Pertama kali aku kena cerai memang aku dah redha, tapi bila aku diceraikan kali kedua dengan alasan

Aku mengandung 6 minggu, pagi sebelum aku pergi kerja, aku sudah rasa s4kit pada ari2. Aku cakap dekat suami dan harap dia dapat bawak aku pergi kIinik. Tapi hampa bila dia cakap itu perkara biasa. Bila aku sampai pejabat d4rah keluar dan aku gugur..

#Foto sekadar hiasan. Pelangi yang aku nantikan hadir jua. Sungguh aku tak sangka Dia akan meredakan hujan ribut ini dengan menghadirkan pelangi yang selama ini aku dambakan. Assalamualaikum semua readers. Aku Cik Puan Seroja berstatus janda, berumur 20an.

Ini kisah hidup aku. Maaf jika penceritaan aku ini agak messy dan sukar difahami. Tapi aku harap kisah aku ini dapat dijadikan iktibar dan tauladan buat kita semua. Aku berkenalan dengan bekas suami tidak lama dan melihat kesungguhannya ingin memperisterikan aku, aku telah bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Walaupun dia telah membuat keputvsan untuk berhenti bekerja di bandar kerana tidak ingin hidup PJJ dengan aku, aku masih terima dia dan berkahwin. Awal perkahwinan bahagia seperti biasa. Aku set up 1 company untuk dia berdasarkan kemahiran yang dia ada.

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada dan aku bahagia begitu. Kami masih tinggal di rumah ibunya bersama abang, isteri dan seorang anak. Kami boleh hidup dengan rukun pada masa itu. Selepas hampir 6 bulan berkahwin, bekas suami telah mendapat tawaran bekerja di sebuah kolej swasta dan aku mula mencari rumah sewa agar kami dapat berdikari sendiri.

Aku tahu ibu mertua tak setuju dengan keputvsan aku tapi kami teruskan juga. Berharap ibu akan mengerti suatu hari nanti. Alhamdulillah kami bahagia dengan cara kami. Walaupun gajinya kecil berbanding aku, dia tidak pernah culas memberi aku nafkah secukupnya.

Tapi aku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari. Bekas suami telah mendapat pekerjaan di sebuah bangunan komersiaI yang memberi gaji yang lebih lumayan dan mengajak aku berpindah ke rumah yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Aku akur.

Saat ini dia mula berubah, sentiasa sibuk, aku dibiarkan keseorangan di rumah sehingga aku sendiri tidak sedar bila waktu dia pulang ke rumah. Saat paling menyedihkan dalam hidup aku. Aku mengandung 6 minggu waktu, pagi sebelum aku pergi kerja, aku sudah merasakan s4kit pada ari – ari.

Aku memberitahu dia, berharap dia akan membawa aku ke kIinik, namun hampa bila dia cakap itu adalah perkara biasa lalu aku terus ke tempat kerja. Dan di pejabat, aku tiba – tiba terasa s4kit perut yang amat sangat dan keluar seketul d4rah. Aku pengsan.

Kawan sepejabat cuba call suami aku tapi tak berjawab, nasib baik kawan baik aku yang bawa aku ke hospitaI. Dia? Entah di mana. Disebabkan aku completed ab0rtion, so doktor telah benarkan aku pulang. Aku tidak terus pulang ke rumah tapi sebaliknya ke rumah ibu bapa aku.

Kepada ibu bapa aku sedikit pun aku tidak beritahu yang aku telah keguguran kerana aku tidak ingin family aku tuduh suami aku tidak peduli langsung tentang keadaan aku. Semua aku hadap sorang – sorang. Menjelang malam baru lah suami aku muncul untuk menjemput aku pulang.

Tanpa sedikit pun menanyakan keadaan aku dan bayi kami yang telah hilang. Sump4h saat itu aku sudah nekad untuk menuntut cerai tapi aku takut. Aku takut dengan gelaran J itu. Fast forward, tersebarlah khabar angin yang suami aku tengah hangat bercinta dengan janda beranak 3.

Aku diamkan sahaja. Aku tidak punya bukti. Aku nak tengok sejauh mana permainan dia. Tiba – tiba suatu malam, dia menyatakan untuk kembali menetap di rumah ibunya dan memberi kata dua untuk aku sama ada ikut dia balik bersama atau aku dan dia berpisah. Terjadilah perbaIahan besar masa itu.

Aku nekad untuk pulang ke rumah orang tua aku. Seusai subuh aku angkut semua beg untuk pergi dan saat aku salam tangannya, dia telah menyatakan dia akan menghantar aku sendiri ke rumah orang tua aku. Tapi dek kerana keb0dohan aku, aku berubah hati pulang ke rumah ibunya.

Berharap perkahwinan kami masih boleh dikekalkan. Berharap semoga apabila tinggal bersama ibunya nanti, dia akan berubah menjadi lebih baik. Tapi aku silap. Dia sem4kin mengabaikan aku. Hidup aku pergi kerja, balik kerja dan bilik.

Ibu mertua sangat mengawal kehidupan aku. Setiap hari aku pulang kerja dia akan call aku bertanya di mana aku berada jika aku balik sedikit lambat. Dan mertua aku mula tidak suka aku pulang ke rumah ibu bapa aku. Dia menyatakan aku adalah isteri anaknya dan aku sekarang adalah hak dia.

Bukan lagi milik ibu bapa aku. Hidup aku sunyi. Sangat! Aku tiada life bersama suami, setiap hari suami bagi alasan kerja. Sehingga tiada masa sedikit pun dengan aku. Ramadan itu, aku tekad untuk pulang ke rumah ibubapaku.

Suami telah izinkn aku tanpa banyak soal. Aku tahu mertua sudah mula bencikan aku dan menggelarkan aku isteri nusyuz. Mungkin berkat dibulan ramadan, Allah tunjukkan aku semuanya. Suami aku bersekedudukan dengan janda anak 3 itu, sudah setahun.

Sesungguhnya aku sudah terlalu kuat untuk mengetahui kebenaran ketika itu. Aku minta penjelasan dari ibunya dan ibunya tetap menyalahkan aku dengan menyatakan aku meninggaIkan suami, aku sombong sebab berjawatan tinggi, ada kerja yang hebat, sampai mengabaikan suami.

Subhanallah, ibu, tahukan ibu, saya yang menanggung anak ibu ketika dia tidak bekerja, saya yang tanggung semua barangan rumah, anak ibu bergaya, anak ibu yang dulu selekeh, saya kutip, saya jaga makan pakai dia sampai dia segak bergaya, itu salah saya ke, ibu?

Tapi ibu mana yang tidak sebeIahkan anak kandung dia sendiri kan? Kali ini aku tekad failkan tuntutan cerai di mahkamah. Alhamdulillah selesai taIak 1. Aku bahagia, aku bebas. Family aku dapat lihat aku yang lebih ceria.

Tapi status aku J menyebabkan ramai lelaki buaya yang cuba mengambil kesempatan. Dan aku telah berkenalan dengan seorang kerabat diraja di dalam satu event amal yang dianjurkan. Aku sangat terkesan dengan kata – katanya yang menyatakan, “dunia sekarang mudah je saya nak dapatkan perempuan, artis, bini orang lagikan saya boleh dapat, inikan janda macam awak”.

Ayat itu buat aku sangat takut untuk menjanda dan kebetulan pada waktu itu suami aku sedang berusaha memujuk aku untuk kembali rujuk dan berjanji akan bina hidup baru dengan di bandar yang jauh dari ibunya dan perempuan simpanannya itu.

Aku termakan dengan pujuk rayu dia. Perempuan itu menggiIa marahkan aku kononnya aku telah h4ncurkan hubungan mereka. Dia sentiasa berusaha untuk merosakkan kembali hubungan aku dan suami. Tapi aku sedikitpun tidak mempedulikan dia.

Dan sekali lagi. Suami aku tanpa sebab dan alasan menceraikan aku taIak 2. Aku terkesima. Kali ini aku hampir hilang punca. Aku lost. Baru sebulan lepas kami bercuti berdua, baru sebulan lepas kami bahagia ketawa dan kepulangannya kali ini aku lihat dia menangis di depan aku dengan menyatakan “sayang, kita berpisahlah, abang tidak sanggup kehilangan ibu.”

Allah, aku Iumpuh saat itu. Dulu ya aku bersedia tapi tidak sekarang. Seminggu aku berdiam di dalam bilik. Hanya tangisan menemani aku. Aku b0doh, ya aku b0doh kerana memberi peluang kepadanya untuk meny4kiti aku lagi.

Aku s4kit, aku menangis, aku lupa Allah sehinggalah seorang h4mba Allah menelefon aku dan memberi nasihat sehingga aku begitu tersentak dengan kata – katanya yang satu itu, “mungkin awak terlalu meletakkan pengharapan awak kepada manusia melebihi Allah.”

Allahuakbar!! Saat itu aku tersedar, aku terlalu jauh melayani perasaan, sehingga aku lupa aku ada Allah yang lebih menyayangi aku dari semua makhluk di dunia ini. Aku mula solat malam, aku tahajjud, aku solat taubat.

Subhanallah, ketenangan itu, ketenangan yang paling indah aku dapat. Kes4kitan di d4da aku terus hilang. Air mata hanya aku tumpahkan untuk Dia yang berhak. Aku temui keindahan di sebalik ujian ini. Aku temui sahabat – sahabat yang sangat baik dengan aku.

Aku temui semula diri aku. Aku temui semula masa aku dengan keluarga aku. Dan kini, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana Dia telah hadirkan aku seorang lelaki yang aku selalu minta di dalam doa aku. Sungguh aku rasa aku masih tidak layak untuk memiliki si dia yang sempurna tapi Allah itu maha mendengar, maha adil dan maha mengetahui segalanya.

Kami akan disatukan bulan depan, InShaaAllah. Aku kini menyambung pelajaran untuk menjadi seorang pengamal undang – undang dan membantu nasib – nasib kaum aku yang sering ditindas oleh insan yang dianggap mulia iaitu suami!

Kepada bekas suami dan isteri yang kau kahwini ketika kau masih belum menceraikan aku dan pada tarikh ulangtahun aku sendiri, aku doakan kau pun akan bahagia dengan isteri pilihan ibumu itu. Sesungguhnya aku tidak mampu menjadi isteri dambaan ibumu.

Dan sesungguhnya juga, tiada d3ndam di hatiku untuk kamu semua. Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yang tidak seberapa ini. Dan kepada kaumku yang masih ditindas di dalam rumahtangga, bertindaklah segera.

Jangan jadi macam aku dulu. Bangkitlah wahai wanita kerana kita masih punya harga diri! Terima kasih, wassalam. p/s: kepada yang mungkin kenal aku bila baca confession ni, tolong jangan tag aku ye, ini sekadar tulisan untuk dijadikan iktibar pada kita semua. – Cik Puan Seroja

Fairuz Azmi : Aku tak tahu la orang lain punye pemikiran macam mane. Bagi aku, aku suke bace confession – confession yang macam ni. Sebenarnye tak kisah la pasal rumah tangga ke adik beradik ke keluarga mertua ke.

As long as confession tu true story, im okey with it. And actually lagi bagus pun ade confession – confession yang macam ni. So that boleh bukak mate bebudak muda kat luar sane yang nak berzauj zaujah halal kan hubungan semata – mata nak elak z1na etc – etc yang realiti perkahwinan tu tak la manis sepanjang mase.

Norizan Mamat : Salam, Makcik baca sampai habis. Confessor dah pun move on. Tahniah.. Semua isteri takut bergelar janda sebelum benar – benar kuat untuk tabah memikul gelaran tu. Banyaknya bukan kuat tapi terp4ksa redha jer (diceraikan tanpa rela).

Sebab tu lebih ramai sanggup bertahan dengan suami yang jahat berharap suami berubah. Tapi, jika kita cepat – cepat terima kenyataan, redha dan cuba bahagia semula, itu lebih baik. Sebab cara kita bahagia berbeza dengan orang lain.

Ada orang bahagia sendirian, pi travel atau tengok movie sorang – sorang atau tengok otaku. Ada orang biasa berteman tidor, dah rasa sepi bila kembali seorang. Bahagia ikut acuan masing – masing. Makcik suka orang yang cepat move on, tidak melara lama – lama.

Izah Sulaiman : Tak paham kenapa ada je komen – komen negatif time orang nak bangkit betulkan kesilapan. Kalau kita hebat sangat bina kehidupan kita, jangan le condemn orang teruk – teruk. Allah bagi ujian ikut kemampuan masing – masing. Berkata baik atau diam je dari menulis benda – benda yang meny4kitkan hati orang. My 2 cents. Jangan sombong – sombong ye. Chill.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.