekarang dah tak lagi. Lantaklah dia nak tidur mana, badan saya pun penat, tak kuasa dah nak fikir hal orang.

Belanja rumah pun macam tu, saya dah tak mintak lagi dah, dah tak p4ksa – p4ksa lagi dah, saya akan beli sendiri, kalau p4ksa pun bukan bagi pun, buat s4kit hati je. Pergi beli sendiri dengan motor, bawa pampers, bawa susu, bawa bawang, bawa ayam.

Dulu saya rasa malu dengan orang, rasa macam orang yang kat jalan tu dok ejek – ejek saya, sekarang lantaklah nak ejek ke apa. Susah kita bukan orang nak tolong. Kesimpulannya, duit tak boleh buat bahagia, tapi tanpa duit tak bahagia jugak.

Duit bukan segalanya, tapi segala galanya perIukan duit. Maaflah panjang lebar plak karangan, cuma satu saya nak minta pandangan pembaca – pembaca kat sini, bukti apa yang saya perlu simpan kalau saya nak mohon cerai secara hakam? Dan berapa kos yang diperIukan? terima kasih.

Komen warganet :

Rosnani Ruze : Sepatutnya dari awal – awal lagi perbelanjaan biar suami yang tangung kita cuma support saja mana suami tu tak meIampau – Iampau. Dia tu fikir adik menumpang. Sekarang ni jangan langsung keluar belanja.

Makan dengan anak di luar, tak payah susah – susah nak masak. Cakap awak tu penat biar dia rasa sikit. Yang si mak mertua pun tak reti nak nasihat yang baik ke.

Azuera D’amore : Lebih baik hidup sendiri sis, kalau kahwin pon macam tak ada suami. Semua benda sis nak tanggung, nak kene hadap sorang – sorang. Saya tak percaya la suami sis gaji sebulan hanya RM1k.

Mesti dia sorokkan jumlah gaji sebenar dari sis. Kalau tak, mana mampu nak beli hadiah handbag sampai beratus – ratus. Sis terus pergi pejabat agama. Hanya tanya pendapat orang pejabat agama macam mana nak buat permohonan cerai.

Biasa kalau kes macam ni orang minta cerai fasakh jer. Bagitau yang sis tak dapat nafkah dan sis dah tak ada hati untuk bersama suami. Bayar RM50 jer masa nak bukak fail nanti. Kalau mahkamah dah tetapkan tarikh sebutan kes, sis jangan tak datang tau walaupun suami tak datang.

Kalau 3 kali dia tak hadir prosiding, Mahkamah akan jatuhkan taIak sendiri. Sekarang dah sampai waktu sis untuk simpan duit. Kalau boleh pindah keluar dari rumah mertua. Cari rumah sewa lain atau kalau tak mampu cari bilik sewa sahaja untuk duduk dengan anak.

Tapi kalau sis masih ada mak ayah, pulanglah ke pangkuan mak ayah sis. Buangkan rasa malu, kumpul duit cari motor atau kereta sebijik. yang secondhand pon tak apa untuk senang bergerak ke mana – mana.

Dah sampai masa sis fikir tentang diri sendiri. Tak payah nak fikir hati orang dah. Orang bukan nak jaga hati sis pon. Suami yang berkira dengan isteri sendiri, rezeki dia sempit, sampai bila – bila tak akan senang.

Amiera Suha : Assalamualaikum sis maaf mencelah, duit yang sis dapat dari kepenatan bekerja adalah hak untuk sis dan anak, ibu mertua atau yang lain lain bukan dalam tanggungan sis. Jadi abaikan, bersedia untuk masa hadapan dan berkemungkinan. Bahagiakan diri sendiri, senangkan hidup sendiri, fikirkan diri sendiri jaga hati sendiri, fikir untuk masa depan anak dan sis sendiri, wassalam.

Alini Oscar Zumaraga Alini : Ni la masalah kalau isteri tolong laki, mulalah berkira lupa tanggungjawab. Sis utamakanlah diri sendiri dulu, laki sis pun ada kerja ada gaji. Barang – barang di rumah mentua sis beli ikut mampu ja.

Lebih baik kita lebihkan belanja untuk ibu bapa sendiri, yang mengandungkan kita melahirkan kita dan membesarkan kita. 1 sen pun tak bekira. Ambil belanja di rumah mentua bekira la sikit, beli takat ada ja. Orang tak hargai kita peduli la sana.

Kak Salwah AlamSha : Utamakan diri sendiri dulu. Segala bil dalam rumah tu, jangan tanggung lagi.. Orang tak pernah nak hargai peng0rbanan puan. Guna gaji tuk keperluan puan dan anak sahaja. Simpan duit tuk keperluan akan datang. Itu tanggungjawab suami, terpulang pada dia nak bayar ke tidak bil – bil tu semua.

Biar je bergelap kena pot0ng letrik, puan kena keraskan je hati tu. Beng4ng pulak bila suami puan sanggup belikan beg mahal tu untuk ipar dia. Saya doakan semoga puan tabah dengan ujian ni, aamiin.

Fauziah Ijan : Jangan beli barang dapur dah. Kalau nak makan, pergi kedai bawa anak makan. Kalau suami dan mak mertua tanya, cakap, “duit mana nak beli lauk?” Tak pun suruh diorang yang pergi beli sendiri barang dapur dan suruh masak sendiri.

Cakap kat diorang, “saya bukan orang gaji.” Rumah berselerak ke apa ke, buat b0doh saja jangan simpan, biarkan saja. Cuma beli barang anak saja yang lain tak payah fikir

Kisah 2 : Assalamualaikum. Macam mana nak handle suami yang jenis berkira dengan isteri dan anak – anak. Habis dia ungkit segala perbelanjaan (makan pakai, duit minyak tol balik kampung bini) yang dia pernah keluarkan pada isteri selama bini tak kerja sebelum ni.

Dulu setahun lebih tak kerja sebab habis belajar terus mengandung dan berp4ntang. Sekarang bini dah kerja, dia suruh buat personal loan sampai kena bayar bulanan RM1000 lebih. Bini turutkan sebab sifat ehsan nak tolong suami mulakan bisnes.

Sekarang bila bini minta bayar semula bulan – bulan, dia cakap amount RM1000 lebih tu untuk bayar semua perbelanjaan yang dia pernah keluar masa bela saya tak kerja. Dan amount tu sebenarnya tak cukup pun, dan saya tak mampu langsung nak bayar balik.

Luluh hati seorang isteri sebab tanggungjawab suami, dia minta baIas balik. Sedangkan masa saya tak kerja dulu, makan biasa – biasa, handbag pun guna yang hantaran kahwin, tak jejak pun kaki pergi Bali ke, Germany ke. Paling jauh pun Cameron Highlands, Genting Highlands, tu pun sambil lalu balik kampung.

Apa yang berkira sangat tak tahu. Sekarang dah hampir tiga tahun saya kerja. Dia culas semua tanggungjawab. Baju anak suruh beli kat Tesco pun payah. Tapi bila rok0k Dunhill, Malboro senang – senang je. Suruh beli makanan anak, beli pampers anak, semua tak reti.

Dia pernah cakap tak ada besar mana pun peng0rbanan saya susukan anak – anak dia. Dia boleh je belikan susu formula untuk anak – anak, berbanding susu badan. Sedangkan bila susu formula anak habis, minta beli kan satu tin je untuk cover kalau susu badan tak ade stock, dia marah saya kenapa tak pam susu ikut demands anak.

Cakap bod0h kang berd0sa pulak. Saya dah habis daya nak berbahasa dengan orang macam ni. Berbaki gaji RM1900 terp4ksa pekin2 duit yang ada untuk anak, untuk minyak pergi kerja (ulang alik pergi kerja 100km sehari sebab suami nak rumah dekat tempat kerja dia), untuk makan sendiri.

Tapi suami, duit gaji ade, untung bisnes ade tapi utamakan kawan – kawan yang acah – acah tolong dia buat bisnes tu. Utamakan nak bahagia dan Iimpahkan duit pada mak bapak dan adik beradik dia yang 30 tahun bersama dia.

Anak – anak bini sendiri yang baru 5 tahun hidup dengan dia makan pasir, anak – anak saud4ra ipar duai makan chicken ch0p.. Kalau ade pegawai bank dalam ni, boleh ke tukar account untuk pot0ng duit bulanan dalam payslip dari payslip saya kepada payslip dia.

Komen warganet :

Norazreen Binti Yusof : Untuk kaum wanita di luar sana, ingat, sayang suami ada taIaknya. Jangan j3rut leher sendiri dengan buat loan semata – mata untuk setup bisnes suami. Kita akan menyesal seumur hidup sebab kita memang tak akan dapat balik duit tu.

RM1000 bulan – bulan, banyak tu sis. Bila mintak ganti, dia ungkit pula sedangkan nafkah adalah tanggungjawab suami bukan isteri. Suami pulak tabur duit kat mak dan keluarga dia, kuatnya sis ni.

Nak nasihat tinggalkan laki macam tu, macam mervntuhkan rumahtangga orang pulak. Tapi sebab duit memang boleh cerai berai. Duit bukan segalanya tapi segalanya perIukan duit.

Ribena Berry : Dalam perkahwinan ni, sepatutnya dari awal kita kena ada ketegasan. Rata – rata dalam ni awal – awal kahwin semua tak kisah, sebab ihsan, sebab sayang, sebab cinta. Tapi kene beringat, lelaki diuji bila dia senang.

Oleh itu, jangan bagi dia rasa senang. Agak – agak nampak macam dah nak senang, tugas kita adalah susahkan dia. Biar dia tau, kalau tak, lama – lama nanti dia akan lupa diri. Yang jadi m4ngsa isteri.

Susilawati Sudrajat : Saya paling tak dapat terima kalau ada lelaki hanya berfungsi sebagai penyumbang sp3rma. Apa guna lelaki mu itu sis? Elok awak hidup tanpa dia, awak boleh cantikkan diri dan memperbaiki ekonomi.

Suami awak tu tak reti agama, tak reti tanggungjawab. Memanglah tugas suami menafkahi isteri dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sis, awak harus tegas dengan suami siaIan macam tu.

Julindah Ety :  Pandangan saya.

1. Puan pergi ke Kadi dan buat pengaduan tentang suami yang tidak menafkahi puan dan anak – anak. Puan boleh buat tuntutan untuk nafkah puan dan anak. Bila Kadi / Hakim dah buat keputvsan, jika suami culas tak bayar puan boleh mengadu lagi ke Kadi untuk penyelesaian.

2. Puan boleh tuntut untuk nafkah dari hari pertama puan menjadi isteri. Ini adalah tunggakan nafkah. Begitu juga dengan anak.

3. Gaji puan tiada kena mengena dengan tanggungjawab suami. Suami yang bertanggungjawab atas puan dan anak. Walaupun puan berpendapatan rm10K sebulan dan suami hanya rm2k, tetap tanggungjawab menafkahi isteri dan anak itu pada suami mengikut kemampuan pendapatan suami.

4. Jika puan tak redha dengan apa yang suami puan buat pada puan, iaitu tidak menafkahi puan dan anak, beliau dikira berhutang dengan puan.

Nasihat saya pada puan, belajar mendaIami hak isteri terhadap suami, hak suami terhadap isteri dan hak anak terhadap bapa. Bila puan berilmu, Insya Allah puan akan tahu apa yang puan patut buat dalam rumahtangga.

Jangan biarkan suami puan terus terus berd0sa mengani4ya puan dan anak. Jika puan sayang akan suami puan buatlah tindakan yang paling wajar. Mohon beliau menafkahi puan dan jika beliau berdegil adalah lebih baik mengadu pada orang arif iaitu Kadi / Hakim Syarie.

Akhir sekali, Istikharahlah puan dan banyakkan beristigfar. Saya doakan yang terbaik untuk puan. Wallahu Warasul hu a’lam

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.