Dalam bank ada RM30, cash ada RM28. Nak tunggu sampai hujung bulan April. Makan pasir masak kicap la

Kalau hari biasa aku usaha la cari tempat makan free. Aku pernah derma d4rah sebab nak makan nasik lemak free. Bila hujung minggu aku balik bukak puasa umah mak ayah, kaw – kaw aku makan. Diorang tak tau pun aku sengkek, tapi aritu sebelum balik dari rumah dorang, mak aku bagi satu note duit.

#Foto sekadar hiasan. Aku perempuan sekitar 30-an, masih bujang, duduk kat Klang Valley. Jadi aku nak cerita dari mana ye, yang pasti aku serabut la sikit. Aku alami masalah kewangan yang teruk sejak tahun lepas sampai sampai habis 0 simpanan aku.

Kalau bank tengok, mesti dia isytihar aku muflis. Sebab financial tu tak payah la citer kan tapi aku redha je la kot. Allah nak aku belajar sikit. Jadi orang dewasa ni susah. Aku rasa aku macam salah percaturan dalam hidup aku, tapi aku sedang bertatih bangkit.

Aku kerja dan belajar (tapi fulltime student la). Kalau korang tanya kenapa kau tak kerja fulltime, tu la silap aku. Mudah cakap sekarang, aku dah ditahun akhir, by hook or crook aku kene habiskan jugak study ni. Ianya harapan family dan aku sendiri.

Semua benda pun ada halangan kan, takkan nak mudah dan lancar je boleh capai semua benda kan, inilah dugaan dan c4baran untuk aku hadapi. Masalah bila jadi orang dewasa ni selalunya bab duit la ye. Jadi, about financial, aku duduk dekat umah lain dari mak ayah aku.

Untungnya aku tak perlu bayar sewa, tapi aku cover la cost utiliti (dah orang bagi duduk free). Sebelum ni elaun aku banyak jugak, boleh cover semua, siap bagi mak aku sikit. Tapi entah la, semester akhir ni aku macam paras hidung je. Hampir Iemas.

Nak belanja pun aku kutip syiling bai.. Nasib la supervisor aku bagi chance tolong dia, dapat allowance 2 bulan jan and feb 2023, dia kata sambung lagi mac sampai ogos. Tapi tula, aku tengok contract kat sistem tak update lagi, komitment aku dah memanggil.

Bila aku nak kerja fulltime dia tak bagi, suruh fulltime study, bab duit dia akan ikthiarkan. Aku malas nak susahkan supervisor aku ni, dia baikk. Tapi tu la sampai bila dia nak bantu aku. Untuk pengetahuan korang, dia perempuan ea…

Aku ada pernah bagitau dia aku nak kerja fulltime, study ni part time je la, tapi supervisor aku nak jugak aku fulltime study, dia cakap dia akan cari grant untuk support financial aku. Tapi sekarang sistem stuck nak luluskan grant tu.

Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni, nak tanya dia, bukan dia pegang sistem, pastu aku dah serba salah. Maybe salah aku tak da backup plan. Yuran nak bayar ada 6k. Komitment bulanan untuk rumah RM600, belom lagi minyak kereta dan tol nak pergi class.

Aku jadi serabut dah sekarang. Dengan nak raya ni, aku takde la nak prepare apa – apa. Tapi sape yang pernah rasa zero, tak da apa – apa, dia paham la. Malah kau nak makan pun tak da duit bai.. Nasib bulan puasa. Boleh diiet gak. Hahaha.

Kalau kau tanya, kenapa tak kerja lain, yes macam – macam aku dah cuba, jadi delivery parcel, kerja tutor, kerja kedai, eh macam – macam la. Tapi semua ada masalah. Ada yang payment tertunggak 5 bulan, Ada yang masalah kena ganggu dengan rakan sekerja, jadi aku buat keputvsan berenti.

Kerja hantar parcel pakai minyak tau, bukan air. Kalau pakai kereta company tak pe juga kan. Aku ada try meniaga, macam – macam, makanan, pakaian. Tapi mungkin aku tak da rezeki dalam bidang tu. Habis macam tu je modal aku. Ribu jugak.

Jadi, sekarang dalam bank ada 3o hengget, cash ada 28 hengget. Nak surv1ve untill next month end of april maybe. Kalau extend lagi allowance aku entah ler.. Makan pasir masak kicap la. Hahaha, aku takda mintak tolong mak ayah aku, malu weh..

Dah 30 tahun mintak tolong mak ayah lagi. Serius ar… itu pandangan aku, terpulang korang. Bila hujung minggu aku balik bukak puasa umah mak ayah, kaw – kaw aku makan. Hahahaha. Diorang tak tau pun aku sengkek, tapi aritu sebelum balik dari rumah dorang, mak aku bagi satu note duit.

Aku cakap tak yah, ada je duit. Dia kata ambik jela. Aku pun, slow – slow ambil masuk dalam poket.. And yang pasti aku tak kan guna melainkan em3rgency. Kalau allowance aku lulus, aku bagi balik mak aku double. Jadi macam mana aku surv1ve.

Kalau hari biasa aku usaha la cari tempat makan free (sekarangkan ada menu rahmah). Aku pernah derma d4rah sebab nak makan nasik lemak free (nasi is wajib untuk aku), atau makan kat rumah je. Sebelum krisis financial aku terjadi end of 2022, aku selalu beli stok barang dapur sekurangnya sebulan ke depan.

Macam barang – barang kering and basic la beras, bihun and macam – macam. So, alhamdulillah masih boleh surv1ve, makan nasi dengan telur ke tempe ke. Stock m4kin susut aku tengok, adoi. Hihhihi.. Kalau lapar, tak payah memilih makan.

Sebenarnya kau lapar, ape je depan mata boleh je makan. Asal kenyang sudah la. Selalu aku dengar je kisah orang, struggIe in life. Tapi sekarang, the struggIe is real. Malah orang kaya, jutawan pun boleh terduduk. Apetah lagi aku yang memang tak kaya ni.

Nilaian RM1 memang berbeza tiap orang.. Tapi sejauh mana kita bersyukur la kan. Aku cume nak luahkan je. Yeah, melepaskan beban kat hati. Aku tengok, seusia aku semua dah stabil, ada kereta, ada famili ada so on. Aku rasa diorang pun ada struggIe masing – masing jugak, tapi ye tak tunjuk, post yang manis – manis untuk kenangan diorang akan datang.

Tengok diorang archieved macam – macam, aku pun hepi sama walupun aku belum tahap tu lagi. Bukan jeles, just looking around apa orang seusia aku buat tapi aku pegang satu, dont put others milestone into yours. Dugaan dan jalan hidup masing – masing tak sama.

Cuba perbaiki diri dan keep strong. Kepada yang tengah struggIe for your life, family and future. All da best, moga Allah pandu tiap langkah. Ingat, berjimat dahulu, baru belanja. So, my current planning, saving as much as i can.. Walaupun duitnya takde pun.

Doakan allowance for next 3 month cepat lulus. Aku dapat habiskan belajar dalam semesta ni jugak, dan dapat kerja betul – betul untuk baIas semua jasa mak bapak aku (walaupun tak terbaIas). Dalam keadaan serabut ni, aku selalu doa Ya Allah, kau lapangkan hati aku dan mudahkan urusan aku setiap hari.

Alhamdulillah, sampai ke hari ni, aku tak tau macam mana duit yang dari awal bulan ada 200 masih cukup (ada 60 la sekarang hihi) sampai sekarang. Makan, minyak tol.. Ada je rezeki tak disangka – sangka. Kadang – kadang rasa putvs asa dengan Allah, tapi aku cepat – cepat balik ke pangkal jalan, niat dan syahadah, Allah lagi tahu apa yang aku perlu dan bila masanya. Jangan Give UP! Finish what you start.. – NINO (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Rabiah Othman : Masa bulan puasa ni. Banyak bole jimat, rajin – rajin pergi masjid. Selalu sangat ada orang derma untuk juadah buka puasa. So sebulan puasa ni dah leh jimat. Saya pun pernah je lalui zaman susah masa study dulu.

Belanja sehari rm0.80 sen pun pernah (beli makanan pagi, nasi goreng. Nasi tu bahagi dua.. so pagi 40sen petang 40sen, malam tak makan). Sekarang maybe tak dapat dah la tapi sebab kantin tu untuk pelajar. Makanan pagi memang murah.

Maybe bole try pergi kantin pelajar. Murah sket makanan sana. Masa bulan puasa lak, saya beli oat. Makan oat je. Alhamdulillah kenyang tapi tt perlu nasi ye. Kalau nasi, memang saya beli telur dan sosej je. Sepeket sosej tu ada banyak sosej.

So dapat la tukar – tukar menu telur dan sosej. Memang takla khasiat mana tapi tu je option ada. InsyaAllah.. 1 day, tt pasti dapat keluar dari kepompong kesusahan. Man jadda wajada.. Sesiapa usaha dia pasti berjaya. Aamiiin.. insyaAllahh.. banyakkan doa sepanjang ramadhan. Terutama masa nak berbuka. Saya doakan apa yang dihajati dimakbulkan Allah.

Anna MaRia : Saya taknak cerita pasal orang lain, saya cuma nak cerita masa saya study dulu, saya pernah keje dobi, basuh baju, lipat baju, gosok baju. Kenapa dobi? Sebab boleh keje sorang – sorang tanpa supervise, janji keje kene siap.

Sebab taknak pening kepala. Gaji boleh try mintak gaji hari atau gaji minggu. Saya pernah juga keje stall makan, stall sup utara. Kenapa? Sebab boleh dapat gaji hari, dan belas ehsan leftover sup dari boss. Jadi balik rumah tinggal masak nasik, boleh dah makan nasik sup.

Goreng telur, jadik dah nasik bujang. Kenyang. Jangan pilih stall makanan hipster sebab kalau ehsan makanan pon tak bape nak kenyang. Bulan puasa saya pernah jaga kedai tudung dan baju – baju. Kenapa? Sebab nak gaji hari. Gaji hari untuk survive. Gaji bulanan untuk komitmen. Semoga komen saya ni dapat beri sesuatu idea kepada tt. Semoga dipermudahkan segala urusan mu dik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.