Kami dapat berita yang mertua saya kena tahan polis sebab Ianggar SOP. Kena denda beribu ringgit. Adik beradik lain semua tak tahu nak buat apa, duit tak ada nak bantu. Suamilah yang pergi tolong selesaikan urusan mertua tu sebab rezeki dapat keluarkan i-sinar.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Saya nak kongsi sesuatu dan nak minta pendapat semua atas apa yang berlegar di fikiran saya ketika ini. Saya sudah berkahwin, merupakan seorang surirumah dan mempunyai seorang anak. Saya tinggal berjiran dengan mertua. Kebelakangan ni saya selalu rasa yang doa saya ni dimakbulkan. Tapi bukan doa yang baik.
Ada hari tu kakak ipar saya tinggal anak – anak di rumah mertua. Saya terp4ksa jaga sebab mertua saya bekerja. Hanya tinggal nenek sahaja di rumah. Saya kesian tengok nenek jaga cicit – cicit. Saya pun tak ada nak fikir apa, saya tawarkan diri untuk jaga. Jaga di rumah mertua. Tapi benda berlarutan setiap minggu.
Tiap minggu kakak ipar saya akan tinggalkan anak dia atas alasan ada kerja. Padahal dia surirumah. Akhirnya kant0i, kakak ipar saya ber ‘me time’ dengan kawan – kawan dia. Hati saya s4kit dah waktu tu. Saya fikir anak – anak saud4ra dengan nenek je.
Tergamaknya dia tinggal anak – anak dekat nenek sebab nak keluar dengan kawan – kawan. Sekali sekala bolehlah tapi ni setiap minggu. Saya pula takkanlah nak tengok je nenek jaga semua. Solat, makan nenek tu entah ke mana.
Kadang – kadang menyesal tawarkan diri nak jaga anak – anak kakak ipar tu. Saya doa dalam hati, tunjukkan lah kebenarannya, berikan lah dia kesed4ran. Tiba – tiba dalam satu dua minggu tu, suami dia disahkan positif covid-19. Kena di tempat kerja. Bermulalah episod dia perlu menjaga anak – anak dia sendirian di rumah sehingga suami dia sembuh.
Dalam tempoh tu juga, nampak banyak dah berubah dekat diri kakak ipar. Dia lebih bertanggungjawab, pandai dah urus anak sendiri. Kalau bawa anak rumah mertua pun, dia tak tinggalkan anak – anak. Terdetik dah dekat hati, Allah makbulkan ke doa aku ni.
Selesai mengenai kakak ipar. Ini mengenai mertua pula. Suami saya kerja biasa. Dalam waktu PKP memang susah nak ‘surv1ve’. Ada satu hari tu, anak saya demam. KIinik yang berdekatan ada kIinik swasta je. KIinik kerajaan jauh. Waktu tu duit tak cukup untuk bawa anak pergi kIinik. Jadinya suami nak pinjam duit sikit dekat ayah mertua saya.
Tapi ayah mertua cakap tak ada duit. Saya pun ikhtiar dengan adik beradik saya. Alhamdulillah rezeki anak, dapat pinjam duit sikit dari abang saya. Waktu tu sedih sangat, mertua saya orang berduit, tapi mungkin takut nak bagi pinjam sebab takut kami tak bayar semula. Saya pun tak ada nak panjang kan cerita. Diam je.
Esoknya adik ipar saya datang jumpa suami, tanya ada duit ke tak. Kalau tak ada duit, jangan pinjam dekat nenek. Saya punya terk3jut waktu tu. Nenek tak ada kena mengena pun dalam hal ni.
Rupanya mak mertua saya yang fitnah cakap suami pinjam duit dekat nenek. Semua adik beradik suami tahu. Kami kena kecamlah, lepas dah terangkan semua, bagi kami orang nak percaya, percayalah. Tak nak percaya pilihan masing – masing.
Saya s4kit hati lagi, saya doa. Kalau aku betul, tunjukkan lah kebenarannya. Sambil zikir doa Nabi Yunus. Selang dua tiga hari. Kami dapat berita yang mertua saya kena tahan polis sebab Ianggar SOP. Kena denda beribu ringgit. Adik beradik lain semua tak tahu nak buat apa, duit tak ada nak bantu, terus mengadu dekat kami.
Suamilah yang pergi tolong selesaikan urusan mertua tu sebab rezeki dapat keluarkan i-sinar. Selesai semua, mak mertua menangis minta maaf sebab fitnah kami. Mak mertua cakap dia buat macam tu sebab dia ingat saya sorok – sorok duit tak bagi suami waktu nak bawa anak pergi kIinik. Jauh betul fikiran.
Sebagai seorang ibu, perlu ke saya sorok duit untuk ubatkan anak? Terdiam saya. Adik beradik yang dengar pengakuan tu pun diam tak terkata. Cuma nenek terkilan kenapa mertua saya sanggup buat kat kami macam tu. Saya terdetik lagi, doa saya ke yang menyebabkan semua ni jadi.
Sebenarnya banyak lagi benda yang jadi disebabkan doa. Tapi cukup lah hanya ini je yang saya kongsikan. Harap semua dapat beri pendapat. Mungkin saya juga perlu menjaga apa yang saya doa lepas ni. Terima kasih. – Qaira (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nabila Rashid : Sebenarnya kalau ikutkan cara doa awak tu tak de maksud yang buruk pon. Doa tu baik jek saya baca, doakan kebaikan dan diberi petunjuk. Itu bukan doa buruk ye. Dalam berdoa ni memang ada orang yang doanya sangat makbul. Salah satu sebab kerana sangat menjaga apa yang masuk ke perut dan menjaga hak orang seperti hak sendiri. Mungkin awak orang yang sangat menjaga keduanya. Maka Allah makbulkan permintaan awak.
Annie Mohd : Tak rasa confessor doakan yang buruk untuk org lain. Dia cuma nak minta tolong Allah tunjukkan kebenaran pada orang yang menzaIimi dia. Eloklah sebab kalau betul doa confessor termakbul mereka berubah. Kalau duduk saja mengenang nasib dapat apa? Yang memfitnah terus memfitnah. Yang lepas tangan dari tanggungjawab jaga anak sendiri akan terus jadi gitu. Jadi antara menegur secara berdepan atau doa dalam hati.
Mastura Burhanuddin : Doa orang terani4ya, memang besar kuasanya. Pernah melalui peritnya diani4ya orang, bila diterangkan dicop meIawan, besar kepala. Tak apalah, Allah ada. Bila kita susah, senang apatah lagi sedih. Masa hujan lebat, mengadulah sebulat hatinya dengan Dia, usah diharapkan pada manusia, sebesar mana pangkat dia ada, Allah lebih berkuasa. Tak guna nak beria – ria menerangkan, sampai berbuih mulut. Diam itu lebih baik, doa lah dan yakinlah doa itu berbisiknya di bumi, dengarnya sampai ke langit sana. Lama mana nak ani4ya orang, Allah ada.
Teddy Chomel : Awak orang yang terani4ya. Bukan awak doakan benda buruk yang jadikan? Cuma awak doa tunjukkan kebenaran. Tak payah pening – pening. Pengajaran untuk semua kena la jujur dan jangan buruk sangka. Kalau kita boleh tolong kita tolong, tak boleh tolong jangan tabur fitnah.
Norizan Mamat : Salam, Makcik pernah dengar confessor lain yang terani4ya. Bagus dia. Dia doa supaya hidup dia murah rezeki. Kan doa kita cepat makbul, kenapa nak doa tak baik kat orang, lebih baik doa yang baik baik pada diri sendiri. Macam melawat orang s4kit. Kekadang tu, makcik minta dia doakan untuk makcik juga. Gini, makcik selalu gitu. Bila rasa dikhian4ti atau rasa ada yang tak betul orang buat terutama org terdekat, makcik biarkan jer.
Selalu makcik doa bagi mereka murah rezeki, sebab walaupun kita tak suka apa yang dia buat, kalau jadi apa apa, tentu kita susah hati, kekadang kita kena tolong. Macam confessor. Berbaloi ker abis duit i-sinar untuk buktikan kita tak bersalah? Kalau kesusahan mereka tiada kesan pada kita, tak apa la kita nak sump4h jadi batu pun. Itulah pendapat makcik. Lepas ni bila org buat fitnah atau ani4ya kita, kita doa supaya rezeki kita murah, rezeki mereka juga. (keluarga kita)
Siti Khadijah : Sayu saya dengar sampai kena pinjam duit untuk pergi kIinik. Puan jika keadaan anak sem4kin tak baik, pergi sahaja ke kec3masan. Kalau demam sikit – sikit bole pegi kIinik. Semoga puan dan suami dimurahkan rezeki dan anak puan cepat sembuh. Aminnn