Penyondol tu sendiri call bagitahu dia dah tidur dengan suami aku. Ini aku buat untuk kalahkan dia. Aku puas!

Betul kata orang, isteri lebih terima suami berz1na berbanding poligami. Di depan suami, aku berlagak baik macam isteri mithali masih menghorm4tinya dan mengajaknya bertaubat. Padanlah muka si penyondol tengok orang yang dia percaya dan sayang tidak peduli langsung tentang kesedihan dia.

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Kasturi, seorang surirumah mempunyai 3 orang anak perempuan dan aku sudah alami s4kitnya dikhi4nati oleh suami aku. Semasa tempoh ‘curang’ suami aku bersama perempuan simpanannya a.k.a penyondol, aku sedar suami aku tidak lagi mesra seperti dahulu, tetapi aku tutup sebeIah mata kerana tanggungjawabnya masih dijalankan.

Dahulu hidup aku serba tenang, selain melayan anak – anak aku bermain, aku ada banyak masa terluang untuk diri sendiri melayan drama, online shopping dan kerap menelefon sed4ra mara aku untuk bersembang. Apabila suami pulang, aku akan menjemputnya masuk dan mula memasak makanan malam.

Aku memang kurang nafsu terhadap suami aku dan aku sangka ianya biasa apabila sudah berkahwin hampir 9 tahun. Mungkin di sinilah silap aku. Okay, aku lebih nak confess perkara yang terjadi selepas kes curang tu.

Penyondol itu menelefon aku sendiri, memberitahu aku segalanya sambil menangis. Hatiku sakit mengetahui suami aku telah berzina hampir 8 bulan. Aku bersyukur Allah menunjukkan hal ini kepada aku.

Aku tawar hati dengan suami dan hati aku lebih remuk apabila mengetahui penyondol itu jauh lebih muda dari kami, dan berkemungkinan seorang perempuan d4ra. Tanpa berfikir, aku tanya budak itu jika dia mahukan suami aku ke? Akan tetapi, dia seakan keliru dan mengatakan ‘tak nak’ sambil menangis.

Dilubuk hatiku, aku tahu sangat dia mahu dan harapkan suami aku bertanggungjawab. Perempuan mana yang sanggup gadai harga diri dengan mudah kalau tak adanya sayang. Aku rasa tak puas hati dengan si penyondol itu tetapi aku kawal diri aku dan menyuruhnya supaya jangan contact lagi dengan suami aku.

Lantaklah dia d4ra atau tidak, tanggunglah sendiri peritnya hidup kau selepas ini. Tiada siapa yang akan mahu kat perempuan yang tidak suci seperti kau! Apa aku tahu, aku perlu cantikkan diri dan pik4t suami aku kembali.

Dasar penyondol tidak sedar dirinya dipermainkan suami aku. Ikutkan hati memang aku mahu bercerai tetapi aku perlu fikirkan tentang anak – anak aku dan aku juga tiada pekerjaan dan memerIukan wang. Suami aku juga menangis meminta maaf kepada aku dan berjanji akan meninggaIkan budak itu.

Katanya, dia sudah lama mahu menamatkan hubungan dengan penyondol itu, tetapi budak itu menguguut akan membongkarkan rahsia jika suami aku meninggaIkannya. Hidup aku berubah 360 darjah, aku mer0yan dalam seminggu sahaja dan kemudian aku cuba jadi isteri yang lebih peka.

Aku berbelanja membeli pakaian dan wangi – wangian untuk menarik perhatian suami aku dan hampir setiap malam aku memulakan hubungan. Eg0 aku terc4bar dan aku nak buktikan pada suami aku, aku juga mampu melakukan apa yang si penyondol itu lakukan, malah lebih hebat.

Betul kata orang, isteri lebih terima suami berz1na berbanding poligami. Kalau orang pandang memang akan cakap aku tidak hormat diri sendiri, tetapi aku puas dan aku harap penyondol itu tahu aku menang dan dia hanyalah mainan pemuas nafsu lelaki dan tidak ada harga langsung di mata suami aku.

Sejak kejadian itu, suami memberi aku wang saku lebih banyak dan meluangkan masa bersama aku. Pantang hujung minggu, aku akan mengajak suami bersiar – siar. Sudah tentu dia tidak boleh meIawan aku dan menunaikan hampir semua kehendak aku.

Belanja untuk penyondol boleh, takkan isteri sendiri tidak boleh. Walaupun apa yang dilakukan tidak boleh dimaafkan, seronok juga boleh mengawal dia. Suami memandang aku sebagai perempuan yang kuat dan dia bersyukur mempunyai aku.

Aku rasa seperti refresh perkahwinan kami. Aku tahu suami sangka aku akan bersikap dingin terhadapnya tetapi aku sengaja melayannya secara baik supaya dia menyesal melakukan aku seperti ini. Sekarang baru kau tahu siapa bid4dari dari syurga.

Di depan suami aku, aku berlagak baik macam isteri misali masih menghorm4tinya dan mengajaknya bertaubat. Aku juga sengaja katakan aku kasihan pada budak itu supaya suami aku nampak betapa baiknya aku dan ruginya dia jika meninggaIkan aku.

Aku suka dipandang tinggi oleh suami aku walaupun ikutkan hati, mahu sahaja aku Iempang mukanya. Aku risau penyondol itu akan mencari dan memik4t suami aku kembali. Sebagai perempuan, aku tahu bukan mudah mahu meninggaIkan lelaki yang sudah terIanjur cinta.

Setakat ini, penyondol itu tidak lagi mengacau kami dan kadangkala aku st4lk juga si penyondol itu melihat profile whatsapp dan social medianya penuh dengan kata – kata agama dan acah depr3ss. Penyondol itu mukanya hodoh seakan budak hingusan pun ada.

Pakaian elok labuh tetapi mer4mpas suami orang. Aku sengaja menukar profile picture aku kepada gambar aku bersama suami aku, dengan harapan si penyondol murahan itu melihat kemesraan kami. Aku juga lebih kerap post story menunjukkan betapa sweetnya aku dilayan suami aku dengan caption pujian – pujian terhadap suami.

Aku tahu penyondol itu sayangkan suami aku dan takut akan aku. Padanlah muka dia tengok orang yang dia percaya dan sayang tidak peduli langsung tentang kesedihan dia. Aku harap hubungan aku bersama suami aku akan kekal dan aku akan mengajar anak perempuan aku menjadi perempuan yang bermaru4h.

Sekarang, bila suami nak sampai rumah, aku terus bermekap dan pakai wangi – wangian. Kadang – kadang bila melihat anak perempuan aku, ada juga naluri rasa bersalah kepada si penyondol kerana suami seakan tiada perasaan langsung terhadapnya.

Bila melihat suami buangnya dengan mudah, ada juga aku terfikir bahawa suami aku memang tujuan menyimpan budak itu hanya sebagai tempat pemuas nafsunya sahaja kah? Suami aku juga beritahu yang dia tidak sayangkan budak itu langsung semasa kant0i.

Kalau betul begitu, agak k3jam juga suami aku tetapi entah kenapa bila suami tidak berhubung lagi dengan penyodol itu, aku rasa puas hati dan menang. Demi aku, suami aku sanggup buang perempuan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Kepada si penyondol murahan, aku harap kau nampak betapa bahagia dan mesranya aku sekarang bersama suami aku. Kami bertaubat bersama dan saling membantu. Aku harap kau nampak betapa hebatnya aku melayan suami aku sehingga dia melupakan kau dengan mudah.

Suami aku juga memilih aku berbanding kau kerana lelaki akan sentiasa memilih perempuan yang baik dan suci. Bukannya perempuan yang jijik seperti kau. Aku harap kau sedar kau tiada tempat di hati suami aku dan hanya dipergunakan kerana kau seorang yang mudah!

Walaupun awalnya perit, kejadian ini seperti membina kembali hubungan aku bersama suami aku. Aku gembira kerana walaupun diberi ujian, kami masih berpeluang memperbaiki hubungan. Aku akan sentiasa pastikan aku kelihatan yang paling terindah dan solehah di mata suami aku, berlainan dengan si per4mpas. Si penyondol?

Kau lihat sahajaIah hidupmu h4ncur di depan matamu tanpa boleh melakukan atau membaiki apa – apa kerana dia bukan di sisimu. – Kasturi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syam Soffi : Ada hikmahnya perempuan tu hadir sekejap dalam hidup tt. Sekurang – kurangnya bila dia hadir, tt rasa terc4bar. Terus berubah dari segi penampilan, layanan tt kepada suami. Sebelum ni dari biasa – biasa, terus jadi isteri yang luar biasa.

Jangan terus – terusan kecam si penyondol tu. Mungkin memang penyondol tu bersalah. Tapi.. tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Laki zaman sekarang macam tu lah, celup sana celup sini. Yang isteri pun sama, nasihat saya, jangan bila suami dah ada orang lain, baru nak berubah, pakai lawa – lawa, mekap, berwangi – wangian.

Bukankah memang isteri digalakkan untuk berhias – hias depan suami? Suami pun sama, jangan pegi keje je hensem. Balik umah, salin seluar, pakai boxer sambil korek pusat. Isteri pun tak lalu. So sama – samalah kena berubah. Perkahwinan itu memerIukan komitmen seumur hidup. Dan seumur hidup itu terlalu lama. Just my 2 cent.

Siti Rahmah : Innalillahiwainnailahirojiun.. Entah kenapa, saya kasihan pada wanita yang telah dirosakkan oleh suami TT. Semoga dia diberikan kekuatan dan dikurniakan suami yang terbaik. Pada TT biar lah berubah atas nama Allah, bukan kerana nak nampak lebih baik dari orang lain. Tundukkan hati, jauhkan meninggi diri dan perasaan bongkak yang ada. All the best with your marriage.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?