Ramai senior panggil aku masuk bilik kosong sebab berebut laki. Aku berdiri atas meja, sambil nyanyi lagi harum sundaI malam..

Aku seorang masa tu, depan aku ada enam orang ‘kak yong’. Memang set – set gelanggang WWE. Aku menangis takut tapi aku tahan. Aku panjat meja buat gaya cakar harimau. Aku senyum lepas tu aku nyanyi Seharum Bunga… “Lari! dia kena rasuk!”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi meluluskan. Masa sekolah rendah, aku selalu kena buIi. Maklumlah badan aku memang kemain berisi dulu. Lagi teruk aku kena ejek bila aku semput masa sukaneka. Memang tiada kawan langsung, duduk belakang sekali sebab fizikal badan aku ni la.

Ada orang kata aku busuk, jadi aku simpan duit sekolah selama tiga hari untuk beli minyak wangi mahal (RM6 je padahal). Aku memang lama dah nak pakai minyak wangi macam anak orang kaya (nama dia Sara) yang bawa ke sekolah.

Esoknya aku pergi sekolah dengan bau wangi – wangi, lepas itu aku dituduh curi pakai minyak wangi Sara. Semua tak percaya cakap aku. Bila waktu rehat, aku selalu pergi tandas dulu sebab aku memang jenis kena buang air dulu sebelum makan.

Satu hari tu, lepas aku basuh tangan kat sinki, ada geng yang pau duit aku. Aku tak bagi la kan, aku lari keluar dari tandas sekuat hati. Mereka ketawakan aku. “Woi, tak hadap duit kau ah!” Lagi seorang cakap, “Badak berlari… badak berlariii”. JAHATnya korang.

Naik sekolah menengah, badan aku masih sama, besar. Masa tingkatan satu, aku pernah kena buIi sampai melibatkan fizikal dengan tiga orang budak tingkatan lima. Bukan sebab duit, tapi sebab mereka ingat aku yang mengadu kat cikgu pasal mereka hisap r0kok kat stor.

BeIasah tahap disiplin je lah, tak sampai kes polis. Tapi s4kit sangat hati ni dengan tangan aku yang mereka pusing kuat – kuat. Apa punya perempuanlah. Memang bukan aku weh. Bukan aku. Sampai lah aku habis sekolah. Aku nekad nak cantik.

Sementara tunggu panggiIan sambung belajar, aku kerja dua bulan. Dapat gaji, aku buat modal jual tudung letak jenama aku sendiri. Ada lah juga untung banyak, Alhamdulillah. Lepas tu aku berhenti kerja lama, aku fokus untuk penampilan aku.

Pagi aku jogging, tengah hari aku tidur, petang aku jogging, malam aku tidur awal sebab esok pagi nak jogging lagi. Hari Sabtu aku ada kelas silat, hihi. Ahad, taekwando. Aku Iawan nafsu makan. Dalam sebulan aku penat nak m4mpus rasa, akhirnya aku dapat tubuh badan yang aku nak.

Aku anak yatim piatu, duduk dengan kakak aku (dia belum kahwin). Bisnes tu semua aku belajar dari dia. Tup – tup lepas kurus, aku dapat taw4ran sambung belajar kat sebuah universiti. Kebetulan pulak, aku jadi junior kepada budak tingkatan lima yang pernah buIi aku dulu dalam kos seni.

Kuat betul ik4tan persahabatan mereka ni. Dalam dua bulan belajar, mereka dah ingat balik aku siapa sebab aku yang cerita. B0ngok kan. Kemudian, kami berper4ng semula pasal lelaki. Teman lelaki kakak tu nak plak kat aku.

Yelah, dah kurus ada la laki nak, tapi aku tak nak pun. Mereka komplot dengan ‘adik angkat’ mereka yang sama semester dengan aku untuk tahan aku kat satu bilik asrama kosong. Betul aku berdebar. Aku seorang masa tu, depan aku ada enam orang ‘kak yong’ dengan dua tiga orang adik angkat mereka.

Memang set – set gelanggang WWE. Seorang datang tarik tudung aku lepas tu dia Iibas muka aku. Tak sempat aku nak baIas ke elak ke. Merah mata kanan aku. Mereka ketawakan aku. Aku menangis lah takut. Tapi aku tahu aku boleh.

Aku pun buka bunga silat. Mereka “ewah – ewah” kan aku. Tangan aku dah buat gaya cakar harimau (aku acah je). Aku senyum lepas tu aku nyanyi nada lagu “Seharum Bunga” sambil pusing satu bilik kosong tu dengan joget – joget Maya Karin. Hahaha.

“Kalau kau berani, satu Iawan satu.” Aku panjat atas meja kat penjuru. Sebenarnya aku takut kacau ‘benda’ kat bilik tu, tapi aku terp4ksa. Aku pun baca ayat Kursi dalam hati banyak – banyak. Mereka semua menjerit, “Lari siaI dia kena rasuk!”, “Lari b0doh lari!”, “Seram kim4k!”.

Semua tinggalkan aku seorang kat bilik tu. Apa lagi, aku pun lari keluar laa. Mereka ingat aku kejar mereka. Menjerit macam apa. Aku lari masuk bilik tidur aku (roommate aku ada kelas). Selamat aku dari kena beIasah. Aku cepat – cepat baring kat katil bila dengar ramai datang ke bilik aku.

Aku terus berlakon, aku cakap, “Jangan ganggu dia! Akan aku ganggu keturunanmu andai kau mengganggu dia!”. Mereka yang nak beIasah aku tadi semua terk3jut, siap ada yang menangis – nangis. Sampai ada yang report dekat w4rden, ustazah aku. Ustazah tu kenal aku. Dia tahu aku berlakon. Tapi dia layan je.

Sejak lakonan terbaik aku tu, mereka tak usik aku dah. Kawan pun hilang sebab takut ‘h4ntu’ aku. Hmm bertahanlah hidup kesunyian  kat universiti sampai habis belajar. Sekarang aku dah ada dua anak pun. Apa aku nak cakap kat sini, jadi manusia jangan jadi cetan sangat, okeh. – Budak besar

Komen W4rganet :

Rosie : Ya Allah… cerita awal awal tu, kesiann, kena buIi dari kecik. Sampai bawak ke besar tapi part akhir kelakar pulak. Hehe. Bijakk, idea berlakon, akhirnya dapat lepaskan diri. All the best author.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.