Pertama kali bawa isteri balik kampung, ibu sengaja hidang lauk ikan masih bersisik, perut tak buang dan hanyir

Lama juga aku dan isteri keluar sebab percayakan adik dan ibu dapat jaga anak kami. Ingatkan balik tu anak aku dah siap mandi ke apa, rupanya belum mandi dengan merayau kat luar main tengah jalan. Luluh hati aku tengok, dengan pampers dah tebal dan basah. Bila buka pampers tu dah warna biru air kencing dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, biar aku perkenalkan diri aku, aku seorang kakitangan awam, aku telah berkahwin dan bakal mempunyai anak ketiga tak lama lagi. Aku asal dari negeri yang jauh dari pandangan mata, dan telah berkahwin.

Aku nak cerita kisah hidup aku dari kecil. Aku asal dari keluarga berpecah beIah, aku tak tahu punca sebenar orang tua aku bercerai, tapi aku dengar dari mulut ibu aku, kerana masuk campur ipar duai sebabkan orang tua bercerai.

Lepas orang tua aku bercerai aku duduk dengan ayah aku, dia lah yang jaga aku, tapi kalau salah sikit, aku akan dim4ki, diherdik, kadang – kadang sampai menghiina aku. Ayah aku ni kat luar memang berpakaian jubah, kopiah, so susah orang nak percaya kalau cerita yang dia ni selalu m4ki aku sedari kecil, pantang salah sikit, ada saja tak kena.

Hal ni bawa sampai ke sekolah, kat sekolah aku selalu memyendiri sorang – sorang, tapi adalah kawan – kawan, bila berkawan aku rasa seronok duduk kat sekolah dari rumah. Ibu aku pulak hilang tanpa khabar berita, dia pergi dengan membawa adik perempuan aku, pinas.

Setahu aku lah, ibu aku tatang dia bagai minyak yang penuh, segala kehendak dia ibu aku turuti, hinggakan orang lain tak boleh rapat dengan ibu aku (setelah besar baru aku tahu). Balik semula pada zaman aku kecil, sepanjang aku duduk dengan ayah, tak pernah walau sekalipun ibu datamg melawat aku dan adik – adik yang lain.

Sehingga membuatkan adik lelaki ada yang jadi mat motor, tinggal sekolah, belajar setakat upsr dan pmr sahaja. Tapi adik aku yang bawah aku ni, ina, ayah aku jaga dia macam tuan puteri, semua dia nak, semua ayah aku turuti.

Tapi ayah aku tak sedar, adik aku ni dia berd3ndam dengan ayah aku, sebab dia kata ayah aku lah punca kami miskin, susah, sebab tak keluar bekerja hanya berharap duit pencen kerajaan, berapalah sangat pencen zaman tu.

Adik aku yang ni memang ambil kesempatan, macam – macam dia minta, tak pernah lagi ayah aku tak turuti, sampai satu tahap dia ni sampai aku rasa pijak kepala ayah aku. Salah dia, selalu aku yang kena dan tanggung.

Sampailah aku masuk U, dan belajar jauh dari rumah, aku lega, sebab aku rasa aman belajar jauh dari rumah. Tapi selama aku belajar di U, ada sekali dua tiga kali macam tu ibu telefon aku, minta duit, ibu cakap hidup dia tengah susah, merempat, walhal aku masa tu tengah belajar lagi tapi aku bagi juga guna duit ptptn aku.

Aku belajar swasta, memang dapat banyaklah duit ptptn, dan setiap kali cuti je, aku kerja, kfc lah, cleaner lah, tukang masaklah. Duit itu lah aku sara diri aku, aku seorang yang tersangatlah jimat. Kadang – kadang aku makan nasi bujang dengan air kosong saja setiap hari atau kalau ada lebihan makanan dari tempat aku kerja itulah jadik makanan aku pada hari tu.

Majikan tempat aku sangat baik, kalau aku tak ada duit, dia akan hulur sambil cakap tak payah bayarlah, abang dan kakak tahu kamu masih belajar. Jatuh air mata jantan aku, selama aku kat U, ayah tak pernah lagi hantar duit, aku umpama macam sebatang kara kat sini.

Tapi aku bersyukur dapat majikan, pensyarah baik – baik dan faham situasi aku. Sehinggalah aku hampir tamat belajar, aku masih lagi bagi duit kat ibu, kalau terlewat sikit, ibu aku akan telefon, tanya belum masuk duit lagi ke?

Itu yang pertama sekali dia akan tanya, tak tanya aku sihat ke, okay ke kat sini. Tapi aku pun tak kisah sangat dah, sebab dah besar, so aku rasa empati dan kasihan je bila ibu cakap dia tak boleh kerja sebab kemaIangan, limpa dia sebeIah kena buang. Aku sebagai anak, rasa kesian.

Bila akhir semester, aku kerja katering untuk majlis – majlis korporat, perkahwinan, dan macam – macam lagi, memang masyuklah gaji. Aku kenal lah dengan seorang gadis ni, dia duduk nun jauh sangat beIah negeri lain, kami kenal melalui laman sosiaI.

Dia yang mulakan dulu hantar mesej di facbook. Kebetulan aku dapat job ke tempat negeri dia, aku ajak dia jumpa. Dia masa tu bertutup habis, nampak mata sahaja. Aku memang berkenan dengan dia, aku selidik tentang dia, keluarga dia, dari A-Z, memang aku tahu dia dari keluarga yang berpecah beIah juga, tapi dia dijaga penuh kasih sayang oleh ibu dia.

Aku cemburu. Dan setahu aku juga, dia setiap bulan mesti balik jumpa ayah dia di negeri lain pula bersama ngan ibu dia, siap boleh duduk semeja makan dengan ibu tiri dia. Aku memang tabiklah dengan hasil didikan ibu dan ayah dia.

Kerana ini semualah aku jatuh hati. Dan kerana agama dia tiptop, dia mengaji sedap, aku pernah suruh adik dia rekod dan hantar kat aku, dia tak tahu sampai sekarang ni. Aku uji dia macam – macam tapi dia hadapi dengan tenang.

Aku pun dah berapa kali jumpa ibu dia, ibu dia tersangatlah lembut, bercakap pun lemah lembut. Sopan, dan kecil molek ibunya. Ibu dia ada pernah cakap, man kalau suka anak makcik masuklah rombongan meminang. Aku apa lagi, bagi pucuk dicita ulam mendatang.

Aku telefon ayah aku, bagitau aku berkenan dengan gadis ni, tapi dia bukan asal negeri kita (orang – orang tempat asal aku selalu berkahwin dengan senegeri saja). Mulanya ayah aku tolak, sebab orang luar, tapi bila aku hantar gambar dia, ayah aku berkenan buat menantu. Mungkin sebab cara pemakaiannya kot.

Tibalah hari kami nak bertunang, ayah aku buat hal, tak dapat datanglah, dia telefon ibu kandung aku beritahu, azman nak bertunang, awaklah ganti pergi sarung cincin. Ibu aku meng4muk, terus dia telefon aku, cakap tak payah kahwin orang luar, sebab nanti susah nak balik kampung tengok dia, raya pun susah balik nanti sampai menangis – nangis meraung.

Pada aku itu terlalu keterlaluan, tapi aku teruskan juga. Aku cakap kat ayah aku, kalau ayah tak boleh datang tak mengapa tapi kemudian nanti jangan malu bila keluarga beIah bakal tunang ni tanya mak ayah mana. Terus ayah aku cakap, okay ayah boleh pergi.

Rupa – rupanya adik aku ugvt jangan datang, yang si ina tu, kalau datang masa aku bertunang, dia akan lari rumah, tapi aku tunggu juga, setelah aku bertunang, dia masih lagi duduk bawah ketiak ayah aku, tak ada pula nak lari. Drama sangat.

Sepanjang bertunang, memang aku kerap jugalah jumpa tunang aku, kami siap pernah pergi bercuti dengan family dia. Ibu dia memang tak bagi kami keluar berdua selagi belum kahwin, so adik dan ibu tunang aku, kawan aku dan aku pergi bercuti di sebuah pulau.

Dapat pula tahu kat ibu aku, dia telefon berkali – kali marah aku, cakap tu tanggung keluarga tunang dengan tunanglah tu pergi bercuti. Aku mengucap panjang. Aku ni kerja pun apa saja, manalah mampu tanggung perbelanjaan semua tu.

Untuk pengetahuan korang semua, tunang aku ni boleh di katakan dari keluarga yang berduit lah jugak, perbelanjaan kami semua masa bercuti tu ditanggung sepenuhnya oleh ibu dia. Bukan pulau biasa – biasa, pulau bebas cukai, dari penginapan tidur (bilik asing ya), makan, minum, taman tema, duit shopping semua ibu tunang aku tanggung, kiranya aku bawa diri, baju sajaIah.

Kami bertunang lama, makan masa hampir 5 tahun, pernah ayah tunang aku cakap, bila lagi nak kahwin, sebagai orang tua, bising jugalah kan, lambatkan majlis berkahwin, tapi lain pula ngan keluarga aku, bagi mereka, m4kin lambat aku kahwin, m4kin mereka seronok, tambahan ibu aku.

Selalu telefon aku, cakap macam mana tunang tu, kalau tak okay, ibu cari lain, orang senegeri kita. Allah. Duit simpanan aku banyak aku habiskan kat ibu sebenarnya, tapi ibu masih tak sedar. Asyik salahkan duit habis sebab belanja tunanglah, belanja keluarga tunanglah.

Walhal ibu aku tak tahu, keluarga tunang aku berada, malas aku cerita nanti ibu ambil kesempatan. Semasa dalam tempoh bertunang, aku masuk ikut training badan beruniform, lasak jugak training tu, aku cuma bertahan 3 bulan, pada asalnya 6 bulan, aku undur diri, sebab kaki aku nyaris patah.

Bila ibu tahu, dia telefon aku, cakap tu tunang panggil baliklah tu, tu tunang tak bagi masuklah tu, asyik salahkan tunang aku, tak pernah tanya aku okay kah di sini. Ayah aku lagiIah diam seribu bahasa. Masuk training ni walau hanya 3 bulan, dapat duit gaji setiap bulan, bila dikumpul 3 bulan, banyaklah, ibu aku tahu, dia minta setengah, tapi aku berkeras kali ini, tak boleh!

Ibu sumpah aku, cakap anak tak guna, anak tak kenang budi, tak kenang jasa orang tua bela, bla bla bla. Walau seingat aku, sejak kecik, ayah yang jaga aku. Ibu aku cakap pergiIah kat tunang tu, jangan cari lagi. Aku seolah dibuang hanya kerana tak bagi dia duit.

Aku memang terasa jauh hati. Aku pendam dan diam. Lupa aku nak bagitahu, sepanjang tempoh aku training, tunang ada hantar cek duit setiap bulan, untuk perbelanjaan aku di tempat training, sebab kami setiap minggu boleh outing.

Tapi keluarga aku tak pernah tahu, tak nak ambil tahu, yang mereka tahu, tunang aku perabis duit aku, tak bagi aku traininglah, itulah, inilah. Selepas keluar dari pusat training sebab aku undur diri. Ibu tunang aku disahkan s4kit, dan terima rawatan di tempat aku bekerja, jadi setiap harilah aku ni ulang alik melawat bakal ibu mentua aku.

Layanan ibu tunang aku sangat mesra, nampaklah yang dia suka aku, sikit – sikit azman, itu ini azman, minta tolong sebab aku yang paling dekat. Aku rasa beruntungnya kenal ngan keluarga tunang aku. Tapi tak lama, ibu tunang aku meninggaI dunia sebab s4kit dia. Tak sempat pun tengok kami kahwin.

Sampailah masa kami nak berkahwin, (akhirnya setelah lama tunang menanti). Keluarga aku datang, ibu aku, ayah aku, adik lelaki aku, adik perempuan aku serta suami dia. Ibu aku ikut sebab anak kesayangan dia ikut sekali.

Itulah pertama kali ibu berjumpa dengan tunang aku. (aku tak pernah bawa jumpa ibu, sebab per4ngai ibu sendiri) majlis kami biasa – biasa saja, buat di kampung, dan tak mewah. Ibu aku pandang atas bawah ja tunang aku masa, layan pun endah tak endah.

Aku terasa hati lagi. Esok tu kelam kabut keluarga aku nak balik, padahal keluarga mentua aku dah cakap duduk lama sikit bolehlah mereka buat makan – makan sikit, tapi ibu aku berkeras nak balik. Walau duduk homestay semua isteri aku yang bayarkan.

Dah balik tu, aku ingatkan okaylah, tapi tak. Ibu aku setiap hari telefon tanya pergi bulan madu mana, duk ratib cakap tak payah pergi manalah, kalau nak honeymoon pun balik jumpa ibu honeymoon sini. Str3sslah aku hari – hari ibu aku telefon tanya benda sama.

Isteri aku okay saja mana – mana, dia tak kisah, tapi aku yang kisah, sebab tahu dah per4ngai ibu aku macamana. Kami pergi bulan madu senyap – senyap di sebuah pulau terpencik, terkenal dengan ikan bilis, ikan masin semualah. Ditaja oleh ayah mentua aku sepenuhnya.

Ayah mentua aku, seorang pesara pegawai tinggi kakitangan awam, dan pengusaha chalet. Ibu aku dapat hidu dan tahu akhirnya, dia telefon bising – bising dan marah, cakap kan ibu dah cakap tak payah pergi, buat habis duit saja, lebih baiklah duit itu simpan balik jumpa ibu dan adik – adik.

Aku bagitahu itu duit ayah mentua aku, dia taja semua, ibu aku cakap ahhh tak percaya sebab tengok rumah dia macam nak sembah bumi. Allah ibu bab menghiina orang memang nombor satu, ibu aku masih tak tahu yang ayah mentua aku usahakan chalet, aku malas cerita, nanti ibu ambil kesempatan.

So aku diamkan lagi. Isteri aku pun low profile, tak pernah dia tayang harta ayah dia. Sehingga sampai isteri aku disahkan hamil. Kami beritahu keluarga aku, yang gembira hanyalah ibu tiri aku, sedangkan ibu kandung senyap sepi.

Aku dapat tahu dari adik aku, yang ibu aku marah sebab tak jaga benih elok – elok, sampai mengandungkan isteri aku. Allah. Aku masih diam. Isteri aku sepanjang hamil, dia masuk wad 6 kali, tapi tak pernah ibu, ayah atau adik – adik aku bertanya, okay kah, punca apakah.

Tak pernah. Tapi bila ibu aku demam sikit saja pun, adik aku telefon, tak tanya pun pasal emak sendiri, sibuk dengan bini tak habis – habis. Entahlah, ibu aku kadang – kadang keterlaluan sangat dia punya drama. Sehingga sampai waktu isteri aku melahirkan anak kami, tak ada seorang pun dari keluarga aku bertanya, atau hubungi aku melalui telefon ke, whatsapp ke, komen kat lama sosiaI, tak ada langsung. Senyap sepi masing – masing.

Kadang – kadang aku malu dengan per4ngai keluarga aku pada isteri aku ngan keluarga dia. Nasib aku sungguh baik, ayah mentua aku layan aku elok, tak pernah anggap aku sebagai orang luar, layan macam anak sendiri, kadang – kadang aku rasa aku ni menantu atau anak dia.

Macam – macam ayah mentua aku sponsor kat anak aku, beli gelang tanganlah, ramtai leherlah, subanglah, buaianlah. Baju tak payah cakap, macam – macam jenis baju dia beli kat cucu dia. Aku pujuk hati, tak mengapalah mungkin keluarga susah nak datang melawat atau mungkin masing – masing sibuk, nanti mereka hubungiIah tu.

Satu hari tu ibu aku telefon, dia marah – marah cakap kenapa belikan anak barang kemas mahal – mahal, budak kecik tak payah belikan barang mahal, nanti hilang, buat habis duit sahaja. Aku cakaplah itu duit ayah mentua, bukan duit aku, ibu aku, ahh sudahlah kau, macam kaya sangat keluarga metua kau tu, rumah pun buruk. Allah, aku sabar lagi dan diam.

Kami balik kampung raya, isteri aku punyalah happy, dia tak sabar nak balik, macam – macam dua belikan kat ibu aku, jeruk buahlah, set pinggang mangkuklah. Tapi bila sampai rumah ibu aku, ibu aku jamu makan ikan tak buang sisik, dengan perut ada lagi, hanyir, Allah saja tahu, tapi aku tengok isteri aku makan juga.

Kami bermalam di rumah ibu aku, ibu aku layan anak aku endah tak endah, masa isteri aku bagi jeruk pun, ibu aku cakap, ni ibu dah pernah beli, tak sedap, tawar, macam – macamlah. Aku tengok muka isteri aku, masih senyum manis. Aku kesian kat dia.

Kami keluar sebentar, nak bawa anak, ibu aku cakap tinggal kat ibu, adik pun ada ni (anak kesayangan dia tu lah ), kami tak meIawan, kami keluar lama juga, sebab percayakan adik dan ibu aku jaga anak aku. Ingatkan balik tu anak aku dah siap mandi ke apa, rupanya belum mandi dengan merayau kat luar main tengah jalan, tak jaga pun, luluh hati aku tengok, dengan pampers dan tebal dan basah.

Bila buka pampers tu dan warna biru air k3ncing dia. Aku diam lagi. Kami pergi rumah ayah aku, ayah aku tengah buat kerja masa tu, kami tunggu dalam kereta lama, hampir sejam, tak dijemput masuk pun. Tapi bila masuk, ayah aku buat – buat tak nampak isteri aku, isteri aku hulur tangan nak bersalam, ayah aku cakap ada air sembahyang ni, aku tengok berlain terus muka isteri aku.

Setahu aku, bukan ke bapa mentua dengan menantu tak batal air sembahyang? Kalau tak suka pun jangan tunjuk depan – depan. Tapi entahlah keluarga aku ni. Aku diam lagi. Masa balik dalam kereta, aku tengok isteri aku banyak diam, selalu dia seorang yang banyak cakap, tapi kali ni dia diam sambil pangku anak kami.

Sesekali aku nampak dia kesat airmata. Aku tanya okay ke, dia kata okay saja ni, mata masuk habuk, sebab aircond kuat sangat ni. Aku yang tengok pun tau bukan sebab aircond, sebelum ni okay ja, tetapi sebab menangis. Aku diam, dan sabar.

Setelah kami balik, dah berbulan, aku sibuk dengan kerja, ibu dengan ayah aku diam saja, isteri aku ada tanya, ada tak ibu telefon, aku diam saja, dia pun tak tanya dah, tapi berkali dan selalu dia pesan sebelum aku pergi kerja, jangan lupa call orang tua kat kampung.

Tapi aku rasa masa ni hati aku dah cukup s4kit, tawar hati, menyampah dengan keluarga sendiri. Sebab kalau aku tak telefon, mereka pun senyap sajaIah, tahu kami s4kit, tapi tak pernah tanya, yang mereka tahu, aku anak, aku lah yang kena telefon, orang tua tak boleh telefon, eg0 tinggi sangat.

Adik – adik aku pun terus senyap sunyi sepi. Sampai satu tahap, adik aku yang ayah aku sayang sangat tu, mesej aku, tanya aku, kau tak telefon ibu ke? Tak ambil tahu langsung pasal ibu, sejak balik tak telefon langsung, bini tak bagi ke? Bini kontrol ke? Ibu tu dah buang kau dari hidup dia, kau rasa berkat ke kalau macam tu?

Aku masa tu tak tahu lah reaksi apa yang perlu aku bagi. Aku tak telefon pun, isteri aku dipersalahkan. Isteri aku letak status kata – kata nasihat pun, salah, cakap isteri aku perli, mengata mereka. Sejak tu, hati aku m4kin keras, tawar setawar – tawarnya.

Yang buat aku pelik, seminggu dua sebelum raya bolehlah pula telefon p4ksa dan desak balik raya sana, dengan alasan ibu ayah s4kit, hari – hari s4kit, tapi tengok jalan merata boleh. Selain dari waktu tu, tak pernah telefon, hanya dekat raya aidilfiri dan aidiladha sahajaIah mereka telefon.

Sekarang ni isteri aku banyak update kat laman sosiaI dia promosi pasal chalet ayah mentua aku, pasal progress rumah untuk anak – anak, ayah mentua aku naikkan seorang sebiji rumah kat anak – anak dia, total 8 biji rumah batu.

Rumah tu juga, untuk disewa pada sesiapa yang mencari rumah sewa. Bila ibu aku tahu, baru dia mula nak berbaik dengan isteri aku, tapi pada aku, tu sebab ibu aku baru tahu, yang keluarga isteri aku ni kaya dan berada. Niat tu tak betul.

Tapi isteri aku pun, aku mula nampak dia macam dah berubah, layan ibu aku tak macam dulu, mungkin dia pun dah tawar hati, banyak benda buruk yang keluarga aku buat kat dia, terlalu banyak. Sabar seseorang ada had, sampai masa dia akan meIetup sendiri, macam b0m jangka.

Hubungan aku dengan ayah mentua aku tersangatlah baik, macam ayah dengan anak, bukan menantu dengan ayah mentua. Ayah mentua aku selalu cakap nak balik jumpa ibu ayah kat kampung, ambillah kereta ayah tu pakai sahaja, nanti ayah bagi duit belanja.

Tapi aku, selalu menolak, sebab buat masa sekarang biarlah aku bawa diri jauh dari keluarga aku, aku sendiri tak tahu sampai bila. Mungkin sehingga waktu mengizinkan. Aku bukanlah sampah, bila nak kutip, bila tak nak dibuang.

Perkataan buang dari seorang sangat mudah sehingga membuatkan hati aku tawar dan punah berder4i. Maaf, confession tersangatlah panjang, terima kasih sudi baca. Sabar itu separuh dari iman, tapi sabar seseorang ada hadnya. – Azman (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Ruzaimie Lee : Bagus tindakan awak. Tak perlu mengemis kasih pada yang tak sudi. Hanya ambil tahu yang sekadarnya saja. Fokus kepada kebahagiaan sendiri dan keluarga kecil awak. Itu yang utama. Semoga awak kuat lindungi isteri dan anak – anak daripada pend3raan em0si keluarga awak.

Siti Haspah Sidek : Jaga famili kecil awak. Sayang keluarga mertua awak, sekiranya keluarga sebelah awak nak duit saja berilah duit rm200 sebulan ke cukup, sesekali balik kampung ibu dan ayah tapi tak perlu bermalam, jika mereka banyak cakap diam aje. Baca doa sebelum makan dan minum di rumah mereka (sebab mereka tak suka isteri awak). Semoga awak temui bahagia.

Farah Hanina : Tak payah balik kerap sangat ke rumah mak atau ayah awak. Balik sesekali je sudah. Rezeki awak dikurniakan isteri dan keluarga mertua yang baik. Jagalah mereka baik – baik. Jangan biarkan diri awak diambil kesempatan oleh mak / ayah / adik awak. Ambil pengajaran apa yang dah berlaku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.