Pagi-pagi mak pergi men0reh, tapi getah kena curi. Tak sangka rupanya yg curi tu ayah sendiri

Aku call ibu, bila ditanya soal makan ibu mesti kata dah makan. Esoknya bila aku call lagi dan borak dengan adik, pulak adik aku bgtau dah 2 hari beras takde, mereka makan ubi kayu je. Aku balik kampung nak bawa ibu pergi mahkamah, failkan cerai. Tapi akhirnya aku menyesal, maafkan kakak, ayah..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua dan terima kasih admin (Jika cerita ini tersiar).  Aku minat sangat page ni sebab banyak iktibar yang aku boleh dapat. Firstly tujuan aku share cerita ini hanya sebagai iktibar sahaja untuk anak – anak muda kat luar sana.

Aku anak sulung dari 5 adik beradik. Adik adik aku yang lain masih belajar. Apa yang aku nak share adalah kisah hidup aku. Aku orang susah, sangat – sangat susah. Ayah aku dulu seorang pen4gih tegar dan kaki ar4k. Apa yang korang akan rasa bila ayah korang jadi macam tu ?

Of course malu kan. Ye, aku sangat malu dapat ayah macam tu. Aku sedih sebab kenapa ayah aku tak elok macam ayah orang lain. Dulu waktu kecik, sebelum aku kenal d4dah. Aku sangat rapat dengan ayah. Mana – mana aku pergi mesti dengan ayah.

Tak boleh ayah nak bergerak aku dah jadi jaga dekat pintu. Yang paling rare sekali aku siap ikut ayah pergi beli ‘barang’ dan tengok ayah hisap d4dah. Yela, mungkin waktu kecik aku ingat benda tu macam gula – gula. Apa yang aku nak buat semua aku suruh ayah, dan aku membelakangkan orang yang telah melahirkan aku, ibu .

Dulu aku tak rapat dengan ibu sedangkan aku tahu ayah selalu mintak duit dekat ibu dan abaikan tanggungjawab dia sebagai ayah. Ibu buat kerja macam – macam untuk besarkan kami 5 beradik. Sampai meminjam duit sana sini sebab nak bagi kami makan sedangkan ayah duit kerja dia hanya habis untuk barang dia je.

Pernah satu hari, ibu pergi men0reh dengan ayah tapi getah yang dit0reh telah dicuri dan pencuri itu adalah ayah. Kesian ibu. Macam – macam dugaan dia hadapi. Semoga satu hari nanti aku jadi sekuat dan setabah ibu. Bila masuk tahun 4 aku ditawarkan ke sebuah sekolah bestari / Kluster.

Masa ni ibu jual segala barang yang dia ada sebab nak penuhkan impian aku. Umur 10 tahun aku sudah dimasukkan ke asrama. Aku ingat lagi dulu waktu temuduga cikgu kat situ tanya aku bila besar nak jadi apa. Aku jawab saya nak jadi polis sebab nanti saya boleh tangkap ayah.

Tergelak kecil ibu aku. Waktu aku tinggal kat asrama aku ingat aku boleh kurangkan beban ibu ayah aku. Yela, makan tak payah bayar. Biasiswa aku dapat. Jadi sebulan sekali hanya bagi duit belanja je tapi sangkaan aku sama sekali meleset.

Ayah m4kin menjadi – jadi. Bila dia dah terjebak dengan benda terIarang ni ditambah pulak dengan minum air s3tan tu dia jadi m4buk dan selalu menyusahkan ibu. Setiap hari dia mintak ibu duit semata – mata untuk penuhi keinginan dia.

Sampaikan barang rumah habis semua dijual dan akhirnya yang tinggal hanya sebuah tv buruk yang hanya tunggu masa nak rosak. Makan pakai keluarga semua terabai. Pernah suatu hari aku call ibu sebab nk hilangkan rindu, bila ditanya soal makan ibu mesti kata dah.

Esoknya bila aku call lagi dan borak dengan adik aku pulak adik aku bagitau dah 2 hari beras takde kak, kami makan ubi kayu je. Ya ALLAH jatuh air mata aku. Waktu tu perasaan benci dekat ayah m4kin membuak. Aku ingat lagi, bila balik kampung aku mesti suruh ibu aku failkan kes ni di mahkamah dah mintak cerai.

Boleh dik4takan tiap – tiap minggu aku akan suruh ibu buat perkara yang sama. Tapi ibu aku menolak, aku jadi bengang, marah. Aku tak tahu kenapa ibu masih lagi nak tunggu, sampai bila lagi ibu nak tunggu. Tapi yang keluar dari mulut ibu hanya doa, sabar dan tawakal.

Aku tak sanggup wey tengok ibu aku mend3rita. Bila ayah aku m4buk, ibu aku dicaci m4ki, disump4h seranah. Apa yang kami adik beradik buat semua tak betul. Pernah je ibu dan adik – aku aku di B4BI kan oleh ayah hanya sebab ibu tanya bila nak masukkan elektik dekat rumah yang kami duduk sebab tuan rumah yang kami tarik elektrik tu dah cabut plug dari rumahnya.

Korang faham kan? Bukan setakat letrik je yang takde masa tu mesin basuh, rice cooker, peti ais, katil semua takde, habis dah kena jual. Kami pun tido hanya beralaskan toto buruk. Masa tu ALLAH je yang tahu betapa sabarnya ibu aku dengan kelakuan ayah.

Korang pernah tak pergi sekolah naik satu motor tapi penunggang 5orang. Aku tak pernah tapi adik – adik aku semua pernah. Yela sebab aku dok hostel kan. Motor ex5 buruk je korang. Mak aku yang bawak 2 orang kat depan, mak aku bawak kemudian lagi 2 orang kat belakang.

Malah adik bongsu aku kecik lagi waktu tu mak aku tetap bawak sebab taknak susahkan orang lain nak kena jaga adik aku. Lagipun duit takde nak bayar. Nak suruh nenek aku tolong tengok – tengokkan tak payah laa, nenek aku pilih kasih orangnya.

Ibu dah terkena sekali dan dia akan ingat sampai bila – bila. Sebab tu dia rela bawak dari tinggalkan anak dia dengan orang walaupun d4rah daging sendiri. Hari berganti hari, aku dah masuk ke sekolah menengah dan adik – adik aku pun dah m4kin besar.

Tapi ayah aku masih dijalan hitamnya. Masih menyusahkan ibu. Seri0usly aku sebenarnya memang dah tak boleh tahan. Waktu ni aku memang dah benci dekat ayah. Adik – adik aku pun rasa benda yang sama. Kami semua anggap ayah ni jahat.

Kami adik beradik tak suka kalau ayah datang kat sekolah kalau ada majlis apa – apa. Kami call ibu awal – awal suruh ibu datang sorang je. Sampai macam tu sekali wey. Kadang – kadang aku terfikir mesti ayah akan terasa tapi bila aku ingat apa yang dia buat dekat ibu aku, terus aku lupakan semua tu dah simpan dalam hati yang ayah aku memang k3jam.

Waktu tu aku dah tak nak fikir kebaikan ayah walaupun sejujurnya memang ada peng0rbanan yang dia buat untuk aku dan adik – adik. Korang, tahun ni genap umur aku 23 tahun, bermakna sudah 3 tahun ayah berhenti daripada meIukakan hati ibu. ALLAH tu maha kaya, pemurah lagi maha mengasihani kan.

Dia makbulkan semua doa – doa ibu, dia baIas kesabaran ibu dengan sesuatu yang amat – amat kami harapkan dari seorang ayah. Alhamdullilah ayah kembali ke pangkal jalan. Ayah dah tinggalkan semuanya 100% bersih dari d4dah dan ar4k.

Itulah yang aku maksudkan sebagai m4ti hidup semula. Aku bersyukur sangat – sangat. Alhamdulillah adik aku yang kedua inshaALLAH akan tamatkan pengajian bulan 4 tahun depan, yang ketiga tengah spm dan bersekolah di salah satu sekolah terbaik di malaysia (SBP), yang keempat dan kelima di sekolah harian biasa je.

Aku pulak, korang doakan aku dapat sambung pelajaran aku semula ye, aku dah apply cuma tunggu result je ni. Akhir sekali, aku harap korang jadikan cerita aku ni sebagai iktibar. Aku menyesal sebab pernah mintak ibu failkan mohon cerai, aku menyesal sebab pernah benci ayah.

Aku sangat takut sebenarnya jadi anak derh4ka. Buat ayah, kakak mintak maaf atas segala kekhilafan yang telah kakak buat. Bukan niat kakak nak benci ayah tapi masa tu kakak tertekan. Kakak sayang ayah. Buat ib , kakak mintak maaf andai kakak tak jadi seperti yang ibu harapkan dulu.

Kakak tak nak sambung belajar dulu sebab kakak nak tolong ibu. Kakak tak nak ibu susah cari duit sorang – sorang lagi. InshaALLAH ada rezeki kakak tahun depan ibu hantar kakak belajar okey. Untuk para pembaca, walau jahat mana sekalipun mak dan ayah kita tu tetap mak ayah kita.

Hakik4t tu takde siapa yang boleh ubah. Sejahat – jahat mereka, tetap ada peng0rbanan yang mereka lakukan untuk membahagiakan kita. Kalau mak ayah korang ada masalah mintak dorg bincang dari hati ke hati. InshaALLAH semua akan dipermudahkan. Aku yang menyesal, Kakak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.