Suami terbuuru2 keluar toilet nak jawab panggiIan HP. Bila aku masuk toilet, aku terk3jut nampak ‘sisa’ yang dia tinggalkan

PukuI 10 suami aku wajib tidur, kalau tak dia akan tersengguk-sengguk. Korang rasa selamat ke aku biarkan anak aku dengan dia? Waktu dijaga dia, anak aku pernah telan skru, telan getah rambut dan aku tak tahu lah anak aku kena lenyek atau tak waktu tidur dengan dia. Aku ni kerja shift…

#Foto sekadar hiasan. Mohon maaf terlebih dahulu, jika cerita agak berterabur sebab aku bukan penulis. Berkali – kali tulis padam balik sebab aku buntu. Tak mampu meluah sebab aku bukan seseorang yang suka meluah apatah lagi mengadu domba pada kawan atau sesiapa sahaja yang rapat.

Pilih untuk menulis di sini, sebab aku terlalu keliru, buntu, penat dan perIukan pendapat yang boleh buat aku berfikir lebih w4ras. Lagi pula, bila melibatkan hal rumahtangga. Yang semestinya aku sebagai isteri perlu menjaga aibnya.

Korang baca, bukan korang kenal aku kan? Tak tahu ingin bermulanya dari mana, ingin aku ringkaskan sahaja cerita. Aku berkahwin dengan Adam pada usia aku 27 tahun dan Adam pada ketika itu tua 2 tahun dari usia aku.

Usia perkahwinan kami baru menginjak tahun ketiga dan kami dikurniakan seorang cahaya mata yang baru berusia setahun. Perkenalan aku dengan Adam tak lama. Disebabkan kecewa aku terima perkenalan dari Adam. Kami kenal hanya dalam 3 bulan dan 3 kali jumpa, aku terima Adam atas alasan berfikiran dia seorang yang bertanggungjawab, matang dari segi usia dan sedia untuk berkomitmen.

Urusan perkahwinan kami sangat mudah. Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah kami sah sebagai suami isteri dan di sinilah bermulanya sebuah cerita. Mungkin bagi orang masalah yang aku hadapi adalah kecil. Bagi aku juga kadang – kadang pun begitu, aku fikir ada orang lain masalahnya lebih besar dari aku.

Masalah aku cumalah sepele. Tapi aku mulai penat. Sumpah. Aku tak mampu. Sebelum adanya anak, aku boleh terima semua kekurangan dia. Aku boleh buat sebab aku hanya uruskan dia. Dan waktu itu kami PJJ manakala dia tinggal bersama ibunya di negeri sebeIah pantai timur.

Semua itu belum jelas kelihatan sehinggalah betul – betul kami jadi housemate, roomate, toiletmate dan kongsi segala isi rumah. Aku, dari bujang memang akui tak suka orang yang pengotor. Waktu bekerja dulu kongsi rumah sewa ramai ramai pun aku sanggup pindah keluar kalau ada orang pengotor.

5 tahun aku kerja, 5 kali aku pindah masuk rumah sewa baru dari kongsi bilik sampai sewa bilik sorang. Tahun ke 6 bila gaji naik sikit, aku sewa rumah sorang. Dia tahu sebab aku selalu bercerita dia pun tak suka orang yang pengotor.

Yes. Dan aku pun terper4ngkap dengan kata – kata beliau sebelum mengiktiraf dia menjadi suami. Bila dah kahwin, terserlah sikap “sukakan kebersihan” si dia. Di mana, dia sanggup tinggalkan “sisa buangan” dia di toilet semata – mata nak angkat panggiIan telefon di bilik.

Entah basuh entah tidak bila aku tanya dia kata dia dah cuci. Aku pun tak sanggup bayangkan. Macam mana aku tahu? Sebab aku dah tak tahan nak buang air kecil, memandangkan dia keluar dari tandas. Terburu – buru aku masuk.

Di situlah bermulanya kisah sedih aku. Aku persoalkan tindakan dia dan dia pulak yang jatuhkan kesalahan atas aku tak menghorm4ti privacy dia. Aku pulak yang bersalah sebab terbuuru – buuru guna tandas tanpa tanya dia.

Aku ke yang b0doh? Aku pelik wujud jugak orang macam ni. Sebab kalau aku, aku tak ada gelojoh nak angkat call orang kalau aku dalam tandas. Sebab button dial semula itu ada. Hmm. Bab yang boleh puji ,dia bukan jenis suka melepak.

Tiap – tiap malam memang melekat kat rumah. Tapi aku pulak naik rimas. Sebab pukuI 10 malam tepat dia dah tertidur. Paling lewat pukuI 12 malam. Tu kalau aku bising – bising minta dia tengokkan anak. Yang ada anak kecil tahulah kan, waktu budak tidur bukan konsisten.

So totally, bab anak dari baby sampai setahun aku banyak bangun bagi susu, jaga malam – malam tukar pampers. Dia? Dia kalau aku cakap, memang cuba untuk berjaga malam tapi umpama orang yang tak tidur 1 malam.

Tersengguk – sengguk. Dan masa tu anak kat sebeIah pun dia tak perasan. Bila aku tanya soalan apa – apa, jawapan dia dah ke laut. Korang rasa selamat ke aku biarkan anak aku dengan dia? Waktu dijaga dia, anak aku pernah telan skru, telan getah rambut dan aku tak tahu lah anak aku kena pijak atau tak waktu tidur dengan dia.

Aku cuma tawakal sebab aku kerja shift. Waktu mengandung banyak berendam air mata, sebab habit “tidur” dia tu. Minta diurut, tapi dalam keadaan mamai. Dia urut dalam 5 minit dia tertidur. Dengan alahan yang teruk aku waktu tu. Hanya Tuhan yang tahu.

Tahun ni aku diuji lagi. Aku pregnant lagi sekali. Walaupun aku dah ambil perancang. Tapi lekat lagi. Alahan aku kali ni bukan main – main. Awal trimester ni, dua kali aku admit ward kec3masan. Awal – awal tahu aku mengandung.

Aku menangis, aku meng4muk. Kenapa Tuhan nak uji aku lagi. Ramai kawan aku yang berkahwin tapi masih tak ada anak, kenapa tak bagi dorang? Aku selalu persoalkan dan rasa Allah itu tak adil. Hmm aku penat. Aku sembur suami aku dengan kata – kata kesat.

Dia tahu aku tak mahu anak. Dia tahu aku penat. Dia minta maaf janji berubah. Aku nampak perubahan tu tapi tak lama. Habit tidur awal masih lagi jadi kebiasaan. Aku rasa mungkin mata dia dah di setting macam tu.

Tambah – tambah lagi, anak aku kurang dengan dia. Sebab dia juga yang kurang layan anak. Bila ada masa terluang, asyik melekat handfon kat tangan. Anak aku asyik nak aku. Aku str3ss. Kadang – kadang aku termarah anak aku tanpa sengaja sebab aku terlampau penat.

Aku sedih bila tengok anak aku tertidur sorang – sorang kat lantai. Aku tak larat nak dodoi dia macam selalu sebab kandungan ni aku jadi penat dengan alahannya lagi. Bapak dia? Dah tidur m4ti. Kadang – kadang aku jahat aku terfikir kenapa dia tak m4ti je dalam tidur tu.

Sebab aku boleh je nak handle anak sorang – sorang. Huhu. Bila siang, dia okay. Takde tidur – tidur. Tapi itulah. Dia cuma tak pandai layan budak dia cepat penat. Aku nak juga offer perempuan – perempuan yang nak laki aku tu, ambil lah. Aku bagi free. Huhu.

Tapi jujur aku cakap, kalau pagi – pagi nak pergi kerja pun. Dia dah siap mandi, pakai baju kerja, tapi orang masih ingat dia belum mandi. Masih tak terurus. Tu belum balik kerja, bau badan jangan cakap. Tambah lagi dia berbadan besar.

Aku nasihat banyak kali cara cara jaga diri tapi buatnya tidak. Siap beli produk tu ini untuk dia. Tapi tersadai cuma. So, pada perempuan perempuan kat luar sana.. lelaki berusia tak semestinya matang ya. Walaupun, dia macam tu tapi ada juga sikap yang boleh dipuji.

Bab nafkah anak, bab makan pakai setakat ni terjaga. Hantar anak taska, ambil balik anak kat taska semua dia buat. Prepare barang – barang taska pun juga dia buat. Kerja rumah kadang – kadang tolong aku juga. Tak semua yang buruk – buruk ada juga baiknya.

So, aku mohon pendapat dan idea yang bernas dari korang untuk aku boleh berfikir secara rasional. Satu lagi, mohon doakan permohonan aku untuk bekerja dekat dengan family aku berjaya ya. Sebab senang aku nak minta dorang tengok tengokkan anak aku yang dah ada ni dan yang bakal lahir nanti.

Aku tak rasa suami aku boleh berubah dengan sekelip mata. Mungkin bila anak kami dah masuk universiti baru dia berubah dan mungkin waktu tu aku dah ada d4rah tinggi dan tunggu masa untuk m4ti.. huhu.. Terima kasih. Yang benar, – H (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Lysa Lysa : Suami saya anak emak. Jadinya umpama macam ‘baby’ bila kahwin. Dia macam blurr kenapa kena buat kerja umah sama – sama. Contoh tuala. Dia letak – letak atas katil, cukup 3 kali, saya jadikan alas kaki dia sendiri terpijak.

Saya bagitau, ingatkan dah tanak sebab campak – campak tak sangkut. Alhamdulillah berubah. Suami saya bukan pengotor, tapi tak berapa ikut piawaian saya. Sebab saya jenis berdikari, suami saya gosok baju pun tak reti. So bila cuti saya buat spa di rumah.

Rambut saya shampoo depan Tv, kuku saya p0tong Hari ahad, facial mask sayapakaikan dua kali seminggu, baju keje dia saya gosok hari ahad, stokin saya belikan guna duit dia 7 pasang cukup seminggu. Dan saya juga bekerja ya.

Alhamdulillah sekarang anak dia urus, kerja umah dia urus. Saya bantu sikit – sikit je. Untuk saya mungkin sebab saya tak beranak ramai. Sebab saya tahu saya tak mampu handle secara em0si. Alhamdulillah suami juga sependapat tak perlu ramai – ramai supaya masing – masing tak penat. Give and take la TT.

Atleast suami awak bagus bahagian nafkah, bahagian uruskan taska. Kalau rasa penat, biarkan je rumah terbalik. Or hire maid. Saya penah biarkan rumah berterabur dan saya keluar. Sebab dia tengok bola makan – makan sebelum tidur tak kemas.

Saya biar dia sendiri rimas baru dia faham kenapa saya suka mengemas. Sekarang terbalik. Dia yang bebel kalau cawan tak hantar sinki, rumah ada pasir baju tak berlipat. Dia yang akan settlekan. Kita nak ubah orang tua, bukan baby TT. Kena Sabar.

Abidatul Akmaliah : Ermmm fasa nak kenal hati budi ni sis. Takdak orang sempurna sis dekat dunia ni. Maybe sis letak high expectations dekat suami. Sis kena belajar slow down. Bukan senang nak berubah. Semua tu ambil masa.

Jangan penat ingatkan dia. Untuk anak sis tu, umur dah setahun. Nasihat saya try ajar dia tidur awal macam bapaknya nanti sis tak letih. Bab lain tu sis masih dalam masa nak adapt dengan suami. Setiap orang yang berkahwin mesti ada struggIe untuk adapt dengan pasangan.

Bagi saya, masalah sis ni bukanlah satu masalah besar sampai perlu bercerai. Tak tahu la my 2 cents lah. Kalau sis kahwin dengan orang lain pun nanti, ada masalah lain jugak. Cuma cuba belajar untuk tak epas marah kat anak.

Sis senaraikan semua kebaikan suami sis dari sekecil – kecil sampai sebesar – besar perkara dan cuba sis muhasabah balik, adakah betul perceraian adalah yang terbaik? Haha biasa la kita manusia kadang – kadang kita nampak salah orang lain tapi salah sendiri tak nampak.

Sis cuba buat sesi luahan dari hati sekerap yang mungkin dengan suami. Luahkan dan bincang apa yang boleh diubah. Kita ni manusia perlu selalu diingatkan. Macam tu jugak suami sis. All the best ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?